Anda di halaman 1dari 14

MTES3073

PENGAJARAN NOMBOR DAN OPERASI

TUTORIAL 2.1
CELIK NOMBOR (NUMBER SENSE)
KONSEP CELIK NOMBOR
• ditafsirkan sebagai satu kefahaman yang mendalam dan secara keseluruhan tentang nombor
dan operasi bernombor. Kefahaman yang menyeluruh ini melibatkan pengenalan diri
terhadap perhubungan ruang dan masa, nombor dan operasi.
• kebolehan dan kesanggupan mengguna kefahaman ini dalam cara yang fleksibel untuk
membentuk penilaian matematik dan membina strategi yang berkesan untuk menguruskan
situasi berbentuk numerical.

KEFAHAMAN TENTANG NOMBOR

Keupayaan untuk berfikir dengan dan tentang nombor ialah satu sikap iaitu cara berfikir tentang
nombor. Selain dari membilang dan mengira, murid perlu berkembang dalam daya
kemunasabahan, anggaran dan keluwesan dengan nombor dan perwakilan.
Kefahaman makna & Kefahaman dan kebolehan
saiz nombor menggunakan ungkapan yang
setara

Kefahaman & kebolehan Menggunakan perhitungan dan


menggunakan perwakilan strategi membilang yang fleksibel
nombor yang setara dalam pelaksanaan perhitungan
mental, perhitungan bertulis dan
KOMPONEN-KOMPONEN penggunaan kalkulator
UMUM
CELIK NOMBOR

Kefahaman makna dan


kesannya operasi ke atas Menggunakan
nombor benchmarking dalam
ukuran dan sukatan
ASAS PEMBINAAN CELIK
NOMBOR
• Asas pembinaan yang utama di dalam celik nombor ialah kefahaman yang kukuh berkenaan
nombor.

• Murid mestilah dapat menggunakan nombor dalam situasi konkrit mendahului pengenalan
simbol bagi nombor. Unsur dalam konsep nombor bagi perkembangannya ialah saiz nombor
dan nilai tempat. Kebolehan menilai tempat perpuluhan  adalah asas kebolehan
mencerakinkan dan mengumpul semula nombor. Murid boleh menghitung secara mental dan
membuat anggaran. Kelemahan dalam konsep nilai tempat juga mempengaruhi penguasaan
konsep pecahan dan perpuluhan.
UNSUR-UNSUR PENGAJARAN DI BILIK DARJAH YANG
MENITIKBERATKAN UNSUR-UNSUR CELIK NOMBOR

Ia begitu popular untuk memberi pengenalan nombor kepada murid dan menjadikan
seseorang murid itu seseorang yang bijak nombor.

a. Menekankan makna dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran matematik.


b. Mewujudkan suasana bilik darjah yang menggalakkan "sense making"
c. Menafsir matematik sebagai pembelajaran berkongsi sesuatu amalan intelek.
d. Mewujudkan pembelajaran matematik yang lebih bermakna berbanding dengan cara
tradisional. Kanak-kanak akan menjadi lebih seronok dan bersedia untuk belajar serta
meningkatkan interaksi dengan rakan, guru yang dapat merangsangkan dan meningkatkan
aras kefahaman.
CARA MENERAPKAN UNSUR-UNSUR
CELIK NOMBOR DALAM BILIK DARJAH
Sebagai seorang bakal guru, kita boleh membuat rancangan mengajar berpandukan asas yang berikut:

1) Kurangkan penekanan kepada algoritma

2) Menggalakkan penggunaan strategi cipta sendiri

3) Menggalakkan penggunaan perhitungan secara mental

4) Menggalakkan penggunaan anggaran

5) Menggalakkan penyelesaian masalah yang melibatkan situasi bernombor

*Guru perlu ingat bahawa penyelesaian soalan Matematik bukan semata-mata untuk memperoleh jawapan betul /

pembelajaran secara hafalan / penggunaan algoritma yang terlalu rigid


KEBOLEHAN YANG MURID PERLU KUASAI
SEBELUM DIPERKENALKAN NOMBOR

1) Mengkelaskan
2) Mencari hubungan antara dua set
3) Mengabadi hubungan
4) Mencari dan menggunakan properties hubungan
5) Mengklasifikasi berdasarkan sama banyak
6) Menyusun berdasarkan lebih dari atau kurang dari
Mengkelaskan

• menentukan atribut seperti bentuk, saiz, warna, fungsi, tekstur


atau jenis bahan

• contoh aktiviti :
a) pilih objek mengikut kelas atribut tertentu
b) sisih objek berdasarkan atribut
c) mengikut pola
d) membuat / melengkapkan pola
Mencari Hubungan Antara Dua Set

berupaya untuk memadan satu ke satu


> Apabila 2 set objek boleh dipadankan satu ke satu, maka satu set adalah sama banyak
dengan set yang satu lagi
> Apabila 2 set tidak boleh dipadankan satu ke satu, maka satu set adalah lebih dari set
yang satu lagi & satu set adalah kurang dari yang lain

contoh :
a) Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut
b) Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu
c) Memanda bilangan yang sama
d) Memadan bilangan objek dengan simbol nombor
Mengabadi Hubungan

• Memastikan apabila objek disusun semula, hubungan tidak berubah


• Ketekalan merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu dan keluasan

• Contoh :
1) Walaupun 1L air diisi dalam pelbagai
bentuk bekas, isipadu air masih sama

2) Adakah bilangan bola hitam sama dalam kedua-dua gambar di bawah


Mencari & mengguna
properties hubungan
• Hubungan sama banyak
A)Sifat refleksi
B)Sifat simetrik
C)Sifat transitif

• hubungan lebih-dari & kurang-dari


Jika 2 set, adakah bersifat simetrik?
Jika 3 set, adakah bersifat transitif?
Mengklasifikasi
berdasarkan sama banyak
Contoh aktiviti :
Warnakan biru bagi objek yang sama banyak.
Menyusun berdasarkan
Lebih Dari / Kurang Dari
• Mengkelaskan set berdasarkan hubungan sama banyak, lebih-dari & kurang-dari akan menjurus
kepada menyusun set

Contoh :
Bandingkan dan tulis ‘lebih daripada’ atau ‘kurang daripada’ di dalam petak kosong.

1) 2)

Kurang Daripada Lebih Daripada


SEKIAN, TERIMA KASIH !

Anda mungkin juga menyukai