Anda di halaman 1dari 8

Ciri Khusus Islam

Syumul
-Undang-undang -Bernegara
-Keadilan -Akhlak
-Kehakiman -Ilmu
SYUMULIYYAH

Menurut Yusuf al-Qardawi (2000:256), al-Syumuliyyah merupakan satu


keistimewaan Islam yang membezakan Islam dengan agama, falsafah
dan aliran lain yang diketahui oleh manusia dengan segala makna dan
dimensi yang terkandung di dalam perkataan syumul itu sendiri. Ia
meliputi semua zaman, seluruh kehidupan dan seluruh unsur manusia.
Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran
Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa
terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar
perkara.
Undang-undang
• Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk
mengatur hubungan sesama manusia.
• Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar
hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti
hukuman hudud dan qisas.
• Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan sesama manusia dengan
Allah seperti solat, haji, puasa dan ibadat lain.
• Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia
seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan orang
bukan Islam, hukum antarabangsa, hukum berkait dengan pemerintahan
negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan
kesalahan.
Keadilan
Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah
memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan.
Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli
keluarga atau bukan ahli keluarga. Tidak kira status dan bangsa.
Keadilan Islam bukan sahaja terkesan kepada orang Islam tetapi seluruh
manusia dan seluruh alam.
Kehakiman
Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu dimana
Sistem kehakiman Islam menyeluruh didalam semua perhubungan
permasalahan semua manusia tidak kira bangsa, kedudukan, dan
status. Yang mana hukuman tersebut adalah mengikut syariat yang
telah ditentukan oleh Allah.
Negara
• Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam
berkenaan persoalan negara.Islam bukanlah teratas dalam lingkungan
hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan
manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang
lain.
• Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syariat-
syariat seperti sifat Quwwah dan amanah. Peranan ketua negara
Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk
melakukannya.
Akhlak

Islam amat mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam


terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran
tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang
beriman.
Ilmu
Ilmu tentang cara beribadah dan hukum-hukum sudah diajarkan oleh
Nabi dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang besar. Contohnya
cara istinjak sehingga cara mengurus negara.

Anda mungkin juga menyukai