Anda di halaman 1dari 47

Personaliti &

Konsep Kendiri

(Teori Carl Jung, Teori Gordon Allport & Teori Sigmund Freud)
3.1 Personaliti

Konsep personaliti
Klasifikasi personaliti
Faktor-faktor yang mempengaruhi
personaliti
Implikasi terhadap pengajaran &
pembelajaran
Konsep Personaliti

Berasal daripada perkataan Latin, “persona” –


topeng muka.
Secara umum, personaliti bermaksud sahsiah,
keperibadian atau perwatakan seseorang.
Personaliti merupakan satu set tret-tret unik atau
ciri-ciri yang ada pada manusia melalui masa
yang secara relatifnya agak stabil & berbeza
antara satu individu dengan individu lain.
Pola
pemikiran

Perlakuan Persepsi

Ciri-ciri
personaliti
Perasaan Nilai

Emosi Sikap
 Definisi yang berbeza bagi personaliti:
- Alder (1948): Gaya hidup seseorang.
- Gordon Allport (1961): Organisasi sistem psikologikal yang
dinamik dalam individu.
- Mischel (1981): Susunan pola-pola tingkah laku manusia yang
diaplikasi dalam kehidupannya.
- Crow & Crow (1983): Perwatakan fizikal, corak pertuturan & daya
penarik yang dimilikinya.
- Gagne & Berliner (1984): Segala tingkah laku manusia.
- Kagen & Segal (1988): Corak keseluruhan seseorang individu
yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara berfikir, perasaan,
tingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.
Klasifikasi Personaliti
(Teori Carl Gustav Jung, 1923)

Ekstrovert Ambivert Introvert


 Ekstrovert
- individu yang lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia
dalamannya.
- lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur
dengan orang lain.
- Slater (1962) - kebebasan merupakan ciri ekstrovet.
- peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan
sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial,
mesra, gemarkan aktiviti luar dan responsif terhadap persekitaran.
- suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut
impuls.
- tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan.
- cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.
 Introvert
- lebih menumpukan aspek dalaman.
- mengambil berat tentang diri sendiri.
- mempamerkan ciri individu yang pasif, pemalu, sensitif, gemar
berseorangan, cermat, reflektif dan sentiasa berfikir dahulu
sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia
menanggung risiko.
- tidak mudah marah, tetapi jika marah, perasaan itu akan
berpanjangan.
- berupaya meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak
banyak memerlukan rangsangan luaran.
- tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan.
- suka merancang perkara-perkara yang akan datang dan suka
kepada kehidupan yang teratur.
 Ambivert
- mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua personaliti ekstrovert
dan introvert.
- kemungkinan sifat yang dipunyai ialah aktif, sensitif, optimistik
dan gemar berseorangan.
1.
Psikoanalitik

6. Kognitif 2. Tret

Pendekatan
Teori-teori
Personaliti

5.
Pembelajaran
3. Biologikal
Tingkah Laku
/ Sosial

4. Humanistik
1.
Psikoanalitik

6. Kognitif 2. Tret

Pendekatan
Teori-teori
Personaliti

5.
Pembelajaran
3. Biologikal
Tingkah Laku
/ Sosial

4. Humanistik
1. Psikoanalitik
Teori Freudian
•Sigmund Freud (1856-1939)

Teori Neo-Freudian
•Alfred Adler (1870-1937); Carl Gustav Jung (1875-
1961); Erik Homburger Erikson (1902-1994); Karen
Horney (1885-1952)
1. Psikoanalitik
Teori Freudian
•Sigmund Freud (1856-1939)

Teori Neo-Freudian
•Alfred Adler (1870-1937); Carl Gustav Jung (1875-
1961); Erik Homburger Erikson (1902-1994); Karen
Horney (1885-1952)
Teori Sigmund Freud
(1856-1939)

