Anda di halaman 1dari 5

LAMP 2K18

Kumpulan 2
Zulhamizan
Muhammad
Idham
Akmal Aqiela
LDK ( Jati Diri )
Sasaran Peserta :
- Sekolah Rendah Pelajar Islam (10 – 12 tahun)
- Program Masjid ( Bawah 17 tahun)

Objektif Aktiviti :
- Memberi kefahaman kepada para peserta tentang manusia dengan
hati dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

Radas : Kertas A4, Pensil & Pemadam


Masa : 30 Minit
Perlaksanaan
1. Fasi akan memberikan sehelai kertas A4, 1 batang pensel & pemadam
kepada peserta pertama dalam bulatan.
2. Setiap peserta akan diajukan soalan dan perlu jawab soalan dalam masa
10 saat. Selepas menjawab, peserta hendaklah menyerahkan kertas
tersebut kepada rakan sebelah untuk soalan seterusnya.
3. Jika soalan dijawab dengan salah, peserta perlu menconteng kertas
tersebut. Jika soalan dijawab dengan betul, peserta boleh memadam
sebahagian contengan tersebut.
4. Soalan akan diajukan oleh fasi berkaitan dengan
- Hubungan manusia
- Hubungan dengan Allah
Perbincangan

1. Bagaimana dengan soalan yang diajukan tadi? Susah atau senang


untuk menjawab dengan masa yang diberikan?
2. Apa perbezaan kertas itu sebelum & selepas? Apa yang adik boleh
kaitkan kertas tadi dengan diri adik-adik?
Kesimpulan
1. Kertas itu ibarat seperti iman@hati adik-adik sendiri. Soalan yang
diajukan merupakan asas kehidupan seorang muslim. Contengan
dan memadam itu ibarat tindakan kita. Contengan itu seperti
kesalahan dan memadam itu kebaikan
2. Kita tahu jawapan itu benar walaupun soalan susah dan kita ragu-
ragu untuk menjawabnya, disebabkan hati @ atau kepercayaan kita
goyah, kita akan hanyut

Anda mungkin juga menyukai