Anda di halaman 1dari 58

SEJARAH MALAYSIA

CTU555

BAB 3
ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 1


HASIL PEMBELAJARAN:
• Menghuraikan konsep kepelbagaian etnik, budaya dan
masyarakat yang wujud di Malaysia serta pluraliti
masyarakat menurut Islam.
• Mengenalpasti perspektif Islam tentang hubungan
etnik.
• Mengaitkan asas-asas dan prinsip-prinsip hubungan
etnik dari perspektif Islam dalam proses perpaduan di
Malaysia.
• Mengetahui dan mengaplikasi nilai-nilai kemanusiaan
dalam merapatkan hubungan antara kaum.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 2


ISI KANDUNGAN:
3.0 PENGENALAN
3.1 KONSEP MASYARAKAT MAJMUK MENURUT ISLAM
3.2 ISLAM & KEHARMONIAN HUBUNGAN ETNIK
3.3 PRINSIP ISLAM TENTANG NILAI KEMANUSIAAN
3.4 ASAS & APLIKASI HUBUNGAN ETNIK MENURUT
ISLAM
3.5 KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK
3.6 KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM
3.7 MAQASID SYARIAH & KONSEP AL-WASATIYYAH
3.8 KESIMPULAN

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 3


3.0 PENGENALAN

• “Plurality” adalah sifat sesuatu keadaan yang di dalam


bahasa Melayu disebut “kepelbagaian” atau
“kemajmukan”.

• Misalnya masyarakat kita adalah masyarakat yang


bersifat majmuk dengan pelbagai etnik, kaum, agama,
bahasa dan anutan agama.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 4


3.1 KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
MENURUT ISLAM
• Pandangan Sayyid Qutb (1979) di dalam al-Mujtama’ al-Islamiy:
“masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah masyarakat yang
melaksanakan cara hidup Islam secara total yang bertitik tolak
daripada asas akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup
sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam. Masyarakat
dalam bentuk seperti inilah yang dikatakan bertamadun”.

• Zakaria Stapa (1994) di dalam Masyarakat Islam & Isu Semasa:


“secara mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan masyarakat Islam
apabila manusia yang mendiami di mana-mana daerah atau
tempat menjadikan Islam sebagai akidah, pengatur dan penyusun
kehidupan rohani dan jasmani mereka serta menjadikan Islam
sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka untuk mencapai
kesempurnaan dalam pelbagai aspek hidup dalam masyarakat”.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 5
3.1.1 MASYARAKAT MAJMUK MENURUT ISLAM
• 12. “Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan daripada
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi
Maha Mengasihani”.
• 13. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-
bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan
amalan kamu)“ .
CT/ACIS/2022 (Surah Etnik
Islam & Hubungan al-Hujurat;12-13) 6
3.1.1 MASYARAKAT MAJMUK MENURUT ISLAM
a) Islam menggariskan panduan hubungan
kemasyarakatan. Kaitan ayat 12 & 13 amat kuat dalam
aspek hubungan antara kaum, etnik dan bangsa. Islam
melarang perbuatan “al-zan” yakni bersangka buruk atau
dalam istilah sosiologinya prejudis yang diikuti stereotaip,
menghina, serta mengintip keaiban kelompok lain. “Al-
Tajassus”; mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang, serta “al-Ghibah”; mengumpat.
b) Kesemua larangan tersebut adalah punca berlaku konflik
sesama dan antara etnik yang plural.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 7


