Anda di halaman 1dari 83

PERIBAHASA

Perkataan atau kelompok kata yang


tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud
lain daripada ertinya yang lazim. Bertujuan
untuk dijadikan bandingan, teladan dan
pengajaran.

Simpulan bahasa Perumpamaan

Perbandingan Pepatah Bidalan

lyn6764
Simpulan bahasa

buah tangan

buah tangan

hadiah atau pemberian

Puan Mariam membawa buah tangan


semasa melawat adiknya di hospital.

lyn6764
hidung tinggi

orang yang sombong atau angkuh

Tuan Kamal tidak disukai oleh jiran-


jirannya kerana dia hidung tinggi.

angkat diri orang yang sombong dan suka memuji


diri sendiri

lyn6764
mandi kerbau

mandi yang tidak bersih

Jimmy diejek oleh rakan-rakannya kerana


badannya berbau. Itulah akibat mandi kerbau.

Badan Jimmy berbau busuk kerana dia sering


mandi kerbau.
lyn6764
murah hati

orang yang suka berderma, tidak kedekut

Encik Wong bermurah hati mendermakan


makanan kepada orang tua itu.

Walaupun Omar miskin tetapi dia murah hati.

lyn6764
alas perut

makan sedikit untuk menahan lapar

Kamala makan sekeping roti sebagai alas perut


sebelum pergi ke sekolah.

Kita mestilah mengalas perut sebelum pergi ke


sekolah agar dapat menumpukan perhatian
semasa guru mengajar. lyn6764
buta huruf

tidak tahu membaca dan menulis

Pak Mat tidak dapat membaca buku itu kerana


dia buta huruf.

Pak Mat buta huruf kerana dia tidak pernah


bersekolah.
lyn6764
langkah seribu

cabut lari kerana takut

Ali membuka langkah seribu apabila dikejar


anjing.

Perompak itu membuka langkah seribu apabila


mendengar bunyi siren kereta polis.
lyn6764
buruk makan

lahap, rakus

Budak yang gemuk itu buruk makan.

Ibu berpesan kepada anaknya agar jangan buruk


makan di majlis itu nanti.
lyn6764
patah kandar

hilang tempat bergantung

Asnan patah kandar sejak kematian ayahnya.

Kita patut menolong orang yang patah kandar.

lyn6764
sehelai sepinggang

pakaian yang ada pada tubuh sahaja

Keluarga Encik Halim tinggal sehelai sepinggang


akibat rumahnya terbakar.

Budak itu lari dari rumah sehelai sepinggang.

lyn6764
pencakar langit

bangunan yang bertingkat-tingkat dan tinggi

Bangunan pencakar langit sedang dibina di


kawasan itu.

Terdapat banyak bangunan pencakar langit di


Kuala Lumpur.
lyn6764
berat tulang

orang yang malas

Ali berat tulang. Dia hanya duduk


memerhatikan ibu dan bapanya bekerja.

Orang yang berat tulang akan ringan


perut.

lyn6764
cakar ayam

tulisan yang buruk

Rajoo dimarahi oleh Cikgu Musa kerana


tulisannya cakar ayam.

Cikgu Musa tidak dapat membaca karangan


Helmi kerana tulisannya cakar ayam

lyn6764
raja sehari

pengantin

Wajah raja sehari itu berseri-seri pada


hari persandingan mereka.

Aminah baru sahaja menjadi raja sehari.

lyn6764
bongkok sabut

bongkok orang tua

Datuk berjalan menggunakan tongkat


kerana dia sudah bongkok sabut.

Orang tua yang bongkok sabut itu ialah


datuk saya.

lyn6764
cahaya mata

anak

Puan Lia baru sahaja melahirkan cahaya


mata yang pertama.

Encik Lim dan Puan Wong mempunyai tiga


orang cahaya mata.

lyn6764
bersengkang mata

menahan diri daripada tidur

Jali bersengkang mata membaca buku


kerana peperiksaan hampir tiba.

Jangan bersengkang mata apabila peperiksaan


telah hampir tiba.

lyn6764
ayam tambatan

orang harapan dalam sesuatu


pertandingan

Norman merupakan ayam tambatan bagi


pasukan bola sepak sekolahnya.

orang kuat dan sangat


tulang belakang
diharapkan

lyn6764
ambil angin

bersiar-siar di tempat yang


nyaman udaranya.

Zul ambil angin di tepi pantai sambil


menyaksikan mentari terbenam di ufuk barat.

Setiap hujung minggu ayah membawa kami


ambil angin di taman bunga.

lyn6764
buku lima

penumbuk

Rosyham memberi buku limanya kepada


Danial dalam pergaduhan itu.

Celliah kena buku lima Veloo dalam


pertengkaran mereka petang semalam.

lyn6764
naik darah

marah atau panas hati

Inu naik darah apabila Jasni tidak


mendengar nasihatnya.

naik angin
kepala batu

orang yang degil

Sudah berkali-kali ayah menasihati Kamil namun


dia tetap tidak berubah. Dia kepala batu.

keras kepala
kaki ayam

tidak memakai alas kaki

mandi peluh mandi keringat

bekerja kuat / keras

anak emas

seseorang yang disayangi

lyn6764
sagu hati

ganjaran sebagai penghargaan

ulat buku

rajin membaca

panjang tangan

suka mencuri

lyn6764
tanda mata

hadiah sebagai kenang-kenangan

minta diri

minta izin untuk pulang

kepala angin

orang yang mudah marah

lyn6764
kaki botol

suka minum arak

tidur mati

tidur yang sangat nyenyak

halwa telinga

sesuatu yang menyedapkan pendengaran

lyn6764
perang mulut

bertengkar dengan menggunakan kata-


kata yang kasar

paku belanda

harga tetap atau harga mati

habis akal

tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa


harus dibuat setelah berusaha sedaya
upaya

lyn6764
bekas tangan hasil tangan seseorang

Tikar mengkuang itu adalah bekas tangan nenek.

berat mulut orang yang pendiam

Muthu berat mulut maka dia tidak ramai kawan.

lyn6764
kaki bangku tidak tahu bermain bola

Malik tidak dipilih menyertai pasukan sekolah


kerana dia kaki bangku.

keras hati tidak mudah kecewa

Linggam yang keras hati akhirnya berjaya


mencipta rekod baru dalam acara renang.

lyn6764
tangkai jering
orang yang kedekut
ketam batu

Walaupun kaya, Pak Halim tangkai jering kerana


tidak pernah berderma walau sesen pun.

tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak

Jamal hanya tidur-tidur ayam kerana anak-


anaknya berbuat bising.

lyn6764
batu api orang yang suka menghasut

Lee telah menjadi batu api dalam pergaduhan


antara Wong dan Chua.

lipas kudung cepat membuat kerja

Maria membuat kerja dengan pantas seperti lipas


kudung.

lyn6764
kaki lima tempat lalu lalang di hadapan kedai

Pengemis itu tidur di kaki lima kedai itu.

pasang telinga mendengar dengan teliti

Guru menyuruh murid-murid memasang telinga


apabila ceramah bermula.

lyn6764
bodoh sepat nampak seperti bodoh tetapi
sebenarnya tidak

Jangan mengejek budak itu. Dia hanya bodoh


sepat sahaja.

cupak hanyut hidup miskin tanpa rumah tangga dan


keluarga

Hidup pengemis itu seperti cupak hanyut. Tiada


siapa yang mengendahkannya.

lyn6764
tangan terbuka menerima kunjungan dengan sukacita

Kami akan menanti kedatangan kamu dengan


tangan terbuka.

mulut murai orang yang becok

Kelas itu menjadi bising apabila ketiadaan guru


kerana ramai yang mulut murai.

lyn6764
ikut jejak mencontohi seseorang

Hambali ingin mengikut jejak Aidil, melanjutkan


pelajaran ke luar negara.

bulat hati azam yang kuat

Cintan telah bulat hati untuk bekerja di bandar.

lyn6764
muka tembok orang yang tidak tahu malu

Sazali muka tembok. Sangguh dia meminta wang


daripada teman wanitanya.

makan suap menerima rasuah

Ghazali ditangkap kerana disyaki makan suap.

lyn6764
kacang hantu orang yang jahat

Perangai Yusri yang seperti kacang hantu itu


menjadi kebencian jiran-jirannya.

durian runtuh keuntungan yang diperoleh secara


tiba-tiba

Basikal itu dibeli oleh ayahnya yang mendapat


durian runtuh.

lyn6764
PERUMPAMAAN

Susunan kata yang indah, ringkas dan kemas.


Biasanya dimulai dengan bagai, ibarat, seperti dll.

bagai aur dengan tebing

hidup bermuafakat dan tolong-menolong

Kampung Pasir aman dan bersih kerana penduduknya


hidup bagai air dengan tebing.
seperti cincin dengan permata

bagai pinang dibelah dua

seperti bulan dan matahari

pasangan yang sama padan dan sama cantik

Raja sehari itu sungguh secocok seperti cincin dengan


permata.
bagai ayam dimakan tungau

kurus dan pucat kerana berpenyakit

Malik dan Rahim kasihan melihat budak yang bagai


ayam dimakan tungau itu.
seperti buluh perindu

suara yang sangat merdu

Suara penyanyi yang merdu seperti buluh perindu itu


memukau penonton yang hadir.
seperti anjing berebut tulang

orang tamak berebutkan harta

Walaupun En. Hasan telah meninggalkan wasiat


tentang hartanya, tetapi anak-anaknya masih seperti
anjing berebut tulang.
bagai menatang minyak yang
penuh

memberi kasih sayang yang sepenuhnya

Puan Dalilah membela tunggalnya bagai menatang


minyak yang penuh.
bagai anjing dengan kucing

selalu bergaduh

Bakri dan Rosli bagai anjing dengan kucing. Apabila


bertemu sahaja pasti bergaduh.
bagai bulan penuh purnama

perempuan yang sangat cantik

Anak gadis Pak Usman cantik bagai bulan penuh


purnama dan elok budi pekertinya.
bagai isi dengan kuku

bagai dakwat dengan kertas

sangat akrab

Mala dan Wati bagai isi dengan kuku. Berjoging pun


mereka bersama-sama.
bagai bangkai bernyawa

orang yang tidak berguna

Orang itu bagai bangkai bernyawa. Sudahlah


mengemis, menghisap dadah pula.
besar seperti gajah

adil seperti hakim

pantas seperti kilat


rajin seperti semut

suci seperti bayi

garang seperti singa


takut seperti tikus

kurus seperti lidi

bising seperti pasar


tajam seperti pisau

panjang seperti galah

bodoh seperti lembu


bulat seperti bola

gemuk seperti badak

bebas seperti burung


Jawab soalan di bawah:

1. Harga barang-barang di pasar raya semuanya ________

A. harga diri C. harga mati

B. harga pokok D. harga asal

2. Julia terpaksa __________ semasa rehat kerana terlupa


membawa wang saku.

A. cari jalan C. alas perut

B. ikat perut D. ada jalan

lyn6764
3. Bapa saya tidak suka ___________ dalam hal orang lain.

A. lepas tangan C. buah tangan

B. panjang tangan D. campur tangan

4. Xavier ingin menurut __________ bapanya sebagai


jurutera.

A. titik peluh C. darah muda

B. jejak langkah D. isi hati

lyn6764
5. Perompak-perompak itu _________ apabila pasukan polis
tiba di situ.

A. angkat kaki C. angkat batu

B. angkat diri D. angkat jari

6. Alia telah __________ hendak ke bandar untuk mencari


kerja.

A. buta hati C. bulat hati

B. besar hati D. keras hati

lyn6764
7. Kita dilarang menjatuhkan ___________ seseorang di
khalayak ramai.

A. beri muka C. air muka

B. bermasam muka D. muka tembok

8. Kamala _________ kerana sebaik sahaja dia sampai,


makanan telah dihidangkan.

