Anda di halaman 1dari 7

ULANGKAJI NOVEL

SOALAN 1: Watak utama merupakan watak yang


menggerakkan keseluruhan cerita. Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda kaji, huraikan perwatakan watak utama yang
menonjol.
Di Sebalik Dinara Silir Daksina
Farisha Haiqal Hakimi/ Aiman
JAWAPAN
Watak Utama: Farisha
• Seorang gadis genius dan pakar dalam penggodaman IT
Contoh peristiwa:
Farisha dan Rosman telah ditwarakan oleh Dr. Maxi sebanyak RM1.5 juta untuk
menggodam tiga kelompok computer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
• Seorang yang mementingkan kesempurnaan.
Contoh peristiwa:
Pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut
kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.
• Seorang yang berani menyahut cabaran
Contoh peristiwa:
Farisha meneruskan usahanya untuk membersihkan virus bom jangka dan mengatasi semua
kelemahan Dinara.
JAWAPAN
Watak Utama: Haiqal Hakimi/ Aiman
• Seorang yang menghormati orang tua
Contoh peristiwa:
Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberitahu pergerakannya dan
aktiviti di Johor sebagai tanda hormat kepada ibunya.
• Seorang yang berkeinginan mencuba sesuatu yang baharu.
Contoh peristiwa:
Haiqal banyak menghabiskan masa bersama dengan penduduk kampung Seri Purnama di
balai raya untuk membuat latihan zapin.
• Seorang yang menghargai orang lain.
Contoh peristiwa:
Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang
mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh.
SOALAN 1: Berdasarkan DUA buah novel yang anda pelajari,
huraikan dua perwatakan watak sampingan yang berikut.

Di Sebalik Dinara Silir Daksina


Medina Tauke Lim
JAWAPAN

Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
Medina. Satu daripada perwatakan Medina adalah seorang wanita yang bijak dalam
bidang sains. Medina banyak membantu dan bekerjasama dengan Karl dalam kerja-
kerja penyelidikan yang dilakukan oleh Karl sehingga berjaya.
Selain itu, Medina seorang yang penyayang. Dia melarikan anaknya, Farisha
daripada Karl kerana tidak sampai hati membiarkan anaknya itu dijadikan bahan kajian
Karl apabila Karl menanam pelbagai implant ke dalam tubuh anak kesayangannya itu.
Sepanjang berpisah dengan Farisha, dia menderita kerana amat merindui anaknya itu.
JAWAPAN

Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah Tauke Lim. Satu daripada
perwatakan Tauke Lim adalah amanah. Tauke Lim menjaga rumah dan tanah-tanah Abdullah bin Kyan
yang ditanami kelapa sawit dengan baik serta menyerahkan buku bank yang dibuka oleh Abdullag bin
Kayan atas nama Haiqal kepada Haiqal semata-mata kerana dia amat amanah akan tanggungjawab yang
diberikan kepadanya.
Selain itu, Tauke Lim juga gigih berusaha. Dia gigih bekerja untuk menambah pendapatan
keluarganya dengan menorah getah dan meraih hasil-hasil kampung seperti buah pinang, biji kopi,
pisang, getah beku dan getah sekerap pada sebelah petang un tuk dijual di pekan sehingga dapat membeli
setengah ekar tanah kebun Abdullah bin Kayan untuk dijadikan tapak rumahnya berkat kegigihannnya
berusaha.

Anda mungkin juga menyukai