3.1.1 Samb.
c) Allah mengiktiraf kepelbagaian kaum, bangsa, puak,
etnik. Selain menandakan kekuasaan Allah mencipta
kepelbagaian ini, ia menunjukkan pengiktirafan Islam
terhadap kewujudan semua jenis bangsa di dunia yang
sekaligus menyangkut kepelbagaian bahasa, budaya dan
tradisi bangsa-bangsa yang wujud itu.
d) Allah menggalakkan kesalingan dalam perkenalan. Acuan
kalimah “ta‘arufu” dari aspek morfologi Bahasa Arabnya
memberikan maksud “saling mengenali” yang mencakup
proses perkenalan dua hala yang erat dan mendalam. Ia
merupakan wadah utama proses asimilasi, akomodasi,
amalgamasi dan akulturasi dalam pengajian sosiologi. Ia juga
menepati maksud dialog antara budaya dan agama, tuntutan
mengkaji dan saling mengenali kepelbagaian budaya yang
wujud. 8
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik
3.1.1 Samb.
e) Allah meletakkan matlamat pluraliti adalah perkongsian
yang sihat. Saling mengenali adalah satu perkongsian yang
sihat. Kelemahan sesuatu bangsa atau budaya ditampung
oleh kelebihan etnik lain yang adalah natijah perkongsian
yang sihat. Perkongsian penguasaan ilmu, teknologi,
kemahiran, dan pengalaman merupakan adalah contoh
perkongsian yang positif bagi masyarakat yang multi-etnik.
f) Nilai “kemuliaan” yang universal melampaui kaum, etnik,
dan bangsa. Penanda aras kemulian yang diletakkan Islam
amat universal.
g) Justeru sesuatu bangsa bukan mulia kerana warna kulit,
keturunan, ras, kabilah atau etniknya bahkan yang mulia
adalah yang paling kuat hubungannya dengan Allah
(takwa).
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 9
3.1.2 DALIL ISLAM MENGIKTIRAF KEPELBAGAIAN
BANGSA
• “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan
kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa
kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah al-Rum; 22)

• Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah pada hari pembukaan
Makkah sabdanya; “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah
menghapuskan daripada kalian semangat jahiliah serta [sikap] kemegahan
dengan keturunan. Justeru manusia di sisi Allah [hanya] dua golongan; yang
baik, bertakwa dan mulia dan yang jahat, celaka dan hina bagi Allah.
Kesemua manusia adalah keturunan Adam dan Adam itu sendiri Allah
ciptakan daripada tanah. Firman Allah…”
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi)

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 10


3.1.2 Samb.

• “Daripada Abi Nadrah bahawa nabi SAW telah berkhutbah pada pertengahan
hari tasyriq sabdanya; “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tuhan kalian
adalah satu, bapa kalian juga satu. Ketahuilah, tidak ada sebarang kelebihan
bagi orang Arab ke atas orang bukan Arab, [demikian juga] tidak ada sebarang
kelebihan orang bukan Arab ke atas orang Arab, dan juga tidak ada apa-apa
kelebihan yang berkulit hitam berbanding yang berkulit merah [putih], dan juga
tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit putih berbanding yang berkulit hitam
melainkan ketakwaan”.
(Diriwayatkan oleh Ahmad)

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 11


3.1.3 KONSEP UMAT MENURUT ISLAM
• Surah al-Zukhruf;23
Ummah • Pegangan (majoriti nenek moyang) yang salah

• Surah al-Nahl;120
Ummah • Qudwah yang berpengaruh

• Surah Ali Imran;114


Ummah • Golongan yang benar

• Surah Al-Baqarah;143
Khayr Ummah • Generasi adil

Ummatan • Surah Ali Imran;110


Wasata • Generasi terbaik

• Dalam aspek hubungan etnik; komuniti yang


Kesimpulan membentuk masyarakat yang penting dalam
penyusunan masyarakat.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 12
3.1.3 Samb.
• “Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus
sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri,
seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam
kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek
kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut
jejak mereka sahaja".
(Surah al-Zukhruf;23)

• “Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun dia


seorang diri); dia takut bulat-bulat (total) kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas
dasar tauhid; dan dia tidak pernah menjadi daripada orang-orang yang
musyrik.
(Surah al-Nahl;120)

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 13


3.1.3 Samb.
• “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan
lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada
umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah
(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu.”
(Surah al-Baqarah;143)

• “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan


bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),
serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman), dan
kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang
semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka”.
(Surah Ali Imran;110)
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 14
3.1.4 KONSEP MASYARAKAT MENURUT ISLAM

AKIDAH

SYARIAT

AKHLAK

BUDAYA

MASYARAKAT

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 15


3.1.4.1 ASAS MASYARAKAT ISLAM

AKHLAK
NATIJAH & OBJEKTIF
AKIDAH DAN SYARIAT

SYARIAT

MENGAWAL PERILAKU
AKIDAH MASYARAKAT

MENGIKAT HUBUNGAN
SEMESTA DENGAN ALLAH

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 16


3.1.4.2 MODEL MASYARAKAT ISLAM MADINAH

“Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di atas akidah


dan pemikiran tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem,
undang-undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di
sebalik penamaannya sebagai “masyarakat Islam”. Dalam erti
lain masyarakat Islam ialah masyarakat yang mengambil seluruh
ajaran Islam sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan
dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam mengatur
hubungan individu dengan masyarakat, rohani dengan fizikal,
dan negara dengan masyarakat antarabangsa.”

