Anda di halaman 1dari 152

SEKTOR PENGURUSAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN JABATAN PELAJARAN PERAK

TAKLIMAT PENGENDALIAN PEPERIKSAAN AWAM NEGERI PERAK

TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB
TIMBALAN
KETUA PENGAWAS
ETIKA
TIMBALAN KETUA PENGAWAS
1. Menandatangani Perakuan Akta Rahsia
Rasmi 1972.
2. Menghadiri taklimat pengurusan
peperiksaan dengan Penyelia Kawasan dan
Ketua Pengawas berkaitan pengendalian dan
keselamatan peperiksaan.
3. Menjalankan tugas dan tanggungjawab
Ketua Pengawas pada masa ketiadaannya, di
samping menjalankan tugas pengawasan
biasa.
4. Membantu Ketua Pengawas menjalankan
pentadbiran pusat peperiksaan.
5. Berada di pusat peperiksaan seawal 7.30 pagi
pada setiap hari peperiksaan untuk pengurusan
di pusat peperiksaan.
6. Memeriksa semua dewan atau bilik
peperiksaan setiap kali sebelum
peperiksaan dijalankan untuk memastikan
bahawa keadaannya bersih, kemas dan
mengikut peraturan peperiksaan.
7. Membungkus skrip jawapan peperiksaan dan
memastikan alamat penerima yang ditulis oleh
Ketua Pengawas adalah betul.
8. Mengeluarkan bahan peperiksaan sebelum sesi
peperiksaan bermula dan menyimpannya
selepas tamat sesi peperiksaan.
9. Dilarang meninggalkan sama sekali dewan
atau bilik peperiksaan tanpa izin Ketua
Pengawas.
10. Dilarang melakukan sesuatu yang boleh
mengalih perhatian dari tugasnya seperti
menggunakan komputer , telefon, makan,
merokok, berbual-bual dan membaca
11. Dilarang membaca kertas peperiksaan
12. Dilarang membuat apa sahaja yang boleh
mengganggu konsentrasi calon (seperti
memakai kasut yang berbunyi)
13. Dilarang memberi tumpuan yang lebih
kepada seseorang calon atau membaca
jawapan calon.
14. Dilarang membantu calon
15. Sentiasa berpakaian rasmi semasa bertugas
16.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Ketua Pengawas berkaitan dengan
pengurusan peperiksaan.
SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Menerima pelantikan rasmi sebagai Timbalan
Ketua Pengawas
2. Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi
1972
3. Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan
yang disampaikan oleh SPP JPN/UPP
JPN/Penyelia Kawasan
4. Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan
dengan Penyelia Kawasan dan Ketua
Pengawas (KP) berkaitan pengendalian dan
keselamatan peperiksaan
5 Melawat pusat peperiksaan bersama-sama
KP dan Pengawas satu hari bekerja sebelum
peperiksaan bermula
6 Membantu KP dalam memastikan
6.1 Bilik/Dewan Peperiksaan
• Bilik atau dewan peperiksaan sesuai digunakan
• Kerusi dan meja sesuai dan disusun mengikut
peraturan yang ditetapkan
• Semua gambar, tulisan dan gambar rajah di dinding
bilik peperiksaan diturunkan atau
ditutup/diterbalikkan
• Jadual Waktu Peperiksaan dan pelan tempat duduk
calon telah ditampalkan di pintu tiap-tiap
bilik/dewan peperiksaan
• Label meja atau Pernyataan Pendaftaran Calon
Peperiksaan ditampal di penjuru atas sebelah kanan
meja calon
• Papan tanda KAWASAN LARANGAN dan
PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN diletak di
bahagian luar dewan dan bilik peperiksaan
• Label KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN ditampal di
bahagian luar tandas
• Kemudahan telefon sepanjang masa peperiksaan
dijalankan disediakan
6.2 Bekalan Bahan Peperiksaan (cth: Helaian
Tambahan, Buku Jawapan)
• Membantu penerimaan bahan peperiksaan daripada
Pengetua
• Membantu memastikan bekalan bahan peperiksaan
disediakan mengikut keperluan mata pelajaran
• Melaporkan sebarang ketidakakuran bekalan bahan
peperiksaan kepada KP
6.3 Calon
• Membantu mengenal pasti calon yang menduduki
sesuatu kertas peperiksaan mengikut Jadual Waktu
Peperiksaan
• Membantu mendapatkan maklumat calon
tercicir/calon menumpang/calon hospital/ calon
tahanan/calon pusat pemulihan/ calon penjara dan
sebagainya daripada Pengetua/Guru Besar
• Merujuk Borang Pendaftaran Calon peperiksaan yang
asal yang disimpan oleh pihak sekolah untuk
mengesahkan maklumat calon tercicir
• Membantu memastikan kertas peperiksaan untuk
calon menumpang yang telah mendapat kebenaran
daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau atas
sebab kecemasan dibekalkan
• Membantu memastikan keperluan bagi calon
bekeperluan khas disediakan
6.4 Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat (JOB) dan
Kertas Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat
(JOTB)
• Membantu penerimaan Kertas JOB dan JOTB yang
telah diasingkan mengikut kertas mata pelajaran
daripada Pengetua/Guru Besar
• Membantu memastikan jumlah kertas JOB dan JOTB
mencukupi
6.5 Pelan Bilik/Dewan Peperiksaan
• Menerima salinan kedua pelan dewan atau bilik
peperiksaan dari Pengetua atau Guru Besar
• Memasukkan salinan kedua pelan dewan/bilik
peperiksaan ke dalam Buku Rekod Pengawasan
Peperiksaan
• Merujuk pelan dewan/bilik peperiksaan bagi
memastikan kedudukan setiap calon disusun
mengikut angka giliran dalam sesebuah dewan atau
bilik peperiksaan
6.6 Membantu mendapatkan senarai guru
bertugas daripada Pengetua atau Guru Besar
sepanjang peperiksaan berlangsung
6.7 Membantu menyimpan Jadual Pengiriman
Skrip Jawapan Peperiksaan di tempat yang
selamat
7 Menjalankan tugas dan tanggungjawab KP
pada masa ketiadaannya, di samping
menjalankan tugas pengawasan biasa
HARI PEPERIKSAAN
1 Berada di pusat peperiksaan seawal
7.30 pagi untuk pengurusan di pusat
peperiksaan