Teori Struktur
Personaliti -
Iceberg
Freud mengemukakan teori personaliti dengan
andaian bahawa pemikiran manusia boleh
dibahagikan kepada 3 alam kesedaran, iaitu alam
sedar, alam prasedar & alam tidak sedar.
Id (nafsu) – alam tidak sedar
- merupakan bahagian personaliti manusia yang tidak
diorganisasikan, mentah dan bersifat neutral di dalam
pemikiran seseorang.
- merupakan elemen struktur personaliti yang bertapak secara
semulajadi, diwarisi dan telah sedia wujud sejak dilahirkan.
- kepuasan secara mendadak(immediate gratification)
akibat desakan biologi seperti memenuhi kehendak
perasaan lapar, dahaga dan ransangan seks adalah antara
gelaja-gejala yang ditangani secara semulajadi oleh ”Id”.
- suatu tenaga yang primitif, tidak teratur, tidak rasional serta
berorientasikan memenuhi kehendak yang bertunjangkan
kepuasan maksima.
- satu daya tenaga yang begitu primitif, “Id” bolehlah
diandaikan sebagai penggerak psikologikal yang tidak perlu
dipelajari.
Ego (hati) – alam tidak sedar, prasedar & sedar
- tidak wujud secara semulajadi, sebaliknya berkembang
secara berperingkat, penuh dengan persepsi, menginginkan
kemajuan diri serta berkemampuan menyesuaikan fungsinya
mengikut isu dan persekitaran.
- mula bertapak dan berkembang melalui proses sosialisasi dan
identifikasi diri dengan individu lain serta objek-objek yang
wujud di persekitarannya selepas dilahirkan.
- elemen yang berkemampuan membuat keputusan,
mengawal perlakuan, memberikan pertimbangan malah
berupaya menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
- kemampuan ini wujud dan terbentuk melalui pengalaman,
proses sosialisasi dan kebolehan memanfaatkan tenaga
pemikiran secara realiti.
- “Ego” disifatkan sebagai kuasa eksekutif dalam struktur
personaliti yang beroperasi berlandaskan prinsip realiti dalam
kehidupan.
- “Ego” sentiasa berusaha mencipta kepuasan dan mengelak
kekurangan hidup secara rasional dan boleh diterima oleh
masyarakat.
Superego (akal) – alam sedar
- mengimbangi dan mengawal konflik antara “Id” dan “Ego”.
- berkemampuan mengenalpasti nilai-nilai positif dan negatif
hasil proses sosialisasi kehidupan individu di dalam institusi
kekeluargaan dan kemasyarakatan.
- boleh disifatkan sebagai pemantau yang mengawal gerak
geri dan perlakuan individu dalam mempraktikkan amalan
dan larangan yang wujud di dalam kehidupan
masyarakatnya.
- Perlakuan yang ideal dan moralistik adalah tunjang yang
menjadi matlamat utama kepada peranan elemen
“superego” di dalam pembentukan personaliti manusia.
- menghalang individu mempraktikkan perlakuan yang
bertentangan dengan nilai-nilai positif, malah juga bertindak
memotivasikan individu untuk mempraktikkan nilai-nilai yang
boleh diterima oleh masyarakatnya.
Ketiga-tiga elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama
lain hingga memberikan impak terhadap perlakuan individu di
dalam kehidupannya.
Sekiranya konflik antara “Id”, “Ego” dan “Superego” tidak
diselesaikan, kecelaruan pemikiran akan berlaku dan
pembentukan personaliti akan berdasarkan tahap elemen yang
menguasai diri seseorang.
Pengukuran kepada elemen-elemen ini boleh menyumbang
kepada penentuan tanda aras kecenderungan manusia untuk
mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan atau kehaiwanan.
Teori Carl Gustav Jung
(1875-1961)
Menjelaskan personaliti manusia berdasarkan tujuannya
dalam kehidupan yang dipengaruhi oleh masa lalu dan
masa depan manusia.
Tidak bersetuju dengan idea Freud yang menyatakan
bahawa pembentukan personaliti seseorang hampir selesai
pada peringkat kanak-kanak.
Berpendapat bahawa konsep tahap bawah sedar dalam
teori Freud amat terhad & negatif. Beliau menyedari tahap
bawah merupakan sumber kreativiti manusia.
Pendekatan Jung cukup menjelaskan akan pengaruh
persekitaran yang menjadi faktor perkembangan seseorang.
 Beliau menggariskan perkembangan manusia ini melalui 3
peringkat utama iaitu peringkat zaman kanak-kanak, remaja
dan pertengahan umur.
Aspek psikologikal manusia merupakan jenis sikap am (general
attitude type) yang wujud secara berpasangan dan secara
berlawanan, iaitu ekstrovert & introvert.
Berdasarkan 2 sikap am ini, Jung telah mencipta 4 fungsi
personaliti yang menjelaskan cara-cara manusia berhubung
dengan persekitaran, iaitu sensing, intuiting, pemikiran &
perasaan.
Sensing dan intuiting merupakan fungsi tidak rasional.
Kedua-duanya tidak menggunakan proses penaakulan dan
menerima pengalaman tanpa menilainya.
Pemikiran dan perasaan merupakan fungsi rasional yang
melibatkan penilaian dan penghakiman. Kedua-duanya
berkaitan dengan cara menyusun dan mengkategorikan
pengalaman.
Apabila keempat-empat fungsi ini dicantumkan menjadi
pasangan, terdapat 8 orientasi personaliti yang dapat dikenal
pasti, iaitu introversion-sensing, extraversion-sensing, introversion-
intuiting, extraversion-intuiting, introversion-thinking, extraversion-
thinking, introversion-feeling, extraversion-feeling.
2. Tret

Teori Gordon
Allport Teori Henry
(1897-1967) Murray
(1893-1988)
2. Tret

Teori Gordon
Allport Teori Henry
(1897-1967) Murray
(1893-1988)
Teori Gordon Allport
(1897-1967)
o Membina sebuah kerangka yang menyeluruh untuk
menerangkan personaliti manusia berdasarkan tret-tret yang
kita miliki.
o 3 jenis tret yang berbeza dalam label tret:
a) Tret kardinal – merupakan tingkah laku yang umum dan
tekal, mempengaruhi semua tindakan
individu, tret ini jarang diperlihatkan.
b) Tret pusat – mewakili ciri-ciri tingkah laku yang normal dan
biasa kelihatan dalam diri individu.
c) Tret sekunder – ciri-ciri yang lebih spesifik dan tertakluk
kepada situasi tertentu, merupakan
kecenderungan yang ada pada seseorang
(contohnya, tidak suka tempat yang sesak).
Allport berpendapat, tret-tret merupakan unsur diwarisi yang
membina struktur asas personaliti seseorang.
Walaupun tret-tret personaliti secara relatifnya agak tekal,
namun situasi tempat individu tersebut boleh mempengaruhi
perubahan dalam tingkah lakunya.
Sebagai contoh, seseorang ekstrovert yang suka bercakap
banyak boleh mendiamkan diri semasa menghadiri majlis
pengebumian saudara yang meninggal dunia.
3. Biologikal
• Personaliti struktur
Teori Personaliti Hans
• Asas biologikal bagi personaliti
Eysenck

• Perangai lawan Pencapaian akademik


9 Dimensi Perangai
• Persekitaran pembelajaran lawan
Thomas & Chess (1970) Keupayaan, Sifat & Gaya Tingkah Laku

• Pilihan semulajadi & Psikologikal


Teori Psikologi Evolusi mekanisme
Personaliti • Kebimbangan & Penyisihan sosial
Teori Hans Eysenck (1916-1997)
9 Dimensi Perangai
Thomas & Chess (1977)
4. Humanistik
Teori Humanistik Carl
Rogers (1902-1987)
• Manusia yang berfungsi sepenuhnya dapat mencapai “good life”.
• Kebimbangan & pertahanan.
• Syarat bermanfaat & perhatian tanpa syarat.
Teori Hierarki Keperluan
Maslow (1908-1970)
• Mengenal pasti 2 motif: defisiensi & keperluan pertumbuhan.
• 5 kategori keperluan asas.