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 17


3.1.4.3 MASYARAKAT ISLAM MADINAH
(CONTOH)

Muhajirin
Ansar
Yahudi

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 18


3.1.4.4 KOMPOSISI MASYARAKAT YATHRIB/
MADINAH
BANGSA KETURUNAN

ARAB Bani Awf-Bani al-Harith-BaniSa’idah-


Bani Jusyam-Bani al-Najjar-Bani
Amru-Bani Nabit-Bani Aws

YAHUDI Bani Tha’labah-Bani Jafnah-Bani


Syutaybah-Bani Qaynuqa’-Bani
Quraizah

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 19


3.1.4.5 FAKTA PLURALITI MASYARAKAT DALAM
PIAGAM MADINAH (FASAL KE-25)
“Dan bahawa orang-orang Yahudi Bani ‘Awf adalah umat yang
satu bersama orang-orang yang beriman. Bagi orang-orang
Yahudi [kebebasan mengamalkan] agama mereka dan bagi orang
Islam juga [kebebasan mengamalkan] agama mereka melainkan
sesiapa yang zalim dan berbuat dosa, maka keburukannya tidak
akan tertimpa melainkan kepada diri dan keluarganya sendiri”
(Sirah Ibn Kathir)

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 20


3.2. ISLAM DAN KEHARMONIAN HUBUNGAN
ETNIK
• Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam.
Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:

• Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat


bersandarkan firman Allah SWT:

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 21


3.2 Samb.
• Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk
manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling membantu antara
satu dengan yang lain.
• Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh
Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan
tersebut merupakan ajaran penting dalam agama Islam.
• Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif
untuk berkenal-kenalan dan bantu-membantu dalam perkara
kebaikan.
• Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur
Abu Zarr yang menggelar Bilal dengan menjelaskan tiada
keistimewaan seseorang yang berkulit putih dengan seorang yang
berkulit hitam kecuali ketakwaannya.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 22


3.3 PRINSIP ISLAM BERKAITAN NILAI
KEMANUSIAAN
Al-’Ilm

Al-Syura

Al-’Adalah
Nilai Kemanusiaan Islam
Al-Hurriyyah

Al-Musawah

Al-
Mas’uliyyah
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 23
3.3.1 AL-’ILM

Dengan adanya
ilmu sesebuah
Sesungguhnya
Mencari ilmu itu masyarakat itu
Islam adalah
adalah wajib tegak, dan
Ilmu, dan Al-
setiap orang bersatupadu
Quran adalah
Islam. antara ilmu
kitab Ilmu.
pengetahuan
dan keimanan.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 24


3.3.2 PERMESYUARATAN/ AL-SYURA

Syura membawa maksud Musyawarah dapat


bahawa sesorang itu tidak membuka segala pintu
menyendiri pendapatnya kesulitan dan memberi
dalam persoalan yang kesempatan untuk
memerlukan pendapat melihat penyelesaian
orang lain. dalam pelbagai sudut.

Kebaikan bermusyawarah Islam mengalakkan


adalah manusia akan aktiviti bermusyawarah
mendapat lebih ilmu
pengetahuan dari dalam kehidupan
pebincangan selain idea indidividu, bekeluarga
sendiri. dan bernegara.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 25


3.3.2 Samb.
SYURA DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU
• Istikharah kepada Allah
• Musyawarah dengan orang yang dapat
dipercayai pendapatnya, pengalaman,
nasihat dan keikhlasannya

SYURA DALAM KEHIDUPAN


SYURA DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA
BERMASYARAKAT DAN • Wajib bagi suami isteri untuk saling
BERNEGARA memahami dan saling
• Al Qur'an dijadikan asas bermusyawarah dalam hal yang
membawa kepentingan bersama
sebagai penyelesaian dan
• Saling meredhai
musyawarah.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 26


3.3.3 KEADILAN/ AL-A’DALAH

SOSIAL
1. Semua etnik bebas
Al-Adalah menganut agama dan
bermaksud: kepercayaan masing-
masing
keadilan
2. Bebas untuk
melakukan kegiatan
ekonomi

PEMERINTAHAN UNDANG-
1. Orang bukan Islam yang UNDANG
bermastautin di Negara
Islam wajib dipelihara Membela nasib
darah dan hartanya
semua lapisan
2. Harta kekayaan Negara
juga wajib dibahagikan
masyarakat dalam
kepada semua rakyat negara

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 27


3.3.4 KEBEBASAN/ AL-HURRIYYAH

• Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang


individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri.
• Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian
dalam Islam.
• Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir,
kebebasan politik, kebebasan sivil dan semua kebebasan hakiki.
• Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dan
kebebasan melakukan ibadat. Islam tidak menerima tindakan
memaksa seseorang menganut agama tanpa kerelean individu
tersebut.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 28


3.3.5 KESAMARATAAN/ AL-MUSAWAH

Islam mengajar Kepelbagaian


Kesamarataan semua manusia bangsa, bahasa
manusia adalah adalah sama dan dan warna kulit
setaraf dari sudut
berlandaskan pandangan Allah dan
tidak
konsep faktor yang menjejaskan taraf
kesejagatan membezakan mereka kemanusiaan
Islam. adalah ketakwaan di seseorang dari
sisi Allah perspektif Islam

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 29


3.3.6 BERTANGGUNGJAWAB/ AL-MAS’ULIYYAH
Allah s.w.t. menganugerahkan
kepada manusia dengan akal
dan ilmu yang membolehkan
mereka melaksanakan tugas
dan tanggungjawab
pengimarahan bumi.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan


Tanggung jawab itu akan kepada kita di dalam hadisnya
dipersoalkan di hadapan unsur-unsur penting bagi
Allah s.w.t. pada hari kiamat tanggung jawab manusia di
kelak. dunia, iaitu: Masa, kerja,
harta dan ilmu.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 30


3.4 ASAS & APPLIKASI HUBUNGAN ETNIK
Berkenal-
kenalan

Faham-
memahami

Bekerjasama

ASAS HUBUNGAN ETNIK

Persaudaraan

Berkasih
sayang

Jamin
menjamin

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 31


3.4.1 BERKENAL-KENALAN/ AL-TA’ARUF

Manusia dijadikan paras rupa


dan yang berlainan supaya
Maksud: mereka berbaik antara satu
Berkenalan secara mendalam dengan lain agar mereka dapat
yang boleh menimbulkan kasih hidup bersama dalam keadaan
sayang. aman dan sejahtera, bukan
untuk bermusuh-musuhan.

Al-Ta’aruf

Bermusuhan antara satu Ta’aruf merealisasikan


dengan lain tidak akan pengabdian kepada Allah
mendatangkan keuntungan supaya mengenali keturunan
kepada mana-mana pihak. masing-masing.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 32


3.4.2 SALING MEMAHAMI/ AL-TAFAHUM

Tindakan hasil daripada


sama-sama faham dan
beramal iaitu sama-sama
Al-Tafahum : Faham dan
menjalankan perintah Allah,
saling memahami tunduk kepada kebenaran,
muhasabah diri, dan disusuli
dengan nasihat menasihati.

Masyarakat pelbagai etnik


saling perlu memahami supaya
Memahami dan menghormati tidak wujud prasangka
konsep agama masing- perkauman yang boleh
masing. membawa kepada perasaan
tidak puas hati dan
permusuhan.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 33


3.4.3 BEKERJASAMA/ AL-TA’AWUN
Al-Ta’awun ertinya ialah tolong-
menolong atau saling
membantu.

Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama


agama tetapi melampau batas sempadan agama
dalam bentuk sumbangan tenaga, harta dan
masa.

