Anda di halaman 1dari 235

AWA 4172

KESENIAN TRADISIONAL
NIK MUSTAPHA NIK MOHD SALLEH
KAMARULBAISAH HUSSIN
Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA)
DEFINISI ESTETIKA
O Pengertian estetika yang diadoptkan disini adalah untuk melihat besarnya
erti keindahan dan nilai yang ada pada sesebuah kesenian rakyat dari
aspek pemkiran performatif dan kaitannya dengan seni persembahan.

O Ini bermakna, tanpa NILAI seni tidak boleh hidup.

O Asal perkataan estetik berasal dari bahasa Yunani kuno iaitu aesthesis;
tanggapan atau perasa.

O Alexander Baumgarten (1735) : Berpendapat bahawa estetika membawa


maksud menilai dan merasa serta menghayati sesuatu dengan mendalam.

O Nor Azman Ab. Aziz (2013) : Estetika sebenarnya merupakan bidang


ilmu yang membahaskan keindahan, bagaimana sesuatu seni itu terhasil
dan bagaimana seseorang dapat merasainya atau menghayatinya.
O Herbert Read : Keindahan sebagai kesatuan
ataupun hubungan bentuk yang terdapat di
antara pencerapan indera. (Petikan dari buku
The Meaning of Art)
O Menurut Rahman Shaari (2001) : Estetika
bermaksud nilai keindahan dalam sesebuah
karya. Nilai yang dimaksudkan berkaitan
dengan perasaan manusia dan subjektif
sifatnya. Contohnya, mungkin penonton
pertama menganggap karya itu bernilai
estetika, namun penonton kedua pula tidak
menganggapnya sedemikian.
ESTETIKA DAN SENI

b
a
c
Benda Indah Interpretasi

Keindahan
Keindahan Objektif
Subjektif
O Keindahan Objektif : Perkara yang dapat
dilihat secara fizikal mencakupi aspek unsur
dan ciri.

O Contoh : Makyung – Gambaran objektifnya


adalah berperanan sebagai sebuah
persembahan kesenian tradisional yang
mengandungi elemen Lakonan, Nyanyian,
Tarian. Komedi dan Muzik
OKeindahan Subjektif : Hujah pada keindahan subjektif merujuk kepada
persepsi atau tanggapan yang mempengaruhi interpetasi seorang daripada
pancaindera yang digunakan. Ini bermakna, apa yang dikatakan indah bagi kita,
tidak semestinya indah bagi orang lain, dan sebaliknya.

Bagaimana teater bemula.

OTeater bermula dari gabungan RASA, PEMIKIRAN dan TINDAKAN.

ORASA - menajamkan kepekaan kita.

OPEMIKIRAN – melahirkan teori.

OTINDAKAN – membolehkan kita untuk menyatukan dan membuahkan hasil


nyata.

O
WAYANG KULIT
Pengenalan
O Teater yang tertua di Asia Tenggara (Malaysia,
Indonesia, Thailand dan Kemboja) yang
menggunakan prinsip cahaya dan bayang.
O Bayang-bayang daripada patung kulit yang terdiri
daripada pelbagai watak dan khayalan, dan
dilakonkan oleh seorang Dalang (Master
puppeteer)
O Persembahan Wayang Kulit terbahagi kepada
muzik, percakapan dan gerak geri patung atau
audible, verbal dan visual.
O Mengikut disiplin, semasa patung-patung sedang bercakap semua
iringan muzik akan terhenti.

O Untuk mengiringi gerak aksi berjalan. misalnya, muzik iringan akan


memainkan satu lagu yang dapat dimasukkan dibawah pengertian yang
disebut sebagai ‘intrinsic’ atau one-to-one correspondent dimana rentak
muzik dan aksi gerak adalah bersifat serentak (formal). Contohnya,
Lagu Berjalan untuk mengiringi Siti Dewi berjalan atau sebagainya.

O Untuk mengiringi adegan peperangan muzik iringan akan memainkan


Lagu Perang yang dapat dimasukkan dibawah pengertian ‘extrinsic’
(instrumentai), iaitu pergerakkan patung tidak terikat secara formal
dengan rentak muzik seperti seadanya.
Teori Asal Usul Wayang Kulit
O Dikatakan Berasal dari India, dibawa ke Asia
Tenggara melalui pengaruh Hindu. Buktinya
epik Hindu yang amat terkenal iaitu
Ramayana dan Mahabharata menjadi bahan
utama dalam persembahan Wayang Kulit
dirantau ini sejak sekian lama dan kekal
hingga kehari ini mengikut keupayaan dan
pemahaman versi masing-masing.
O Jacques Brunet berpendapat bahawa Wayang
Kulit adalah berasal dari India kerana patung
yang terdapat di Kemboja dan Thailand
mempunyai persamaan dengan patung
Wayang Kulit sepertimana yang terdapat di
India. Beliau juga menyatakan patung Wayang
Kulit di Malaysia dan Indonesia adalah bersaiz
lebih kecil, iaitu sama sepertimana yang
terdapat dalam tradisi Wayang Golek di India.
O Berthold Laufer telah menyatakan bahawa
Wayang Kulit adalah berasal dari China.
Merujuk kepada sebuah Lagenda Cina yang
menceritakan pada zaman Raja Han Wu Ti
(121SM), dimana bomoh diRaja telah
menayangkan bayangan di kelir untuk
memanggil semangat isteri raja yang telah
meninggal dunia.
O Hazeu telah menyatakan bahawa Wayang
Kulit Jawa adalah berasal dari Wayang Kulit
Jawa Kuno yang telah dipersembahkan dalam
permainan Wayang Purwa yang mula wujud
sebelum munculnya pengaruh Hindu di Asia
Tenggara.
O Dan ada juga yang berpendapat
berkemungkinan tradisi perwayangan yang
didapati berkembang di ketiga-tiga negara
berkenaan telahpun wujud sepertimana
seadanya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana
sumber dari luar dan dari situ ianya merebak
ke negara-negara lain melalui interaksi
ekonomi (perdagangan) serta politik dan
kebudayaan (penjajahan).
O Wayang Kulit di Malaysia dikatakan telah mempunyai
banyak persamaan dengan tradisi wayang kulit yang
terdapat di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia
oleh kerana Malaysia terletak di tengah-tengah kawasan
Dunia Melayu Lama, terdiri daripada Malaysia,
Indonesia, Kampuchea dan Filipina dan dengan secara
tidak langsung ianya dikatakan turut mempengaruhi
keatas penubuhan tradisi wayang kulit di rantau ini.

O Maka tidak hairanlah jika didapati bahawa Wayang Kulit


Kelantan telah mempunyai banyak ciri-ciri persamaan
dengan Nang Talung/Nang Yai dari Thailand, manakala
Wayang Kulit Melayu telah mempunyai banyak ciri-ciri
persamaan dengan Wayang Purwa Indonesia.
Nang Talung - Thailand

Nang Yai - Thailand


Terdapat 4 jenis Wayang Kulit di Malaysia :-

O Wayang Kulit Kelantan / Siam


O Wayang Kulit Melayu
O Wayang Kulit Purwa / Jawa
O Wayang Kulit Gedek
Isi Cerita
Cerita Pokok Cerita Ranting

O Cerita utama dalam epik Ramayana dan O Cerita yang tidak ada perkaitan
Mahabrata (cerita panji) dengan cerita epik.
O Cerita yang telah diolah semula
O Keutamaan yang perlu dipatauhi dalam
pembawakan ceritanya (cerita pokok) O Cerita yang ditokok tambah
haruslah bermula dari awal hingga akhir mengikut selera penonton
tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang O Adakalanya Tok Dalang
terdapat di dalam cerita pokok berkenaan.
Umpamanaya cerita Siti Dewi Dicolek. melakonkan cerita yang terbit dari
ilhamnya sendiri tanpa merujuk
O Boleh di tambah unsur-unsur lawak jenaka kepada mana-mana bahagian yang
untuk menjadi daya tarikan dalam terdapat dalam cerita pokok yang
sesebuah cerita yang dipersembahkan dimaksudkan.
O
Wayang Kulit Kelantan / Siam
O Terdapat di Kelantan dan Terengganu, dan
pernah dipersembahkan di Kedah, Perak dan
Pahang pada satu ketika dahulu.
O Yang pada asalnya mula dipersembahkan oleh
orang-orang Melayu di negeri Yala, Patani dan
Narathiwat di kawasan selatan negara Thai.
Dipersembahkan untuk :-

Fungsi Ritual
O Mengucapkan kesyukuran atas hasil tanaman yang
banyak.
O Membersihkan kampung dari ganguan semangat jahat.

Fungsi Sekular
O Merayakan hari ulangtahun Sultan.
O Hiburan semasa perkahwinan.
O Kegiatan komersil (penjualan tiket)
O Hiburan untuk pelancong.
Isi Cerita
O Berasaskan epik Ramayana dan Mahabrata dalam memfokuskan cerita
Maharaja Rawana dan cerita Panji berpandukan kepada versi Melayu.

O Cerita Ranting yang di anggap popular dikalangan masyarakat Melayu


dan cerita tempatan. Contohnya cerita Merbuk Kuning Burung Ajaib,
Hikayat 5 pahlawan dan seumpamanya.

O Versi cerita pokok yang popular yang diambil dari plot epik Ramayana
contohnya “Sita Dewi Dihalau” akibat wujudnya rasa
ketidakpercayaan Seri Rama terhadap Siti Dewi berpunca daripada
penemuan lukisan gambar Rawana yang terlukis pada kertas yang
didapati disembunyikan dibawah bantal Seri Rama ketika Sri Rama
sedang sakit.
Pentas
O 12-14 kaki panjang
O 10-13 kaki lebar
O 9-12 kaki tinggi daripada lantai
O 3-4 kaki tinggi pentas daripada tanah
O Diperbuat daripada buluh untuk lantai dan
bumbung
O Daun kelapa untuk dinding
O Kayu untuk tiang dan rangka bumbung
O Pentas berbentuk proscenium
O Kain putih / kelir diregangkan dan
dicondongkan sedikit kedepan supaya bayang-
bayang patung yang dilayang diatas kelir
dapat dilihat secara jelas oleh para penonton.
O Dua batang pisang digunakan untuk mencucuk
patung dan diletakkan di bahagian kaki kelir.
O Sebuah lampu minyak digantung dari
bumbung ke paras muka dalang, penyadang
digunakan supaya tidak berlaku penyilauan
pada mata Tok Dalang dalam penumpuan
beliau terhadap cahaya atau the essence of
light yang menerangi kelir tersebut.
O 1 pembesar suara.
O Kayu pelapik / kayu kesah atau clapper
instrument yang diperbuat daripada 2 keping
kayu kecil yang sendat diletakkan di bawah
peha dalang sebagai mekanisma pergerakan.
O Ianya bertujuan untuk memberikan isyarat
kepada ahli muzik untuk memulakan lagu.
O Memberikan tempo dan kesan bunyi (sound
effect) pada sesebuah lagu.
O Kadangkala sebagai forte kepada sebilangan
lagu (Berjalan / Perang).
Batang Pisang Kayu Kesah
Patung
O Menggambarkan watak-watak yang dianalogikan
dalam persembahan wayang kulit.
O Diberikan pergerakan dan suara oleh dalang
mengikut mod dan plot ceritanya.
O Watak-watak berkenaan terbahagi kepada watak
baik, dan watak jahat.
O Dalam Hikayat Ramayana watak baik ialah Sri
Rama manakala watak jahat ialah Rawana.
O Gambaran patung digambarkan dari pandangan
sisi.
O Diperbuat daripada kulit kambing, kulit lembu
dan kulit kerbau.
O Menggambarkan bentuk berupa manusia atau
pencantuman antara bentuk manusia dan
haiwan.
O Watak patung utama di dalam Wayang Kulit
Kelantan selalunya diukir dan terletak di atas
kenderaan/kenaikan seperti naga.
O Ditengahnya dikapit dengan buluh bagi tujuan
untuk menguatkan struktur dan
tulangbelakang patung berkenaan.
O Kedudukan postur patung tersebut diperkuatkan dengan buluh
pengapit. Pada bahagian pangkal buluh tersebut ukurannya
lebih besar dan berfungsi sebagai tempat pemegang dan pada
hujung bahagian bawahnya kelihatan menajam sebagai
bahagian untuk mencucuk patung berkenaan pada batang
pisang tersebut.

