Anda di halaman 1dari 17

SOALAN 26.

MESKIPUN PELBAGAI USAHA TELAH


DILAKUKAN OLEH MALAYSIA UNTUK
MEMAJUKAN INDUSTRI PERKAPALAN
AGAR DAPAT BERSAING DI PERINGKAT
ANTARABANGSA, NAMUN INDUSTRI
INI MASIH BERDEPAN DENGAN
PELBAGAI CABARAN.

KEHENDAK SOALAN :
USAHA YANG TELAH DILAKUKAN
UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI
PERKAPALAN & CABARAN INDUSTRI
PERKAPALAN.
( 3 USAHA + 3 CABARAN )
PENDAHULUAN

Industri perkapalan di negara Malaysia mampu untuk


bersaing di peringkat antarabangsa kerana adanya usaha
yang telah dilakukan oleh negara tersebut.
Walaupunbegitu, terdapat pelbagai cabaran yang perlu
dihadapi oleh industri tersebut.

SLIDE 1
LATIHAN MARITIM
KEMUDAHAN PELABUHAN YANG
USAHA MODEN

PATUHI KONVENSYEN DAN


PERATURAN ANTARABANGSA

SLIDE 2
ISI 1 : LATIHAN
MARITIM
Antara usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia untuk memajukan industri perkapalan adalah dengan
membina pusat latihan maritim.

Latihan maritim tersebut telah dilaksanakan dengan menjemput pakar dari luar negara untuk memberi latihan
dan kemahiran.

Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran setiap kakitangan yang bekerja agar dapat menepati
piawaian antarabangsa malah agar dapat menghasilkan kualiti kerja yang tinggi.

Sebagai contoh, pihak Jabatan Laut Malaysia telah menetapkan setiap Institusi Latihan Maritim mengikut
Konvensyen Antarabangsa justeru setiap institusi tersebut juga perlu mendapatkan kelulusan dari Jabatan Laut
Malaysia untuk memulakan perkhidmatan.

Keadaan ini jelas bertujuan untuk memastikan industri perkapalan di Malaysia setanding dengan industri
perkapalan di peringkat antarabangsa.

SLIDE 3
PUSAT LATIHAN MARITIM DI MALAYSIA.
SLIDE 4
ISI 2 : KEMUDAHAN PELABUHAN YANG
MODEN

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Malaysia untuk memajukan industri perkapalan adalah dengan
menyediakan kemudahan pelabuhan yang moden.

Hal ini bertujuan untuk memastikan sesebuah pelabuhan dapat beroperasi dengan lancar sekiranya
dilengkapi dengan infrastruktur pelabuhan yang terkini yang dapat menampung perkembangan sektor
perkapalan khasnya kapal kontena yang semakin pesat.

Dalam pada itu, perkembangan pesat di pelabuhan turut akan mendorong para pelabur sama ada dari
dalam atau luar negara untuk membuat pelaburan terutama dalam menyediakan infrastruktur pelabuhan
yang berteknologi tinggi.

Sebagai contoh, pelabuhan Barat yang merupakan salah sebuah pelabuhan utama di Malaysia telah
dilengkapi dengan kemudahan tempat kapal berlabuh sepanjang 600 meter serta 10 buah kren bagi
setiap 1200 meter di kawasan pelabuhan.

SLIDE 5
PELABUHAN BARAT.

SLIDE 6
ISI 3 : PATUHI KONVENSYEN DAN PERATURAN
ANTARABANGSA

Usaha seterusnya yang dilakukan oleh Malaysia untuk memajukan industri perkapalan adalah dengan
mematuhi konvensyen dan peraturan antarabangsa.

SOLAS [ International Convention for the Safety of Life at Sea ] (1965) merupakan perjanjian
terpenting untuk keselamatan kapal dagangan antarabangsa, malah ia juga merupakan antara salah satu
pencapaian terbesar Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Perjanjian tersebut telah membawa kemajuan yang besar dalam pembaharuan peraturan perkapalan,
malah juga memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi.