Perkongsian ilmu dan kerjasama dalam


penukaran segala bidang ilmu pengetahuan
antara manusia yang berbeza keturunan dan
bangsa dapat mewujudkan kemajuan masyarakat
sejagat
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 34
3.4.4 PERSAUDARAAN/ AL-UKHUWWAH
• Menurut Kamus Dewan, persaudaraan bermaksud perhubungan seperti
bersaudara atau pertalian yang rapat.
• Pendekatan Islam menganjurkan persaudaraan atas dasar beriman dan
bertaqwa. Ukhuwah (persaudaraan) dalam Islam meliputi seluruh
golongan masyarakat.
• Manusia seharusnya hidup dalam masyarakat yang saling mencaintai
dan saling menolong, sehingga timbulnya kekuatan persaudaraan.
Antara mereka saling memperkuat, sehingga benar-benar terasa bahawa
kekuatan saudaranya adalah kekuatan nya dan kelemahan saudaranya
adalah kelemahannya.
• Harta, kedudukan, nasab atau status sosial atau apa pun tidak boleh
dijadikan sebagai satu kayu ukur sombongnya manusia atas sebahagian
yang lain. Ini disebabkan hubungan berasaskan unsur-unsur tersebut
lebih bernilai daripada hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian
darah, kesukuan atau yang lebih bersifat keduniaan.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 35
3.4.5 BERKASIH SAYANG/ AL-MAHABBAH
Berkasih sayang merupakan salah satu
sifat kemanusiaan yang sewajarnya
disemai dan dipupuk dalam sanubari
setiap anggota masyarakat.

Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan


kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai
etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat,
hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci dan
dengki mendengki antara satu sama lain.

Tahap mahabbah yang paling rendah adalah


bersihnya hati dari perasaan yang negatif seperti
perasaan hasad, membenci, dengki, dan apa-
apa yang menyebabkan permusuhan dan
pertengkaran.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 36
3.4.6 SALING MENJAMIN/ AL-TADHAMUN
Al-Tadhamun
Saling jamin menjamin sesama Islam dari segi akhlak dan akidah iaitu
maruah sesama agama Islam bagi mewujudkan tamadun yang kuat
untuk menjadi contoh kepada agama lain

Jamin-menjamin melalui 3 peringkat


Masyarakat: Menjaga
Keluarga: Menjaga
Individu: Menjadi hubungan yang baik
hubungan baik dengan ibu,
warganegara yang baik dengan masyarakat
bapa dan keluarga
pelbagai etnik

Dilaksanakan melalui pemberian nafkah keluarga, zakat, sedekah, wakaf


dan kerjasama yang erat dalam mayarakat

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 37


3.4b APPLIKASI HUBUNGAN ETNIK DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT

Kemesraan Komunikasi
Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan santun menjadi asas dalam menghasilkan
komunikasi yang baik dan berkesan serta mengelakkan sikap sombong dan memandang rendah

Budaya Ziarah Menziarah


Amalan ziarah-menziarahi memberi banyak kebaikan terutamanya dalam menghubungkan dan
merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka.Islam sangat menggalakkan umatnya untuk
memperbaiki hubungan silaturrahim dan persaudaraan.

Mengambil berat
Bersifat prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling hidup kita.
Setiap etnik yang bersikap mengambil berat boleh menangani masalah jenayah yang berlaku

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 38


3.4b Samb.

Hormat- menghormati
Hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan
pegangan agama, budaya dan pandangan

Menghormati jiran
Menghormati serta berinteraksi dengan baik kepada jiran tetangga
serta masyarakat di sekeliling

Bersama dalam membuat keputusan


Bermesyuarat dan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum
membuat sesuatu keputusan berkaitan kehidupan masyarakat
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 39
3.5 KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN
ETNIK
• Fitrah kemanusiaan
• Tuntutan keagamaan
• Memenuhi keperluan kehidupan
• Mengelak dari kebergantungan dengan negara luar

Contoh: PENGALAMAN MALAYSIA


• Kesepakatan tiga etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, membolehkan
rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar
perkongsian kuasa.
• Begitu juga dengan dasar pengagihan kekayaan, pembangunan
masyarakat yang adil dan saksama di sisi undang-undang dan
amalan demokrasi.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 40
3.6 KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM

KONSEP
JIRAN :
Mengikut Kamus Dewan:
Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
sendiri yang dikenali sebagai “orang sebelah” atau
tetangga.