2 Penyimpanan Kertas Peperiksaan


2.1 Membantu KP menyimpan karung
keselamatan yang mengandungi kertas
peperiksaan di dalam almari berkunci di
bilik utama
2.2 Membantu KP menyimpan karung kertas
peperiksaan sesi petang yang diambil pada sesi
pagi di dalam almari besi keselamatan di bilik
Pengetua/Guru Besar sekolah kerajaan/ sekolah
bantuan kerajaan
2.3 Membantu KP mencatat rekod penyimpanan di
dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan
2.4 Membantu KP menyimpan anak kunci peti besi
keselamatan(Nombor tatakira akan dipegang oleh
Pengetua/Guru Besar)
3 Memaklumkan kepada KP dengan segera jika
ada Pengawas yang tidak dapat hadir
bertugas
4 Memeriksa semua dewan atau bilik
peperiksaan setiap kali sebelum peperiksaan
dijalankan
5 Membantu memastikan peperiksaan
dijalankan mengikut Jadual Waktu
Peperiksaan yang rasmi
6 Kertas Peperiksaan Terlewat Dimulakan
6.1 Membantu mencatatkan di papan tulis waktu
sebenar peperiksaan dimulakan dan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan
6.2 Membantu menyelaras waktu peperiksaan
sekiranya pusat mempunyai lebih daripada satu
bilik peperiksaan/dewan peperiksaan
7 Membantu memastikan calon hanya
membawa masuk bahan-bahan yang
dibenarkan (rujuk Jadual Waktu Peperiksaan)
8 Membantu memastikan calon tidak
membawa masuk nota, buku rujukan,
formula, catatan dan sebagainya ke dalam
dewan atau bilik peperiksaan
9 Membantu memastikan bahan-bahan yang
tidak dibenarkan disimpan di luar dewan
atau bilik peperiksaan
10 Membantu memastikan calon duduk di
tempat yang diarahkan mengikut pelan yang
telah ditetapkan
11 Calon yang tidak ditempatkan di meja sendiri
11.1 Membantu KP menyediakan satu pelan baru
yang menunjukkan kedudukan calon
waktu mengambil peperiksaan bagi kertas itu
11.2 Membantu KP mencatat tarikh, masa, kertas
dan mata pelajaran pada pelan baru
11.3 Membantu KP memasukkan salinan pelan
baru ke dalam Buku Rekod Pengawasan
Peperiksaan
12 Membantu KP memastikan Pengawas
mengedarkan helaian tambahan dan lain-
lain bahan peperiksaan kepada calon
13 Membantu KP membacakan arahan dan
amaran kepada calon sebelum memulakan
setiap kertas peperiksaan (rujuk Jadual
Waktu Peperiksaan)
14 Pengurusan Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan
Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)
14.1 Memastikan Pengawas mengedarkan kertas
jawapan objektif apabila semua calon telah
mengambil tempat di dalam dewan/bilik
peperiksaan sebelum kertas peperiksaan
diedarkan
14.2 Menggunakan 10 minit yang pertama setiap kali
memulakan kertas jenis objektif untuk
memberikan arahan kepada calon tentang
penggunaan kertas jawapan objektif
14.3 Memastikan calon menggunakan pensel 2B atau
BB sahaja untuk mengisi maklumat dan
jawapan dalam kertas jawapan objektif
14.4 Memastikan calon menggunakan getah
pemadam jenis lembut sahaja untuk memadam
maklumat yang tidak dikehendaki
14.5 Memastikan tidak ada kesan pensel di tempat
yang dipadamkan
14.6 Memastikan calon tidak menggunakan pemadam
jenis cecair
14.7 Memastikan calon tidak melipat, menggulung
atau merenyuk kertas jawapan objektif
14.8 Memastikan calon tidak membuat lubang atau
apa-apa tanda yang tidak dikehendaki di atas
kertas jawapan objektif
14.9 Memastikan calon menyemak maklumat calon
yang telah dicetak pada kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat (JOB) sebelum peperiksaan
bermula
14.10 Memastikan calon tidak meminda maklumat
JOB sedia ada
14.11 Memastikan calon melengkapkan kertas
Jawapan Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)
15 Pengurusan Kertas Jawapan Subjektif
15.1 Hanya dua helai kertas helaian tambahan
diberi setiap kali diminta oleh calon
15.2 Memastikan calon mengisi butiran
maklumat peperiksaan pada buku
jawapan/helaian tambahan
SEMASA PEPERIKSAAN
1.Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada
Calon
1.1 Menyemak nombor siri pengikat
keselamatan (mouse tail)
1.2 Memotong pengikat keselamatan karung
disaksikan pengawas lain dalam dewan atau
bilik peperiksaan utama
1.3 Mengesahkan bahawa sampul kertas
peperiksaan tersebut tidak dicerobohi dan
betul untuk kegunaan pusat peperiksaan itu
1.4 Memastikan dua calon memeriksa
sampul soalan masih belum dibuka dan
menuliskan nama serta menurunkan
tandatangan di ruangan yang disediakan
pada label bungkusan
1.5 Membuka sampul kertas peperiksaan di
hadapan calon dalam dewan/bilik
peperiksaan utama
1.6 Mengedarkan kertas peperiksaan
kepada semua calon dengan muka
depan kertas peperiksaan di bahagian
atas
2. Pengurusan Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan
Objektif Tidak Bermaklumat (JOTB)
2.1 Menanda kehadiran calon dalam JK
2.2 Calon tidak hadir
• Membantu KP menyusun kertas jawapan
objektif calon bersama skrip jawapan
peperiksaan calon yang hadir mengikut urutan
dalam Jadual Kedatangan
• Membantu KP mengambil kira kertas jawapan
objektif ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon
tidak hadir semasa mengisi ruang berkenaan pada
pembalut dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13), Borang
Kawalan Kertas Jawapan Objektif dan Borang
Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)
2.2 Calon Tercicir/Calon Menumpang /Calon
Bantahan/Calon Hospital/Calon Tahanan/Calon
Pusat Pemulihan/Calon Penjara/Calon
Berkeperluan Khas
• Membantu KP menandakan ruang berkenaan pada
skrip jawapan objektif
• Membantu KP menyusun skrip jawapan objektif ini
bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang
hadir mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan
• Membantu KP mengambil kira skrip jawapan objektif
ini sebagai skrip jawapan peperiksaan calon hadir
semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut
dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13), Borang Kawalan
Kertas Jawapan Objektif dan Borang Mengesan
Pergerakan Calon (LP/Am 29)
• Membantu KP melengkapkan maklumat dalam
Borang Kawalan Kertas Jawapan Objektif
3. Pengurusan Kertas Jawapan Subjektif
3.1 Calon tidak hadir
• Membantu KP menyediakan sehelai helaian
tambahan dan mengisi maklumat nombor angka
giliran, nombor kad pengenalan, nama mata
pelajaran dan kod kertas mata pelajaran
• Membantu KP menulis perkataan TIDAK HADIR
dengan jelas secara menyilang, menandatangani
dan menulis nama Ketua Pengawas atau
Pengawas pada helaian tambahan
• Membantu KP menyusun helaian tambahan ini
bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir
mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan
• Membantu KP mengambil kira helaian tambahan ini
sebagai skrip jawapan peperiksaan calon tidak hadir
semasa mengisi ruang berkenaan pada pembalut
dalam (LP/Am 12) atau (LP/Am 13) dan Borang
Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)
3.2 Calon Tercicir/Calon Menumpang /Calon
Bantahan/Calon Hospital/Calon Tahanan /Calon
Pusat Pemulihan/Calon Penjara/Calon Berkeperluan
Khas
• Membantu KP menyediakan sehelai helaian tambahan
