Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara membuat wau

Wau ialah antara permainan yang diminati dan dianggap seni


warisan. Jika kita ikut cara-cara yang betul maka dapatlah kita
menghasilkan wau yang menarik.

Mula-mula kita haruslah memilih buluh yang berkualiti atau sesuai


untuk menghasilkan wau. Biasanya buluh duri digunakan untuk
menghasilkan wau yang unik. Selepas memilih buluh , proses meraut
perlu dilakukan supaya batang lidi yang licin dapat dihasilkan.

Jangan mula membuat wau tanpa membuat rangka. Jika tiada


perancangan yang rapi maka mustahillah kita untuk menghasilkan wau.
Sebelum mula membuat wau kita perlulah membuat rangka dahulu.
Mendapatkan nasihat orang yang berpengalaman dalam bidang
menghasilkan wau juga sangat penting.

Selepas rangka siap, tampalkan rangka tersebut di atas kertas


yang telah disediakan khas untuk menghasilkan wau. Jika pandai melukis
kita boleh melukis corak kita sendiri di atas kertas yang dilekat atas
rangka wau. Corak yang dilekat juga akan menambahkan kecantikkan
pada wau.

Akhir sekli, selepas semua proses di atas selesai kita perlu


memasang teraju. Teraju yang sempurna adalah penting sebelum
sesebuah wau itu diterbangkan. Ini akan mempengaruhi kedudukkan wau
supaya terbang dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai