Anda di halaman 1dari 5

PETA I-THINK

MEDIA DALAM PDP


JAWI

SITI RAIHANAH BINTI ROSLI PAI4


PETA I-THINK

 i-Think merupakan singkatan kepada innovative THINKing (Pemikiran Inovatif).


 Peta Pemikiran adalah salah satu cabang alat berfikir yang dikembangkan secara
visual yang mudah diaplikasi dan difahami merentas kurikulum melalui lapan
bentuk Peta Pemikiran.
 peta pemikiran sebagai satu cabang alat berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat memupuk pelajar untuk berfikir serta menaakul.
 Setiap satu Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran yang tertentu.
 Lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan dalam Program i-Think adalah Peta
Bulatan, Peta Pokok , Peta Buih, Peta Dakap , Peta Alir, Peta Buih Berganda, Peta
Pelbagai Alir dan Peta Titian. Rajah 1 menunjukkan gambar keseluruhan secara
umum berkenaan peta pemikiran yang diperkenalkan di peringkat sekolah rendah
dan menengah.
MEDIA DALAM PDP JAWI

 Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,
perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.
 Dari sudut penggunaan media pengajaran, ia adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-
teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.
FUNGSI MEDIA

 Memperjelaskan penyampaian mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau
simbol yang lebih konkrit maknanya.
 Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan.
 Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi
dan muzik.
 Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;
i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau
video.
ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan time lapse atau high-speed
photography.
iii.Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.
v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
 Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar
kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar
boleh belajar kendiri

Anda mungkin juga menyukai