Anda di halaman 1dari 7

5 Cara untuk Kekal Positif

1. Bersyukur

• Tidak kira apa pun berlaku pada hidup, kerjaya mahu pun bisnes kena
selalu rasa bersyukur dengan nikmat yang kita dapat & terima setiap
hari. Amalkan semasa pagi kamu bangun tidur, buka mata saja jangan
dulu ambil telefon atau buat benda lain, ambil masa 5 minit setiap
awal pagi, syukuri dengan nikmat yang anda dapat pada hari tersebut.
Bersyukur masih bernafas, masih diberikan peluang untuk berjuang,
kurniaan rezeki & pelbagai lagi untuk dizahirkan rasa syukur.
2. Bersabar

• Rasa sabar ini kena terapkan & pupuk dalam diri. Dengan rasa sabar
yang kuat dalam diri, apa pun dugaan mahu pun cabaran yang
mendatang kita jadi lebih kuat untuk hadapi.
3. Memaafkan.

• Ucap nampak senang tapi melakukan dengan seikhlas hati itu susah. Ajar diri,
paksa diri untuk memaafkan orang yang berada di sekililing kita dengan
seikhlas hati.
• Bila mana jika kita berkeras hati untuk tidak memaafkan orang walaupun
kesalahan yang ada itu tidaklah sebesar mana akan timbul titik hitam dalam
diri kita yang susah untuk kita hapus. Titik hitam yang ada pada hati itu
adalah aura negatif & amatlah susah untuk kita menrik aura positif untuk
kekal masuk ke dalam diri kita dan juga hati kita sendiri.
• Paksa lah diri, ajarlah diri kita untuk memaafkan orang. Iya, memang susah
tapi hasilnya yang bakal kamu dapat luar dari apa yang kamu bayangkan.
• 
4. Bergaul dengan Orang-orang Positif

• Bila kita masuk dalam satu circle orang yang berfikiran positif ini
sedikit sebanyak membantu kita untuk kekal konsisten berfikiran
positif. Cuba tengok cara mereka berfikir, cara mereka bergaul, cara
mereka bercakap. Bila kita berada dalam kolompok ini automatik diri
kita akan terbiasa & terdidik untuk terus kekal positif
5. Bercakap yang baik-baik.

• Percakapan harian kita kena jaga untuk kita kekal konsisten berfikiran
positif & aura positif dalam diri bertambah kuat.
• Bila kamu berada dalam komuniti bercakap sesuatu yang dapat
membantu membina sekililing kamu. Bila kita amalkan ini, automatik
aura positif akan kekal dalam diri malah bertambah lagi.
6. Dekatkan diri dengan Tuhan

Kita perlu tahu apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya atas
kententuan Allah. Ingat setiap masalah yang kita hadapi semuanya
datang daripadanya. Jadi dekatkan diri kepadanya. Banyakkan
beribadah kepadanya dan sentiasa berdoa meminta pertolongan agar
diberikan jalan penyelesaian untuk masalah atau dugaan yang dihadapi.
Bila kita luahkan segala masalah kepadanya hati kita akan berasa lega
dan tenang.

Anda mungkin juga menyukai