Anda di halaman 1dari 13

PERIBAHASA

Perkataan atau kelompok kata yang


tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud
lain daripada ertinya yang lazim. Bertujuan
untuk dijadikan bandingan, teladan dan
pengajaran.

Simpulan bahasa Perumpamaan

Perbandingan Pepatah Bidalan

lyn6764
Simpulan bahasa

buah tangan

buah tangan

hadiah atau pemberian

Puan Mariam membawa buah tangan


semasa melawat adiknya di hospital.

lyn6764
hidung tinggi

orang yang sombong atau angkuh

Tuan Kamal tidak disukai oleh jiran-


jirannya kerana dia hidung tinggi.

angkat diri orang yang sombong dan suka memuji


diri sendiri

lyn6764
mandi kerbau

mandi yang tidak bersih

Jimmy diejek oleh rakan-rakannya kerana


badannya berbau. Itulah akibat mandi kerbau.

Badan Jimmy berbau busuk kerana dia sering


mandi kerbau.
lyn6764
murah hati

orang yang suka berderma, tidak kedekut

Encik Wong bermurah hati mendermakan


makanan kepada orang tua itu.

Walaupun Omar miskin tetapi dia murah hati.

lyn6764
alas perut

makan sedikit untuk menahan lapar

Kamala makan sekeping roti sebagai alas perut


sebelum pergi ke sekolah.

Kita mestilah mengalas perut sebelum pergi ke


sekolah agar dapat menumpukan perhatian
semasa guru mengajar. lyn6764
buta huruf

tidak tahu membaca dan menulis

Pak Mat tidak dapat membaca buku itu kerana


dia buta huruf.

Pak Mat buta huruf kerana dia tidak pernah


bersekolah.
lyn6764
langkah seribu

cabut lari kerana takut

Ali membuka langkah seribu apabila dikejar


anjing.

Perompak itu membuka langkah seribu apabila


mendengar bunyi siren kereta polis.
lyn6764
buruk makan

lahap, rakus

Budak yang gemuk itu buruk makan.

Ibu berpesan kepada anaknya agar jangan buruk


makan di majlis itu nanti.
lyn6764
patah kandar

hilang tempat bergantung

Asnan patah kandar sejak kematian ayahnya.

Kita patut menolong orang yang patah kandar.

lyn6764
Jawab Soalan-soalan berikut
1. Mak minah ________________ setelah kematian suaminya.

2. Segerombolan perompak itu _______________ setelah melihat


kereta peronda.

3. Ibu memarahi adik kerana _________________ di majlis hari jadi itu.

4. Kamil __________________ supaya bertenaga semasa menyertai


pertandingan syarahan.

5. Kemiskinan keluarga Pak Mat menyebabkan dia ________________


kerana dia tidak pernah pergi ke sekolah.

6. Hartawan itu ber_________________ memberi sumbangan kepada


pelajar miskin.

7. Ah Meng menghidap penyakit kulit kerana dia sering ___________ .

8. Abu tidak mempunyai ramai kawan kerana sikapnya ___________ .


.
Simpulan Bahasa

1. Kamil __________________ supaya bertenaga semasa menyertai


pertandingan syarahan.

2. Walaupun Omar miskin tetapi dia ____________.

3. Hartawan itu ber_________________ memberi sumbangan kepada


pelajar miskin.

4. Ah Meng menghidap penyakit kulit kerana dia sering ___________ .

5. Abu tidak mempunyai ramai kawan kerana sikapnya ___________ .


.

Anda mungkin juga menyukai