A. langkah seribu C. makan suap

B. langkah kiri D. langkah kanan

lyn6764
9. Jika hendak bercakap dengan Tok Kidam, kita perlulah
menguatkan suara kerana dia _____________

A. banyak mulut C. telinga nipis

B. tidur mati D. pekak badak

10.Rani _________. Mudah sahaja dia menjawab soalan


matematik yang susah itu.

A. otak udang C. buta hati

B. otak cair D. ulat buku

lyn6764
11. Rohani yang kaya itu____________ melihat rakan-
rakannya yang miskin.

A. senyum simpul C. senyum-senyum ayam

B. senyum kambing

12.Zamri sudah ___________ dengan Daud sejak pergaduhan


mereka dua bulan lepas.

A. berpaling tadah C. berputih mata

B. berpatah arang D. berhati waja

lyn6764
13.Wani tidak suka membeli barang di kedai itu kerana
taukenya _____________.

A. mulut buaya C. lintah darat

B. hati batu D. pening lalat

14.Farid menjadi ____________ mempengerusikan majlis itu


kerana pengerusinya tidak hadir.

A. bidan terjun C. orang harapan

B. ganti tikar D. muka tembok

lyn6764
15.Walaupun sudah dua bulan menggenggam ijazah, Halim
masih _____________.

A. sepak kertas C. bodoh sepat

B. gelap mata D. otak cair

16.___________ murid sekolah ini telah memenangi tempat


pertama dalam pertandingan menulis cerpen itu.

A. Lidah pendeta C. Oleh-oleh

B. Abu Jahal D. Buah pena

lyn6764
17.Puan Badariah membawa anaknya ke uji bakat Bintang Kecil
kerana dia tahu anaknya ___________.

A. ada hati C. ada hati

B. ada bakat D. ada jalan

18.Peliah dimarahi oleh majikannya kerana membuat laporan


syarikat secara ___________ sahaja.

A. pilih kasih C. kepala angin

B. hentam keromo D. serkap jarang

lyn6764
19. Pergaduhan yang melibatkan dua orang sahabat baiknya itu
menyebabkan Jamil bersikap ___________.

A. atas pagar C. berat mulut

B. angkat kaki D. ambil hati

20. Enot sudah ___________ untuk meneruskan pengajiannya


kerana keluarganya miskin.

A. putih hati C. tawar hati

B. jauh hati D. isi hati

lyn6764
21. Dia tidak pernah mengendahkan ejekan kawan-kawannya
kerana dia ______________.

A. telinga lintah C. telinga nipis

B. tebal telinga

22. Junaidah ____________ apabila mendapat tahu dirinya


difitnah.

A. besar hati C. angkat diri

B. naik angin D. hati batu

lyn6764
23. Jangan menceritakan sebarang rahsia kepada Aishah
kerana dia _____________.

A. mulut murai C. berat mulut

B. mulut manis D. mulut tempayan

24. Lukisan yang cantik itu hasil ___________ pelukis


terkenal negara kita.

A. buah tangan C. bekas tangan

B. kerja tangan D. kraf tangan

lyn6764
25. Budak yang lurus seperti ____________ itu sering diarah
berbuat sesuatu oleh rakan-rakannya.

A. tali C. galah

B. bendul D. buluh

26. Beberapa orang ___________ yang disyaki penagih dadah


telah ditangkap pada pukul satu pagi di warung Pak Hamid.

A. kaki botol C. kutu embun

B. muka tembok D. mata keranjang

lyn6764
27. Adik terlalu mua sejak kecil, kini dia berasa __________.

A. besar hati C. hati batu

B. kepala batu D. besar kepala

28. Kumin __________ apabila mendapat berita tentang


kemalangan yang menimpa keluarganya.

A. gelap mata C. hilang akal

B. kecil hati D. tawar hati

lyn6764
29. Dia memang ___________. Lain yang kita cakap, lain yang
didengarnya.

A. telinga kuali C. buta tuli

B. pekak badak D. pasang telinga

30. Lelaki yang bercakap seorng diri itu memang _________.

A. setengah tiang C. otak udang

B. kepala angin D. patah hati

lyn6764
31. Muka adik pucat seperti __________ apabila menonton
filem seram itu.