O Watak Pak Dogol dan Wak Long mempunyai dua tangan dan
dagu yang boleh digerak-gerakan semasa berdialog dan
dinamisma estetik.

O Patung-patung yang lain hanya satu tangan sahaja boleh


digerakkan dan tangan sebelah lagi yang berada di belakang
memegang senjata atau alat kebesaran. Pada tangan patung
tersebut dilengkapi dengan bilah buluh sebagai tempat
memengang untuk menghidupkan pergerakan dalam berdialog.
O Patung diwarnakan dengan warna yang terang dan
cerah.
O Warna yang berbeza menggambarkan ciri-ciri watak
yang berlainan.

Juga beretika tinggi

O Saiz besar atau kecil sesuatu patung itu ditentukan


oleh jenis dan ciri-ciri perwatakannya tetapi tidak
melebihi 28 inci tinggi dan 15 inci lebar.
SRI RAMA

• Watak protagonist.
• Hero di dalam kesemua
cerita Wayang Kulit.
• Berwatak halus.
• Berketurunan diraja.
• Beretika
• Bermoral tinggi
• Mempunyai kekuatan
dan keberanian luar
biasa
• Bentuk patungnya lebih
kecil dan padat atau
solid pada tekturnya.
LAKSMANA

• Adik kepada Sri Rama.


• Mempunyai kelakuan
yang sama dengan
abangnya.
• Bentuk patung nya juga
lebih kurang sama cuma
warna sahaja yang
berbeza.
SITI DEWI
• Isteri kepada Sri Rama.
• Seorang isteri yang taat.
• Bermoral tinggi.
RAWANA
• Watak antagonist.
• Raja raksasa yang kuat
dan ganas yang
menculik Sita Dewi
didalam cerita “Siti
Dewi diculik”. Peristiwa
ini berlaku ketika dalam
perjalanan pulang ke
negeri Kuala Dua setelah
Raja Sri Rama berjaya
dalam peraduan
memanah pohon lontar.
HANUMAN KERA
PUTIH
• Raja kera berwatak baik.
• Watak gagah yang mempunyai
bentuk badan yang gempal.
• Anak kepada Sri Rama di dalam
Hikayat Maharajawana.
• Dalam Hikayat Mahararawana
Hanuman merupakan pesanan
Tuhan kepada masyarakat
sepertimana tertulis dan melalui
lisan.
• Dalam pembinaan tradisi pendapat
ini ikut berubah mengikut masa dan
zaman.
Pak Dogol &
Wak Long
• Pak Dogol adalah watak komedi
jenaka dan juga pengasuh
kepada Raja Seri Rama
• Pak Dogol juga merupakan
Penasihat dan utusan Sri Rama.
• Wak Long merupakan komedi
jenaka kedua dan juga pengasuh
serta utusan Sri Rama.
• Figura gambaran watak Pak
Dogol dan Wak Long adalah
bersifat ikonik dan berbeza
dengan watak – watak lain yang
terdapat dalam permainan
Wayang Kulit Kelantan.
Samad

Said Wak Yah


Watak
Perempuan

Raden Lakjuna Eteng


Dewa Panah

Dua pahlawan mistik yang


muncul pada permulaan
persembahan di dalam
pertempuran Perang Dewa
Panah
Raksasa Maharisi

Terdapat juga watak Merupakan watak


diaboilical atau jahat yang seorang pendeta dan
melampau seperti raksaksa Mistik
Istana Pohon Beringin Pokok
Lontar

Anak Panah Keris


Pohon Beringin
O Figura atau patung terbesar yang digunakan dalam sesebuah set patung
wayang kulit.

O Diperbuat daripada kulit lembu dan diwarnakan dengan beberapa


warna yang menarik.

O Reka bentuknya diolah mengikut bentuk seperti sebatang pohon dan


sehelai daun yang besar.

O Melambangkan kesatuan unsur mengikut riwayat cerita, sama ada


baik ataupun jahat.

O Lambang bagi permulaan persembahan dan pengakhiran persembahan.


O Menurut Pak Hamzah seorang dalang tersohor, dalam
hikayat Maharajarawana patung Pohon Beringin dianggap
mewakili pokok Jelati Jawa yang telah ditanam oleh
Maharisi iaitu bapa angkat kepada Siti Dewi yang
dikatakan mempunyai kuasa ghaib.

O Dalam episod pertandingan memanah raja Sri Rama telah


berjaya memanah sebanyak 40 pohon lontar yang ditanam
diatas belakang seekor naga

O Kemenangan tersebut telah menimbulkan ketidakpuasan


hati dikalangan para peserta yang mengambil bahagian
dimana kesemuanya telah mendakwa bahawa merekalah
yang telah memenangi dalam pertandingan tersebut.
O Ketidakpuasan hati berlaku antara Raja Kurang Sa Empat
Puluh, Maharajawana, Anak Raja Sembilan dan Seri Rama
kerana masing-masing mengaku telah berjaya dalam
peraduan tersebut.

O Bagi penyelesaiannya Maharisi telah menciptakan Pohon


Jelati Jawa dan ditanamkannya kedalam perut bumi untuk
dicabut oleh mereka yang bertanding. Dengan ini siapa yang
berjaya mencabut pohon tersebut layak dikahwinkan dengan
puteri Siti Dewi.

O Pertandingan tersebut telah juga didapati dimenaggi oleh


Seri Rama oleh kerana beliau dikatakan telah mempunyai
kuasa sakti. Maka raja Sri Rama telah dikahwinkan dengan
Siti Dewi.
O Dari aspek lain Pohon Beringin menyerupai
figura gunung yang melambangkan seluruh
fenomena yang wujud di dunia ini. (Matusky –
1993)
O Di dalam figura berbentuk gunung itu terdapat
reka bentuk gajah, burung, ikan, buaya, ular,
monyet, bunga dan ranting-ranting pokok.
O Pohon Beringin itu digambarkan sebagai
sebatang pohon sedang tumbuh di tanah dan
air yang ada di sekelilingnya.
O Bentuk-bentuk pada Pohon Beringin berjalin-
jalin dan menghasilkan imej visual tentang
penyatuan tumbuh-tumbuhan, binatang dan
elemen semulajadi yang menakjubkan. (Sugu
Kingham – 2001)
O Pada asasnya, Pohon Beringin terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu bahagian atas
mewakili langit, bahagian tengah mewakili
bumi dan pelbagai hidupan yang wujud di
muka bumi dan bahagian bawah mewakili
alam ghaib.
O Motif yang terdapat pada Pohon Beringin
distrukturkan untuk menghadirkan nilai-nilai
kekesaterian dan suci seni manusianya.
O Pohon ini juga melambangkan paksi bumi
kerana bentuknya yang unggul dan tegak.
O Akar Pohon Beringin yang berada di bawah
tanah dan ranting-rantingnya yang tinggi
melangit melambangkan perhubungan di
antara tiga alam seperti berikut.
• Dunia bawah – alam
ghaib / alam neraka
• Dunia tengah – bumi
• Dunia atas – langit /
alam syurga
O Pada permulaan pertunjukkan, Pohon Beringin diletakkan
di tengah-tengah kelir (titik tengah)
O Tindakan ini mempunyai hubungan khusus dalam
kebanyakan kebudayaan dan aktiviti manusia dalam
penciptaan estetika.

O Menurut Mircea Eliade yang menulis tentang pengalaman


dasar suci manusia, dalam tahun (1971) telah menyatakan
bahawa titik tempat pada bahagian tengah pada umumnya
merupakan zon suci iaitu lambang realiti mutlak.

O Dari banyak aspek, Pohon Beringin melambangkan


struktur asas alam sejagat iaitu alam yang diduduki
manusia yang penuh beradab.
O Apabila pohon beringin digoyang ia
menandakan ketenteraman kehidupan telah
terancam.
O Apabila diletak melintang, mewakili
permukaan air. Apabila dipacak tegak di tepi
kelir mewakili pohon atau hutan. Apabila
dipacak condong, ia mewakili sebuah gunung.
O Imej pohon yang dipacakkan di tengah-tengah dan
disebelah kanan Pohon Beringin diletakkan watak - watak
baik contohnya Seri Rama, Siti Dewi, Angnila, Anggada
dan seumpamanya. Manakala disebelah kiri Pohon
Beringin diletakkan watak watak Jahat contohnya Rawana,
Jin Sejuta Alam, Ratu Mambang Kuning dan
seumpamanya.
O Yang merupakan titik permulaan mutlak iaitu ketika kuasa-
kuasa terpendam, suci, mula-mula menembus keluar
seperti yang dipersembahkan dalam Wayang Kulit
Kelantan.
O Dalam bahasa simbolik ilmu mitos dan agama, titik
permulaan itu kerap dirujuk sebagai ‘pusat dunia’, ‘benih
tersembunyi’ atau ‘akar segala akar’ dan ia juga
digambarkan sebagai ‘paksi dunia’.
O Dalam konteks ini perlu diperhatikan bahawa
apabila dalang mencabut Pohon Beringin daripada
batang pisang dan mula digerakkan suasana
pertunjukan menjadi tegang dan memukau, dimana
para penonton berada dalam keadaan senyap dan
bersedia untuk mengikuti persembahan seterusnya.

O Pergerakan yang berlaku diatas kelir yang


dilakonkan oleh Dalang ketika ini menggambarkan
satu proses yang menggabungkan satu kuasa yang
dialami yang menyeru kearah kebaikan dan
kebekatan. .
O Selepas itu Dalang memacakkan semula ke
batang pisang di tengah-tengah kelir sebagai
tanda bagi memulakan persembahan
O Setelah Pohon Beringin dimatikan geraknya
barulah pertunjukkan wayang kulit
dipersembahkan.
O Apabila pertunjukkan wayang kulit berakhir
sekali lagi Dalang akan memacakkan Pohon
Beringin ke batang pisang di tengah-tengah kelir.
O Watak Wak Long akan dibawa keluar dan dipacak
menandakan persembahan telahpun berakhir
ataupun tamat yang disebut sebagai epilog.
BAHAGIAN DALANG MUDA
Dewa Panah
O Dua Dewa Panah diletakkan berhadapan satu
sama lain diantara kedua-dua tepi Pohon Beringin.

O Dewa panah mempunyai bentuk dan corak rupa


yang kasar dan dirujuk sebagai dewa lelaki,
mewakili kuasa jahat dan diletakkan di sebelah
tepi kiri Pohon Beringin.

O Dewa Panah mempunyai bentuk dan corak rupa


yang halus dan dirujukkan sebagai dewa
perempuan, mewakili kuasa baik dan diletakkan
di sebelah tepi kanan Pohon Beringin.
O Manakala Maharisi diletakkan di tengah-
tengah di belakang Pohon Beringin dan
bertindak sebagai pendamai diantara kuasa
baik dan kuasa jahat.
O Selain daripada itu Pohon Beringin juga
berfungsi untuk membahagikan kelir kepada
dua bahagian yang menandakan sempadan
antara dua buah negara atau dua buah bandar,
dua buah jambatan, dua kawasan hutan, dua
buah gunung, dua buah bukit, dua batang
sungai dan dua buah tasik.
Pembuatan Patung
O Keindahan seni ukir pada patung terletak pada
kepakaran seorang Dalang selaku pembuat
patung untuk digunakannya dalam
persembahan wayang yang dilakonnya sendiri.

