Anda di halaman 1dari 22

KULIAH 2

PERMASALAHAN,
OBJEKTIF & BATASAN
Permasalahan kajian
 Pada bahagian ini calon hendaklah menyenaraikan masalah-
masalah sebenar yang akan dikaji atau juga dikenali sebagai
isu-isu mendorong kita memilih tajuk kajian.

 Ia dinyatakan dalam bentuk penjelasan tentang masalah atau


isu-isu yang menjadi tumpuan kajian
CONTOH PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam bidang sastera: PSIKOLOGI KEPERLUAN REMAJA DALAM NOVEL-


NOVEL REMAJA HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU)
 Masyarakat khususnya golongan ibu bapa masih ada yang tidak memahami
keperluan yang diperlukan oleh golongan remaja dan anak-anak mereka.

 Golongan remaja lazimnya mempunyai keperluan, kehendak dan keinginan


yang ideal serta wujud dalam fikiran semata-mata (wujud dalam bentuk
angan-angan atau impian). Hal ini kemungkinan disebabkan oleh
ketidakupayaan dan keterbatasan pengalaman mereka di samping tidak tahu
membezakan antara realiti dan fantasi (Halis Azhan Mohd Hanafiah, 2002:
11).
 Remaja juga kurang berkemampuan dan berpengalaman dalam
memikirkan perancangan masa depannya, walaupun golongan
remaja ini perlu membuat penilaian terhadap kemampuan dan
kebolehan mereka sendiri supaya segala-galanya dapat berjalan
dengan lancar (Muhd Mansur Abdullah, 1988: 46).

 Namun, sering kali kemampuan, kebolehan, keperluan,


kehendak dan keinginan mereka ini dianggap tidak universal
kerana kehidupan mereka masih di bawah jagaan ibu dan bapa.
 Hal ini dapat dilihat dan dibuktikan dalam karya-karya yang akan dikaji, iaitu
secara dominan pengarang telah menonjolkan keperluan-keperluan remaja
dalam karya mereka. Namun begitu, terdapat juga keperluan-keperluan yang
tidak dipenuhi sehingga menimbulkan pelbagai kehendak, keinginan dan
kemahuan dalam diri remaja.

 Oleh hal yang demikian, maka perlulah dilakukan satu kajian bagi melihat
keperluan, keinginan dan kehendak-kehendak watak remaja yang timbul akibat
daripada kekurangan keperluan atau berlakunya situasi keperluan yang tidak
dipenuhi serta tindakan mereka bagi memenuhi kehendak tersebut dalam
karya-karya yang telah dipilih
CONTOH PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam bidang sosiobudaya: Kajian Diaspora Kebudayaan Dan


Identiti Masyarakat Aceh Di Yan Kedah

 Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada


masyarakat majmuk, sama ada daripada aspek etnik mahupun
budaya. Ciri utama masyarakat majmuk ialah terdiri atas
pelbagai budaya dan suku serta dibatasi oleh adat-istiadat
setempat. Hal ini menyebabkan masyarakatnya relatif lebih
sensitif ke atas persekitaran mereka, agar dapat menjaga dan
membina stabiliti sosial dalam kehidupan bermasyarakat
(Usman, 2003)
 Antara faktor yang membolehkan kemajmukan etnik di Malaysia ialah migrasi
sesuatu etnik dari luar negara. Komuniti Aceh merupakan antara etnik luar
yang berhijrah ke Malaysia. Salah sebuah wilayah yang dihuni oleh etnik
Aceh ialah di Yan Kedah. Mereka bermastautin di sana sehinggalah hari ini.
Dalam konteks pengamalan identiti budaya di wilayah tempatan, etnik Aceh di
Yan masih berpegang kepada budaya daerah asalnya (Ibrahim, 2011;
Zakaria, 1980).

 Walaupun begitu, fakta menunjukkan bahawa masyarakat keturunan Aceh di


Yan dapat hidup secara harmonis dengan masyarakat tempatan. Bahkan,
mereka berjaya menjadi tokoh-tokoh penting di Malaysia di dalam pelbagai
bidang (Hasan, 2011).
 Oleh itu, satu perkara penting yang perlu dinyatakan bahawa walaupun orang
yang berketurunan Aceh telah menjadi warganegara bahkan sebahagiannya telah
berjaya menjadi tokoh-tokoh penting di Malaysia, namun mereka masih lagi
mengamalkan dan mengekalkan budaya Aceh dalam kehidupan harian mereka
sebagai warisan daripada para leluhur (generasi terdahulu).

 Penyelidikan ini mengenai proses penyesuaian kebudayaan di antara penghijrah


dengan penduduk tempatan. Oleh itu, penyelidikan ini mengkaji keupayaan orang
Aceh di Yan dalam melakukan penyesuaian kebudayaan mereka dengan
kebudayaan tempatan, sehinggakan membolehkan kebudayaan mereka diterima
sebagai sebahagian daripada kebudayaan tempatan. Selain daripada itu, sistem
kehidupan sosial yang diamalkan masyarakat Aceh di Yan turut diselidiki, untuk
mengenal pasti kecenderungan yang membolehkan orang Aceh di Yan menjadi
tokoh-tokoh penting di Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian

 Di sini pengkaji hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan


perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai di akhir
kajian nanti.

 Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan


dengan masalah yang dikaji.

 Objektifhendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu


sewajarnya boleh diukur.
Contoh Objektif kajian

Dalam Bidang Sastera Melayu:


Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk:

 Mengenal pasti psikologi keperluan watak remaja dalam novel Azfa Hanani,
Trilogi Cinta, Merenang Gelora, Merdekakan Cinta Ratna, Beraraklah Awan Pilu,
dan Jendela Menghadap Jalan.

