Anda di halaman 1dari 31

KULIAH 5

TEKNIK
ANALISIS
MASALAH
DASAR SOSIAL
DR. MUAZ BIN AZINUDDIN
PENGENALAN
• 3 perkara yang mempengaruhi
pembuatan dasar:
• Rasional
• Politik
• Institusi
• Proses analisis dasar dapat menjelaskan
bagaimana pembentukan dasar
dilaksanakan dengan melihat kesahihan
masalah, sumber yang ada dan
mementingkan penggunaan maklumat
dan kesannya pada masalah tersebut.
• Antara teknik yang boleh digunakan
adalah:
• Teknik Delphi
• Teknik Sinektik
• Teknik Anggapan
• Teknik Hirarki
• Teknik Sumbang Saran
• Merupakan proses secara berkumpulan
untuk mencapai ketepatan dalam peramalan
yang dilakukan dalam sesuatu dasar.
• Bermula dalam pemilihan kumpulan pakar
dalam membuat unjuran dan biasanya
TEKNIK dianggotai oleh kakitangan dari dalam dan
luar organisasi.
DELPHI • Kumpulan penyelaras ditubuhkan untuk
bertanggungjawab dalam proses
penyediaan, penyebaran, pengumpulan dan
meringkaskan segala maklumat yang
diperolehi melalui borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden.
TEKNIK DELPHI
• Objektif Teknik Delphi dalam konteks pembuatan dasar adalah:
1. Untuk menentukan isu yang penting.
2. Untuk menentukan pilihan dasar yang mungkin.
3. Untuk menentukan impak dan penerimaan sesuatu dasar itu.

• Teknik Delphi ini mengandungi 3 jenis peserta:


1. Pembuat keputusan: Mereka ini melibatkan golongan pakar yang terdiri dari 5-10 orang yang
memainkan peranan penting dalam membuat telahan.

2. Staf kerja: Mereka ini memainkan peranan sebagai pembantu kepada golongan pembuat
keputusan dengan cara penyediaan, penyebaran, pengutipan dan menyelidik jawapan yang
diperolehi daripada soal-selidik yang telah diedarkan.

3. Responden: Golongan yang akan membuat penilaian dan menyediakan input berupa maklumat
sebelum pihak pembuat keputusan membuat unjuran.
TEKNIK DELPHI
• Aktiviti utama teknik Dephi adalah:
1. Mengenalpasti masalah
2. Mengenalpasti sifat keadaan (state of
nature)
3. Anggaran kebarangkalian berlakunya
sifat demikian
4. Mendapatkan anggaran daripada pakar
untuk setiap sifat keadaan tersebut
5. Menentukan kepentingan relatif bagi
pendapat setiap pakar
6. Mengira nilai yang dijangka
(kebarangkalian) bagi sifat keadaan dan
kepentingan relatif pakar
TEKNIK DELPHI
• Jumlah pakar yang digunakan dalam teknik ini adalah
kecil bilangannya – 5 hingga 7 orang.
• Skala ukuran yang digunakan adalah Likert.
• Cara perlaksanaan Delphi dalam proses pengumpulan
maklumat adalah seperti berikut:
1. Menghantar borang soal selidik kepada
sekumpulan orang dan minta cadangan
penyelesaian
2. Keputusan yang diterima, dikumpul dan dikaji
semula, dan seterusnya menghantar semula
borang soal selidik yang lebih khusus berkenaan
masalah yang dikaji.
3. Selepas borang soal-selidik yang lebih spesifik
disiapkan, ia akan dihantar semula kepada
kumpulan pakar.
4. Proses ini akan berterusan sehingga mendapat
satu kata sepakat daripada kedua-dua belah
pihak.
TEKNIK DELPHI
• Teknik ini digunakan apabila:
i. Masalah itu tidak dapat menggunakan cara
analisis yang teknikal tetapi lebih sesuai
menggunakan penilaian subjektif dalam bentuk
kolektif.
ii. Individu yang diperlukan untuk memberi
sumbangan terhadap masalah yang kompleks ini
mempunyai bidang dan pengalaman yang
mendalam dan berbeza-beza.
iii. Banyak individu diperlukan dalam menyelesaikan
masalah itu yang mana agak sukar dilakukan jika
individu itu bersemuka dalam satu mesyuarat.
iv. Seringkali masa dan kos menyebabkan sukar
untuk mesyuarat kumpulan itu diadakan.
v. Perbezaan pendapat mengenai isu itu begitu
mendadak dan suasana yang tidak
menggalakkan proses komunikasi secara terbuka
antara satu sama lain.
• Kelemahan Teknik Delphi:
i. Mengambil masa yang lama untuk

