Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN

ISLAM SM DAN KAEDAH PENULISAN JAWI


(PIMK2012)
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
KSSM TINGKATAN 1-5 (ULUM SYARIAH)
AZMI BIN AHMAD
NUR AFIQAH BINTI MOHAMAD LOTFI
PENDAHULUAN

• Pendidikan Islam adalah salah satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan mula dilaksanakan bermula
tahun 2017. Kurikulum Pendidikan Islam KSSM ini digubal bagi memenuhi
keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami,
mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh.
MATLAMAT PENDIDIKAN KSSM

Matlamat Pendidikan Islam KSSM ialah untuk membina dan membentuk


hamba dan khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa,
beramal soleh, berakhlak mulia dan berketrampilan berdasarkan al-
Quran dan as-Sunnah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan
tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai
kejayaan di dunia dan di akhirat.
PENEKANAN PENDIDIKAN ISLAM KSSM

• Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu,


amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Berikut adalah maksud
kepada setiap satu aspek tersebut mengikut konteks Pendidikan Islam
KSSM
ASPEK PENEKANAN
AMALI AMALAN
ILMU -Melaksanakan secara amali teori- -Mengamalkan ilmu yang
- Merupakan fakta atau isi teori yang dipelajari. dipelajari dalam kehidupan
kandungan yang telah ditentukan di harian.
-Contohnya setelah murid diajar
dalam standart kandungan. secara teori tentang sujud iaitu - Contohnya setelah
- Contohnya,tajuk solat meletakkan dahi, dua tapak mempelajari tentang teori
mengandungi fakta tentang hukum tangan, dua lutut dan dua hujung solat dan melaksanakan solat
solat, syarat wajib, syarat sah, kaki ke lantai, murid diminta secara amali murid hendaklah
rukun solat melaksanakan sujud secara amali dibimbing agar mengamalkan
solat dalam kehidupan harian.
PENGHAYATAN
-Menghayati kesan dan pengajaran dari amalan- PEMBUDAYAAN
amalan yang dilaksanakan. Menjadikan amalan-amalan baik yang diamalkan
-Contohnya matlamat pensyariatan solat ialah secara individu sebagai amalan yang dilaksanakan
bagi mencegah daripada melakukan perkara keji secara berjemaah
dan mungkar
OBJEKTIF KHUSUS PENDIDIKAN ISLAM KSSM

• Membaca hadis pilihan dengan betul.


• Menjana pemikiran melalui kefahaman hadis pilihan dan
mengamalkannya.
• Menjana pemikiran melalui kefahaman akidah Islamiah
dan meyakininya sebagai pegangan dan tunjang dalam
kehidupan.
• Menjana pemikiran melalui kefahaman ilmu fiqah dan
mengamalkan serta menghayatinya dalam kehidupan.
• Menjana pemikiran melalui kefahaman sirah Nabi
Muhammad s.a.w, sejarah tokoh-tokoh dan tamadun
Islam serta mengambil iktibar daripadanya.
PENGGUNAAN DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN 02 Satu penetapan kriteria kualiti
Penyataan spesifik tentang perkara 01 pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard
yang murid patut ketahui dan boleh
kandungan.
lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

04 Beberapa cadangan aktiviti


sebagai panduan kepada guru
PdPc
untuk
STANDARD PRESTASI melaksanakan PdPc dengan baik dan
berkesan.
Satu set kriteria yang menunjukkan
Contohnya bercerita, latih tubi, main
tahap-tahap penguasaan murid
peranan dan perbincangan.
sebagai petunjuk bahawa sesuatu
perkara itu telah dikuasai.
03
CONTOH DSKP

 DSKP memastikan guru melaksanakan proses PdPc dan


seterusnya menjalankan pentaksiran dengan merujuk
kepada satu dokumen sahaja iaitu Standard Prestasi.
SAMBUNGAN…
PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Pentaksiran dalam konteks pelaksanaan kurikulum
1 bertujuan mengesan perkembangan pembelajaran
murid di sekolah.

Pentaksiran dilakukan secara berterusan bagi


2 mendapat input tentang kemajuan, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan kepada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang
ditetapkan.
SAMBUNGAN...

Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan semasa


pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan
3
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui
aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan
melalui aktiviti pengayaan.

Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap


4 penguasaan dan pencapaian murid.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KBAT adalah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
1
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu. KBAT melibatkan kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.

KBAT diterapkan dalam Standard Pembelajaran supaya guru


2 berupaya mempraktikkan pelaksanaan KBAT dalam PdPc
untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
dari kemahiran berfikir aras rendah hingga ke kemahiran
berfikir aras tinggi.
BAHAN RUJUKAN

Pembinaan bahan kurikulum Pendidikan Islam KSSM, bahan


1 sokongan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran
dibuat dengan merujuk kepada sumber rujukan yang sahih
sebagaimana dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Segala bahan sokongan dan proses pembelajaran dan


2 pengajaran dilaksanakan berdasarkan fahaman Ahlus Sunnah
wal Jamaah dan pendapat yang muktabar daripada Mazhab
As-Syafie serta keputusan-keputusan yang diterima pakai
daripada pihak berkuasa dalam urusan agama di Malaysia.
4
PENAMBAHBAIKAN
1) PENEKANAN KEPADA ASPEK AMALI DAN PENGHAYATAN

Pendidikan Islam KSSM lebih memberi penekanan kepada


1 aspek amali dan penghayatan. Setiap tajuk yang bersesuaian
akan dilaksanakan secara amali. Berbanding dengan
Pendidikan Islam KBSM yang hanya mengkhususkan satu
waktu amali untuk solat sahaja.

Pentaksiran Pendidikan Islam KSSM juga dilaksanakan


2 secara berasaskan sekolah. Murid dinilai secara lebih
menyeluruh dan berterusan. Murid tidak hanya dinilai pada
aspek kognitif sahaja malah dinilai juga pada aspek afektif
dan psikomotor.
2) PENSTRUKTURAN BIDANG
SIRAH DAN TAMADUN
Bidang Sirah dan Tamadun distruktur semula dengan hanya
1 menumpukan kepada tajuk-tajuk yang penting sahaja.
Sebagai contoh tajuk kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan
Othmaniah hanya memberi tumpuan kepada faktor
kegemilangan dan faktor kejatuhan sahaja.

Perbincangan tentang tokoh juga diringkaskan bagi memberi


2 masa untuk menghayati pengajaran daripada tajuk-tajuk yang
dipelajari.
PENUTUP
Penggubalan Kurikulum Pendidikan Islam KSSM
yang berasaskan:
 Sumber ilmu muktabar
 Segenap aspek ilmu asas pengajian Islam
 Kesepaduan antara ilmu naqli dan ilmu aqli
diharap dapat memenuhi keperluan membentuk
seorang muslim yang mampu melaksanakan
tanggungjawap sebagai seorang hamba dan
khalifah Allah.
BUKU TEKS KSSM

BUKU TEKS PENDIDIKAN BUKU TEKS PENDIDIKAN BUKU TEKS PENDIDIKAN


ISLAM KSSM TINGKATAN 1 ISLAM KSSM TINGKATAN 2 ISLAM KSSM TINGKATAN 3
RUJUKAN
 Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2015. KSSM Pendidikan Islam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 1. Kementerian Pendidikan
Malaysia
 Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2017. KSSM Pendidikan Islam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan
Malaysia
 Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2017. KSSM Pendidikan Islam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 3. Kementerian Pendidikan
Malaysia
 Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. KBSM Huraian Sukatan Pendidikan
Islam Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia
 Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. KBSM Huraian Sukatan Pendidikan
Islam Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai