Anda di halaman 1dari 16

BAB 1:

KESELAMATAN DI
TEMPAT KERJA
AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 1994
(OSHA 1994)

FAZIE MAKZIN
OSHA 1994
• Akta tersebut dipanggil Occupational Safety And Health Act
1994/ Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

• Akta yang memberi jaminan terhadap keselamatan, kesihatan


dan kebajikan seseorang di tempat kerja, untuk melindungi
daripada risiko keselamatan dan kesihatan pada mana-mana
aktiviti di tempat kerja.
6 Prinsip OSHA 1994
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

1. Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek


penting pengurusan dan kemahiran yang baik.
2. Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam
memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan.
3. Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin
perlaksanaan keselamatan di tempat kerja.
4. Dasar/Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah
dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja.
5. Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan
disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan
pekerjaan.
6. Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan .
TUJUAN UTAMA OSHA 1994
4 tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 1994 diperkenalkan iaitu :-

1. Menjamin keselamatan, kesihatan dan


kebajikan pekerja

2. Melindungi pekerja dari risiko-risiko


bahaya

3. Menggalakan persekitaran yang


selamat

4. Sebagai satu system perundangan


yang berasaskan peraturan dan tata
amalan industri
Keperluan OSHA
Kandungan akta tersebut memberitahu tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan
serta pekerja bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin.

Sebagai
majikan

Sebagai pekerja
Sebagai Majikan
• Menyediakan dan menyelenggara sistem-sistem kerja termasuk jentera,
peralatan, alat dan kemudahan penyimpanan dan pengangkutan yang selamat
dan tanpa risiko kesihatan.

• Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untuk


memastikan bahawa semua aktiviti, termasuk operasi jentera dan pengendalian
bahan-bahan toksik, dijalankan dengan selamat dan tanpa risiko kesihatan

• Menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerja dan pengunjung,


dengan cara yang mencukupi untuk kemudahan akses dan keluar dan
kebajikan.
Sebagai Pekerja
Untuk memastikan keselamatan dirinya dan orang lain.

Memberi kerjasama penuh kepada majikan dan orang lain dalam mematuhi
syarat-syarat OSHA 1994.

Untuk memakai atau menggunakan, pada setiap masa, mana-mana peralatan


perlindungan atau pakaian yang disediakan oleh majikan.-Seksyen 24

Untuk tidak sengaja, secara melulu atau kecuaian atau frod mengganggu atau
menyalahgunakan apa-apa barang disediakan atau aktiviti yang dijalankan atas
kepentingan OSH menurut OSHA 1994.-Seksyen 25

Penalti bagi kegagalan untuk mematuhi: RM 1,000 atau tiga bulan penjara atau
kedua-duanya.
KASUT
KESELAMATAN

CERMIN MATA
SARUNG TANGAN KESELAMATAN

PERSONAL
PROTECTION
EQUIPMENT
(PPE)

TOPI KESELAMATAN BARRIER CREAM


Peralatan Elektronik
Perkara yang amat penting bagi sesuatu peralatan elektronik
adalah bahagian bekalan kuasa. Bahagian ini perlu diperhatikan
kerana ianya melibatkan pengaliran arus elektrik
Local Terminal
Local terminal atau port untuk cable untuk masukan voltan AC setiap peralatan mestilah
diperhatikan dengan teliti. Ini kerana;

 Sesetengah peralatan yang diimport beroperasi dengan nilai voltan 120volt sahaja
terutama barang dari negara Amerika dan Eropah. Jika peralatan hanya menerima voltan
bernilai 120volt ianya perlu diubahsuai (modifiy) sebelum digunakan di negara kita.

 Sesetengah peralatan mempunyai suis pemilih pada port terminal cable masukan bekalan
kuasa utama iaitu untuk memilih bekalan kuasa 120v atau 240 volt. Pastikan suis pemilih
tersebut diletakkan pada nilai voltan yang sesuai dengan nilai voltan bekalan negara kita
iaitu 240volt.
Photostat Machine
Mesin photostat adalah antara peralatan elektronik yang perlu dilakukan penyenggaran secara
berkala. Ini kerana;

 Mesin photastat biasa bekerja tanpa henti dan dalam tempoh masa yang lama. Ini menyebabkan
ianya selalu mengalami kerosakan seperti terdapat sensor atau komponen yang rosak atau
overheat.

 Banyak bahagian melibatkan pergerakan mekanikal seperti mengerakan kertas dari tray utama
melalui drum, mengerakkan scanner dan pergerakan tray tadahan untuk menyusun kertas dan
lain-lain. Semua pergerakan ini menggunakan motor dengan mengesan objek seperti kertas
melalui sensor. Pergerakan yang banyak boleh menyebabkan wayer mudah menjadi longgar dan
tercabut.

 Penggunaan kertas yang banyak menyebabkan molikul-molikul kecil terbebas dan menjadi
habuk yang dikeluarkan oleh kertas. Habuk yang kecil ini akan berkumpul dan menjadi tebal dan
boleh menghalang sensor menyebabkan sensor tidak dapat mengesan kehadiran kertas dan
motor yang mengerakan kertas tidak bergerak walaupun kertas telah dimasukan ke dalam tray
Printer
Mesin pencetak pada asasnya berfungsi hampir sama dengan mesin photostat. Namun dewasa
mesin pencetak digunakan secara lebih meluas dan lebih popular kerana;

 Harganya lebih murah:-Printer jauh lebih murah berbanding mesin photostate. Selain
mencetak, printer juga boleh menyalin atau photostate.

 Ringan dan mudah dialih:-Printer jauh lebih ringan dan mudah dialih keserata tempat
mengikut kegunaan dan keselesaan pengguna. Mesin photostate boleh dan biasa tidak boleh
dialih kebanyak tempat.

 Mudah dikendalikan iaitu cuma menyambung dua cable dan install melalui satu CD sudah
boleh digunakan.

Namun seperti mesin photostat, mesin percetak juga memerlukan penyenggaraan secara berkala
kerana terdapat banyak pergerakan mekanikal dan penukaran ink. Penyenggaraan mesin cetak
perlu dibuat dengan dua kaedah iaitu;

 Secara software- melalui program deep cleaning.


 Secara luaran- melalui kain, cotton bud dan lain-lai
Keadaan Peralatan
Elektronik
Peralatan yang diterima atau dibeli dari pembekal atau pengilang perlu diperiksa.
Jika terdapat kerosakkan maka peralatan tersebut tidak perlu diterima atau perlu
digantikan dengan yang lain.
Keadaan Peralatan Elektronik
Dalam membuat pemeriksaan terhadap peralatan, pemerhatian/penelitian yang ketara adalah berkaitan keaadaan berikut:

1. Kemek (Dented)

• Sekiranya peralatan tersebut kemek pada bahagian luaran dikuatiri


boleh mengganggu keadaan komponen elektronik

2. Tercalar (Scratched)

Kesan calar kemungkinan boleh memberi kesan terhadap fungsi litar

3. Putus-putus (Intermittent)

Putus-putus bermaksud apabila peralatan tersebut di onkan ia akan


berfungsi dan kemudian beberapa ketika ia tidak berfungsi. Kemudian
beberapa ketika kemudian ia akan berfungsi semula.
Sekian, terima kasih
Q&A session

Anda mungkin juga menyukai