dan mengisi maklumat nombor angka giliran, nombor
kad pengenalan, nama mata pelajaran dan kod kertas
mata pelajaran
• Membantu KP menulis perkataan CALON TERCICIR
atau CALON MENUMPANG atau CALON BANTAHAN
atau CALON HOSPITAL atau CALON TAHANAN atau
CALON PUSAT PEMULIHAN atau CALON PENJARA
atau CALON BERKEPERLUAN KHAS dengan jelas
secara menyilang, menandatangani dan menulis
nama Ketua Pengawas atau Pengawas pada helaian
tambahan
• Membantu KP menyusun helaian tambahan ini
bersama skrip jawapan peperiksaan calon yang hadir
mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan
• Mengambil kira helaian tambahan ini sebagai skrip
jawapan peperiksaan calon hadir semasa mengisi
ruang berkenaan pada pembalut dalam (LP/Am 12)
atau (LP/Am 13) dan Borang Mengesan Pergerakan
Calon (LP/Am 29)
3.3 Calon Yang Hadir Tetapi Tidak Menjawab
• Membantu KP membuat catatan perkataan HADIR
TETAPI TIDAK MENJAWAB secara menyilang pada
helaian tambahan atau kertas peperiksaan calon
berkenaan
3.4 Memastikan Pengawas mengedarkan benang
untuk calon mengikat kertas jawapan
3.5 Mengutip kertas jawapan subjektif calon yang
telah siap awal dan tidak mahu menjawab lagi
serta ingin menghantar kertas jawapan lebih
awal dari masa sepatutnya
4. Calon Hospital/Calon Tahanan/Calon Pusat
Pemulihan/Calon Penjara
4.1 Memastikan Pengawas Calon Hospital/ Calon
Tahanan/Calon Pusat Pemulihan/ Calon
Penjara mengambil kertas peperiksaan
setelah ianya dibuka dari pusat peperiksaan
yang berhampiran
4.2 Memastikan Pengawas memasukkan kertas
peperiksaan ke dalam sampul khas dan diseal
dengan pita pelekat
4.3 Memastikan kertas peperiksaan dibawa oleh dua
orang Pengawas dalam beg berkunci ke
hospital/pusat tahanan/pusat pemulihan/
penjara
4.4 Membantu KP melengkapkan Borang Laporan
Pengendalian Peperiksaan (LP/Am90)
4.5 Membantu KP mencatatkan perkara ini dalam
Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan
5 Kekurangan Bekalan Kertas Peperiksaan
5.1 Membantu KP menghubungi Penyelia
Kawasan dalam masa 5 hingga 10 minit kes
berlaku
5.2 Membantu KP memasukkan kertas
peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya
dengan segera
5.3 Membantu KP menutup bahagian sampul
yang telah dipotong dan diseal dengan pita
pelekat
5.4 Membantu KP menyimpan sampul kertas
peperiksaan dalam almari berkunci atau di
tempat yang selamat
5.5 Membantu KP memastikan calon dikuarantin
sehingga bekalan kertas peperiksaan
mencukupi untuk semua calon
5.6 Membantu KP menerangkan kedudukan yang
sebenar kepada calon dan meminta mereka
bertenang dan bersabar
5.7 Tidak membenarkan calon keluar dari dewan atau
bilik peperiksaan tanpa ditemani oleh Pengawas
5.8 Membantu KP memastikan tidak ada orang luar
menghampiri dewan atau bilik peperiksaan
5.9 Membantu KP mendapatkan kerjasama guru
bertugas untuk menguruskan makan minum dan
kebajikan calon jika kuarantin itu terlalu lama
5.10 Membantu KP apabila bekalan kertas
peperiksaan yang dibawa oleh Penyelia Kawasan
atau Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan tiba
5.11 Membantu KP membuat salinan kertas
peperiksaan, jika diarahkan
5.12 Membantu KP membuat salinan kertas
peperiksaan di sekolah kerajaan atau lain-lain
premis kerajaan
5.13 Membantu KP membuat catatan dalam Buku
Rekod Pengawasan Peperiksaan
5.14 Membantu KP melengkapkan Borang Laporan
Pengendalian Peperiksaan (LP/Am90)
5.15 Membantu KP menyediakan laporan kekurangan
bekalan kertas soalan dan diserah kepada
Penyelia Kawasan pada hari kes berlaku
6 Kesilapan Membuka Sampul Kertas
Peperiksaan
6.1 Membantu KP menghubungi Penyelia
Kawasan dalam masa 5 hingga 10 minit kes
berlaku
6.2 Membantu KP memasukkan kertas
peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya
dengan segera
6.3 Membantu KP menutup bahagian sampul
yang telah dipotong dan diseal dengan pita
pelekat
6.4 Membantu KP menyimpan sampul kertas
peperiksaan dalam almari berkunci atau di tempat
yang selamat
6.5 Membantu KP memulangkan kertas peperiksaan
yang tersalah buka itu kepada Penyelia Kawasan
untuk disimpan di bilik kebal
6.6 Membantu KP mengarahkan Pengawas mengawasi
calon yang perlu dikuarantin sehingga ke suatu
masa yang ditetapkan
6.7 Meminta calon duduk di tempat masing-masing
dalam keadaan bertenang dan bersabar
6.8 Membantu KP membuat catatan dalam Buku
Rekod Pengawasan Peperiksaan
6.9 Membantu KP melengkapkan Borang Laporan
Pengendalian Peperiksaan (LP/Am90)
6.10 Membantu KP menyediakan laporan kekurangan
bekalan kertas soalan dan diserah kepada Penyelia
Kawasan pada hari kes berlaku
7 Kertas Peperiksaan Rosak Atau Bilangan
Halamannya Kurang, atau Tidak Mempunyai
Soalan Pada Mana-Mana Halaman
7.1 Membantu KP menghubungi Penyelia Kawasan
dalam masa 5 hingga 10 minit kes berlaku
7.2 Membantu KP mengambil semula kertas
peperiksaan yang tersilap atau rosak dan
membekalkan kertas peperiksaan yang betul
serta lengkap
7.3 Membantu KP menyimpan kertas peperiksaan yang
tersilap atau rosak di dalam almari berkunci di bilik
utama
7.4 Membantu KP mencatatkan perkara ini dalam Buku
Rekod Pengawasan Peperiksaan
7.5 Membantu KP menyediakan laporan menggunakan
Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am
90)
7.6 Membantu KP menyerahkan laporan kepada
Penyelia Kawasan pada hari kes itu berlaku
7.7 Membantu KP menyerahkan kertas peperiksaan
yang tersilap atau rosak kepada Penyelia Kawasan
pada hari kes itu berlaku
8 Pusat Peperiksaan Menerima Lebih Sampul
Kertas Peperiksaan Untuk Sesuatu Kertas
Mata Pelajaran
8.1 Membantu KP menghubungi Penyelia
Kawasan dalam masa 5 hingga 10 minit kes
berlaku
8.2 Membantu KP memastikan sampul kertas
peperiksaan yang lebih tidak dibuka
8.3 Membantu KP menyerahkan semua sampul
kertas peperiksaan yang lebih kepada Penyelia
Kawasan
8.4 Membantu KP membuat catatan di dalam Buku
Rekod Pengawasan Peperiksaan
8.5 Membantu KP menyediakan laporan
menggunakan Borang Laporan Pengendalian
Peperiksaan (LP/Am 90)
8.6 Membantu KP menyerahkan laporan kepada
Penyelia Kawasan pada hari kes itu berlaku
9 Membantu KP memulakan peperiksaan
mengikut masa yang ditetapkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan
10 Memastikan tiada pengumuman semasa
peperiksaan sedang dijalankan kecuali
pengumuman penting yang tidak dapat
dielakkan. Pengumuman masa hanya boleh
dibuat 10 minit sebelum peperiksaan tamat
11 Pengurusan Jadual Kedatangan (JK)
11.1 Membantu KP menyemak dan menanda
kehadiran calon di dalam Jadual Kedatangan
30 minit selepas peperiksaan bermula
11.2 Membantu KP menanda Jadual Kedatangan
mengikut panduan yang ditetapkan
11.3 Membantu KP memastikan kehadiran calon
ditanda berpandukan angka giliran calon dari
skrip jawapan peperiksaan dan dokumen
pengenalan diri calon
11.4 Membantu KP memastikan maklumat yang sedia
ada dalam Jadual Kedatangan tidak boleh dipinda
sama sekali dan salinannya tidak boleh
diasingkan sebelum tamat peperiksaan
11.5 Menanda Jadual Kedatangan seperti berikut

