Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS

SEKOLAH
RENDAH

NOTA

I) ADAB DAN ETIKA

1. Definisi adab ;
i) merupakan budi pekerti yang halus atau tingkah laku yang baik (Kamus
Pelajar)
ii) tingkah laku serta tutur kata yang halus ( sopan), budi bahasa, budi pekerti
yang halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu
situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai
buruk baik bagi kelakuan manusia. (Kamus Dewan edisi ke-3 dan edisi ke-
4)
iii) Sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji samaada dari sudut
perkataan atau perbuatan.( Faisal Ahmad Shah dan Nor Saleha Mohd
salleh).
iv) Adab merupakan akhlak. (Masnizah Mohd, 2005)

2. Definisi etika
i) Ilmu berkaitan prinsip-prinsip atau moral, prinsip moral ( atau akhlak ) atau
nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan, persatuan, pekerjaan dan lain-lain ( kamus Dewan Edisi ke-3
dan ke-4)
ii) Kajian yang bersifat falsafah terhadap moral ( Gluck ,1986)
iii) Menurut Sidi Gazalba , etika ialah teori mengenai tingklah laku manusia
yang dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat
ditentukan oleh akal( Masnizah Mohd, 2005)

3 Perkataan etika berasas daripada bahasa Inggeris Ethic dan bahasa Greek
Ethos yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan
sikap membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap
yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

II) KARAKTER GURU

Konsep pembinaan karakter guru adalah merujuk kepada sudut pengetahuan yang
perlu ada pada diri seseorang guru dibawah skop nilai profesional, dasar dan

9
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

perundangan pendidikan. Berikut adalah skop yang perlu ada bagi membentuk
karakter guru.

1. Nilai Profesionalisme

Skop nilai profesionalisme menumpukan kepada etika keguruan dan undang-undang


yang mengawal perlakuan sesorang guru kerajaan. Warga profesion keguruan perlu jelas
tentang Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia sebagai panduan kepada semua
warga keguruan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan . Peraturanperaturan
pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 yang menetapkan tingkah laku guru
sebagai penjawat awam juga perlu dipatuhi dan sama sekali tidak boleh diingkari. Antara
nilai profesionalisme yang perlu dipatuhi adalah:-

Memahami tugas sebagai guru.


Memahami tugas sebagai penjawat awam.
Menepati masa memasuki kelas.
Bersedia mengikut kursus yang dianjurkan bagi meningkatkan profesionalisme.
Berpakaian kemas dan bersopan santun setiap masa.
Tidak pilih kasih terhadap murid.
Mengajar mata pelajaran mengikut opsyen.
Memberi komitmen terhadap sebarang tugas.
Mengikut pekeliling yang baharu.
Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan untuk penjawat awam.
Berkongsi maklumat dengan rakan sejawat.
Menggunakan pelbagai teknik pengajaran mengikut kebolehan murid.

2. Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti perancangan,


pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Menurut Shahabuddin, Rhizani dan Mohd.
Zahid(2003), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu.
Pembelajaran pula merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada diri pelajar itu
sendiri. Ia merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkahlaku
mereka supaya berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan
ilmu dan kemahiran bagi kemajuan diri sendiri khususnya dan negara amnya. Karakter
guru yang berkesan mestilah menyediakan dan melaksanakan perkara-perkara yang
berikut:-

10
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Menyediakan rancangan pengajaran harian.


Menyediakan rancangan pengajaran tahunan.
Bersedia menyampaikan isi pengajaran.
Menyampaikan sesi pengajaran menggunakan idea baru.
Bersedia untuk dicerap semasa pdp.
Mengamalkan pendekatan pengajaran yang berbeza mengikut topik.
Memeriksa buku latihan sebaik diserahkan oleh murid.
Menggunakan BBM dalam semua sesi pdp.
Mengamalkan ketepatan masa dalam semua aras pdp.
Sentiasa mentelaah pekeliling yang berkaitan dengan pdp.

3. Konsep pendidikan

Profesion perguruan merupakan profesion yang memerlukan kegigihan dan minat


yang mendalam kepada mereka yang ingin terlibat sama. Seseorang guru perlu
memahami kriteria untuk menjadi seoarng guru yang berdedikasi dan juga berpegang
kepada beberapa aspek penting bagi menjamin profesion ini sentiasa disegani. Antara
aspek-aspek penting adalah:-
Sentiasa menghayati sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara.
Menceburi profesion keguruan atas kemahuan sendiri.
Dapat menjelaskan kod etika profesion keguruan dengan baik.
Jelas dengan profesion keguruan.
Mempunyai kefahaman yang jelas tentang Rancangan Malaysia dalam bidang
pendidikan.
Memahami PIPP dengan jelas.
Kemampuan menggunakan ICT yang baik.
Bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam profesion.
Menguasai dengan baik teori pembelajaran.
Membaca pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan.

4. Kajian bilik darjah

Suatu cara untuk guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah adalah dengan penggunaan kajian tindakan. Kajian
tindakan merupakan suatu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk
mengubah dan memperrbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian
mementingkan proses tindakan dan refleksi. Ia melibatkan perancangan, pelaksanaan ,
pemerhatian serta penilaian terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar dalam

11
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

meningkatkan lagi kualiti pdp khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya. Berikut
adalah garis panduan dalam memahami kajian bilik darjah.
Membuat analisis pencapaian pelajar selepas sesuatu ujian dijalankan.
Hasil dapatan analisis pencapaian pelajar asas dalam membuat tindakan susulan.
Sentiasa prihatin terhadap pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran.
Sentiasa mengisi buku laporan pelajar.
Melakukan penambahbaikan berdasarkan analisis prestasi murid.
Berjumpa dan berbincang dengan ibubapa pelajar yang bermasalah.

5. Perundangan

Dasar dan perundangan pendidikan merupakan suatu bidang yang luas dan sentiasa
berkembang. Namun, seorang guru perlu mengetahui perkara-perkara asas yang
berkaitan dengan dasar dan perundangan pendidikan.Berikut adalah perkara-perkara
berdasarkan perundangan yang perlu menjadi amalan untuk menjadi guru yang
berkesan.
Membaca setiap pekeliling perkhidmatan.
Membaca akta yang berkaitan pelajaran.
Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Menyemak hak-hak sebagai penjawat awam.
Mempunyai pergaulan yang baik dan sihat antara guru dan pelajar.
Mengamalkan dasar pelajaran dalam menjalankan tugas.
Mematuhi undang-undang negara Malaysia.
Tidak melakukan perbuatan jenayah dan salah laku.

12

Anda mungkin juga menyukai