Menurut Islam:
“Orang yang ada hubungan dengan anda dalam
sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan
rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur,
barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda”.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 41


3.6.1 PEMANGKIN SEMANGAT KEJIRANAN

Mengikut Jabatan Perpaduan Negara dan


Integrasi Nasional, semangat kejiranan boleh
dipupuk disebabkan unsur-unsur seperti berikut:
• Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada
kawasan atau tempat tinggal.
• Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-
menolong antara jiran tetangga.
• Penduduk menganggap mereka sebagai satu
masyarakat.
• Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan
keamanan dalam kawasan sejiran mereka.
• Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu
tindakan bagi faedah bersama.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 42


3.6.2 MEKANISME JALINAN HUBUNGAN

Hubungan sosial dalam


kehidupan kini banyak terjalin
melalui berikut:
Hubungan menerusi tempat kerja
Hubungan menerusi institusi
Hubungan menerusi adat istiadat
Hubungan menerusi aktiviti politik
Hubungan menerusi aktiviti kebajikan
Hubungan menerusi aktiviti sosial
Hubungan menerusi aktiviti rekreasi

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 43


3.7 MAQASID SYARIAH & KONSEP
AL-WASATIYYAH
MEMELIHARA
AGAMA

MEMELIHARA
AKAL

MAQASID MEMELIHARA
SYARIAH NYAWA

MEMELIHARA
HARTA

MEMELIHARA
KETURUNAN

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 44


3.7 Samb.
Syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. untuk menjamin
kebaikan serta menghindarkan kemudharatan kepada semua
manusia tanpa mengira etnik.

Iaitu matlamat pensyariatan hukum yang merangkumi semua


bidang kehidupan manusia yang melibatkan hubungannya dengan
Allah, hubungannya sesama manusia dan hubungannya
dengan alam semesta.

Syariat Islam ditegakkan atas dasar kemaslahatan dan menolak


kemudaratan.

Kepentingan maslahah manusia berkait dengan:


perkara asasi (dharuriyyat)
perkara keperluan (hajiyyat)
perkara kesempurnaan (tahsiniyyat/kamaliyat)
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 45
3.7.1 MAQASID SYARIAH
Memelihara Agama
• Islam membimbing manusia memilih agama yang benar
• Tuntutan umat Islam memelihara aqidah Islam dan tidak
mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu atau murtad.
• Untuk menjaga agama – Pengamalan dan pelaksanaan
ajaran agama dalam seluruh dimensi kehidupan
manusia mesti berdasarkan syariat Allah SWT.
• Islam memberikan hak kepada non Muslim untuk
menganut agama pilihannya dan mengamalkan ajaran
mereka tanpa paksaan.

Menjamin Keselamatan Nyawa


• Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan
nyawa dan anggota tubuh badan manusia.
• Dalam konteks hubungan etnik, Islam mewajibkan
individu menjaga keselamatan diri dan pada masa yang
sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam
keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 46


3.7.1 Samb.
Memelihara Kemurnian Fikiran
• Akal adalah nikmat anugerah Allah yang membezakan
manusia dengan makhluk lain.
• Dari segi perundangan, akal merupqkan syarat bagi
menentukan seseorang itu “mukallaf” atau mempunyai
tanggungjawab dalam tindakan dan amalan
• Islam MENGHARAMKAN perkara-perkara yang boleh
merosakkan akal seperti arak dan dadah dan perkara-
perkara yang boleh mendatangkan kerosakan dan
kebinasaan.

Menjamin Kehormatan Dan Maruah Diri


• Islam melindungi kehormatan atau maruah diri individu.
• Islam tidak membenarkan terjerumus dalam perbuatan keji
seperti zina.
• Islam juga menjaga keturunan dan nasab seseorang kerana
memberi kesan kepada hak perwalian,perwarisan, nafkah
dan sebagainya.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 47


3.7.1 Samb.

Menjamin Pemilikan Dan


Penguasaan Harta
• Syariah Islam telah menggariskan peraturan
dalam soal kehartaan.
• Islam memberi kebebasan untuk mencari
harta dengan cara yang halal, mengharamkan
umatnya mencuri dan mengenakan hukuman
hudud jika disabitkan kesalahan mencuri.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 48


3.7.2 TOLERANSI ISLAM DALAM HUBUNGAN
ETNIK

Hak Perlindungan Hak Kebebasan

• Perlindungan daripada
serangan luar. • Kebebasan peribadi
• Perlindungan daripada • Kebebasan tempat
penganiyaan pihak tinggal
dalam • Kebebasan beragama
• Perlindungan terhadap • Kebebasan memberi
darah dan badan pendapat, berkumpul
• Perlindungan terhadap dan mengajar
harta benda • Kebebasan
• Perlindungan terhadap menggunakan
maruah kemudahan awam

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 49


3.7.2 Samb.
Lain-Lain Hak

• Hak Mendapat Bantuan


• Hak Kewarnegaraan
• Hak Politik
• Hak Bebas Bekerja atau Mencari Nafkah
• Hak-hak Khusus
• Hak berkaitan kekeluarggan seperti nikah
kahwin,nafkah pembubaran perkahwinan.
• Hak-hak berkaitan harta spt pemilikan,
transaksi, sewa-menyewa dsb.
• Hak Jaminan Ketika Lemah, Dewasa/ Tua dan
Ketiadaan Harta
• Hak Jaminan Dari Masyarakat Islam

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 50


3.7.3 BATAS TOLERANSI KEHIDUPAN BERAGAMA
Mengadakan
Boleh Diolog /
Memahami
Membezakan Perbincangan
Sensitiviti
Antara Budaya Dengan Cara
Beragama
dan Agama Bijaksana dan
Profesional
Memahamai
prinsip-prinsip asas Budaya boleh Diolog perlu kerap
sesuatu agama. diamalkan diadakan dengan
Perlu kita belajar bersama. cara dan sikap
perbandingan fikiran yang
agama. terbuka.

Amalan atau
Memahami sentiviti ajaran bercorak
agama lain. agama tidak boleh Perihatin pada
diamalkan setiap tingkahlaku
bersama dan perlu yang tidak
Tiada paksaan dipelihara membawa kepada
dalam amalan mengikut agama perbalahan.
beragama. masing-masing.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 51


3.7.4 KONSEP WASATIYYAH

Definisi al-Wasatiyah:
• Perkataan al-Wasatiyyah dalam bahasa Arab adalah daripada perkataan al-
Wasat yang diterjemahkan daripada segi bahasa dengan makna
pertengahan. Seterusnya diistilahkan daripada segi Islam dengan maksud
adil, sederhana dan terbaik.

• Apabila menafsirkan al-Quran dan menghuraikan hadith daripada perkataan


al-Wasat adalah tidak tepat dengan makna zahir bahasanya sahaja, sehingga
membawa maksud pertengahan di antara baik dan buruk secara bercampur
aduk atau adil dan zalim sama-sama dilakukan, dengan maksud boleh
dikumpulkan benar dan salah, makruf dan munkar, buat baik dan buat
maksiat kerana mesej Islam yang bersumberkan al-Quran dan ditafsirkan
oleh sunnah Rasulullah S.A.W membawa mesej pelaksanaan kebaikan
yang terbaik dengan betul dan istiqamah serta meninggalkan segala
kemunkaran dan mencegahnya secara hikmah.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 52
3.7.4 Samb.

• Zahir ayat Ummat Wasatiyyah tersebut menegaskan bahawa


umat Islam dijadikan contoh di kalangan seluruh manusia
dan layak menjadi saksi bagi pihak Rasul terhadap
manusia pada hari kiamat kelak, bahawa para Rasul telah
menyampaikan petunjuk Allah yang bernama Islam dengan
amanah dan sempurna, sehingga mengharungi perjuangan
bersama Rasul atau meneruskan perjuangannya yang penuh
pengorbanan harta dan jiwa raga, bagi mengislamkan manusia
dalam seluruh cara kehidupannya dari dunia dan berwawasan
hari akhirat

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 53


3.7.4.1 WASATIYYAH DALAM POLITIK
• Dalam aspek politik, wujudnya pemerintahan diktator (kuku besi) yang memberi kuasa
mutlak kepada seseorang atau kumpulan. Kemudiannya lahir amalan teokrasi yang
memberi kuasa mutlak kepada ahli agama, dan demokrasi Barat yang dikatakan hak
kepada rakyat secara mutlak. Maka Islam berbeza dengan semua teori tersebut
dengan menyerlahkan wasatiyyah menentang diktator dan teokrasi serta
menentang penipuan terhadap rakyat di atas nama hak rakyat tanpa mengira
jahil dan terdesak, dengan menyatakan batas sempadan ketaatan kepada
pemimpin dan para ulama dan hak rakyat dengan tidak memberi kuasa mutlak
kepada sesiapa.