O Patung diukir dan diwarnakan dengan warna


tertentu mengikut watak yang telah ditetapkan.
O Sebagai contoh Seri Rama diwarnakan hijau,
laksamana diwarnakan merah dan Hanuman
diwarnakan dengan campuran warna putih,
merah dan hitam.
O Keindahan bayang kelihatan terserlah apabila
watak-watak itu digerakkan dari kayangan
turun ke bumi yang memperlihatkan
bayangnya yang meliputi keseluruh pada
bahagian ruang atas kelir dan semakin
mengecil naik ke kayangan terus menghilang.
Konsep Dalang
O Dalang dalam wayang kulit bukan setakat
mencorakkan dunia perwayangannya bahkan
merupakan seorang tokoh yang maha tahu dalam dunia
keilmuan perwayangannya.
O Dengan keupayaan menukar bentuk dan kualiti suara
bagi setiap watak yang dihadirkan dapat menambat hati
para penonton yang setia dan kekal hingga kehari ini.
O Penonton yang setia akan datang lagi pada malam
berikutnya kerana amat tertarik dengan suara Dalang
tersebut.
Kaedah Bercerita
O Kehebatan seorang dalang menghafal cerita yang
diperturunkan dari mulut ke mulut daripada gurunya yang
disebut sebagai gynecological heritage master iaitu guru di
atas guru adalah suatu anugerah yang tidak ternilai bagi
seorang tokoh ilmuan perdalangan.

O Plot penceritaan disampaikan dengan iringan kumpulan paluan


muzik yang diorganisasikan oleh Tok Dalang sendiri.

O Peranan muzik untuk menyokong pergerakan patung yang


berlaku secara ‘intrinsic’ dan ‘extrinsic’ dan juga untuk
mengiringi nyanyian dalam penceritaan.
Bahasa

Dialek Melayu
Kelantan yang
mempamerkan
pengaruh Patani
PERANAN MUZIK DAN PROSES
PENCIPTAANNYA

Menghidupakan pergerakkan dalam mengrealisasikan


pengstrukturan dinamisma jalan ceritanya.

O Umpamanya kalau watak itu bersifat garang dan


bengis seperti Hanuman maka penciptaan muzik
hendaklah sekata dan semakna dengan gerak watak
yang berkenaan dan sekiranya watak itu lembut
seperti Sita Dewi maka penciptaan muziknya juga
kedengaran halus serta lembut dan sekata dengan
pergerakan perwatakannya.
O Menyediakan fungsi struktural, dramatik dan
spiritual.
O Fungsi struktural – Semasa permulaan
persembahan pemuzik akan memainkan beberapa
buah lagu untuk memaklumkan penonton bahawa
persembahan akan bermula.
O Semasa persembahan, muzik akan dimainkan
bagi mengiringi adegan keluar masuk watak.
O Untuk mengakhiri persembahan, lagu Maharisi
sebagai penutup persembahan akan dimainkan
menandakan persembahan telah tamat.
O Fungsi Dramatik – Membina pelbagai
suasana yang diperlukan (sedih, riang,
gembira dan ganas).
O Fungsi Spiritual – Melahirkan suasana yang
menakjubkan dan magis semasa upacara
membuka dan menutup panggung serta
upacara tukar dalang.
O Muzik mengiringi keseluruhan repertoir lagu
lagu nyanyian dalam persembahan dan juga
lagu bunyi bunyian (instrumental)
O Menyokong aksi gerak patung sebagai unsur
pelengkap, unik dan autentik sifatnya.

O Ini bermakna, secara praktik ianya bukan


sekadar sedap untuk didengar tetapi juga
sedap untuk dipandang. Melibatkan skill-set
pemain dan metodologi yang dipergunakan.
O Kebanyakkan pemain muzik wayang kulit
amat bergantung hidup dengan persembahan
yang diadakan dan setia dengan profesi
mereka untuk memberi kepuasan kepada para
penonton untuk terus mendapat sambutan.
O Oleh itu kepakaran teknik dalam keilmuan
permainan muzik wayang kulit membawa
kepada ketinggian sesebuah tamadun manusia
sebagai pencipta kedua.
Alat muzik dalam ensembal wayang kulit Kelantan.

1. Serunai – memainkan melodi


2. Sepasang Gedombak (Ibu dan Anak)
3. Sepasang Geduk (Ibu dan Anak) memainkan rentak

4. Sepasang Gendang (Ibu dan Anak)


5. Sepasang Gong (Ibu dan Anak)
6. Canang penanda masa

7. Kesi
Lagu-lagu Dalam Wayang Kulit Kelantan
1. Lagu Bertabuh – pembukaan persembahan selepas upacara buka
panggung tetapi sebelum permulaan cerita.
2. Lagu Dewa Panah – mengiringi 2 Dewa Panah.
3. Lagu Perang – mengiringi pertempuran dan perlawanan.
4. Lagu Berkhabar – mengiringi penceritaan Dalang.
5. Lagu Sri Rama Masuk Anjung – mengiringi Sri Rama masuk ke
dalam istana.
6. Lagu Hulubalang – mengiringi keluar masuk semua perwira.
7. Lagu Tukar Dalang – hanya sekali sahaja dimainkan di dalam
persembahan Wayang Kulit Kelantan semasa pertukaran Dalang
Muda kepada Dalang Tua.
8. Lagu Pak Dogol – mengiringi keluar masuk watak Pak Dogol dan
Wak Long.
9. Lagu Penutup/Lagu Maharisi Penutup / Penaik Geduk – lagu
terakhir dalam persembahan wayang kulit dan menandakan
tamatnya persembahan.
Struktur Persembahan
1. Pembinaan panggung – dibina khusus untuk pertunjukan
wayang kulit dan harus memenuhi segala syarat serta akur
dengan segala pantang larang mengikut amalan masing-
masing. Sebagai contoh, panggung tidak boleh dibina
mengadap laut dipercayai akan mendapat ganguan dari
semangat laut semasa persembahan diadakan.

2. Buka Panggung - melibatkan jampi serapah serta doa ringkas


yang disempurnakan oleh Tok Dalang dengan persediaan
segala sajian seperti bertih, beras kunyit, telur, pinang dan
sirih bagi memenuhi maksud yang disebut sebagai ‘berjamu’.
Bagi tujuan ini juga alat muzik dan patung akan diperasapkan
bagi tanda berkat dan selamat dalam permainan.
3. Lagu Permulaan –dimulakan dengan Lagu Bertabuh
sebagai tanda untuk memberi isyarat kepada penonton
bahawa persembahan akan bermula.
4. Lagu Tukar Dalang – pertukaran Dalang Muda kepada
Dalang Tua

Setelah lagu pembukaan yang terdiri daripada beberapa lagu


seperti Lagu Bertabuh Ragam dan Sedayung Bertabuh berakhir,
DALANG MUDA akan mengambil tempat untuk memulakan
persembahan yang disebut sebagai bahagian Dalang Muda.
Persembahan ini juga bertujuan untuk membantu ahli-ahli
muzik dalam memahirkan teknik permainan mereka serta
memahami jiwa wayang dan jalan cerita. Pada bab ini tujuh
buah lagu akan. dipersembahkan mengikut pada
pebahagiannya.
O Bahagian pertama dalam segmen Dalang Muda mengandungi 3 buah lagu
yang ditakrifkan sebagai segmen Dewa Panah, terdiri dari lagu:
i) Lagu Maharisi
ii) Dewa Panah Turun
iii) Dewa Panah Perang

O Bahagian kedua dalam segmen Dalang Muda mengandungi 4 buah lagu,


dimana dalam bahagian ini Dalang Muda akan memperkenalkan watak-
watak sepertimana yang terdapat dalam epik asal . Bahagian ini akan
memainkan 4 buah lagu bagi tujuan tersebut.
i) Lagu Seri Rama Keluar
iii) Lagu Menyembah
iv) Lagu Berkhabar
v) Lagu Seri Rama Masuk Istana
O Pada akhir persembahan bahagian kedua ini tempat Dalang Muda akan
diambil alih oleh Dalang Tua yang diertikan sebagai Tukar Dalang untuk
memulakan persembahan sebenarnya dengan lakon cerita sepertimana yang
direncanakan..
5. Cerita yang dipersembahkan berdasarkan kepada
cerita/lakon – sama ada cerita pokok ataupun
cerita ranting.
6. Bahagian Tutup Panggung – membawa erti
dimana panggung yang berupa tempat dimana
persembahan diadakan akan ditutup secara resmi
tetapi belum berakhir. Yang akan
disemnpurnakan oleh Tok Dalang selaku Dalang
Tua.
7. Dalam epilog ini beliau akan mengucapkan
tanda syukur diatas segala keselamatan yang
telah diperolehinya dalam persembahan tersebut.
Kesimpulan
O Dalam aspek estetika dan teoritikal ianya
mengandungi kepelbagaian dan hakikat falsafah
serta keseimbangan dan kesatuan yang membawa
erti keindahan dan benar.
O Dibuktikan pada watak dan perwatakan, suara tok
dalang, muzik dan sorakan serta tepukan para
penonton tanda apresiatif positif akomodatif.
O Bayangan pada kelir adalah gambaran hidup dan
kehidupan tanda suci seni manusianya dalam
berkarya.
O Kehebatan dan kepekaan yang menajamkan
ilmu tradisi perwayangan untuk kebaikan
akademik.

O Pentasnya adalah dunia yang kita duduki


sebagai bayangan dunia nyata dan adab
beradab.
Wayang Kulit Gedek
O Berkembang di negeri Utara semenanjung Malaysia
O Dibawa masuk dari selatan Thai oleh Idia Chia,
seorang perantis atau pelatih dari Changloon
Thailand pada tahun 1949.
O Beliau bertanggungjawab memasukkan bahasa
Melayu loghat tempatan dan menggunakan cerita
lagenda yang diketahui oleh penonton.
O Pada mulanya dipersembahkan oleh orang Thailand
kemudian persembahan tersebut telah diambil alih
oleh tokoh-tokoh yang terdiri dari kalangan orang
tempatan yang berbangsa Melayu.
O Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan di
dalam W.K Gedek adalah campuran Bahasa
Thailand dan Melayu.
O Dipersembahkan pada hari kebangsaan, hari
jadi sultan, majlis perkahwinan dan sebagai
kegiatan komersil.
O Pentas Wayang Kulit Gedek sama dengan
Pentas Wayang Kulit Kelantan.
O Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun antara
kumpulan yang mempopularkan Wayang Kulit
Gedek dan diketuai oleh En. Mohd Noor Haji
Mahmud.
Isi Cerita
O Berasaskan epik Ramayana versi Thai dan cerita-
cerita tempatan.
O Banyak persamaan dengan Nang Talung, Thailand
O Berlaku pengubahsuaian dengan memperlihatkan
penerapan unsur- unsur setempat.
O Kini cerita-cerita popular tempatan semasa telah
banyak dipersembahkan berbanding epik cerita
Ramayana.
O Juga banyak diselitkan babak kelakar sezaman.
Bahasa
O Bahasa Siam mahupun dialek Melayu Kedah.
O Telah dimodifikasikan mengikut bahasa
Kedah, namun dari segi ritual- jampi serta
mantera masih menggunakan bahasa Thailand.
Watak
O Tradisional O Moden

1. Mahaguru (watak mistik yang muncul 1. Permaisuri.


di awal persembahan).
2. Dewa Panah – Pahlawan Sakti. 2. Raja.
3. Phi Phrai – Wakil Dalang. 3. Nila Utama – anak raja.
4. Maha Rishi Mahaguru Mata Api. 4. Nila Pahlawan – adik kepada
5. Bota Gergasi. Nila Utama.
6. Dewa Garuda.
7. Gergasi Kuntum.
5. Murjani & Murjana – puteri
8. Bekasan/Bekasun – anak bota. kembar & anak angkat kepada
9. Ibu Gergasi. Mahaguru Mata Api.
10. Bomoh. 6. Penyamun.
11. Hulubalang.
12. Ai Tong & Ai Kiew – Pengasuh.
13. Seniman Nanui & Aito – Pelawak.
Patung
O Bersaiz kecil dan menyerupai reka corak patung
Thai.
O Bahan Kulit patungnya agak sedikit tipis dan
lutsinar.
O Berbentuk 2 dimensi / patung diukir dari sudut
pandangan hadapan.
O Diubahsuai mengikut selera budaya setempat
terutama dari segi pakaian dan alat hiasan. Sebagai
contoh, watak-watak sampingan ditambah dengan
memakai tas tangan, pistol etc.
Terdapat 3 jenis patung, sama ada 2 tangan boleh
digerakkan atau 1 sahaja tangannya boleh
digerakkan. Rupa corak patung dapat dibahagikan
kepada beberapa bahagian, iaitu tradisional dan
moden, seperti berikut -
1. Patung yang menggabungkan watak manusia
dan haiwan.
2. Patung yang menggambarkan bentuk manusia
sahaja.
3. Patung yang berbentuk abadi atau aspek
benda yang digunakan bagi melambangkan
sesuatu.
O Patung tradisional mengikut reka bentuk Thai.
O Kesemua watak baik mempunyai paras muka
yang licin dan halus serta seimbang dari sudut
anatominya dengan air muka yang manis dan
senyuman yang menawan.
O Manakala watak jahat mempunyai paras muka
yang kasar dengan hidung dan mulut serta gigi
dan mata yang tersorong keluar.
O Watak pelawak mempunyai ekspresi muka
yang lucu dan hodoh.
O Patung moden pula dihiasi dengan pakaian
tradisional kontemporari seperti baju kebaya
untuk watak perempuan dan baju Melayu
untuk watak lelaki.
O Watak baik mempunyai paras rupa yang manis
dan menawan
O Manakala watak jahat mempunyai paras muka
yang kasar dan ganas.
O Watak pelawak dan pengasuh diwarnakan
dengan warna-warni.
O Patung Tradisional O Patung Moden
Nama Alat muzik dan Fungsi
O Pi (serunai) – Alat Melodi Tunggal
O Klong That (geduk) Memainkan rentak

O Thon (gedumbak).
O Klong Khaek (gendang dua muka).
O Gong Hooi (tetawak)
O Mong (canang).
O Chip chap (kesi). Penanda Masa/tempo

O Tamborin
***tamborin hanya dimainkan dalam adegan lucu.
Lagu W.K Gedek
1. Lagu Bertabuh
2. Lagu Maha Risi
3. Lagu Dewa Panah
4. Lagu Tukar Dalang – tiada Dalang Muda di dalam persembahan
W.K.Gedek bagi menandakan pertukaran dalang secara simbolik, maka
patung Phi Phrai digunakan bagi mewakili dalang berkenaan dan
dipacakkan di tengah-tengah kelir sebagai menandakan cerita akan
bermula..
5. Lagu Berjalan – berjalan cepat, berjalan lambat (mengiringi
permaisuri/puteri) & berjalan gergasi (mengiringi pergerakan
bota/gergasi).
6. Lagu Perang – mengiringi kesemua babak peperangan dan pertempuran.
7. Lagu Nasib – dimainkan pada waktu sedih.
Struktur Persembahan
1. Upacara ritual buka panggung, patung Dewa
diletakkan di tengah-tengah kelir.
2. Pada pengakhiran buka panggung, lagu
bertabuh dimainkan, patung Dewa dikeluarkan
dan digantikan dengan patung Maha Risi.
3. Selepas beberapa ketika, patung Maha Risi
dikeluarkan dan digantikan dengan patung
Dewa Panah dan Lagu Bertabuh bertukar
kepada Lagu Berjalan.
1. Kemudian patung Dewa Panah ditukarkan
pula kepada patung Phi Phrai.
2. Selepas Phi Phrai, dalang memegang patung
Ai Tong dan Ai Kiew di tengah-tengah kelir
dan kemudiannya mengumumkan
persembahan cerita – dan persembahan
berlangsung.
3. Tutup Panggung.
Wayang Kulit Jawa / Purwa /
Purwo
O Berasal dari Pulau Jawa Indonesia.
O Merupakan wayang kulit tertua di Indonesia.
O Istilah Purwa adalah dari bahasa Sanskrit iaitu
‘Parva’ yang bermaksud bab / bahagian dalam buku
Mahabrata.
O Juga berasal dari makna perkataan purba yang
bermaksud lama dan kuno.
O Tersebar di Malaysia, Kalimantan dan juga
Sumatera kesan imigrasi penduduk Jawa ke merata
tempat dikawasan ini.
O Masih mengekalkan ciri-ciri wayang kulit Jawa Kuno atau asli,
baik aspek gaya, dialek, dan ukiran patung.

O Menggunakan muzik gamelan dimana alat- alat muziknya


dilaras mengikut lokaliti atau daerah masing-masing
berasaskan kepada Non Western Tempered Pitch and Scale
System. Sama ada bagi sistem skala Slendro (5 nada) dan
sistem skala Pelog (7 nada )

O Pada awal perkembanagnnya bahasa Jawa telah digunakan,


kini bahasa Melayu tempatan telah digunakan bagi
memudahkan penerimaan dikalangan penduduk setempat.

O Dipersembahkan sempena majlis perkahwinan, hari jadi,


berkhatan, ulang tahun kelahiran Sultan dan pesta kebudayaan.
O Untuk tujuan hiburan dan pelancongan.

O Pentas Wayang Kulit Jawa sama juga seperti Wayang


pentas Kulit Kelantan. Cuma dalam sistem Wayang Kulit
.Jawa terdapat dua batang pisang yang diletakkan secara
bertingkat dimana yang diatas dinamakan perseban dan
yang dibawah dinamakan sebagai persembahan.

O Dalam disiplin Wayang Kulit Jawa ‘kayu kesah’


diperbuat daripada kepingan besi dan diketukkan oleh
dalang pada kotak kayu khas untuk menghasilkan bunyi
sebagai isyarat bagi mengrealisasikan satu-satu tujuan.

.
Isi Cerita
O Berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
O Juga berdasarkan cerita Pandawa Jawa yang
disadurkan dari Epik Mahabharata.
O Cerita-cerita tambahan baru berdasarkan epik
Mahabharata juga adalah ‘Arjuna Wiwaha’
dan ‘Dewa Ruci’.
O Cerita-cerita tempatan yang lain adalah Panji
Semerang.
Patung
O Patung dikenali sebagai CHEMPURIT dalam bahasa
Jawa.
O Patung diukir halus dan dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti berikut :-
Bahagian kepala mengandungi muka, mahkota,
garuda (sayap kecil di belakang mahkota) dan sumping
(subang).
Bahagian badan dihiasi dengan kalung leher dan
praba (sayap besar di belakang).
Bahagian Pinggang mengandungi pending, selendang
dan bengkung.
O Kelatbau (gelang menghiasi lengang / tangan
bahagian atas), Krontjong (gelang tangan dan
gelang kaki).
O Jumlah patung Wayang Kulit Jawa yang
lengkap adalah sebanyak 160 dan dibahagikan
kepada 10 kumpulan.
• Dewa-dewa
• Puteri
• Satria
• Gunungan
10 kumpulan • Raksasa
watak iaitu :- • Haiwan
• Orang bertapa
• Senjata
• Monyet
• Ampayak
O Tiap-tiap watak mempunyai bentuk yang
tersendiri walaubagaimanapun masih mempunyai
ciri-ciri persamaan yang terdapat dalam kumpulan
yang berlainan seperti dinyatakan diatas.
O Watak utama seperti Krisna, Arjuna, Baladewa
dan Darma Kesuma mempunyai lebih daripada 1
rupa dan bentuk mengikut situasi serta mood
atau perasaan hati dan emosi masing-masing.
O Warna-warna patung :-
1. Hitam ~ matang & spiritualiti.
2. Merah ~ kejam, ganas, garang dan
tidak sabar.
3. Putih ~ suci dan akhlak baik
4. Emas ~ untuk raja-raja dan
kerabatnya.
O Kedua-dua belah sendi tangan boleh
digerakkan. Bilah kayu yang menggerakkan
kedua-dua tangan dinamakan penunding.
Muzik
O Perangkat alat Gamelan Jawa

O Alat muzik :-
1. Sebiji Gong Agung
2. Sebiji Gong Suwukan / Siyem
3. 5 biji Kempul
4. Gambang
5. Kenong
6. Saron (pekin, barung & demung)
7. Selentem dan Gender
8. 1 set kompang
9. 1 biji gendang
10. Rebab
Bahasa
O Ditempat asalnya iaitu di tanah Jawa merka
menggunakan bahasa jawa Kuno. Namun
dalam konteks wayang kulit purwo di
Malaysia bahasa Jawa telah digantikan dengan
bahasa Melayu dalam dialek tempatan.
Struktur Persembahan
1. Buka Gelanggang (mengandungi bacaan
mantera dan sajian).
2. Selepas pembacaan mantera, dalang akan
menghentakkan kaki / tangannya ke tanah 3
kali. Kemudian mengetuk besi pelapik
sebagai isyarat kepada kumpulan muzik
untuk memulakan lagu pembukaan.
3. Semasa lagu pembukaan sedang dimainkan,
dalang meneruskan pembacaan mantera yang
dituju kepada penunggu kampung supaya
tidak mengganggu persembahan.
4. Seterusnya mantera khas dibaca untuk roh
dan semangat dewa-dewa yang menjadi
sebahagian daripada elemen penting dalam
persembahkan ceritanya.
5. Selepas saja bacaan mantera selesai
persembahan akan terus bermula.
6. Tutup Gelanggang.
Wayang Kulit Melayu
O Ianya terdapat banyak di Pantai Timur,
terutama Kelantan dan Terengganu.
O Dipercayai telah dibawa masuk ke Kelantan
dari Jawa pada abad ke 17/18 Masehi.
O Namun kini pengaruh serta bilangan
kumpulannya telah berkurangan dan hampir
mengalami kepupusan.
O Menurut pengkaji Mohamed Ghouse Nasuruddin,
menerusi buku Teater Tradisional Melayu (2003),
Kumpulan Wayang kulit Melayu yang terawal yang
terdapat di Kampung Cica, Kota Bharu, Kelantan,
masih lagi aktif dan berfungsi, tetapi lain-lain
kumpulan telah mengalami kepupusan.
O Dipersembahkan untuk menghibur golongan
bangsawan di istana Kelantan dan juga Kedah pada
abad ke-19 dan ke-20.
O Bagi sistem nama, adangkala ianya dipanggil
Wayang Jawa oleh kerana struktur dan sifat
persembahannya adalah sama seperti Wayang Kulit
Purwa dari Indonesia.
Isi Cerita
O Berdasarkan episod-episod dari kitab
Mahabhrata iaitu cerita Pendawa Lima

O Cerita panji.
Patung
O Patung-patung dalam Wayang Kulit Melayu, sama seperti yang
terdapat dalam Wayang Kulit Purwa dan kedua-dua belah
tangannya boleh digerakkan.

