Anda di halaman 1dari 4

MAKSUD KOLAJ

• Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting dan tampal


sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan.
Aktiviti kolaj di dalam bidang menggambar ataupun
membuat corak ialah kegiatan menampal kertas, kain
atau bahan terbuang di atas sesuatu
permukaan.Tampalan atau corak yang dihasilkan boleh
disusun secara bertindan tindih dan mengikut corak
atau gambar yang ingin dihasilkan.Kolaj juga digunakan
sebagai teknik dalam menggambar foto, keratan akhbar
atau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi dilekat
dan disatukan di atas permukaan.
MAKSUD MONTAJ
• Menampal dan melekatkan potongan
gambar-gambar tertentu pada suatu
permukaan untuk menghasilkan sesuatu
tema.Merupakan satu proses menampal satu
bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-
kerja seni montaj, beberapa gambar foto
dicantum untuk menjadi satu komposisi
ilustrasi.Imej/gambar disusun supaya
bercantum, bertindih, diubahsuai untuk
menghasilkan satu imej.
MAKSUD TIUPAN
• Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan
yang lain digunakan asalkan dapat digunakan
untuk meniup atau tiupan mulut.Kemudian
warna yang diletakan diatas sekeping kertas
ditiup kearah yang dikehendaki.
MAKSUD DIORAMA
• Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang
mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan
situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas
yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat
dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak
disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada
tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian
dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan
tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias
dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama
seperti tema diorama.

Anda mungkin juga menyukai