• Meletakkan batas sempadan perkara-perkara kemampuan manusia dan di luar


kemampuan manusia. Islam menegaskan syarat iman, ilmu dan akhlak mengikut
perhitungan agama yang adanya muhasabah halal dan haram, serta dosa dan
pahala dalam amalan politik, bukan sahaja dalam perkara ibadat, kerana Islam
tidak memisahkan politik daripada agama. Menerima apa yang baik dan bijaksana
walaupun datang daripada mana tanpa mengira timur dan barat, dan menolak yang
buruk dan jahat walaupun dilahirkan di bumi Makkah.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 54


3.7.4.2 WASATIYYAH DALAM EKONOMI

• Dalam aspek ekonomi pula Islam menentang teori kapitalisme yang


membebaskan hak individu sehingga mengorbankan hak masyarakat dan
menentang komunisme dan sosialisme yang merampas hak individu di atas
nama keadilan terhadap masyarakat, dan semua teori tersebut berteraskan
kebendaan samada memisahkan kewajipan agama dalam ekonomi atau
menafikan adanya peranan agama dalam kehidupan manusia.
• Islam mengizinkan miliki harta dan mengurusnya, tetapi wajib menunaikan
kewajipan bermasyarakat dengan mewajibkan pembayaran dan pengagihan
zakat. Firman Allah SWT (maksudnya): “Dan pada harta-harta mereka ada hak
untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat
bahagian”. (Surah az-Zariyat: 19).
• Islam juga memerintahkan supaya membelanjakan harta secara sederhana,
tidak boros dan tidak bakhil. Firman Allah dalam Surah al-Isra’ (maksudnya):
“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan
janganlah kamu terlalu mengulurkannya (boros) kerana itu kamu menjadi tercela
dan menyesal”.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 55
3.7.4.3 WASATIYYAH DALAM SOSIAL
• Dalam kehidupan berkeluarga Islam tidak seperti agama yang
mengharamkan paderi dan saminya berkahwin seperti malaikat dan
ajaran yang membebaskan pergaulan seperti binatang, kerana kedua-
duanya bertentangan dengan fitrah manusia. Maka Islam menetapkan
hukum berkeluarga bermula daripada pertunangan, sehinggalah
perkahwinan, nafkah dan perceraian.
• Islam juga menetapkan ajaran yang berkait dengan adab pergaulan dalam
keluarga dan masyarakat yang luas, daripada hukum berpakaian
sehingga hukum bergaul dan bermuamalat, bagi menjaga akhlak manusia
dan keharmonian kehidupan mereka.
• Bagi menjaga agama, nyawa, akal, keluarga, maruah dan harta yang menjadi
rukun kehidupan manusia maka Allah mewajibkan undang-undang
jenayah, qisas dan hudud secara nas dalam hanya beberapa perkara
yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia yang tetap bersifat makhluk
yang lemah. Bagi perkara yang boleh dicapai dengan ilmu dan pengalaman,
maka Islam mengizinkan kebijaksanaan akal fikiran sebagai panduannya.
CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 56
3.7.4.4 WASATIYYAH DALAM HUBUNGAN
ANTARABANGSA (GLOBAL)

• Islam juga berkonsepkan al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa.


Perdamaian adalah konsep pertama yang wajib didahulukan, dalam
masa yang sama mengakui bahawa adanya peperangan yang menjadi
fitrah manusia, kerana adanya perbezaan yang membawa pergeseran
dan wujudnya manusia yang menjadi pengikut syaitan yang wajib
ditentang dengan cara peperangan apabila diceroboh dengan zalim,
tetapi diharamkan melampau menggunakan senjata, ketika berperang
dan selepasnya, walaupun setelah umat Islam mencapai kemenangan.

• Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:


“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi)
janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang melampaui batas”.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 57


3.8 KESIMPULAN

• Islam adalah satu pegangan dan cara hidup yang menuntut


persaudaraan, perdamaian, saling berkasih sayang sesama
umat Islam dan sesama umat manusia sedunia.
• Tidak hanya menjaga hubungan dengan Allah SWT (hablum
minAllah), Islam juga mewajibkan umat Islam menjaga
hubungan sesama manusia (hablum minannas) dan hubungan
dengan alam sekeliling; flora dan fauna (hablum minal a’lam).
• Maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Anbiya’ ayat 107
yang menjelaskan pendirian Islam tentang hubungan etnik:
“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam”.

CT/ACIS/2022 Islam & Hubungan Etnik 58

Anda mungkin juga menyukai