O Watak-watak pula bersifat stereotaip, mudah untuk dikenali


menerusi rekabentuk kedudukan bahagian kepala.

O Patung berwatak baik biasanya kepalanya menunduk ke bawah


dan bentuk tubuhnya lebih kecil dan sopan.

O Patung berwatak kasar dan sombong biasanya berhidung besar


dan mendongak ke atas.
Muzik
O Walaupun Wayang Kulit Melayu dikatakan
mempunyai hamper sama dengan Wayang
Kulit Purwa dari aspek-aspek tertentu, namun
aspek muziknya adalah berbeza.
O Alat muzik bagi Wayang Kulit Melayu
adalah:-
Alat Muzik Bilangan Fungsi
Rebab (bertali 2) 1 buah Memainkan melodi
Canang 6 buah gong kecil Memainkan rentak dan penada masa.
Mong 1 biji Bit / Beat
Kesi Sepasang Pelengkap rentak
Gong / Tetawak sepasang Penanda penghujung frasa rentak dan
lagu
Gendang (2 muka) Sepasang Memainkan rentak
Lagu di dalam Wayang Kulit Melayu
1. Katokan
2. Kelayong
3. Asyik
4. Jubang
5. Kemucap
6. Kijang Mas
7. Gandang-gandang
8. Gandang Semawa
9. Sasang
10. Bujuk Ina
11. Kadok Manis
Bahasa
Seperti Wayang Kulit Purwo, cerita di dalam
Wayang Kulit Melayu disampaikan dalam
bahasa Jawa di samping diselitkan dialek
Melayu tempatan
Upacara ritual telah mengdahului persembahan
Wayang Melayu bagi tujuan pemujaan semangat dan
roh serta memohon selamat bagi persembahan yang
akan diadakan.

Kini upacara ritual seperti ini tidak lagi diamalkan


oleh kerana ianya didapati bertentangan dengan
syariat Islam dan dianggap syirik. Memandangkan
subjek wayang kulit telah menjadi sebagai salah satu
subjek teras akademik maka tumpuan para pelajar
terhadap ilmu disiplin perwayangan tersebut hanya
memusatkan kepada aspek-aspek yang berkaitan
dengan knowledge dan ilmu praktis semata-mata
untuk academic excellence.
MAKYUNG
Pengenalan
O Seni Makyung merupakan sebuah disiplin teater
tertua di Malaysia.
O Tersebar ke negeri-negeri di pantai timur
semenanjung Malaysia terutamanya di negeri
Kelantan sejak dari abad ke 18 lagi.
O Dimainkan di kampung-kampung untuk tujuan
perubatan dan persembahan.
O Kesenian Makyung pernah mendapat naungan
pehak istana pada awal abad ke 20 iaitu dalam
sekitar tahun 1920 hingga ke tahun 1930 an.
O Teater Makyung telah mendapat pengiktirafan dari
pihak UNESCO sebagai karya budaya di bawah
kategori Warisan Lisan Tidak Ketara atau the
intangable cultural heritage.

O Disiplin persembahan Makyung membabitkan


kombinasi unsur seperti tarian, muzik, drama, pola
cerita, dialog, nyanyian, komedi serta puisi
.
Dipentaskan secara teater ‘keliling’ dan dilakonkan
oleh kaum wanita saja, kecuali bagi watak peran atau
komedi dilakonkan oleh kaum lelaki begitu juga ahli
muzik juga dianggotai oleh kaum lelaki saja.
Teori Asal Usul
Terdapat beberapa pendapat tentang asal-usul Makyong

O Peter Floris, seorang pengembara Inggeris telah menggambarkan satu


persembahan pentas rakyat sepertimana yang pernah ditonton beliau di Pattani
pada tahun 1612 dimana rupa bentuk persembahan tersebut dikatakan telah
mempunyai banyak persamaan dengan apa yang kita fahami sekarang ini dari
sudut faham akademik sebagai Makyung dan tarian Asyik.

O Frank Swettenham pernah menyatakan bahawa beliau telah menyaksikan


persembahan teater keliling seakan-akan Makyung di negeri Pahang dalam
tahun 1878.

O Mubin Sheppard amat yakin bahawa lakon Makyung telah mula wujud sejak
dari kerajaan Langkasuka, Ligor, dan yang terakhir kerajaan Pattani kira-kira
400 tahun dahulu dan dari situ ianya ikut berkembang di Kelantan.
O Pada tahun 1960 dan 1970, Mubbin Sheppard telah
mengemukakan satu teori mengenai asal usul Makyung,
Dikatakan mempunyai perkaitan dengan permainan
‘Ma’ Hiang’ iaitu upacara pemujaan terhadap semangat
padi/roh padi dikalangan masyarakat di Tanah Serendah
Sepagar Ruyung, Ulu Terengganu.

O Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Makyung


mempunyai persamaan dengan teater Menora/Lakon
Chatri, Thailand.

O Ada juga yang berpendapat bahawa Makyung lahir dari


sebuah tradisi ilmu yang berkaitan dengan disiplin
perubatan tradisional yang dikenali sebagai ‘Main Teri’.
Pentas Makyung
O Panggung asal untuk persembahan Makyung merupakan bangsal
terbuka bertujuan supaya para penonton dapat menonton
persembahan tersebut dari semua sudut atau secara keliling.

O Yakni, bersesuaian dengan disiplin persembahan Makyung yang


berkonsepkan bulatan dimana ruang dan gerak dalam
persembahan berlaku dalam bentuk bulatan.

O Namun begitu penggunaan panggung yang berbentuk


proscenium sekarang ini tidak menghalang pergerakkannya yang
berkonsepkan kepada bentuk bulatan dalam pengoperasiannya
mengikut zaman.
O Pada awalnya pembinaan bangsal Makyung seakan-akan
membina sebuah rumah kecil yang berlantaikan tanah dan
ditutupi dengan tikar mengkuang.

O Diperbuat daripada bahan-bahan alam semula jadi seperti


buluh, rotan, kayu dan seumpamanya.

O Bangsalnya berukuran 15 kaki panjang, 12 kaki lebar dan


bahagian tepinya tidak berdinding dan ditutup dengan atap
mengkuang.

O Kini bangsal Makyung telah didirikan dalam ketinggian


antara 4 ke 5 kaki dari permukaan tanah dan pada bahagian
belakang pentas dijadikan bilik persalinan.
O Persembahan di buat di tengah-tengah
panggung iaitu di dalam lingkaran (bulatan)
tanpa sebarang set dan props kecuali rotan
berai dan juga golok.
O Pemuzik, pelakon dan Jong dondang, iaitu
penyanyi koir, duduk di tepi pentas dan selalu
bersedia untuk keluar masuk dalam
persembahan sebagaimana diperlukan.
O Namun begitu bagi meningkatkan estetika
persembahan reka bentuk set asas telah ikut
digunakan dalam persembahan tersebut.
Prop
O Terdapat beberapa jenis prop yang penting yang sering
digunakan dalam persembahan Makyung, iaitu keris,
rotan berai dan golok.
O Keris dan rotan berai, digunakan oleh watak Pakyung
yang dilakonkan oleh wanita yang berpakaian lelaki, dan
golok digunakan oleh Peran
O Setiap penggunaan prop di dalam disiplin teater makyung
mempunyai makna dan falsafahnya yang tersendiri.
O Kesemua prop ini berfungsi sebagai ‘multi-functional
prop’ iaitu berfungsi bagi banyak perkara dan tujuan,
mengikut konteks.
Keris
O Merupakan lambang kedaulatan
serta kemulian dan kekuasaan
raja sebagai pemerintah.

O Dalam keseluruhan cerita


persembahan Makyung, tidak
ada adegan yang menunjukkan
Raja mencabut keris dan
diacukan kepada peran atau
rakyat menewasi naluri
kekuasaan baginda sebagai
seorang pemerintah.
Rotan Berai / Pemiat
Sebagai LAMBANG mendukung daulah dan kuasa
seorang raja dan pemerinhannya.

Umpamanya, raja akan memukul PERAN dengan rotan


berai yang ada di tangan baginda sekiranya berlaku
sesuatu perkara yang melanggar adat yang diadab, seperti
terkasar bahasa dalam berbicara dan seumpamanya.

Episod ini menandakan raja boleh menegur rakyat dan


rakyat perlu patuh kepada instituisi raja dan kedaulatan
baginda.

Rotan berai juga boleh dijadikan sebagai pedang dalam


adegan peperangan antara dua orang raja.
O Untuk memulihkan penyakit rotan berai akan
digunakan sebagai alat yang bersifat benda yang
membawa kepada penyembuhan.

O Dalam adegan tertentu rotan berai digunakan sebagai


objek ‘lain’ atau matter iaitu perkara yang sebenarnya
berdasarkan imaginasi watak. Sebagai contoh
digambarkan sebagai belalai gajah.

O Dan apabila peran sedang mengiringi raja dalam


perjalanan ke Dusun Raja atau ke kolam Banjaran
Sari untuk bersiram maka rotan berai digunakan
sebagai payung untuk memayungi Tuanku.
Golok
O Prop yang sangat sinonim dengan watak Peran Tua dan
Peran Muda dalam tradisi Makyung.

O Golok yang dibelah dua pada matanya menimbulkan


tanda kelucuan bagi Peran Tua dan Peran Muda ketika
beraksi di pentas.

O Ianya tidak berfungsi untuk menetak, tetapi digunakan


untuk mengetuk.

O Apabila diketuk ianya akan mengeluarkan bunyi seperti


suara clappers mewarnai jiwa dan semangat anatomi
manusia yang menggunakannya dalam menghidupkan
komedi jenakanya.
Watak dan Perwatakan
Bilangan para pelakon bergantung kepada cerita yang
dipersembahkan. Namun begitu watak-watak penting tetap dimainkan
oleh wanita. Antara watak-watak di dalam persembahan Makyong :

1. Pak Yong
2. Makyong
3. Peran Tua & Peran Muda
4. Inang & Dayang
5. Tok Wak
6. Orang Darat / Orang Kampung

Watak Supernatural (Watak Bukan Manusia)


7. Dewa
8. Jin dan Gergasi serta binatang (zoomorphical)
Pak Yung
O Watak utama dalam persembahan teater Makyung.

O Kadangkala terdapat dua watak Pak Yong di dalam satu cerita iaitu Pak Yong
Tua dan Pak Yong Muda.

O Pak Yong Tua merupakan watak raja yang menjadi pemerintah sesebuah negeri
manakala Pak Yong Muda merupakan teraju utama menorokai cabaran hidup
dan peristiwa, juga merupakan seorang Putera Raja atau bakal menantu raja.

O Watak Pak Yung menonjolkan ciri-ciri estetika yang tersendiri yang dapat
membuktikan kepada golongan teaterawan, bahawa seorang wanita juga
berkeupayaan membawakan watak lelaki, seperti gaya berjalan, menari,
berdialog mengarah atau commandry, dan bermain senjata, serta mengetuai
Jong Dondang sebagai penyanyi utama.
Makyung
O Watak Makyung secara hakiki memainkan peranan lebih
dari satu watak. Umpamanya, sebagai permaisuri dan
puteri raja.

O Dan hidup hendaklah selalu pesan berpesan dan reda


meredai. Indah itu benar dan benar itu indah disisi-Nya
dan jagat manusiawi.

O Kepentingan peranan ini tersembunyi di sebalik hakikat


bahawa genre Makyung ini mengambil namanya dari
peranan ini (Ghulam Sarwar Yousof – 1979)
Peran Tua dan Peran Muda
O Bilangan peran dalam satu-satu persembahan terdapat
antara dua hingga lima belas orang.