Tanda Maksud Warna Dakwat


√ calon hadir hitam atau biru
T calon tidak hadir merah
calon hospital/ calon
H tahanan/ calon pusat merah
pemulihan/ calon
penjara
11.6 Membantu KP memastikan bahawa kehadiran
yang menggunakan tanda (√) dan (H) dikira
sebagai calon yang hadir
11.7 Membantu KP memastikan bahawa jumlah calon
yang hadir dan tidak hadir bagi sesebuah pusat
peperiksaan dikira berdasarkan rekod calon yang
dicetak dalam Jadual Kedatangan pusat
berkenaan
11.8 Membantu KP memastikan Jumlah Calon Yang
Hadir dan Jumlah Calon Yang Tidak Hadir dikira
mengikut rekod calon yang dicetak dalam Jadual
Kedatangan pusat peperiksaan berkenaan sahaja
11.9 Membantu KP menceraikan, menyusun mengikut
aturan asal dan mengokot Jadual Kedatangan
sebaik sahaja tamat peperiksaan
11.10 Membantu KP menyerahkan kesemua salinan
Jadual Kedatangan tersebut kepada Penyelia
Kawasan setelah tamat peperiksaan
11.11 Pengurusan Jadual Kedatangan (JK) Calon
Tercicir
• Menggunakan pen dakwat merah bagi menulis
butiran calon tercicir dalam ruangan kosong pada
Jadual Kedatangan
• Mengisikan nama calon tercicir dan nombor kad pengenalan
atau sijil kelahiran
• Membantu KP memberikan angka giliran baru iaitu angka
selepas angka giliran calon terakhir dalam JK atau
menggunakan angka giliran yang diperolehi semasa calon
mendaftar untuk menduduki peperiksaan di pusat berkenaan
• Membantu KP mencatatkan kod mata pelajaran dan kod
kertas mata pelajaran pada ruangan kosong dan tandakan (√)
pada petak kehadiran
• Membantu KP menandakan (√) di sebelah kotak TERCICIR
pada ruangan CATATAN
11.12 Pengurusan Jadual Kedatangan (JK) Calon
Menumpang
• Menggunakan pen dakwat merah bagi menulis
butiran calon menumpang dalam ruangan kosong
pada Jadual Kedatangan
• Mengisikan nama calon menumpang dan nombor
kad pengenalan atau sijil kelahiran
• Membantu KP mencatatkan angka giliran asal calon
• Membantu KP mencatatkan kod mata pelajaran
dan kod kertas mata pelajaran pada ruangan
kosong dan tandakan (√) pada petak kehadiran
• Membantu KP menandakan (√) di sebelah kotak
MENUMPANG pada ruangan CATATAN
11.13 Pengurusan Jadual Kedatangan (JK) Calon
Bantahan
• Menggunakan pen dakwat merah bagi menulis
butiran calon bantahan dalam ruangan kosong
pada Jadual Kedatangan
• Membantu KP memotong kod mata pelajaran dan
kod kertas mata pelajaran yang 'dibatalkan' dan
tandakan ‘T’ pada petak kehadiran
• Membantu KP mencatatkan kod mata pelajaran dan
kod kertas mata pelajaran pada ruangan kosong dan
tandakan (√) pada petak kehadiran
• Membantu KP menandakan (√) di sebelah kotak
BANTAHAN pada ruangan CATATAN
12 Penyemakan Dokumen Pengenalan Diri
Calon
12.1 Membantu KP menyemak dokumen
pengenalan diri calon dan angka giliran
calon pada skrip jawapan peperiksaan
semasa menandakan Jadual Kedatangan
12.2 Membantu KP memastikan calon
meletakkan dokumen pengenalan diri yang
bergambar di penjuru atas sebelah kanan
meja sepanjang tempoh peperiksaan
12.3 Menerima mana-mana dokumen berikut sebagai
dokumen pengenalan diri calon
• Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) atau Tentera
atau Polis
• Kad atau Surat Akuan bergambar yang dikeluarkan
oleh Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan
• Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
• Pasport Antarabangsa
• Lesen memandu
• Borang Perakuan Calon yang disahkan oleh
Pengetua atau Guru Besar
12.4 Membantu KP menyimpan cap jari dan
tandatangan calon dalam Buku Rekod
Pengawasan Peperiksaan untuk tindakan susulan
bagi dokumen yang diragui kesahihannya
12.5 Membantu KP memeriksa dokumen pengenalan
diri calon semasa peperiksaan bagi setiap kertas
12.6 Membantu KP memastikan butiran dokumen
pengenalan diri calon bertepatan dengan butiran
yang tercatat pada skrip jawapan peperiksaan,
label meja dan Jadual Kedatangan
13 Calon Lewat Tiba Di Dewan atau Bilik
Peperiksaan Lebih Daripada 30 Minit
Setelah Peperiksaan Dimulakan
13.1 Membantu KP memastikan calon
dibenarkan/tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan dengan/tanpa alasan
munasabah
13.2 Membantu KP memastikan jika calon
dibenarkan menduduki peperiksaan tidak
diberi masa gantian
14. Pengurusan Buku Rekod Pengawasan
Peperiksaan

14.1 Membantu KP memastikan Buku Rekod


Pengawasan Peperiksaan mengandungi maklumat
berikut

• Petugas peperiksaan
• Jadual giliran dan kehadiran petugas
peperiksaan
• Tarikh dan masa peperiksaan
• Bilangan kertas peperiksaan diterima dan
bakinya
• Bilangan calon yang berdaftar dan yang
hadir
• Bilangan dan angka giliran calon tidak
hadir, menumpang, bantahan dan tercicir
• Rekod penghantaran skrip jawapan
peperiksaan secara pos atau serahan
tangan
• Catatan Arahan Pembetulan dan kes luar
jangkaan
• Rekod semakan karung keselamatan
• Catatan pelawat rasmi
• Rekod bahan peperiksaan yang
dibekalkan atau dibeli serta baki selepas
digunakan
• Salinan pelan tempat duduk calon bagi
sesuatu kertas mata pelajaran
• Laporan ringkas pengendalian
peperiksaan
14. 2 Membantu KP memastikan pengawas
melengkapkan sendiri butiran peribadi dalam Buku
Rekod Pengawasan Peperiksaan

