Selamat Membaca
Disediakan oleh,
Cikgu Arnella Binti Matdin
KERTAS 2
BAHAGIAN A
FORMAT KARANGAN
KARANGAN PENDEK [WAJIB JAWAB]
10 MARKAH
15 MINIT
50-80 PATAH KATA
Karangan Pendek
1. Calon akan diberikan satu tema dalam
bentuk peta i-think, gambar tunggal, gambar
bersiri atau bahan grafik.
2. Arahan – Tulis karangan berdasarkan tema
yang diberikan.
3. Panjang karangan hendaklah antara 50-80
patah kata [ jangan melebihi 80 patah
perkataan]
Penting!!!
Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup
yang ringkas.
Pemerenggan – tidak wajib [ tulis satu
perenggan sahaja – agar anda tidak menulis
karangan yang terlalu panjang ]
Ungkapan menarik – tidak wajib dimasukkan
Gunakan semua isi yang diberikan
Cara Pengiraan Perkataan
Dalam Karangan
Kriteria Penskoran / Pemarkahan
Cemerlang [ 6 isi ] - 8-10 markah
Baik [ 3-5 isi ] 6-7 markah
Penguasaan Minimum 3-5 markah
[ 1-2 isi ]
Tidak mencapai tahap memuaskan 0-2 markah
CONTOH
KARANGAN
PENDEK
Berdasarkan maklumat dibawah, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
CONTOH JAWAPAN:
Akhir-akhir ini negara kita dilanda dengan pelbagai musibah
seperti jerebu, pencemaran udara dan serangan virus Covid-19 yang
menyebabkan simptom batuk. Oleh itu, sebagai warga negara yang
bertanggungjawab menghentikan sebaran kuman yang membuatkan
kita dan orang lain sakit. Kita haruslah mematuhi etika ketika batuk
agar virus tidak tersebar kepada orang lain. Pertama, kita haruslah
menutup mulut dan hidung dengan kertas tisu apabila batuk dan
bersin atau batuk serta bersin ke bahagian lengan atas dan bukan
tangan anda. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah
serta cuci tangan selepas batuk atau bersin. Akhir sekali, kita perlu
memakai pelitup muka sekiranya bergejala.
Berdasarkan maklumat di bawah, tuliskan sebuah karangan pendek yang
panjangnya 50 hingga 80 patah perkataan.
Kepentingan Semangat
Patriotik