O Walaupun mereka merupakan watak lucu, namun


mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan tersendiri.

O Peran berperanan sebagai pelindung raja, pengawal dan


pengasuh raja.

O Adakalanya watak peran dipanggil dengan nama manja,


iaitu ‘Awang’ atau Awang Pengasuh,
O Peran Tua berperanan sebagai penasihat, perunding dan
pembantu peribadi raja dalam segala aspek kehidupan,
bersifat kasih sayang, kekeluargaan, politik dan pentadbiran
negara. Manakala Peran Muda lebih cenderung kepada
perkara-perkara yang berbentuk humor dan penggerak mood
penceritaan.

O Watak Peran walaupun mendudung perwatakan humorik dan


seumpamanya, namun mereka bukanlah seorang yang kurang
berfikir sebelum bertindak atau kurang cerdik atau bodoh,
namun berkeupayaan menasihati raja dan menjunjung
martabat raja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kepimpinan kerajaan yang berada dibawah pemerintahan
Baginda.

.
Inang dan Dayang
O Dilakonkan oleh gadis-gadis yang juga berfungsi
sebagai penari dan pengiring Makyung dan Puteri
Makyung.
O Peranan inang atau dayang hampir sama dengan
peranan peran, iaitu sebagai pengasuh.
O Peranan inang lebih penting berbanding dayang
dan hampir sama dengan peran tua.
O Apabila mereka tidak melakonkan watak mereka
seperti seadanya, mereka akan ikut berperanan
sebagai jong dondang.
Tok Wak
O Watak orang tua

O Watak Tok Wak yang utama dan penting


adalah Tok Wak Nujum atau juru tilik dan
peramal yang jujur serta berhikmah.
Watak Supernatural
Dewa
O Ada yang dimainkan oleh pelakon lelaki dan ada
yang dimainkan oleh pelakon wanita.
O Berperanan mengembalikan keharmonian
manusiawi di dalam cerita
O Ianya bertujuan mewujudkan keseimbangan dan
penyelamat apabila manusia gagal membuat
pertimbangan yang waras setelah tewas daripada
pengaruh jin jahat, raksasa dan sebagainya.
Jin / Gergasi
O Punca timbulnya konflik dalam cerita Makyung
O Pengaruh jahat akan mempengaruhi pemikiran watak
antagonist bagi tujuan untuk menimbulkan keadaan yang
huru hara atau katastrofi.
O Biasanya mempunyai kuasa luar biasa/supernatural.
O Mereka juga boleh menjelma dalam keadaan separuh
manusia dan separuh binatang.
O Gabungan plot penceritaan antara manusia, jin dan kuasa
ghaib merupakan satu gabungan yang unik, indah serta
menghibur dalam memeriahkan suasana.
O Dapat dikatakan gabungan ini hanya terdapat dalam
kesenian tradisional seperti Makyung, Wayang Kulit dan
Menora.
Binatang
O Sering menjadi penyelamat di saat watak-
watak utama atau antagonist mengalami
kesusahan.

O Keindahan yang berkarismatik ini


menunjukkan bahawa bukan sahaja manusia,
malah binatang juga mempunyai perasaan dan
sifat tolong menolong dan budi daya yang
murni.
Pakaian dan Perhiasan
Penggunaan pakaian yang berwarna warni mampu
menarik minat khalayak dan juga memberi
keselesaan serta ketenangan jiwa dan perasaan para
penonton yang arif dan berpengalaman.

Selain itu dapat menonjolkan kesan serta nilai-nilai


estetika yang positif dan dalam keadaan yang sama
turut membantu para penonton dalam memahami
peranan yang dibawa oleh watak-watak yang
berkenaan dan juga status.
Pakyung
O Pak Yung selaku teraju utama dari golongan
raja dilengkapi dengan pakaian yang dipakai
oleh golongan raja.

O Terdiri daripada sepasang baju teluk belanga


diperbuat daripada kain yang mahal dan
berkualiti serta dilengkapi dengan perhiasan
batu permata tiruan dan majestik
O Hiasan kepala - ‘setangan isih’ / setanjak /
desta.
O ‘La Manik’ atau ‘Elau’ dipakaikan di leher.
O Elau’ atau ‘la’, -menutup dari paras leher ke
paras dada.
O Bengkung ‘pelangi silang’ sebagai pelengkap
sampin.
O Sebilah keris yang disematkan di pinggang.
O Rotan berai.
Makyung
O Makyung atau permaisuri berpakaian bagi menonjol dan
melengkapi ciri-ciri sebagai seorang permaisuri atau
puteri raja.
O Terdapat dua bentuk pakaian yang dipakai oleh
permaisuri. Pertama, fesyen berkemban yang
berkonsepkan pakaian ‘Cik Siti Wan Kembang”.
O Bagi menonjolkan sifat-sifat kesopanan, selendang
panjang dibiarkan tergantung di bahu hingga ke paras
lutut dan diselitkan pada pending.
O Ada juga menggunakan ‘La’ untuk menutup bahagian
dada
O Inang dan Dayang juga menggunakan fesyen
yang sama sepertimana yang dipakaikan oleh
permaisuri raja tetapi dari jenis kain yang
berbeza.
O Manakala fesyen kedua, ialah pakaian baju
kebaya dengan dimana pada bahagian
bahagian dada tersemat keronsang emas dan
permata.
O Sebagai lambang diraja, Makyung dipakaikan
mahkota dan dilengkapi dengan gelang tangan,
gelang kaki, sepasang subang dan lain-lain
yang melambangkan kemewahan.
Peran
O Peran pula disolek dengan solekan muka yang
melucukan, bentuk badan dan gaya berjalan
juga menimbulkan satu gaya atau ciri-ciri
kelucuan yang autentik iaitu, asli.
O Peran memakai seluar dan kemeja T, nipis
selain memakai vest seperti kot atau jaket.
O Kain semutar (daripada kain batik lepas) di
gantung di leher dengan membawa fungsi
untuk melilit kepala atau mengelap peluh.
Tok Wak Orang Darat

O Merujuk kepada watak O Pakaian biasa bagi


orang tua seperti, tok orang kampung kelas
wak nujum, tok wak bawahan; seperti baju
jong nakhoda, tok wak seorang petani, baju
pertanda raja. melayu, kebaya,
O Kostum yang dipakai kurung yang
mereka mengikut yang dipadankan dengan
bersesuaian dengan seluar, kain batik dan
tugas masing- masing. juga kain sarong
pelikat.
Watak Supernatural
O Golongan dewa, jin dan gergasi tidak
memakai kostum yang khusus. Namun
bahagian muka dihiasi dan corakkan dengan
warna yang sesuai untuk pengidentifikasian.
O Kain semutar dijadikan sayap dan juga
senjatanya.
O Solekan memainkan peranan yang penting di
dalam menyerlahkan keganasan watak
mereka.
Kostum Pemuzik
O Juga menyanyi mengiringi Jong Dondang.
O Selalunya para pemuzik ditampilkan dengan
pakaian yang seragam iaitu baju putih berkolar
bulat.
O Kepala mereka dililit dengan semutar kain
batik lepas, bersamping kain batik sarung.
O Kesemua pemuzik akan duduk pada posisi
masing- masing di hadapan alat muzik khas
yang dimainkan.
Aspek Cerita dan Penceritaan
O Cerita-cerita dalam Makyung diambil dari cerita
Menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita Wayang
Kulit dan Bangsawan melalui tahap perkembangan
dan pewajarannya iaitu, yang difikirkan sesuai.
O Ini kerana ketiga-tiga tradisi di atas merupakan rumpun
genre teater tradisional yang autentik.
O Makyung di Kelantan, tajuk cerita sering berkait
dengan nama watak utama dalam episodik
penceritaannya. Contohnya, cerita Dewa Muda, Anak
Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti, Raja Tangkai Hati
dan lain-lain.
O Tema yang mendasari cerita Makyung adalah
merupakan mitos percintaan anak-anak raja
dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga
kehidupan di Istana.
O Cerita Makyung adalah berkaitan dengan
cerita dua alam iaitu alam dunia dan alam
ghaib.
O Alam ghaib adalah alam kayangan yang
dikaitkan sebagai tempat tinggal bagi dewa-
dewa.
O Cerita-cerita Makyung membawa penonton
meneroka kehidupan di bumi, laut dan
kayangan.
O Cerita-cerita Makyung eksplor atau
mengharung beberapa tahap perkembangan,
bermula dengan cerita asas iaitu Dewa Muda
yang menceritakan asal-usul Makyung.
O Berdasarkan cerita ini ianya berkembang
menjadi 7 dan kemudian 12 cerita pokok yang
dianggap lengkap, asli dan sarat dengan nilai
seninya.
O Ghulam Sarwar Yousof dalam kajiannya
menyenaraikan cerita Makyung yang lengkap
dan autentik ialah :
Dewa Muda Gading Bertimang
Dewa Pencil Raja Tangkai Hati
(Dewa Samadaru – satu versi
lain)
Dewa Sakti (Raja Sakti) Raja Muda Lakleng
Dewa Indera – Indera Dewa Raja Muda Lembek
Dewa Panah Raja Besar dalam negeri Ho
(Anak Raja Panah) Gading
Anak Raja Gondang Bentara Muda.
(mengandungi Bongsu Sakti &
Bijak Laksana)
O Dalam proses penyebarannya ia mengalami
pindaan dan tokok tambah pada jalan cerita,
teks dan juga tajuk dan dijadikan ia sebagai
cerita bersiri.

O Dalam pada itu, terdapat kesukaran dalam


usaha para pengkaji untuk menyenaraikan
tajuk-tajuk cerita berkenaan oleh kerana
wujudnya tajuk yang berlainan akan tetapi
mempunyai isi cerita yang sama.
Lakonan
O Dari pengertian tradisi, para pelakon watak bebas keluar masuk pentas untuk memulakan
lakonan mengikut peranan yang dipegang masing-masing dan setelah selesai mereka akan
keluar dari pentas berikut untuk duduk di bahagian belakang, iaitu diluar arena persembahan
dan bertindak sebagai standby, dan bersedia untuk memasuki semula ke arena persembahan
apabila tiba saat yang diperlukan.

O Ini bermakna, ketika diluar pentas pelakon berkenaan turut sama mengikuti apa yang sedang
berlaku diatas pentas dan memahami jalan ceritanya, dan sentiasa bersedia untuk memasuki
semula kepentas apabila diperlukan untuk lakuan seterusnya.

O Suasana para pelakon keluar masuk pentas jelas dapat ikut dilihat oleh para penonton dan
ianya merupakan sebagai satu ritual atau amalan yang boleh dimasukkan dibawah pemahaman
yang disebut sebagai apresiatif positif akomodatif dan unik.

O Pada zaman dahulu, pelakon yang memainkan peranan Pakyung mesti melalui istiadat
pentauliahan untuk diiktiraf sebagai Pakyung kerana dipercayai peranan ini memerlukan
kekuatan rohani dan maskuliniti. Sama ada untuk berdialog, dan bertindak.
O Pelakon juga mempunyai tanggungjawab yang
berat untuk menyampaikan cerita dengan
emosi dan aspek dramatik yang lain tanpa
bantuan set, pakaian dan cahaya. Mereka
hanya bergantung kepada dialog di dalam
lakonan, nyanyian dan gerak tari.
O Pendek kata lakonan dalam makyung
memerlukan kegigihan dan kemahiran fizikal
dan kerohanian yang tinggi.
Bahasa
O Golongan raja menggunakan bahasa yang
halus dengan ketertiban dan kesopanan bagi
menyerlahkan kedudukan dan peranan
mereka. Contoh : ayahanda, bonda, beradu,
bersiram santap dll.
O Peran dan orang kampung menggunakan
bahasa yang agak kasar dan bahasa pasar.
Contoh : aku, demo, bodoh, mampus dll.
O Namun apabila mereka berhadapan dengan
raja, bahasa mereka akan berubah kepada
bahasa istana dan lebih bersopan.
O Watak jin atau gergasi menggunakan bahasa
yang kasar dan kurang bersopan dan mereka
tidak langsung menggunakan bahasa yang
halus walaupun berhadapan denganraja.
O Ini menunjukkan keegoan mereka yang
sentiasa merasakan mereka lebih berkuasa dari
manusia.
O Gaya pengucapan juga lebih bersahaja dan
adakalanya bersifat humor sesuai dengan
peredaran zaman.
O Seringkali juga perkataan Inggeris digunakan
dalam persembahan.
O Unsur-unsur yang menyentuh tentang kehidupan
masyarakat dan isu isu semasa turut diselitkan
menerusi perbualan antara peran dan orang
kampung dan kadangkala ianya menjadi satu
daya tarikan kepada khalayak sesuai dengan
fungsi persembahan iaitu sebagai hiburan yang
bermakna.
Gerak
O Secara umumnya gabungan antara gerakan
bahu, tangan, lengan dan kaki menjadi satu
rangkaian gerak yang memperlihatkan watak
atau peranan dalam persembahan Makyung.
O Perbezaan gerak dapat dikategorikan sebagai
gerakan lembut (halus) dan gerakan yang lebih
ganas (kasar).
O Raja dikaitkan dengan ketinggian darjat dan
kemuliaan dimana raja akan bergerak dengan
penuh kegagahan tetapi bersopan dan ada
kehalusan.
O Bagi permaisuri atau Puteri pergerakkannya
penuh kehalusan, lembut dan keayuan yang
melambangkan ciri-ciri wanita sejati.
O Peran pula bergerak dalam bentuk yang
melucukan seperti berjalan mengundur,
berjalan itik, berjalan mengangkang dll.
O Pergerakan ini bertujuan meningkatkan
estetika perwatakan lucu sehingga berjaya
menarik perhatian dan menghiburkan.
O Tok Wak pula mempunyai gerakan tarian yang
rumit dan beraneka ragam dan bentuk
pergerakkannya lengkap dan berakhir dengan
kedudukan tertentu seperti ‘langkah turun
kayangan’ dan ‘langkah naik ke udara’.
O Watak jin dan gergasi pula bergerak secara
kasar bagi memberi kesan keganasan.
O Setiap pergerakkan mempunyai nilai estetik
yang tinggi sehingga dapat membantu
pemahaman khalayak dalam memberi
penjelasan terhadap peranan secara simbolik.
O Gerak tari yang paling indah dan mempunyai
nilai estetika yang tinggi adalah Mengadap
Rebab dimana ianya menggabungkan pelbagai
jenis gerakan tapak tangan, bahu dan
lenggokan yang lembut.
O Dari sudut estetikanya ia merupakan gabungan
beberapa unsur yang diilhamkan dari alam
semulajadi yang meliputi angin, laut, bumi,
haiwan tumbuhan dll.
O Setiap dari bahagian yang terdapat di dalam
persembahan Makyung tidak boleh
didahulukan atau dikemudiankan atau juga
dibuang dari persembahan, perbuatan
sedemikian akan mencacatkan persembahan
serta melanggar salah satu prinsip dalam
masyarakat Melayu yang mementingkan
disiplin.
O Menurut Zainal Jaslan, susun atur tersebut
melambangkan tahap intelektual masyarakat
Melayu dalam menyusun atur sesuatu perkara
atau kerja.
O Menurut Che Mat Jusoh pula, setiap gerakan
yang dilakukan mempunyai metafora yang
tersendiri, sebagai contoh gerakan tangan yang
menampakkan 5 jari membawa makna ‘alif,
lam, lam, ha’ atau disebut sebagai Allah.
O Falsafah disebalik gerakan ini bertindak untuk
meyakinkan masyarakat bahawa seni
persembahan ini mengandungi unsur yang
selaras dengan ajaran Islam.
O Selain itu gerakan dalam keadaan bulatan
melambangkan ikatan raja dan rakyat dimana
setiap keputusan dibuat secara bersama.
Tarian
O Peranan penting dalam Makyung sebagai
menyediakan fungsi ritual, struktur dan
dramatik.
O Fungsi Ritual – Di dalam persembahan
pembukaan Mengadap Rebab dan tarian
penutupan di akhir persembahan di mana
kedua-dua tarian ini merupakan tarian sajian
memuja dan menghormati semangat makyung.
O Fungsi Struktur – Di penghujung hampir
kesemua adegan Watak/Jong Dondang akan
melakukan gerak tari sebelum mereka keluar.
O Fungsi Dramatik – Untuk menggambarkan
pelbagai emosi dan juga ciri-ciri perwatakan.
Umpanyan watak ganas dan jahat melakukan
gerak kasar dan besar sementara watak baik
menggambarkan gerak halus dan mengalir.
Peran melakukan gerak kasar dan kelakar.
O Terdapat gerak tari yang menggambarkan
pelbagai aksi transformasi seperti dari bentuk
manusia kepada haiwan atau bunga dan
sebaliknya.
O Tarian ragam seperti Tari Inai dan Tari Silat
dimasukkan dalam upacara keramaian seperti
pertabalan atau perkahwinan di raja.
O Kesemua tarian makyung menegaskan
bahagian tangan dan badan seperti berikut :
Duduk bersila tangan sembah guru Tangan susun sirih
Tangan gajah lambung belalai Tangan burung terbang
Tangan ular sawa mengorak lingkaran Tangan seludang menolak mayang
Tangan sulur memain angin Tangan liuk kiri longlai ke kanan
Berdiri tapak tiga menghadap timur Kirat penghabisan
Geraktari yang terkandung di dalam persembahan
makyung termasuklah :-

1. Tarian Mengadap Rebab


2. Tarian Sedayung Makyung
3. Tarian Sedayung Pakyung
4. Tarian Barat Anjur
5. Tarian Barat Cepat
6. Tarian Peran
7. Tarian Ragam
8. Tarian Berdiri Kaki Tunggal
9. Tarian Bersiram
Muzik
“gaya permainan Makyung ialah gaya
improvisasi yang di dorong oleh semangat
spontanisme yang cukup terlatih secara luaran
dan dalaman. Seluruh persembahan dipandu oleh
rentak irama yang dipadankan dari rentak dan
irama kehidupan manusia dan alam’.

Mohd Affandi (1975)


O Peranan penting dalam Makyung sebagai
menyediakan fungsi ritual, struktur dan dramatik.
O Fungsi ritual :
1. “Buka Panggung” – semasa bomoh membuat
sajian kepada pelbagai semangat dan roh
makyung untuk mendapatkan perlindungan,
menentukan keselamatan dan kejayaan
persembahan.
2. “Tutup Panggung” – mengucapkan terima kasih
kepada semangat dan roh kerana persembahan
telah selesai dengan selamat dan jayanya.
O Fungsi struktur – muzik menandakan tiap-tiap
adegan dan pertukaran tempat. Muzik
mengiringi tarian dan masuk keluar watak-
watak utama
O Fungsi dramatik – muzik membentuk
pelbagai suasana untuk membantu pelakon
menjayakan peranan mereka.
Peralatan Muzik
O Terdapat lima alat muzik yang menjadi keperluan asas
iaitu rebab, gendang ibu & anak, sepasang tetawak /
gong, serunai dan sepasang canang.
O Pelbagai alat muzik ini adalah untuk mengimbangi
fungsinya juga dapat dikaitkan dengan falsafah hidup
manusia dimana mereka memerlukan kebergantungan
terhadap satu dengan yang lain untuk mengisi
kekurangan yang ada.
O Walaubagaimanapun sebuah kumpulan muzik Makyung
yang lengkap di tambah dengan alat muzik iaitu geduk
ibu & anak, gedumbak ibu & anak dan kesi.
O Muzik Makyung adalah sama seperti muzik rakyat
dimana ianya terdapat di dalam komuniti masyarakat
desa yakni petani dan nelayan yang boleh atau tidak
boleh membaca.
O Latihan muzik hanyalah diadakan secara bersahaja
dan proses latihan dilaksanakan secara hafalan atau
meniru.
O Alat muzik Makyung dibahagikan kepada empat
kategori :-
i. Kordofon
ii. Idiofon
iii. Erofon
iv. Membranofon
Rebab
O Klasifikasi : Kordofon
O Sumber bunyinya terhasil daripada tali yang
diregangkan.
O Bunyi rebab terhasil melalui gesekan tali dan alat
penggesek.
O Rebab mempunyai nilai estetik yang tersendiri sama
ada dari segi ritual, simbol, bentuk, hiasan dan
struktur fizikalnya.
O Dari segi ritual, rebab dipercayai berasal dari tulang
dan tengkorak anjing.
O Secara metafora rebab mempunyai sifat anatomi
manusia seperti muka, leher, kepala, telinga dan
rambut.
O Dari bentuk fizikal, leher dipasang menembusi badan
dan dilengkapi dengan kaki.
O Kepala rebab pula berbentuk pucuk rebung iaitu
meruncing ke atas seakan-akan mahkota yang
melambangkan kebesaran.
O Terdapat pelbagai motif ukiran di kepala rebab yang
diilhamkan dari unsur-unsur alam seperti bunga-
bungaan, buah-buahan dsb.
O Bunyinya pula sering dikaitkan dengan bunyi
dengung kumbang yang bernada rendah.
Gong / Tetawak
O Klasifikasi : Idiofon
O Suaranya dihasilkan secara spontan melalui
kaedah gerakan tangan seperti goyang dan
ketukan mengikut sifat alat tersebut
O Alat ini diperbuat daripada bunyi yang nyaring
dan bergema apabila dipukul atau digetarkan
dengan cara tertentu.
O Mengeluarkan bunyi asas dan mengharmonikan
irama dan terdapat dalam dua saiz.
O Saiz yang kecil untuk nada yang tinggi
manakala yang lebih besar untuk nada yang
rendah.
O Ia dimainkan mengikut jeda masa tertentu dan
menentukan ‘form’ dalam muzik.
O Peranannya adalah untuk mengalu-alukan
kedatangan penonton, mengajak penonton
untuk menghampiri pentas, menandakan
persembahan akan bermula dan pelakon
meminta izin untuk memulakan persembahan.
Gendang
O Klasifikasi : Membranofon
O Bunyinya terhasil daripada bahan kulit yang
diregangkan
O Dua saiz. Besar dan kecil
O Menentukan corak irama bagi setiap lagu.
O Mengeluarkan empat ‘timbre’ bergantung
kepada teknik memukul kulitnya.
O Cak, ting, dung, pak
O Timbre ini digunakan
untuk memainkan rentak
mengikut teknik
meningkah.
O Boleh dikatakan semua
lagu Makyung
dimainkan dalam tempo
perlahan.
Serunai
O Bunyinya terhasil dari udara yang bergetar.
O Dua ciri utama alat ini ialah satu paip yang
memagari satu ruang udara dan satu alat yang
menyebabkan ruang udara itu bergetar.
O Berperanan membawakan melodi bersesuaian
dengan suasana dan persekitaran.
O Dibuat dari kiub berbentuk kon, terdapat tujuh
lubang penjarian dan satu lubang ibu jari.
O Lubang jari juga dipanggil sebagai ‘lubang
jerit’ yang berfungsi mengeluarkan bunyi yang
tinggi atau nada hias yang bersifat riang.
O Di dalam persembahan Makyung, alat muzik
ini dimainkan bagi mengiringi perjalanan dan
memberi sentuhan emosi perjalanan.
Lagu-lagu Makyung boleh dibahagikan kepada tujuh kumpulan, tiap-tiap
satu memenuhi fungsi tertentu.