14.3 Membantu KP memastikan Buku Rekod


Pengawasan Peperiksaan disimpan di tempat yang
selamat

14.4 Membantu KP menyerahkan Buku Rekod


Pengawasan Peperiksaan yang lengkap kepada
Penyelia Kawasan setelah tamat peperiksaan
15.Pengurusan Borang Mengesan Pergerakan Calon
(LP/Am 29)

15.1 Membantu KP memastikan maklumat


Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)
disi dengan lengkap
• Calon hadir
• Calon tidak hadir
• Calon tercicir
• Calon menumpang
• Calon bantahan
• Calon berkeperluan khas (buta, rabun,
pekak, spastik/Cerebral Palsy,
Autisme/Down Syndrome/Attention
Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
/Attention Deficit Disorder (ADD),
disleksia, cacat anggota)
• Calon hospital/calon tahanan/calon
pusat pemulihan/calon penjara
15.2 Meletakkan salinan pertama Borang LP/Am 29
di bahagian atas skrip jawapan peperiksaan bagi
setiap kertas mata pelajaran sebelum dibungkus
15.3 Membantu KP menyerahkan dua salinan
Borang LP/Am 29 yang telah diasingkan kepada
Penyelia Kawasan setelah tamat peperiksaan

16.Membantu KP mengutip lebihan kertas peperiksaan


setelah calon mula menjawab dan kertas peperiksaan itu
hendaklah dimasukkan semula ke dalam sampul
lutsinar dan disimpan di dalam almari yang berkunci
17. Membantu KP memastikan tiada Pengawas
membaca, menyimpan atau membawa keluar kertas
peperiksaan

18. Membantu KP memastikan calon yang meninggalkan


dewan/bilik peperiksaan sebelum tamat peperiksaan
bagi sesuatu kertas tidak membawa keluar kertas
peperiksaan

19. Membantu KP mengisi butiran yang dikehendaki


pada Pembalut Skrip (LP/Am 12) atau (LP/Am 13)
20. Membantu KP memastikan pengawasan dijalankan
mengikut prosedur yang ditetapkan dan memastikan
tidak ada peluang untuk calon melakukan salah laku

21. Membantu KP memastikan calon dan pengawas


tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 10 minit
terakhir masa peperiksaan

22. Membantu KP membuat pengumuman “Masa ada


10 minit lagi. Calon tidak dibenarkan keluar.”
diumumkan
23. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengalih
perhatian dari tugasnya seperti menggunakan
komputer riba, makan, minum, merokok, berbual-
bual dan membaca

24. Tidak membaca kertas peperiksaan

25. Tidak membuat apa sahaja yang boleh mengganggu


konsentrasi calon (seperti memakai kasut yang
berbunyi)

26. Tidak memberi tumpuan yang lebih kepada


seseorang calon atau membaca jawapan calon
26.Tidak memberi tumpuan yang lebih kepada
seseorang calon atau membaca jawapan calon

27.Tidak membantu calon

28.Tidak menggunakan telefon bimbit semasa


berada dalam dewan atau bilik peperiksaan,
telefon bimbit sentiasa dimatikan sepanjang
masa peperiksaan berjalan
SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Pengurusan Kertas Peperiksaan Tertutup
1.1 Memastikan kertas peperiksaan tertutup
dikutip terlebih dahulu
1.2 Memastikan bilangannya bertepatan
dengan bilangan calon
1.3 Membantu KP memasukkan kertas
peperiksaan tertutup ke dalam sampul,
dibungkus dan diseal dengan pita pelekat
1.4 Membantu KP melengkapkan borang BKM Kertas
Peperiksaan Tertutup (LP/Am 51) dalam dua (2)
salinan semasa menyerahkan kertas peperiksaan
tertutup kepada Penyelia Kawasan dan satu
salinan hendaklah disimpan oleh Ketua Pengawas
1.5 Membantu KP menyerahkan bungkusan skrip
bersama borang BKM yang telah dilengkapkan
kepada Penyelia Kawasan di bilik kebal sebaik
sahaja tamat peperiksaan pada hari berkenaan
2 Arahan Sebelum Membenarkan Calon Keluar
Dari Dewan Atau Bilik Peperiksaan
2.1 Memastikan skrip jawapan peperiksaannya
telah dikutip
2.2 Memastikan calon membawa keluar kertas
peperiksaan yang telah dijalankan kecuali kertas
peperiksaan tertutup
2.3 Melarang calon membawa keluar Buku Jawapan
dan Helaian Tambahan
2.4 Mengingatkan calon tentang mata pelajaran
dan waktu peperiksaan berikutnya dan
memastikan calon keluar dengan tertib
3 Mengingatkan Pengawas untuk mengutip
Buku Jawapan dan Helaian Tambahan yang
tidak digunakan untuk dilupuskan selepas
tamat peperiksaan
4 Pengurusan Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat (JOB) dan Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat (JOTB)
4.1 Membantu KP memastikan jumlah kertas
jawapan objektif yang dikutip akur dengan
jumlah calon yang hadir dalam Jadual
Kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar
4.2 Pembungkusan kertas jawapan JOB dan JOTB
• Membungkus kertas jawapan objektif bagi calon tidak
hadir bersama kertas jawapan objektif calon yang
hadir dan disusun mengikut urutan dalam Jadual
Kedatangan
• Membungkus kertas jawapan objektif calon tercicir,
calon menumpang, calon bantahan, Borang Kawalan
Kertas Jawapan Objektif (rujuk No.5 di bawah) dan
Borang Khas Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)
dibungkus bersama dengan JOB/skrip jawapan
peperiksaan yang lain
• Melapik kertas jawapan objektif dengan kad pelapik yang
dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan dan balut dengan
Pembalut Skrip (LP/Am 12)
• Memasukkan kertas jawapan objektif ke dalam plastik
pembungkus bersaiz kecil
• Melekatkan lakri keselamatan dengan cara
– buka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru
– rapatkan dengan menekan bahagian yang berpelekat dengan plastik
pembungkus dan memastikan kedua-dua permukaan bertutup rapat
• Menampal label alamat Lembaga Peperiksaan
• Mengikat bungkusan skrip jawapan peperiksaan dengan
kemas dan kuat
5 Borang Kawalan kertas jawapan JOB dan
JOTB
5.1 Membantu KP mengisi borang kawalan kertas
jawapan objektif menggunakan pensel 2B
atau BB sahaja
5.2 Membantu KP mengisi atau menghitamkan
ruang dalam borang kawalan kertas jawapan
objektif dengan butiran berikut
• Nombor pusat
• Kod mata pelajaran
• Jumlah calon yang hadir
• Jumlah calon yang tidak hadir
• Nama dan alamat pusat peperiksaan
• Nama dan kod mata pelajaran
• Bilangan skrip calon hadir, tidak hadir (mengikut Jadual
Kedatangan asal) dan skrip tambahan (untuk calon tercicir,
calon menumpang dan calon bantahan)
• Tandatangan
5.3 Meletakkan borang kawalan kertas jawapan
objektif di bahagian atas skrip jawapan objektif
bagi setiap kertas mata pelajaran sebelum
dibungkus
6 Penghantaran kertas jawapan JOB dan JOTB
6.1 Mengiringi KP menghantar bungkusan skrip
jawapan peperiksaan kepada Penyelia
Kawasan pada hari yang sama
7 Pengurusan kertas jawapan subjektif
7.1 Mengingatkan calon supaya menyemak
butiran yang ditulis, dan mengikat buku
jawapan bersama helaian tambahan dengan
kemas
7.2 Memastikan Pengawas mengutip dan menyusun
kertas jawapan mengikut urutan
7.3 Memastikan jumlah kertas jawapan subjektif
yang dikutip akur dengan jumlah calon yang
hadir dalam Jadual Kedatangan sebelum calon
dibenarkan keluar
7.4 Pembungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan
• Membungkus kertas jawapan bagi calon tidak hadir
bersama kertas jawapan calon yang hadir dan disusun
mengikut urutan dalam Jadual Kedatangan
• Membungkus Borang Mengesan Pergerakan Calon
(LP/Am 29) bersama dengan skrip jawapan
peperiksaan
• Memastikan bilangan skrip tidak melebihi 150 dalam
bungkusan besar untuk mata pelajaran selain dari dwibahasa
dan hanya 100 skrip dalam bungkusan besar untuk mata
pelajaran dwibahasa
• Membalut skrip jawapan peperiksaan dengan Pembalut/ Jaket
Skrip (LP/Am 12 atau LP/Am 13)
• Memasukkan skrip jawapan dan melekatkan lakri
keselamatan
• Menulis nombor bungkusan pada ruangan yang disediakan
7.5 Mengikat bungkusan skrip jawapan
peperiksaan dengan kemas dan kuat
7.6 Membantu KP menyemak alamat penerima

