Anda di halaman 1dari 33

PENYEDIAAN

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Oleh
Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti
Negeri Sabah
Kementerian Pelajaran Malaysia
PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD
MENGAJAR

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:


Perkara 8: Buku Rekod Guru
Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau PJJ,
hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana
hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap
minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian
sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya
berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan
serta-merta diadakan untuk pemeriksaan.

2
PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD
MENGAJAR
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:
Perkara 11: Penalti
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran
yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru
yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang
guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang
diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-
duanya.
(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7,
8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ratus ringgit .
3
SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI),
SURAT SIARAN KPM
CONTOH :
SPI Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod P&P SPI Bil 3-1999.doc
SPI Bil. 3/1987 : Penyeliaan P&P Dalam Kelas oleh
Pengetua/Guru Besar SPI Bil 3-1987.doc
SPI Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran SPI Bil 4-1986.doc

4
Salah satu kandungan penting
dalam SKPM 2010 adalah
Standard 4 ( Pembelajaran dan
Pengajaran)
KANDUNGAN SKPM 2010 (5 STANDARD)
1-KEPIMPINAN DAN HALA TUJU

2-PENGURUSAN ORGANISASI

3-PENGURUSAN KURIKULUM,
KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN
HAL EHWAL MURID

4-PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN

5-KEMENJADIAN
MURID

6
STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

ASPEK 4.1 PENGLIBATAN MURID


ASPEK 4.2 PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID
ASPEK 4.3 HASIL KERJA MURID

ASPEK 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU


ASPEK 4.5 KAEDAH PENYAMPAIAN
ASPEK 4.6 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ASPEK 4.7 PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN
ASPEK 4.8 PENILAIAN
ASPEK 4.9 TEKNIK PENYOALAN
ASPEK 4.10 PENGUASAAN ISI KANDUNGAN
PENGURUSAN KELAS
ASPEK 4.11
(BILIK DARJAH/ MAKMAL/ BENGKEL / PADANG)
ASPEK 4.12 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN
7
STANDARD 4.4
PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU

Kriteria PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN YANG RAPI


kritikal MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN.
•Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi
sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian
sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini dan sesuai dengan
takwim persekolahan.
•Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT.
Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur
Skor 5
dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah
untuk mencapai objektif pelajaran.
•Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada
objektif pelajaran.
•Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang
seterusnya. 8
Apakah Rancangan Pelajaran Harian (RPH) ?

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) merupakan


susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang
akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan
dan peralatan yang sesuai, dalam proses
penyampaian sesuatu unit pelajaran dalam satu
atau dua waktu pengajaran.
DRAF CADANGAN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa
2. Tema/Tajuk
3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)
4. Objektif Pembelajaran
5. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi
penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P
7. Bahan Bantu Belajar
8. Penilaian P&P
9. Refleksi :
i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

10
Penyediaan RPH
Dokumen Standard
Kurikulum

Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT)

Rancangan Pelajaran Harian


(RPH)
Penyediaan RPH yang dinyatakan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999
Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999
Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999
Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999
Objektif Pengajaran/Pembelajaran

Objektif pendidikan (pengajaran/ pembelajaran)


merupakan pernyataan mengenai perubahan yang
diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan
pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau
program pendidikan.“

(B.S.BLOOM(Ed.)(1956). TaxonomyOf Educational


Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain)
Objektif Pengajaran/Pembelajaran

Menurut R.J.Kibler, et.al(1981). Objectives for


Instruction and Evaluation.

Objektif pengajaran merupakan pernyataan yang


menerangakn apa yang dapat pelajar lakukan setelah
menyempurnakan sesuatu unit pelajaran.
Objektif Pengajaran/Pembelajaran

Bermaksud :
• suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk
pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh
pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran.
• hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur
atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti
objektif pembelajaran berlaku pada murid-murid
Objektif Pengajaran/Pembelajaran

• Objektif implisit
– melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara
seperti :
• Memahami
• melakukan
• atau mengetahui
• atau menghargai
sesuatu yang telah diajar
Objektif Pengajaran/Pembelajaran
• Objektif eksplisit
–melibatkan perubahan tingkah laku yang
boleh dilihat seperti :
• menyenaraikan
• atau menjelaskan
• atau memberikan contoh
• atau menunjukkan cara yang betul
terhadap apa yang telah diajarkan
Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh


dilaksanakan melalui pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran seperti
eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,
lawatan dan kajian masa depan.
Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran

Cadangan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran untuk mencapai objektif
pengajaran yang tertentu perlu dinyatakan
secara eksplisit dalam bentuk aktiviti
pembelajaran.
Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran

• Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang


pelbagai dapat meningkatkan minat murid
• Guru perlu prihatin terhadap pelbagai
kecerdasan di kalangan pelajar masing-
masing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza
perlu dirancang untukmurid murid yang
berbeza kecerdasan.
Perkaitan antara:
Objektif , Isi Pelajaran dan Aktiviti
• Objektif diibaratkan sebagai suatu soalan
(misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?)
• jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran
(misalnya, murid perlu mempelajari …
• aktiviti (guru-murid) mencadangkan bagaimana
atau apakah langkah / tindakan (kaedah)yang
perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab
persoalan yang dikemukakan.
Penulisan Refleksi
Refleksi yang sering ditulis oleh guru
1. Pelajaran berjalan lancar seperti yang
dirancangkan
2. Tiada masalah
3. Objektif tercapai
Apakah Refleksi

Merupakan aktiviti mengkaji semula proses


keberkesanan pengajaran yang telah
dilakukan melalui renungan dengan tujuan
mempertingkatkan kemahiran guru
Mengapa Perlu Refleksi ?

Membantu guru untuk :


• Mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam pengajaran
• Mengambil tindakan susulan untuk
mempertingkatkan mutu pengajaran
Bila Perlu Refleksi?

Sebaik sahaja selesai


pembelajaran dan pengajaran
(P&P)
Proses refleksi
1. Menggambarkan semula keseluruhan
pengajaran yang telah dilakukan
2. Memikirkan sama ada P&P telah
berlaku
3. Memastikan sama ada objektif P&P
telah tercapai
Proses refleksi
4. meneliti maklum balas mengenai
pengajaran dari pelbagai sumber seperti
murid, rakan sejawat dan pencerap P&P
5. Menganalisis maklumat dan menilai
kualiti P&P
6. Merancang untuk memperbaiki/
mempertingkatkan mutu P&P
Contoh RPH yang kurang baik
Contoh RPH yang kurang baik
Contoh RPH yang kurang baik

Anda mungkin juga menyukai