 Menganalisis psikologi keperluan watak remaja dalam enam buah novel yang
dikaji berdasarkan aplikasi Pendekatan Hierarki Keperluan Remaja.

 Merumuskan psikologi keperluan watak remaja yang dominan dalam setiap


peringkat hierarki dari enam buah novel remaja yang dikaji.
 
Contoh Objektif kajian
Dalam bidang sosiobudaya Melayu:
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenal pasti pandangan orang Aceh Di Yan terhadap negeri


dan budaya Aceh

2. Untuk mendalami usaha-usaha yang dilakukan oleh etnik Aceh Di Yan


dalam mengekalkan identiti sosial-budaya mereka sebagai orang Aceh

3. Untuk menganalisis tindakan yang diamalkan oleh orang Aceh Di Yan


agar diterima sebagai ahli masyarakat tempatan
BATASAN KAJIAN
Skop kajian/ batasan kajian

 Skop dimaksudkan batasan kajian yang akan dijalankan.

 Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami


sempadan kajian berkenaan.

 Calon sebagai penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam


kajian kita seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop
metodologi kajian dan sebagainya.
Contoh skop kajian / batasan kajian

Dalam bidang sastera: PSIKOLOGI KEPERLUAN REMAJA DALAM NOVEL-


NOVEL REMAJA HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU)

 Kajian ini di bataskan kepada novel-novel remaja hadiah sastera kumpulan


utusan (HSKU) kerana pertama, novel-novel remaja HSKU ini telah mantap dan
telah melebihi 20 tahun serta kriteria umum penilaian dalam pemilihan pemenang
memenuhi ciri-ciri sebuah novel remaja.
 Selain itu juga, justifikasi pemilihan novel-novel remaja HSKU
adalah kerana novel-novel remaja ini telah diuji akan kreativiti dan
idealismenya oleh panel penilai yang dilantik oleh kumpulan
utusan publication & distributors sdn.Bhd.

 Dari aspek pemilihan teks dan genre pengkaji hanya mengambil


novel-novel remaja yang teknik penulisannya berbentuk dan
bersifat realisme, iaitu aliran sastera dan seni lukis yang
menggambarkan kisah hidup sebenar (bukan khayalan) dan
bukannya novel remaja yang bersifat sains fiksyen
 Hal ini kerana apabila mengkaji keperluan dan kehendak remaja, ia
memerlukan novel yang berbentuk realisme dan bukannya bersifat
sains fiksyen.

 Di samping itu juga, novel-novel remaja yang telah dipilih ini


memperlihatkan watak utama (remaja) yang berumur antara 15 tahun
hingga 20-an, iaitu remaja masih belajar sama ada di sekolah
menengah, di kolej mahupun di universiti. Selain itu, novel-novel
remaja yang watak utamanya, remaja yang telah bekerja, remaja yang
telah berkahwin tidak akan dikaji dalam kajian ini.
Bahan Yang Akan Digunakan Dalam Kajian Ini Ialah Enam Buah Novel Remaja Karya Enam Orang
Pengarang, Iaitu Halis Azhan Mohd Hanafiah, Abd Latip Talib, Ruslan Ngah, Siti Jasmina Ibrahim, Sri
Rahayu Mohd Yusop Dan Rohaini Mat Darin. Novel-novel Tersebut Ialah:

 Azfa Hanani (1995) Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur
 Trilogi Cinta (2002) Terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur
 Merenang Gelora (2002) Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur
 Merdekakan Cinta Ratna (2003) Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur
 Beraraklah Awan Pilu (2006) Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur
 Jendela Menghadap Jalan (2009) Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur
 Kajian ini akan menganalisis keperluan watak utama (remaja)
dalam kesemua novel remaja yang dipilih serta kehendak
(timbul akibat kekurangan), sebab (desakan untuk memenuhi
kehendak), tindakan (bagi memenuhi kekurangan) dan kesan
daripada tindakan tersebut.

 Antara faktor pengkaji memilih watak utama dalam kajian ini


adalah kerana watak utama merupakan penggerak kepada
keseluruhan cerita. Watak ini hadir dari awal cerita
sehinggalah ke akhir cerita. Watak utama kebiasaannya
memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam
sesebuah cerita
 Analisis yang akan dibuat ini adalah berlandaskan
pendekatan hierarki keperluan remaja yang telah diubahsuai
berdasarkan teori hierarki keperluan manusia yang pada
awalnya, terdiri daripada lima prinsip atau peringkat keperluan
yang utama, iaitu peringkat pertama keperluan fisiologi,
kedua, keperluan keselamatan, ketiga keperluan kasih
sayang dan keinginan untuk dimiliki, keempat keperluan
penghargaan kendiri dan peringkat terakhir ialah keperluan
penyempurnaan kendiri.
Contoh skop kajian / batasan kajian
Dalam Bidang Sosiobudaya Melayu:
 Penyelidikan ini mengkaji mengenai diaspora. Oleh itu, penyelidikan tertumpu kepada faktor-
faktor yang berkait dengan konsep diaspora, seperti sejarah migrasi, kehidupan penghijrah di
daerah tempatan, dan penyesuaian kebudayaan yang diamalkan.

 Penyelidikan dilakukan ke atas etnik Aceh yang masih lagi bermastautin di Yan, Kedah atau
orang Aceh yang berasal dari Yan tetapi telah bertebaran ke pelbagai tempat di Malaysia.

 Untuk memperoleh data yang maksimum dalam tempoh masa kajian yang terhad, wilayah
penyelidikan diperkecilkan, iaitu hanya di Yan, Kedah. Penyelidikan dilakukan ke atas etnik Aceh
yang bermastautin di sana.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai