Anda di halaman 1dari 11

MAKANAN TRADISIONAL BAGI

NEGERI TERENGGANU
ACAP • KEREL • ADIB • NATHANEL • DANIEL
NO. 5
KEROPOK LEKOR
(IKAN)
Keropok lekor atau keropok batang merupakan
sejenis makanan tradisional pantai timur
Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu.
Keropok lekor ini diperbuat daripada isi ikan
laut dan campuran sagu serta sedikit garam.
NO. 4
LAKSA TERENGGANU
Laksa Terengganu merupakan sejenis sejenis
makanan berkuah seperti mi yang popular di
Terengganu.

Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua


jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah.
Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan
santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja
tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam,
bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan
dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa
Johor, tetapi lebih kuning.
NO. 3
KAYU KERAMAT
Kuih keramat atau juga dikenali sebagai kuih kayu
keramat merupakan sejenis kuih tradisi di
Terengganu. Ia menyerupai Cakoi tetapi pada
kebiasaannya adalah lebih manis berbanding Cakoi.
Selain itu, Cakoi dibuat lebih lembut dan ringan,
manakala Kayu Keramat agak padat dan berat
sedikit dan boleh dimakan begitu sahaja
NO. 2
SATAR
Satar adalah makanan ringan tradisional dari
negeri Terengganu, Malaysia yang diperbuat
daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa
Terengganu. Ia adalah campuran kelapa parut dan
daging ikan yang ditumbuk bersama lada, bawang
dan halia lalu dibalut dalam daun pisang dan
dibentukkan segi tiga piramid. Setiap satu akan
dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh
dan dipanggang atas bara api.
NO. 1
NASI DAGANG
Nasi dagang (merupakan hidangan tempatan istimewa
yang berasal dari Malaysia. Hidangan ini
sememangnya terkenal di sekitar pantai timur
Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu dan
Kelantan sejauh pesisir Pahang dan Johor, namun
ia juga boleh didapati di rantau selatan Thailand
merangkumi Pattani, Yala dan Narathiwat serta di
Natuna dan Anambas di Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai