Anda di halaman 1dari 9

KERTAS

PROJEK 1
HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA DAN KEPUASAN KERJA GURU.
Sorotan Literatur
◦ Robbins (2014) mendefinisikan komitmen organisasi sebagai satu tingkah laku yang menggambarkan
perasaan suka atau tidak suka terhadap sesuatu organisasi/tempat kerja.
◦ Kejayaan sesebuah organisasi juga bergantung terhadap komitmen pekerja (Morteza, 2015).
◦ Menurut Nazneen, et al. (2017), prestasi adalah satu ukuran yang digunakan untuk memastikan kepuasan
kerja pekerja sentiasa mampu menghasilkan khidmat yang berkualiti mengikut keperluan organisasi
◦ Yahya, Johari, adnan, Isa dan Daud (2008) mendapati bahawa terhadap hubungan positif antara
pengurusan sumber manusia yang baik dengan prestasi dan kepuasan pekerja.
◦ Khaled et al. (2015) membuktikan dalam kajian beliau bahawa amalan PSM iaitu memberi Latihan
kepada pekerja memberi kelebihan yang positif terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi
perbankan.
Sorotan Literatur
◦ Farideh dan Bahram (2012) berpendapat tahap kualiti kehidupan kerja yang tinggi adalah perlu untuk
menarik dan mengekal pekerja dalam sesebuah organisasi. Peningkatan tahap kualiti kehidupan kerja
akan meningkatkan kegembiraan dan kesihatan seseorang pekerja komitmen pekerja dan seterusnya
meningkatkan prestasi dan produktiviti organisasi.
◦ Nor Mohamad (2020) dalam kajian beliau membuktikan bahawa tekanan di tempat kerja boleh
menjejaskan psikologi dan mengundang pelbagai masalah mental seperti kemurungan, kelesuan dan
gangguan psikosomatik.
Soalan Kajian

1. Apakah tahap kepuasan guru berdasarkan komitmen terhadap organisasi di sekolah-Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) dan Sekolah Bukan Berprestasi Tinggi (SBBT)?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan guru dengan faktor-faktor demografi
guru seperti jantina dan umur?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan guru dengan kaedah pengurusan
sumber manusia di sekolah?
4. Adakah kaedah pengambilan dan pemilihan pekerja memberi kesan ke atas prestasi kerja/komitmen
guru?
5. Adakah latihan dalam perkhidmatan satu kaedah yang boleh membantu mempertingkatkan kualiti
kerja?
6. Adakah mekanisme pemantauan dan penilaian prestasi menjadi pengantara hubungan positif antara
pembangunan dan prestasi guru?
Pernyataan Masalah
◦ Transformasi dalam pendidikan diperlukan disebabkan oleh cabaran dunia globalisasi.
◦ Bagi merealisasikan transformasi, beban kerja guru meningkatkan dan sering memberi kesan negatif
seperti tekanan dan burnout.
◦ Persoalan : Adakah guru-guru merasa gembira atau tertekan di tempat kerja? Apakah faktor-faktor yang
menentukan kualiti kerja guru?
◦ Komitmen guru adalah faktor yang paling kritikal dalam menjayakan pendidikan dan meningkatkan
keberkesanan institusi pendidikan.
◦ Perbezaan faktor-faktor dalaman sesebuah organisasi membezakan kualiti kerja setiap guru.
◦ Pihak pentadbir mempunyai akauntabiliti yang tinggi untuk mentadbir urus sekolah (pengurusan
kurikulum, kewangan, sumber manusia) demi kesejahteraan warga sekolah.
◦ Guru seringkali dibebankan dengan bukan akademik yang menjadi punca utama mereka tidak mendapat
kepuasan daripada tugas hakiki dan tidak mampu memberi sepenuh komitmen.
Tujuan dan Objektif Kajian
Tujuan :
Mengkaji faktor dalaman sekolah, kualiti kehidupan kerja guru dan komitmen guru terhadap organisasi
yang mempengaruhi kepuasan guru dalam melaksanakan tugas.

Objektif:
◦ Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah.
◦ Mengenalpasti perbezaan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan tahap pencapaian sekolah (SBT &
SBBT).
Kerangka Konseptual kajian

Kepuasan Kerja Guru

Pengurusan Sumber Manusia Komitmen Guru Terhadap Organisasi


Kepentingan Kajian
◦ Praktis guru
◦ Pentadbir di peringkat sekolah
◦ Murid dan masyarakat
◦ Perancang polisi
◦ Bidang penyelidikan

Anda mungkin juga menyukai