8 Penghantaran bungkusan Skrip Jawapan


Peperiksaan
8.1 Membantu KP menguruskan Borang Kiriman
Domestik (Pos PL1APin.1/2009) untuk tujuan
mengepos skrip jawapan peperiksaan kepada
pemeriksa atau Lembaga Peperiksaan
8.2 Membantu KP mendapatkan Borang Kiriman
Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) dari Pejabat Pos
yang ditetapkan dan sah dipergunakan semasa
peperiksaan
8.3 Membantu KP melengkapkan Borang Kiriman
Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) untuk setiap
bungkusan dan mencatatkan nombor bungkusan
tambahan di ruang Pengirim Contohnya jika dua
bungkusan catatkan:
• (1/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A
Pin.1/2009) bungkusan pertama
• (2/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin.
1/2009) bungkusan kedua
8.4 Membantu KP memastikan Borang Kiriman
Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) ditampal pada
bungkusan yang betul oleh petugas pos
8.5 Membantu KP menghantar bungkusan skrip
jawapan peperiksaan yang beralamat Lembaga
Peperiksaan kepada Penyelia Kawasan sebaik
sahaja tamat peperiksaan pada hari berkenaan
8.6 Membantu KP menyerahkan salinan pengirim
Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009)
kepada Penyelia Kawasan selepas tamat
peperiksaan
8.7 Membantu KP menjaga keselamatan bungkusan
skrip jawapan peperiksaan
8.8 Membantu KP menyimpan bungkusan skrip jawapan
peperiksaan sesi pagi yang tidak sempat dipos atau
diserahkan kepada Penyelia Kawasan pada waktu
rehat tengah hari dalam peti/almari besi
keselamatan di bilik Pengetua/ Guru Besar
8.9 Membantu KP menghantar bungkusan skrip
jawapan peperiksaan yang tidak sempat diposkan
kepada Penyelia Kawasan untuk disimpan di dalam
bilik kebal atau balai polis dan nombor siri
bungkusan direkodkan dalam Buku Rekod
Pengawasan Peperiksaan
8.10 Bungkusan skrip jawapan peperiksaan disimpan
di balai polis
• Memastikan bungkusan skrip jawapan peperiksaan
dimasukkan ke dalam karung keselamatan dan
dijerut dengan pengikat keselamatan
• Menyimpan karung keselamatan ke dalam peti atau
almari besi keselamatan dalam lokap
• Merekod dalam buku log maklumat berkaitan
personel yang terlibat dalam penyerahan karung
keselamatan
• Membantu KP mengambil beg atau karung
keselamatan yang berisi bungkusan skrip jawapan
peperiksaan daripada Ketua Polis Balai untuk tujuan
pengeposan dan merekod dalam Buku Rekod
Pengawasan Peperiksaan
8.11 Membantu KP menyimpan skrip jawapan
peperiksaan dalam peti/almari besi keselamatan di
bilik Pengetua/Guru Besar pusat peperiksaan
(sekiranya tidak ada bilik kebal atau balai polis
berhampiran)
8.12 Membantu KP mencatat nombor siri bungkusan
dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan
8.13 Membantu KP mengepos skrip pada keesokan
harinya
MEMBANTU KP DALAM
PENGURUSAN CALON
BEKEPERLUAN KHAS
1. Calon Buta
1.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik
berasingan yang dilengkapi dengan
kemudahan yang cukup dan sesuai
1.2 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas
yang dilantik mestilah berkemahiran
dalam Braille
1.3 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas
yang dilantik mestilah boleh membaca
ayat al-Quran dan Hadis bagi kertas
Pendidikan Islam
1.4 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang
dilantik mahir dalam Bahasa Inggeris bagi kertas
Sains dan Matematik
1.5 Pengawas memeriksa mesin Braille, peralatan dan
perisian khas pada setiap hari sebelum
peperiksaan dimulakan
1.6 Pengawas menulis perkataan yang dikehendaki
atau disebut oleh calon di sebelah atas perkataan
yang salah dibraillekan dan menandatangani di
ruang tepi sebelah kiri skrip jawapa
peperiksaan
1.7 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa
Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan
1.8 Pengawas memastikan calon menaip angka
giliran di sudut kiri dan nombor muka surat di
sudut kanan sebelah atas tiap-tiap helai skrip
jawapan peperiksaannya
1.9 Pengawas memastikan setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan
dan diikat dengan kemas
1.10 Pengawas memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon mengikut mata pelajaran ke
dalam kotak berasingan
1.11 Pengawas memasukkan kotak skrip jawapan
peperiksaan ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul
1.12 Membantu KP menghantar sampul skrip jawapan
peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan
2 Calon Rabun
2.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan
yang dilengkapi dengan kemudahan yang
cukup dan sesuai
2.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa
Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan
2.3 Pengawas memastikan setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan calon disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas
2.4 Pengawas memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul
3 Calon Pekak
3.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan
yang dilengkapi dengan kemudahan yang
cukup dan sesuai bagi mereka
3.2 Pengawas memastikan setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan calon disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas
3.3 Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul
4 Calon Spastik atau Cerebral Palsy
4.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan
yang dilengkapi dengan kemudahan yang
cukup dan sesuai
4.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa
Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan
4.3 Pengawas memastikan setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan calon disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas
4.4 Pengawas memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul
5 Calon Autisme atau Down Syndrome atau
Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD) atau Attention Deficit Disorder (ADD)
5.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan
yang dilengkapi dengan kemudahan yang
cukup dan sesuai bagi mereka
5.2 Ketua Pengawas membenarkan kehadiran
guru pendamping di luar bilik atau dewan
peperiksaan sekiranya ada keperluan
5.3 Ketua Pengawas membenarkan calon membawa
keperluan khas atau peralatan khusus atas nasihat
guru pendamping
5.4 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa
Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan
5.5 Pengawas memastikan setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan calon disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas
6 Calon Disleksia
6.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan
yang dilengkapi dengan kemudahan yang
cukup dan sesuai
6.2 Tambahan masa diberi mengikut Jadual Masa
Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan
6.3 Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang
dilantik memahami disleksia dan Pengawas
juga boleh ditugaskan sebagai pembaca
sekiranya dipohon
6.4 Pengawas memastikan setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan calon disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas
6.5 Pengawas memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon disleksia ke dalam sampul khas
dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul
7 Calon Cacat Anggota
7.1 Ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan
yang dilengkapi dengan kemudahan yang
cukup dan sesuai bagi mereka
7.2 Pengawas memastikan setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan calon disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas
7.3 Pengawas memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon cacat anggota ke dalam sampul
khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian
luar sampul
MEMBANTU KP DALAM PENGURUSAN KES
KECEMASAN / KES KHAS
MEMBANTU KP DALAM PENGURUSAN KES
KECEMASAN / KES KHAS
1.Calon Sakit Secara Tiba-tiba
1.1 Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi

oleh Pengawas
1.2 Menyimpan kertas peperiksaan dan skrip jawapan
peperiksaan calon tersebut disimpan dalam almari
berkunci (jika kertas peperiksaan telah diberi kepada
calon)
1.3 Mencatat kejadian dalam Buku Rekod Pengawasan
Peperiksaan
1.4 Menghubungi pihak sekolah untuk tindakan segera bagi
memulihkan calon .
1.5 Memberikan masa gantian (pada hari yang sama) bagi
masa yang belum digunakan oleh calon (jika calon boleh
meneruskan peperiksaannya)
1.6 Membantu KP membungkus skrip jawapan peperiksaan
calon secara berasingan daripada skrip jawapan
peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan
1.7 Membantu KP melaporkan kes kepada Penyelia Kawasan

2. Penyakit Berjangkit
2.1 Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh
Pengawas
2.2 Memohon Pengawas tambahan untuk mengawas calon
tersebut (sekiranya perlu)
2.3 Membantu KP membungkus skrip jawapan peperiksaan
calon secara berasingan daripada skrip jawapan
peperiksaan calon pusat peperiksaan berkenaan dan
dibungkus bersama dengan skrip jawapan kes khas yang
lain
2.4 Membantu KP melaporkan kes kepada Penyelia Kawasan

3. Pengurusan Calon Hospital / Calon Tahanan


/ Calon Pusat Pemulihan/Calon Penjara
3.1 Mengarahkan Pengawas yang telah dilantik untuk
mengawasi calon
3.2 Menghitamkan ruang HOSPITAL di Bahagian C kertas
jawapan objektif di pusat asal calon
3.3 TIDAK menghitamkan ruang ’Tidak Hadir' di Bahagian B
kertas jawapan objektif berkenaan
3.4 Memastikan Pengawas mendapatkan kertas peperiksaan
dari pusat peperiksaan yang berhampiran
3.5 Memastikan Pengawas memasukkan skrip jawapan
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul

4. Pengurusan Kes Salah Laku


4.1 Mengambil eviden salah laku seperti nota/catatan/telefon
bimbit/buku/sebarang peranti lain untuk disimpan
4.2 Membenarkan calon terus menjawab hingga tamat masa
peperiksaan
4.3 Membungkus skrip jawapan peperiksaan calon tersebut
bersama dengan skrip jawapan peperiksaan calon pusat
peperiksaan berkenaan
4.4 Membantu KP memastikan calon mengisi Borang
Pengakuan Calon Kes Salah Laku Peperiksaan
(Pengakuan Calon/Penyamar) (LP/Am 31) dengan
selengkapnya dan jika calon enggan berbuat demikian,
sila catatkan
4.5 Membantu KP mengisi Borang Laporan Kes Salah Laku
Calon Peperiksaan (LP/Am 30) dengan menyertakan
dokumen-dokumen berkaitan
4.6 Membantu KP menghantar laporan dan dokumen
sokongan kepada Penyelia Kawasan
5. Pengurusan Kes Luar Jangkaan
5.1 Cuti Khas: Menerima arahan Pengarah Peperiksaan
tentang perjalanan peperiksaan jika Kerajaan pusat
mengisytiharkan cuti khas daripada Penyelia Kawasan
5.2 Keadaan Darurat dan Perintah Berkurung: Menerima
arahan Pengarah Peperiksaan tentang perjalanan
peperiksaan jika Kerajaan pusat mengisytiharkan
keadaan darurat dan perintah berkurung daripada
Penyelia Kawasan
5.3 Banjir
• Menerima senarai nama dan alamat penuh calon
yang mengambil peperiksaan
• Menentukan keselamatan kertas peperiksaan sentiasa
terjamin dan disimpan dengan selamat
• Mengenalpasti lebih awal pusat peperiksaan/bilik kebal dan
balai polis untuk menempatkan kertas peperiksaan /pusat
peperiksaan selamat dan tidak dinaiki air
• Bekerjasama dengan Jawatankuasa Banjir Tempatan,
polis, pejabat daerah, PPD, JPN dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat bagi menjamin kebajikan calon
• Menyediakan senarai petugas peperiksaan untuk bantuan
tambahan
• Menyimpan senarai nama dan alamat semua Pengawas
• Menentukan pusat-pusat peperiksaan alternatif bagi pusat-
pusat peperiksaan yang dilanda banjir
• Menentukan semua peralatan dan alat tulis peperiksaan
mencukupi
• Melaporkan setiap masa sesuatu kejadian dan
perkembangan kepada Ketua Sektor Akademik dan Ketua
Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri
– Menentukan peperiksaan dapat berjalan dengan licin
dan sempurna
– Bersedia untuk tinggal dipusat peperiksaan yang terlibat
– Melaporkan diri ke pusat yang berkenaan makan dan
minum, perubatan dan lain-lain keperluan untuk pusat
yang terlibat
– Menentukan penempatan calon lelaki/perempuan
di bilik berasingan dipusat peperiksaan berkenaan
– Menetapkan peraturan bilik air/tandas dan ulang
kaji
– Mendapatkan bantuan dan kerjasama
Jawatankuasa Banjir Tempatan untuk
mengadakan bekalan makan dan minum,
perubatan dan lain-lain keperluan untuk pusat
yang terlibat
– Menghubungi dan mendapatkan kerjasama
Jawatankuasa Banjir Tempatan untuk menyediakan
pengangkutan kepada calon yang menghadiri
peperiksaan pada hari berkenaan
– Memastikan kertas peperiksaan diedarkan dengan
selamat dan sempurna
– Menentukan bahawa kertas jawapan dikumpul /
disimpan / dikirim dengan selamat dan sempurna
– Memberitahu atau mendapat arahan daripada
Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri
masing-masing tentang sebarang langkah yang
diambil atau tindakan yang perlu diambil bagi
melicinkan perjalanan peperiksaan
5.4 Bencana Alam (selain banjir)
Menerima arahan daripada KPM/SPP JPN untuk tindakan

selanjutnya
5.5 Ancaman Bom
• Jika kertas peperiksaan belum diedarkan kepada calon
– Segera memasukkan semua kertas peperiksaan ke
dalam sampulnya dan diseal dengan pita pelekat
– Mengawasi dewan/bilik peperiksaan supaya tenteram
dan memastikan calon keluar dari dewan/ bilik
peperiksaan dengan teratur ke tempat selamat
– Memastikan kertas peperiksaan, jadual kedatangan
dan lain-lain dokumen peperiksaan dibawa bersama
ke tempat yang selamat dan semak kehadiran calon
– Memastikan semua calon berada ditempat yang
selamat dan semak kehadiran calon
- Memaklumkan kepada penyelia kawasan atau KPP/PP

(Penilaian dan Peperiksaan) dengan segera - Calon


dikuarantin ditempat selamat sehingga mendapat
arahan seterusnya daripada Pengarah Peperiksaan
/Pengarah Pelajaran/PPB/PPD/Penyelia Kawasan atas
nasihat pihak berkuasa keselamatan
(Prosedur Kuarantin dikuatkuasakan)

• Jika kertas peperiksaan telah diedarkan kepada calon


- Mengarahkan calon berhenti menjawab dan
tinggalkan kertas peperiksaan dan skrip jawapan
dimeja calon. Kertas peperiksaan sesi berikutnya jika
ada, jadual kedatangan dan lain-lain dokumen
peperiksaan dibawa bersama ke tempat selamat
– Mengawasi dewan/bilik peperiksaan supaya
tenteram dan memastikan calon keluar dari dewan/
bilik peperiksaan dengan teratur ke tempat selamat
– Memastikan semua calon berada ditempat yang
selamat dan semak kehadiran calon
– Memaklumkan kepada Penyelia Kawasan/SPP
JPN dengan segera
– Calon dikuarantin di tempat selamat sehingga
mendapat arahan seterusnya daripada Pengarah
Peperiksaan/Pengarah Pelajaran/PPB/PPG/PPD/
Penyelia kawasan
5.6 Jerebu
• Menerima senarai nama dan alamat penuh calon yang
menduduki peperiksaan
• Menentukan keselamatan kertas peperiksaan sentiasa
terjamin dan disimpan dengan selamat
• Mengenalpasti lebih awal bilik kebal dan balai polis yang
boleh menempatkan kertas peperiksaan dengan selamat
• Bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca,
Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Pejabat
Pegawai Keselamatan, Bahagian Keselamatan Kerajaan
Cawangan Negeri, Pejabat Daerah, PPD, JPN dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menjamin kebajikan
calon
• Menyediakan senarai guru (mengikut keperluan) di daerah
kawasan berkenaan yang boleh membantu dalam hal urusan
peperiksaan supaya pihak berkenaan dapat menghubungi
mereka jika perlu
• Menyimpan senarai nama dan alamat semua petugas
peperiksaan untuk kecemasan
• Menentukan pusat-pusat peperiksaan alternatif bagi pusat-
pusat peperiksaan yang dilanda jerebu sekiranya
membabitkan bilangan calon yang kecil
• Menentukan semua peralatan dan alat tulis peperiksaan
mencukupi
• Melaporkan setiap masa, sesuatu kejadian dan
perkembangan kepada Ketua Sektor Pengurusan Akademik
dan Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri
• Menentukan peperiksaan dapat berjalan dengan licin dan
sempurna
• Bersedia untuk bertugas di pusat peperiksaan yang terlibat
• Memberi arahan yang jelas kepada calon mengenai pusat
peperiksaan yang dikenalpasti dan pengangkutan yang
disediakan
• Melapor diri ke pusat berkenaan
• Mendapatkan bantuan dan kerjasama jawatankuasa
bencana alam tempatan untuk menyediakan
pengangkutan, bekalan makanan dan minuman, perubatan
dan lain-lain keperluan untuk pusat yang terlibat
• Memastikan bilangan pengawas mencukupi untuk
mengawas calon hospital dan menggantikan pengawas
yang tidak dapat hadir
• Memastikan jadual kedatangan diisi dengan
lengkap dan sempurna
• Perlu ada rekod kehadiran calon yang lengkap
untuk dihantar ke Sektor Penilaian dan
Peperiksaan JPN
• Menentukan bahawa kertas jawapan dikumpul
disimpan dan dikirim dengan selamat dan
sempurna
• Memberitahu atau mendapatkan arahan daripada
Pengarah Pelajaran JPN masing-masing tentang
sebarang langkah atu tindakan yang perlu diambil
bagi melicinkan perjalanan peperiksaan
5.7 Operasi Tebuk

• Mententeramkan calon dan menjalankan kuarantin jika


perlu sementara bekalan kertas peperiksaan tiba
• Memaklumkan kepada Pentadbir Sekolah/ Penyelia
Kawasan/ SPP JPN
• Menghantar laporan lengkap kepada Penyelia Kawasan
SELEPAS PEPERIKSAAN
1 Membantu Ketua Pengawas (KP)
menguruskan dokumen peperiksaan berikut
1.1 Borang Akuan Penerimaan Maklumat dan
Arahan Lampiran B
1.2 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am
29) – salinan kedua dan ketiga
1.3 Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan
1.4 Pelan dewan/bilik peperiksaan
1.5 Jadual Kedatangan (JK)
1.6 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JP)
1.7 Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A Pin. 1/2009) –
salinan pengirim
1.8 Borang tuntutan pengawasan dan perjalanan
(LP/Am 17,LP/Am 17A)
1.9 Laporan salah laku (jika ada)
2.0 Borang lain yang berkaitan
2 Lebihan bahan peperiksaan dan alat tulis
2.2 Membantu KP menyerahkan bahan
peperiksaan dan alat tulis yang berlebihan
kepada Penyelia Kawasan
3 Sampul kosong kertas peperiksaan
3.1 Membantu KP menyerahkan semua sampul
kosong kertas peperiksaan kepada Penyelia
Kawasan
4 Lebihan/baki kertas peperiksaan
4.1 Membantu KP menyerahkan lebihan/baki
kertas peperiksaan kepada Penyelia Kawasan
selepas tamat peperiksaan

5 Membantu KP menghantar Buku Jawapan


dan Helaian Tambahan yang telah
digunakan/rosak ke stor/bilik kebal
Terima Kasih
dan
Selamat Bertugas

Anda mungkin juga menyukai