TEKNIK mendapatkan keputusan.


ii. Sukar untuk diselaraskan kerana

DELPHI
beberapa ahli kumpulan akan
keluar ataupun lambat memberi
input dan ini akan melibatkan kos
yang tinggi.
iii. Kekaburan dalam proses
penyediaan soal-selidik dan
kesulitan berkaitan dengan darjah
kepakaran
TEKNIK DELPHI
• Kelebihan Teknik Delphi:
i. Mengurangkan konflik peribadi atau didominasi oleh individu
tertentu dalam usaha membuat sesuatu keputusan.
ii. Membolehkan pakar berada di lokasi berlainan untuk membuat
unjuran.
TEKNIK
SINEKTIK
Merupakan satu cara untuk membantu
mengenalpasti masalah yang
mempunyai persamaan.

Sinektiks adalah pergabungan antara


elemen kelihatan yang tidak berkaitan
antara satu sama lain untuk mengubah
tren paradigma yang ada.

Peserta dalam kumpulan sinektik akan


diminta untuk mengutarak analogi lisan
atau gambaran untuk membuka idea
baru dalam menyelesaikan masalah.
TEKNIK
SINEKTIK
• ANALOGI PERIBADI: Cuba meletakkan
diri sendiri dalam keadaan orang yang
menghadapi masalah itu.
• ANALOGI LANGSUNG: Mencari
perkaitan yang seakan sama antara
dua atau lebih situasi yang
bermasalah.
• ANALOGI FANTASI: Mencari analogi
yang dikhayalkan.
TEKNIK SINEKTIK
• Kelemahan teknik ini adalah ia
semata-mata bergantung kepada
kebolehan juruanalisis
menghasilkan analogi yang
bersesuian dengan masalah yang
dihadapi.
• Mengenalpasti perkaitan
masalah lama dan baru yang
seakan serupa meningkatkan
keupayaan juruanalisa dalam
menyelesaikan masalah yang
timbul.
TEKNIK ANALISIS
ANDAIAN

• Bermula dengan
memikirkan mengenai
penyelesaian dan
kemudian ianya
dibincangkan dan
dibahaskan peringkat
demi peringkat sehingga
mendapat satu
penyelesaian yang
terbaik
TEKNIK ANALISIS
ANDAIAN
• Proses analisis andaian:
1) Analisis andaian
 Mengutarakan penyelesaian – penanggung risiko
akan dikenalpasti terhadap masalah tersebut
dalam kaitannya dengan setiap alternatif.
 Setiap alternatif akan dikenalpasti dan
disenaraikan mengikut faktor kepentingan.

2) Mengemukakan andaian
 Setiap ahli penanggung risiko akan memberikan
hujahnya secara eksplisit dan implisit atas sebab
mencadangkan sesuatu alternatif.
TEKNIK ANALISIS
ANDAIAN
• Proses analisis andaian:
4) Pengumpulan andaian
 Kesemua andaian yang dikemukakan mengikut
tahap kepentingan secara bertolak ansur dari
aspek kesannya ke atas penanggung risiko.
 Matlamatnya adalah untuk menghasilkan satu set
andaian yang diterima ramai oleh juruanalisa dan
juga penanggung risiko.

5) Menyepadukan andaian
 Wujudnya satu set andaian baru ia boleh
digunakan sebagai asas untuk membina konsep
baru terhadap masalah yang dihadapi itu.
TEKNIK SUMBANG SARAN
• Merupakan satu cara penyelesaian
masalah secara berkumpulan.
• Setiap ahli dalam kumpulan
perbincangan bersama-sama
mencetuskan idea yang bernas untuk
mencari penyelesaian bagi masalah
tersebut
• Bilangan ahli sebaik-baiknya adalah 4-
10 orang.
• Dalam setiap kumpulan perlu
mempunyai seorang pencatat dan
seorang fasilitator untuk
mengendalikan kumpulan tersebut.
TEKNIK SUMBANG
SARAN

• Elemen utama yang perlu diberikan


perhatian dalam teknik ini adalah:
1. Kesemua kritikan hendaklah
dihindarkan.
2. Pemberian idea secara bebas
hendaklah dialu-alukan.
3. Kuantiti idea yang perlu
diutamakan.
4. Membina idea daripada individu
lain adalah digalakkan.
TEKNIK SUMBANG SARAN
• Proses pembangkitan idea dalam teknik sumbang
saran:
1. Pemikiran bentuk melencong (divergent)
 Penyelesaian yang diajukan tidak perlu
dipersembahkan dalam bentuk rasional,
serius, asalkan ia boleh digunakan dalam
mencapai matlamat.
 Peraturan untuk mencapai penilaian dalam
bentuk ini adalah:
 Tidak ada idea yang bodoh.
 Tiada penapisan yang dibuat pada
peringkat ini.
 Tiada penilaian yang dibuat pada
peringkat ini.
 Idea yang tidak munasabah diterima
kerana ia mungkin menjadi idea yang
munasabah.
TEKNIK SUMBANG SARAN
• Proses pembangkitan idea dalam teknik sumbang
saran:
2. Pemikiran bentuk memusat (convergent)
 Melihat pertentangan antara penyelesaian
dan objektif, cara ini dapat menapis keluar
alasan yang tidak munasabah.
 Peraturan untuk mencapai penilaian dalam
bentuk ini adalah:
 Mengenalpasti objektif manakah yang
paling sesuai.
 Tuliskan kesan positif dan negatif hasil
perlaksanaan penyelesaian tersebut.
 Senaraikan kesan positif dan negatif
mengikut turutan keutamaan.
 Keluarkan penyelesaian yang
membawa kesan negatif yang paling
banyak.
TEKNIK SUMBANG SARAN
• Proses pembangkitan idea dalam teknik sumbang
saran:
3. Pemikiran cara pengulangan (recursive)
 Merujuk kepada kaedah penggabungan
dari penyelesaian lain untuk menghasilkan
cara baru dalam meneliti masalah.
 Peraturan untuk mencapai penilaian dalam
bentuk ini adalah:
 Meneliti kesan positif dan negatif dan
cuba mengenalpasti objektif baru
yang cuba dicapai.
 Melihat semula kepada penyelesaian
yang telah dikeluarkan dengan
memastikan agar cara pendekatan
yang sesuai telah dihasilkan.
 Melihat pada hasil akhir untuk
memastikan supaya tidak ada
penyelesaian atau objektif yang
tertinggal.
TEKNIK SUMBANG SARAN
• Faktor perlaksanaan yang penting dalam memastikan kejayaan
proses sumbang saran:
1. Penjelasan yang terperinci
2. Menggalakkan penilaian
3. Penilaian semula – penilaian statik & penilaian dinamik
4. Pelan tindakan
• Kelebihan teknik sumbang saran:
1. Individu dalam kumpulan perbincangan akan lebih
berupaya mengeluarkan idea yang kreatif.
2. Dapat membantu penilaian dibuat dengan lebih
berkesan.
3. Membantu meningkatkan kelancaran terhadap
pekerjaan yang dilakukan,
4. Ahli kumpulan akan lebih memahami masalah pokok
sebelum membuat kesimpulan.
5. Menghasilkan satu keputusan yang bernas kerana ia
telah melalui proses penilaian yang lengkap dan dinilai
lebih dari 3 orang.
TEKNIK SUMBANG SARAN
• Kelemahan teknik sumbang saran:
1. Bukan kesemua ahli akan bersikap serius dalam
perbincangan
2. Terdapat kemungkinan berlakunya perbincangan
yang hangat dan boleh menimbulkan perselisihan
di antara ahli kumpulan.
3. Berlakunya ‘production blocking’ di mana ahli
kumpulan memberikan idea yang tidak jelas,
kabur dan tidak menepati kepada masalah yang
dihadapi.
4. Berlakunya ‘evaluation apprehension’ di mana
ahli merasa sangsi atau gentar dalam memberikan
idea kerana merisaukan maklumbalas yang akan
diterima dari ahli kumpulan lain.
5. Berlakunya ‘social loafing’ di mana ahli tidak
terlibat secara aktif dalam perbincangan
kumpulan.
TEKNIK ANALISIS HIRARKI
• Untuk mengenalpasti dan merangka
masalah.
• Membantu dalam mengenalpasti sebab
yang membawa kepada sesuatu masalah.
• Memerlukan satu rangka konsep kerja yang
jelas
TEKNIK ANALISIS HIRARKI
• 3 bentuk analisis bagi membantu
mengenalpasti punca masalah:
1. Punca yang mungkin/masuk akal –
berasaskan sebab, peristiwa,
kemungkinan atau tindakan.
2. Punca yang munasabah –
berasaskan penyelidikan, sains,
kajian.
3. Punca yang boleh diambil
tindakan – punca masalah yang
boleh dikawal atau dimanipulasi
oleh penggubal dasar.
Masalah

