Anda di halaman 1dari 18

K2 PLANNING OFFICE

ASSET & INVENTORY


MANAGEMENT
MAKSUD KAWALAN INVENTORI

 Merujuk kepada satu aktiviti menyimpan dan memastikan inventori atau


stok bahan mentah dan barangan siap sentiasa dapat disediakan
apabila diperlukan sepanjang masa.
KEPENTINGAN KAWALAN INVENTORI

 Memastikan inventori sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang


masa
 Memastikan tiada pembaziran kos pemegangan inventori dalam suatu
tempoh tertentu
 Memastikan proses menyediakan produk dalam proses pengeluaran
dilakukan secara berterusan
 Memastikan semua keperluan dalam pasaran dapat dipenuhi apabila
diperlukan
 Memastikan risiko kecurian dan kerosakan pada inventori dapat
dikurangkan
 Mengelakkan berlaku pembaziran sumber
JENIS-JENIS INVENTORI

 Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran (kayu dan


paku)
 Produk separuh siap yang masih dalam proses transformasi (pintu
almari)
 Produk siap yang bersedia untuk dipasarkan (almari baju)
 Alatan penyelenggaraan yang digunakan untuk selenggara mesin dan
alatan
 Alatan habis guna yang digunakan sepanjang proses pengeluaran.
ALAT / KAEDAH KAWALAN
INVENTORI
Analisis ABC
 Analisis ABC merujuk satu kaedah kawalan inventori menggunakan
pengelasan tahap penggunaan inventori mengikut nilai ringgit penggunaan.
 Semakin tinggi nilai ringgit penggunaan suatu inventori, semakin tinggi tahap
kepentingannya.
 Tiga tahap inventori yang dikelaskan mengikut nilai penggunaan ringgit iaitu:
 Tahap A – paling penting
 Penggunaan yang paling tinggi dari segi nilai ringgit dan kerap digunakan
 Tahap B - sederhana penting
 Penggunaan ringgit yang sederhana dalam inventori tahap ini.
 Tahap C – kurang penting
 Penggunaan ringgit yang paling kurang dan paling jarang digunakan.
Model Kuantiti Pesanan Ekonomi ( Economic Order Quantity)
 EOQ merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk menentukan
kuantiti pesanan optimum yang akan meminimumkan jumlah kos
berubah mengikut saiz pesanan.
 EOQ juga merupakan satu teknik pengurusan inventori untuk
mengimbangi 3 kos yang utama melibatkan pesanan dan simpanan
inventori iaitu :
 Kos belian – harga belian dan kos penghantaran
 Kos pesanan – Harga memproses iaitu kos kertas kerja, kos
panggilan, kos pemeriksaan barangan dan lain-lain kos.
 Kos simpanan [Pegangan] – Kos untuk menyimpan inventori.
Insurans, cukai dan lain-lain.
Andaian EOQ :
 Kadar penggunaan adalah konsisten
 Item dikeluarkan atau diperolehi dalam bentuk lot dan diterima sekaligus dan
tiada had ke atas saiz lot item.
 Keputusan untuk sesuatu item tidak bergantung kepada keputusan bagi item
yang lain di mana hanya satu item yang terlibat pada suatu masa tertentu.
 Masa menunggu diketahui dengan pasti
 Kekurangan tidak dibenarkan berlaku
 Diskaun harga tidak ditawarkan
 Kos yang terlibat ialah kos pesanan dan kos pemegangan [penyimpanan]
sahaja

Tujuan EOQ
 Memastikan pengaliran kerja diselenggarakan dengan baik
 Dapat mengawal kos inventori
 Untuk menepati masa dan saiz tempahan
 Dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan pengguna.
MODEL EOQ
 Purata inventori kitaran = Q + 0 = Q
2 2
FORMULA MENCARI NILAI EOQ

 EOQ

Di mana :
 D = Permintaan ramalan sesuatu item dalam suatu jangka masa
 OC = Kos pesanan
 V = Kos pesanan per unit
 CC = Kos penyimpanan dalam penyenggaraan inventori keseluruhan dalam
peratus / kos pegangan
 Apabila kos [pemesanan/permintaan/pemegangan] meningkat, EOQ akan
meningkat.
Contoh Pengiraan EOQ :
 Syarikat SQ sebuah pembekal alat elektronik ingin menentukan kuantiti
pesanan ekonominya. Item yang hendak ditentukan ialah kipas jenama
KDK. Ramalan jualan syarikat ialah 4000 unit setahun dan nilai belian
setiap item ialah RM500. Pengurus kewangan telah menganggarkan
bahawa setiap pesanan item tersebut ialah RM75 dan kos
penyimpanan termasuk insurans, cukai dan lain-lain adalah 20%
setahun dari harga sistem tersebut.
 Kirakan EOQ Syarikat Jaya untuk item tersebut.
Penyelesaian:
 Maklumat yang diperolehi ialah:
 D - 4000 unit
 OC - RM75
 V - RM500
 CC - 20%