Dalam pada itu, setiap konvensyen dan peraturan tersebut juga mengandungi prosedur terkini dalam
industri perkapalan dimana ia menentukan jumlah bot keselamatan dan alat kecemasan yang lain,
pensijilan dan pengawasan untuk pelaut serta prosedur keselamatan termasuk pemerhatian radio yang
berterusan.

SLIDE 7
SOLAS [ International Convention for the Safety of Life at Sea ]
(1965)
SLIDE 8
ANCAMAN LANUN

KOS PENGGUNAAN TEKNOLOGI


CABARAN
MODEN YANG TINGGI

ANCAMAN CUACA BURUK

SLIDE 9
ISI 4 : ANCAMAN
LANUN
Terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh industri perkapalan di Malaysia, antaranya ialah
ancaman lanun.

Keadaan ini dapat dilihat apabila berlakunya jenayah perampasan kontena dimana anak-anak kapal
yang sedang bertugas telah diculik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masalah tersebut akan mendatangkan kesan psikologi kepada krew kapal dan keluarga mangsa, malah
industri tersebut perlu menanggung banyak kerugian akibat kehilangan bahan muatan, kelewatan
penghantaran serta terpaksa memberi wang tebusan.

Sebagai contoh, Teluk Aden merupakan kawasan perairan paling bahaya di dunia kerana kawasan
tersebut terkenal sebagai laluan pengangkutan dagangan minyak mentah dunia, malah pelbagai kes
kehilangan kapal telah dicatatkan di kawasan tersebut.

SLIDE
ANCAMAN LANUN YANG
BERLAKU DI MALAYSIA.
SLIDE
ISI 5 : KOS PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN YANG
TINGGI

Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh industri perkapalan di Malaysia ialah kos
penggunaan teknologi moden yang tinggi.

Hal ini demikian kerana industri tersebut terpaksa mengupah pakar luar negara dengan kos yang
tinggi untuk menghasilkan kapal-kapal yang moden dan serba canggih.

Dalam pada itu juga, kos yang besar juga diperlukan oleh industri tersebut untuk melengkapkan
pelabuhan dengan teknologi yang moden dan lengkap.

Situasi tersebut telah menyebabkan pihak pengurusan pelabuhan-pelabuhan kecil menghadapi


masalah kewangan sekiranya ingin memperbesar dan memperluas kawasan pelabuhan, bahkan
mereka juga akan menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbaiki pelabuhan atau
kapal yang telah rosak.

SLIDE
PENGHASILAN KAPAL-KAPAL YANG MODEN DAN CANGGIH
SERTA KELENGKAPAN PELABUHAN.

SLIDE
ISI 6 : ANCAMAN CUACA
BURUK

Ancaman cuaca buruk juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh industri perkapalan di
Malaysia.

Pelbagai kejadian seperti ombak besar dan ribut telah menimbulkan kesukaran terhadap industri
perkapalan untuk menjalankan aktiviti mereka di kawasan laut atau pelabuhan.

Sebagai contoh, cuaca buruk yang tidak dijangka seperti tsunami yang mempunyai kerosakan yang kuat
akan merosakkan kemudahan-kemudahan pelabuhan dan kapal-kapal.

Keadaan tersebut akan membawa kerugian yang besar kepada pihak pengurusan, justeru hal tersebut
juga akan mengganggu sistem pelabuhan.

Bukan itu sahaja, aktiviti perdagangan seperti import dan eksport juga akan mengalami kekangan
dimana aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan yang seterusnya akan menyebabkan berlaku
ketidakseimbangan aliran dagangan.

SLIDE
CUACA BURUK YANG DIHADAPI
OLEH INDUSTRI PERKAPALAN.

SLIDE
PENUTUP

Kesimpulannya, pelbagai usaha perlulah sentiasa giat dilakukan oleh


industri perkapalan di Malaysia, malah pihak-pihak tertentu juga haruslah
sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan datang
terhadap industri tersebut agar industri tersebut dapat terus mencapai
kemajuan di peringkat antarabangsa.

SLIDE

Anda mungkin juga menyukai