A. cuka C. tikus

B. hantu D. mayat

32. Jualannya laku seperti _____________.

A. pasar borong C. intan permata

B. air batu campur D. pisang goreng panas

lyn6764
33. Dia sanggup ____________ untuk menyelamatkan adiknya
daripada mati lemas..

A. mati katak C. bergadai nyawa

B. bergolok-bergadai D. mencuci mata

34. Saya datang ke bandar ini untuk _____________.

A. mengadu domba C. mengangkat diri

B. mencari jalan D. mengadu untung

lyn6764
35.Tidak ada gunanya menolong orang yang tidak tahu
mengenang budi. Kita seperti ______________ sahaja.

A. mendukung biawak hidup

B. menatang minyak penuh

C. katak di bawah tempurung

D. rusa masuk kampung


36. Pemuda itu betul-betul seperti ________________. Baru
kini kami mengetahui niat buruknya.

A. bertih direndang

B. cacing kepanasan

C. abu di atas tunggul

D. api dalam sekam


37. Kita mestilah bergaul dengan jiran-jiran. Janganlah
bersikap _____________________.

A. seperti anjing dengan kucing

B. seperti kera sumbang

C. seperti kera mendapat bunga

D. seperti aur dengan tebing


38. Hatinya hampa ________________ apabila hasratnya
ditolak.

A. bagai bertepuk sebelah tangan

B. seperti kumbang putus talinya

C. seperti kaca jatuh ke batu

D. bagai bulan jatuh ke riba


39. Wajah pesakit itu pucat ___________________.

A. seperti ayam mengeram

B. seperti ayam berak kapur

C. seperti kambing diseret ke air

D. seperti beruk dapat bunga


40. Wak Karmin terpaksa ditenangkan oleh jiran-jirannya
kerana keadaannya ____________ setelah mendapati
rumahnya terbakar.

A. seperti wau putus tali

B. seperti ayam dibawa ke kepuk

C. seperti kucing kehilangan anak


41. Setelah makan ubat yang diberi oleh doktor, penyakitnya
pun sembuh, ____________________.

A. seperti duduk dalam duri

B. seperti tikus jatuh ke beras

C. seperti katak kena simbah

D. seperti kunyit kena kapur


42. Ketua kampung menasihati ____________nya agar tidak
mempercayai ____________.

A. anak buah khabar angin

B. anak didik omong kosong

C. anak buah surat rasmi

D. anak tiri lidah pendeta


43. Nenek Limah menceritakan _____________ kehidupannya
kepada kami.

A. adu domba C. cahaya hidup

B. asam garam

44. Kemenangan sudah tentu _______________ pasukan


sekolah saya.

A. isi hati C. darah daging

B. kaki bangku D. dalam tangan

lyn6764
45. Tukang masak di istana itu mempelajari ___________
semasa dia bertugas di istana.

A. bahasa halus C. bahasa pasar

B. bahasa dalam D. bahasa rojak

46. Pemerintahan yang berbentuk ____________ telah


menyebabkan rakyat hidup menderita.

A. hati batu C. kuku kambing

B. kuku besi D. besar kepala

lyn6764
47. Aina menjadi _______________ apabila melihat pakaian
yang cantik-cantik di pasar raya itu.

A. rabun mata C. sakit mata

B. putih mata D. rambang mata

48. Saya datang ke bandar ini untuk _____________.

A. mengadu domba C. mengangkat diri

B. mencari jalan D. mengadu untung

lyn6764
49. Encik Murad tidak dapat memiliki rumah teres itu kerana
dia tidak dapat membayar __________ yang ditetapkan
oleh pemaju.

A. wang muka C. wang belanja

B. wang hangus D. wang hantaran

50. Seburuk-buruk perangainya, dia masih _____________


kita,kata ayah kepada ibu.

A. darah muda C. darah daging

B. darah gemuruh D. darah manis


lyn6764

Anda mungkin juga menyukai