Anda di halaman 1dari 19

DATA ANALISIS

BENGKEL KAJIAN TINDAKAN


JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
16 & 17 JUN 2010
ANALISIS DATA

1. Cara data dianalisis bergantung kepada jenis


data yang dipungut
2. Secara am, data dikategorikan kepada:
• Data kuantitatif
• Data kualitatif
3. Biasanya data yang dipungut dalam
penyelidikan tindakan adalah data kualitatif
Mengenal pasti aspek amalan
(Mengumpul data untuk mengenal pasti amalan yang
ingin diperbaiki)

Kitaran
seterusnya Perancangan

Refleksi
Tindakan/
1. Menganalisis dan menilai
2. Membuat refleksi Implementasi
mengenai keberkesanan
tindakan data yang dikumpul
Pengumpulan
data
MAKSUD ANALISIS DATA DALAM PENYELIDIKAN
TINDAKAN
 Data analisis adalah proses sistematik dalam
menyusun transkrip temubual, nota lapangan yang
anda telah kumpulkan dengan tujuan meningkatkan
pemahaman anda terhadap dapatan anda dan
membolehkan anda membentangkan hasil dapatan
anda kepada pihak lain.
 Analisis melibatkan bekerja dengan data, mengurus
data dan memecahkan data kepada unit-unit yang
boleh diurus, sintesis, mencari pola, menemukan apa
yang penting dan boleh dipelajari dan membuat
kesimpulan terhadap apa yang akan diberitahu
kepada pihak lain.
(sumber: Bogdan & Biklen)
 Data analysis is the process of bringing order,
structure and meaning to the mass of collected
data. It is a messy, ambiguous, time consuming,
creative and fascinating process. It does not
proceed in a linear fashion: it is not neat.
Qualitative data analysis is a search for general
statements about relatioships among categories
of data; it builds grounded theory.
(Sumber: Marshall & Rossman, 1995)
PROSES ANALISIS DATA KUALITATIF
Membaca data

Memilih data
Pengumpulan
data
Memaparkan
data
Aktiviti
penyelidikan
seterusnya

Memperbaiki data dan


membuat kesimpulan
1.Langkah 1 :Membaca data
Meneliti data yang diperolehi untuk mengingat
kembali peristiwa dan pengalaman yang berkaitan

2.Langkah2 : Memilih data


Menapis untuk memilih fakta yang penting.

Mengumpul data mengikut kategori/kriteria

Mempermudahkan maklumat yang kompleks


3. Langkah 3 :Mempersembahkan data
Merumuskan data yang terpilih dalam
bentuk yang mudah dipersembahkan,
misalnya grafik

4. Langkah 4 :Menterjemah dan


membuat kesimpulan
Menjalinkan perhubungan antara data
Menerangkan model/teori untuk
menjelaskan situasi
KAWALAN KUALITI PENYELIDIKAN TINDAKAN
1. Mempertimbangakn perspektif alternatif
 Menyemak secara silang pemahaman yang
anda perolehi dengan mereka yang terlibat
dalam kajian anda atau penyelidik lain.

A. Perspektif alternatif termasuk:


i. Perspektif orang lain sama ada yang terlibat
secara langsung (murid dalam kelas kita) atau
secara tidak langsung (pemerhati/rakan kritis)
ii. Perspektif daripada kaedah lain bagi situasi
yang sama, misalnya pemerhatian terus
disokong oleh temubual murid.

iii. Perspektif daripada kajian lain dalam situasi


yang serupa

 Pengujian melalui tindakan


i. Adakah pemahaman yang diperolehi daripada
penyelidikan diuji melalui tindakan?
KAEDAH ANALISIS DATA DALAM
PENYELIDIKAN TINDAKAN
1. Analisis kandungan
 Meneliti data yang diperolehi (contoh: transkrip
rakaman audio sesi pengajaran dan
pembelajaran) dan menggariskan/menandakan
perkara-perkara yang dianggap penting
berhubung dengan persoalan kajian.
 Merujuk balik perkara-perkara yang ditandakan
dan menentukan kategori yang sesuai (contoh:
penyoalan guru, pujian, dll)
 Melabelkan bahagian-bahagian data dengan
nama kategori atau singkatan/kodnya (contoh:
PY bagi penyoalan, PJ bagi pujian dsb)
digunakan, pastikan koding yang lebih terperinci
digunakan agar punca data berkenaan dapat
dikenal pasti
 Contoh:
 PJ : TSPP3/2/18
 PJ : Kategori : Pujian
 TSPP3 : Punca : Transkrip Sesi P&P Ke 3
2 : Muka surat ke 2
 18 : Baris ke-18
2. Analisis pola
Selepas mengenal pasti dan membuat
pengkodan, penyelidik membuat analisis
berpandukan kepada soalan-soalan berikut:
i. Apakah pola yang dapat dilihat?
ii.Apakah signifikannya pola ini?
iii.Apakah kesan pola perlakuan tersebut?
iv.Sejauh manakah pola serta kesan
daripadanya serasi/sepadan dengan hasrat
guru?
v. Sekiranya kesan pola berkenaan memang
sepadan dengan hasrat guru, apakah teori
yang dapat dirumuskan?
3. Analisis delima
 Meneliti data yang diperolehi (khasnya
transkrip temu bual) untuk mencari kes-kes di
mana sasaran kajian menghadapi delima yang
bercorak “On one hand…but, on the other
hand….”
 Menuliskan satu pernyataan yang jelas
tentang delima berkenaan
 Menjelajah delima tersebut untuk memahami
faktor-faktor yang menimbulkan kesan serta
tahap seriusnya
 Mencari penyelesaian
TEKNIK MENYEMAK DATA
(TRIANGULASI DATA)
 Data yang dipungut mesti mempunyai kredibiliti, maka
data perlu disemak untuk menentukan sejauh
manakah ianya boleh dipercayai.
 Kaedah yang popular digunakan untuk menyemak
kebolehpercayaan data kualitatif ialah triangulasi.
 Beberapa jenis triangulasi
i. Triangulasi masa
ii. Triangulasi metod
iii. Triangulasi sumber
iv. Triangulasi penyelidik
I. TRIANGULASI MASA

 Mengumpul data daripada sumber yang sama


dalam satu jangkamasa yang panjang(juga
dikenali rekabentuk longitudinal). Contohnya,
berbincang atau menemubual seorang individu
yang sama mengenai topik yang sama pada
masa yang berlainan.
II. TRIANGULASI METOD

 Menggunakan kaedah mengumpul data yang


berlainan ke atas subjek kajian yang
sama(triangulasi antara kaedah, untuk menguji
kesahan). Contohnya, mengumpul maklumat
mengenai aspek yang sama melalui temu bual,
pemerhatian dan borang soal selidik
 Menggunakan kaedah yang sama untuk situasi yang
berlainan (triangulasi dalam kaedah- bermaksud
mengulang satu kajian untuk menguji
kebolehpercayaan termasuk membut replikasi)
III. TRIANGULASI SUMBER
 Mendapat maklumat dan pandangan daripada
sumber-sumber informasi yang berlainan.
Contohnya mendapat pandangan murid, rakan
guru, pemerhatian sendiri, pihak pentadbir, buku
rekod dan lain-lain
 Rajah menunjukkan triangulasi tiga penjuru

Perspektif pihak ketiga

Perspektif guru Perspektif murid


V. TRIANGULASI PENYELIDIK

 Menggunakan lebih daripada seorang


penyelidik untuk mengumpul data

(Sumber: Altrichter et al, 1993; Cohen & Manion,


1994)

Anda mungkin juga menyukai