 EOQ

=
= 77.46 [bundarkan]
= 78 unit

 Model inventori ini mencadangkan pada pihak pengurusan Syarikat SQ


bahawa pesanan yang paling ekonomi ialah 78 unit, iaitu mereka mesti
membuat pesanan sebanyak 52 kali setahun [4000/78].
Titik Pesanan Semula (Reorder Point)-ROP
 ROP merujuk kepada keputusan untuk menentukan masa yang sesuai
untuk memesan semula inventori dalam suatu kuantiti tertentu.
 Dalam Pengurusan inventori, pengurus operasi mestilah membuat
keputusan mengenai bilakah masanya untuk memesan semula dan
jumlah akan dipesan semula itu.
 Masa untuk memesan semula disebut ‘titik pesanan semula’ yang
biasanya dibuat pada suatu paras stok yang ditentukan terlebih
dahulu.
 Paras stok ini mengambil kira masa tunggu yang diperlukan dan juga
stok keselamatan.
FORMULA ROP

 ROP = ×L

Petunjuk:
 D = Jumlah Permintaan
 W= Jumlah masa bekerja setahun
 L = Jangka Masa Penghantaran Pesanan
Sistem Tepat Pada Waktu ( Just In Time ) -JIT
 JIT merujuk kepada satu sistem yang memastikan pembekal perlu
menghantar bekalan inventori kepada pelanggan atau organisasi tepat
pada masa yang diperlukan dalam satu jumlah minimum yang mungkin.
Objektif Sistem Inventori tepat pada masa [JIT]:
 Mengurangkan kos penyimpanan inventori
 Mengelakkan pembaziran inventori bahan mentah dan barang separuh
siap
 Menjimatkan masa pengurusan inventori dan kekerapan penyediaan
inventori (set-up)
 Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori untuk setiap kali
proses pengeluaran.
 Memastikan sistem pengeluaran sentiasa berjalan lancar dan tidak
tergendala akibat kekurangan bahan mentah.
 Menjadikan proses pengeluaran lebih fleksibel.
Ciri – ciri Sistem JIT :
 Komponen yang digunakan dalam sistem pengeluaran adalah seragam
 Saiz lot pengeluaran yang kecil
 Kualiti produk sentiasa dititikberatkan
 Masa proses pengeluaran yang pendek
 Mesti mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal
 Tenaga kerja digunakan secara anjal
 Melibatkan susun atur proses pengeluaran secara susun atur produk.
SOALAN?
1. Syarikat Wira menganggarkan jumlah permintaan tahunan sebanyak 10000 meter
kain . Kos bagi setiap meter adalah RM12. Kos memesan untuk setiap pesanan
ialah RM60. Kos pemegangan ialah 10% daripada kos satu meter kain

a) Berapakah kuantiti pesanan ekonomi (EOQ)?.


b) Berapakah jumlah kos pemegangan dan kos memesan?.

2. Syarikat WWW mempunyai permintaan inventori X sebanyak 20000 unit setahun.


Organisasi ini mengamalkan 300 hari bekerja setahun. Secara puratanya,
penghantaran pemesanan memakan masa 10 hari bekerja. Hitungkan titik pesanan
semula.

3. Syarikat Wira mempunyai permintaan inventori X sebanyak 2 tan sehari.


Organisasi ini mengamalkan 300 hari bekerja setahun. Pengurus pembelian
menyatakan kos memesan ialah RM50 bagi setiap pesanan dan kos pemegangan
adalah 10% daripada kos setan inventori X. Kos bagi setiap inventori X adalah
RM10 per tan. Secara puratanya penghantaran pesanan memakan masa 10 hari
bekerja dan syarikat ini menetapkan peringkat stok keselamatan pada 50 tan.

a. Berapakah kuantiti pesanan ekonomik?.


b. Berapakah jumlah kos pemegangan dan kos memesan?.
c. Hitungkan ROP

Anda mungkin juga menyukai