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Seterusnya


TEKNIK ANALISIS HIRARKI
Masalah akan dipecahkan dan dikecilkan skopnya
sehingga masalah itu kelihatan lebih jelas.

Semakin ke kanan, pengkelasan tahap darjahnya


semakin tinggi dan masalah semakin dikecilkan
supaya ia kelihatan lebih jelas.

Lebih jelas masalah itu, maka lebih mudah


kelihatan jalan penyelesaian.

Pendekatan pencapaian masalah ini akan melalui


peringkat demi peringkat, sebelum masalah itu
dapat dihuraikan bagi membentuk dasar.
TEKNIK ANALISIS HIRARKI
Kelebihan teknik hierarki:
• Punca bagi setiap masalah dapat dengan
jelas apabila dipecahkan dalam bentuk
skop yang lebih kecil, yang mana tindakan
juga lebih mudah untuk diambil.
• Dapat mengelak dari menganalisa masalah
yang sama kerana setiap punca masalah
itu dianalisa dengan teliti.
• Tindakan dapat diambil secara
berperingkat bagi memastikan
penggubalan dasar adalah lebih tersusun.
• Punca masalah dapat dikelaskan dari
semua segi tanpa keciciran maklumat.
TEKNIK ANALISIS
HIRARKI

• Kelemahan teknik hierarki:


1. Pembahagian masalah mungkin salah
dan menyebabkan masalah sebenar
sukar untuk dikenalpasti.
2. Punca yang tidak berkaitan mungkin
diambil kira dan menyebabkan isu
memberi penyelesaian yang betul
kepada masalah yang tidak tepat.
3. Mengambil masa yang panjang
kerana terpaksa melalui proses yang
berperingkat.
HALANGAN DALAM MERANGKA
MASALAH DASAR

• Mendefinisi masalah dengan terlalu luas atau sempit.


• Persepsi yang berbeza.
• Menumpukan pada simptom dan bukan punca masalah.
• Memilih masalah yang salah.
SELAMAT BERJAYA 

Anda mungkin juga menyukai