Teori Flow Csikszentmihalyi


(1990)
• 8 komponen bagi pengalaman yang optimum.
• Pengalaman & kebahagiaan optimum dalam aktiviti harian.
Teori Humanistik Carl Rogers
(1902-1987)
Teori Hierarki Keperluan Maslow
(1908-1970)
Teori Flow Csikszentmihalyi
(1990)
5. Pembelajaran Tingkah
Laku / Sosial
Teori Pembelajaran •Hubungan stimulus dengan respons (S-R)
Behaviorisme Watson •Pelaziman dengan dan tanpa peneguhan

Teori Pembelajaran •Pembentukan tingkah laku yang diingini


•Generalisasi (pelbagai situasi) & diskriminasi (stimuli berganjaran & tidak
Pelaziman Operan Skinner berganjaran)

Teori Pembelajaran Sosial •Potensi Tingkah Laku = Jangkaan + Nilai Peneguhan


Rotter •6 kategori keperluan psikologi

•Penentuan timbal-balik
Teori Sosial-Kognitif •Imaginasi & kawalan diri
Bandura •Pembelajaran secara pemerhatian
Teori Pembelajaran Behaviorime
Watson (1878-1958)
Teori Pembelajaran Pelaziman
Operan Skinner (1990)
Teori Pembelajaran Sosial Rotter
(1916-1987)
6 Psychological Needs arising out of Biological Needs
Teori Sosial-Kognitif Bandura
(1925-current)
6. Kognitif

Teori Konstruk
Personel Kelly - Sistem Konstruk
Personel (berbeza
(1955) antara individu)

- Masalah psikologikal
(disebabkan oleh
kekurangan pada sistem
konstruk personel)
Teori Konstruk Personel Kelly
(1955)
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Personaliti

• Temperamen
• Fizikal
Baka / Genetik • Sistem saraf

• Asuhan keluarga
• Faktor sosial
Persekitaran
Implikasi terhadap Pengajaran &
Pembelajaran

 Guru lebih memahami dan mengenal pasti perbezaan ciri-ciri am


antara seseorang individu dengan individu lain serta faktor-faktor
yang mempengaruhi perlakuan murid-murid.
 Berdasarkan teori-teori psikoanalitik, guru akan memahami
pengalaman-pengalaman lepas murid-muridnya yang mungkin
mempengaruhi personaliti tidak stabil dan lebih bertimbang rasa jika
murid menggunakan helah bela diri untuk memelihara harga dirinya.
 Dengan adanya pengetahuan teori tret, guru akan lebih
memahami tentang diri murid-murid dan membimbing mereka
merancang jadual pembelajaran berdasarkan gaya personaliti
mereka.
 Pendekatan teori biologikal membantu guru supaya tidak berprejudis
terhadap murid yang introvert atau ekstrovert. Guru mesti bijak merancang
suasana pdp yang dapat mencungkil dan mengembangkan kekuatan
setiap kategori personaliti.
 Bagi pendekatan pembelajaran sosial atau tingkah laku, guru berperanan
sebagai suri teladan (role model) kepada murid-murid. Mereka akan
sentiasa aktif memerhati, mempertimbangkan dan meniru gaya serta
perlakuan guru. Jadi, guru boleh membantu mereka memilih model yang
ada ciri ketokohan, dihormati masyarakat, produktif dan cekap untuk
dijadikan teladan.
 Keperluan individu, emosi, nilai dan persepsi kendiri difokuskan dalam
pendekatan humanistik. Maka, guru berperanan sebagai fasilitator dan
perlu membimbing murid-murid membuat pilihan terbaik supaya menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Tutorial 12
(Aktiviti Kumpulan)

1. Bincangkan kekuatan dan kritikan terhadap


Teori Tret yang dicadangkan oleh Gordon
Allport.

2. Bandingkan Teori Personaliti Sigmund Freud &


Teori Introvert-Extrovert Carl Jung.

Anda mungkin juga menyukai