1. Kumpulan Pertama– Lagu Mengadap Rebab.


2. Kumpulan Kedua – Lagu pendedahan yang menceritakan tentang
sesuatu atau memberikan sebarang maklumat. (Sri Gunung, Sedayung
Pakyung, Pakyung Muda)
3. Kumpulan Ketiga – Lagu yang menunjukkan aksi seperti perjalanan,
pemburuan dan kegiatan-kegiatan lain. (Lagu Barat Anjur, Berjalan)
4. Kumpulan Keempat – Lagu struktur yang menandakan adegan dan
menunjukkan pertukaran tempat. (Lagu Barat Cepat)
5. Kumpulan Kelima – Lagu yang mengucapkan emosi dan perasaan.
(Kisah Puteri Makyung, Lagu Pikir, Sindong)
6. Kumpulan Keenam – Lagu yang mengiringi tarian.
7. Kumpulan Ketujuh – Lagu Saduran. Lagu-lagu Wayang Kulit /
Dikir Barat / Silat yang dimainkan dalam persembahan Makyung.
Lagu-lagu Makyung
1. Lagu Bertabuh
2. Lagu Mengadap Rebab
3. Lagu Sedayung Makyong
4. Lagu Sedayung Pak Yong
5. Lagu Barat Anjur
6. Lagu Barat Cepat
7. Lagu Kisah Barat
8. Lagu Berkhabar
9. Lagu Saudara
10. Lagu Tok Wak
11. Lagu Berjalan atau Mengembara
12. Lagu Mengulit
Keindahan Melodi Lagu Makyung
O Melodi yang kompleks dan indah dalam semua
lagu nyanyian secara solo dalam persembahan
Makyung diiringi oleh pemain rebab.
O Vokal dan muzik mewujudkan melodi yang
harmoni pada waktu yang sama dengan variasi
tersendiri.
O Ciri-ciri dalam melodi Makyung melibatkan
pic dan skel, jarak dan kontur, melodi dan nada
perhiasan.
Kesan Audio Visual
O Bagi menambahkan lagi nilai estetik
penggunaan alat audio visual sangat berkesan.
O Penggunaan lampu pelabagai cahaya dapat
memberi pemahaman yang lebih jelas
terhadap suasana dan peristiwa yang
dipersembahkan. Contoh : waktu malam,
siang, suasana sedih, gembira dapat dibezakan
dengan jelas.
O Penggunaan ‘smoke machine’ juga dapat
membantu memperjelas kewujudan alam
ghaib dan alam kayangan.
O Kesan bunyi pula dapat mempengaruhi emosi
khalayak sehingga mereka dapat merasakan
seolah-olah perkara itu benar-benar terjadi.
O Gabungan kesan asap, bunyi dan cahaya
berjaya meningkatkan lagi nilai estetika sesuai
dengan citarasa masa kini.
Struktur Persembahan
O Buka Panggung
O Lagu Bertabuh
O Mengadap Rebab
O Pakyung dan Peran Tua
O Lagu Ela / Memperkenalkan Diri
O Pecah Cerita
O Tutup Panggung
Buka Panggung
O Upacara wajib sebelum persembahan Makyung
bermula.
O Upacara ini diketuai oleh Peran Tua dan
membabitkan empat penjuru pentas dengan tujuan
mengawal persembahan.
O Ia juga dikatakan sebagai mengundang semangat
dewa yang tidak kelihatan dengan mata kasar bagi
memberi perlindungan dan tidak mengganggu para
pelakon & khalayak.
O Menurut Homans, C. Anthony Wallace, ianya
boleh mencegah hal-hal yang tidak diinginkan.
O Dalam upacara ‘buka panggung’ sebuah
pementasan Makyung, terdapat 3 acara iaitu :

1. Sembah Guru
2. Berjamu
Sembah Guru
O Permainan Makyung merupakan sastera lisan yang
perlu dipelajari dengan penelitian yang khusus
dimana watak Pak Yung tidak dapat dilakonkan
sekiranya seseorang yang memainkan watak tersebut
tidak mempunyai ilmu yang secukupnya dalam
permainan Makyung.
O Dalam konteks psikologi, ‘Sembah Guru’ merupakan
adat kesopanan dalam masyarakat Melayu sebagai
tanda penghormatan murid kepada guru yang telah
memberi ilmu pengetahuan kepadanya.
O Dalam erti kata lain, ianya merupakan penghormatan
murid kepada guru setelah tamat menuntut ilmu.
Berjamu
O Melibatkan beberapa bahan dan makanan
untuk disajikan atau dipersembahkan kepada
‘semangat’.
O Makanan yang dipersembahkan adalah pulut
kuning, beras kunyit, sireh pinang dan
kemenyan.
O Bahan tersebut dipersembahkan sebagai
hadiah kepada semangat supaya tidak
menggangu pelakon dan persembahan
O Upacara tersebut menunjukkan kepercayaan
masyarakat terhadap kewujudan kuasa luar
biasa seperti roh atau semangat dalam
mempengaruhi kehidupan manusia.
O Namun begitu amalan tersebut tidak lagi
dilakukan kini kerana bertentangan dengan
ajaran Islam.
O Jika ada dilakukan sekalipun, ianya tidak
melebihi batasan ajaran Islam dan sekadar
penyuntik semangat kepada para pelakon agar
lebih berkeyakinan dalam membuat
persembahan.
Lagu Bertabuh
O Paluan ini berfungsi untuk memastikan alat
muzik dalam keadaan baik.
O Ianya juga bertujuan memanggil khalayak
supaya menghampiri pentas kerana
persembahan akan dimulakan
Mengadap Rebab
O Persembahan permulaan untuk teater tradisional
Makyung iaitu tarian dan nyanyian yang paling
sukar dan paling menarik sekali dipersembahkan.
O Diiringi alunan muzik rebab dan nyanyian yang
mempunyai lirik yang amat indah dan mendalam
maknanya.
O Pak Yung sebagai teraju utama akan mengetuai
para pelakon Makyung yang lain iaitu Makyung,
Inang dan juga Dayang-dayang dalam tarian ini.
O Mereka akan duduk tertib mengadap rebab
sambil menyanyi dan menari serta
menggerakkan badan, tangan dan jari dalam
gerakan lemah gemalai dan setiap gerakkan
tersebut mempunyai maksud tersendiri.
O Dalam konteks persembahan Makyung, rebab
merupakan alat muzik utama dan dianggap
nadi dalam persembahan Makyung.
O Sebagai alat muzik utama dan terpenting ianya
perlu diberi penghormatan yang sewajarnya
dari para pemain Makyung.
O Pemain rebab akan diletakkan di bahagian
hadapan menghala matahari terbenam.
O Ini berkaitan dengan ajaran Islam iaitu
menghadap kiblat dan bertujuan mengingatkan
khalayak terhadap tanggungjawab menyembah
Allah.
O Begitu juga dengan kedudukan Pak Yong di
bahagian tengah dan paling hadapan dimana
simbolik kepada kedudukan ini adalah sebagai
menghormati raja dan melambangkan prinsip
ketaatan masyarakat Melayu kepada
pemerintah.
O Begitu juga dengan watak Makyong disusun
mengikut kedudukan dan peringkat tertentu
namun begitu diletakkan di paras yang sama.
O Hal ini menggambarkan raja dan rakyat tiada
beza, dan mengingatkan raja pada
tanggungjawab terhadap rakyat selain
memberitahu bahawa raja milik rakyat dan
rakyat adalah milik raja.
O Gabungan tarian, nyanyian dan muzik ini
memperlihatkan kesatuan yang padu antara
ketiga-tiga unsur ini.
O Segmen Mengadap Rebab ini mempunyai
keindahan yang tersendiri dan memberi kesan
secara spiritual dan psikologikal kepada para
pemain Makyung.
O Dari segi spiritual, rebab dipercayai memberi
semangat kepada pemain Makyung untuk
memainkan peranan dengan berkesan.
O Dari sudut psikologikal, mengadap rebab
merupakan tindakan ke arah persiapan mental para
pemain agar lebih bersedia dan berkeyakinan
dalam menghayati peristiwa yang akan dipaparkan
serta dapat mengatur pergerakan dengan sempurna
mengikut alunan muzik.
O Selain dari itu, ianya juga menyuntik
semangat seseorang untuk menghargai ketua
dan mendapat restu ketua.
O Seterusnya diikuti dengan lagu Sedayung
Makyung sebagai pesanan dari Makyung
kepada Pak Yung
O Pada akhir lagu Sedayung Makyung, Pak
Yung memerintahkan Makyung, inang dan
dayang untuk kembali ke istana.
O Ini menunjukkan berakhirnya segmen
mengadap rebab.
Pakyung dan Peran Tua
O Lebih menjurus kepada selingan komedi bagi
membolehkan penonton bersedia mengikuti
persembahan yang berikutnya.
O Pak Yung akan memanggil Peran Tua.
O Kemudian Peran Tua dititahkan oleh Pak Yung
untuk memanggil peran muda, dengan
interaksi lucu antara mereka.
Memperkenalkan Diri
O Dalam konteks kehidupan manusia, kita sering
memperkenalkan diri kepada orang yang baru
dikenali, terdapat ciri kesamaannya disini, namun
yang membezakannya ialah cara memperkenalkan
diri adalah melalui lagu dan disini letakknya
keindahan di dalam Makyung.
O Pak Yung selaku watak utama akan
memperkenalkan dirinya, asal usulnya, negaranya,
istananya, mimpinya, watak dan cerita yang akan
dipersembahkan melalui ‘Lagu Ela’.
O Ini merupakan satu cara bagi mendekatkan
penonton dengan watak dan memudahkan
penonton memahami jalan cerita dan merangsang
khalayak untuk mengetahui kisah selanjutnya.
O Jika diteliti setiap kali watak memohon sesuatu,
mengambil sebarang tindakan atau bertukar
adegan, mereka akan menyebut nama sendiri
seolah-olah menunjukkan kelebihan dan
kebolehan yang ada pada diri mereka.
O Pengulangan ini membolehkan penonton
mengingati nama watak dan memahami cerita
melalui watak.
Pecah Cerita
O Bermulanya cerita sebenar di dalam Makyung.
O Secara tradisinya, perjalanan cerita penuh
dengan unsur pengembaraan konflik, klimaks
dan penyelesaian dan ianya diakhiri dengan
‘Happy Ending’.
Tutup Panggung
O Selepas selesai persembahan, akan diadakan
pula upacara ‘tutup panggung’.
O Untuk menyatakan terima kasih kepada kuasa-
kuasa ghaib di atas kerjasama ‘mereka’ kerana
tidak menggangu perjalanan persembahan.
Kesimpulan
Seni persembahan Makyung merupakan satu cabang
kesenian Melayu yang tidak ternilai harganya, keindahan
yang tersembunyi di dalam kesenian ini sewajarnya dihargai
oleh masyarakat Melayu kini. Seni Makyong bukan sekadar
manifestasi nyanyian, tarian dan lakonan, kesenian ini
sebenarnya tersirat dengan seribu falsafah dan seharusnya
difahami dengan sebaiknya oleh masyarakat dan mampu
membina jati diri masyarakat yang mencintai agama dan
bangsa malah melatih diri menjadi disiplin. Untuk menuju ke
arah pengaplikasian berkenaan memerlukan penelitian dan
juga pemahaman secara halus terhadap falsafah jika tidak
ianya tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai