Anda di halaman 1dari 12

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

M.S. SEAN DANSEN IZZAT BIN ISMAIL NUR `ATIQAH MOHAMAD FADIL

930202115473 930102-09-5073 930301-08-6006

PENGENALAN
Tamadun Islam telah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW dan berpusat di Madinah AlMunawwarah. Matlamat utama pembentukan tamadun Islam ialah untuk mencapai kehidupan yg diredhai Allah di dunia dan di akhirat menerusi tiga hubungan berikut: 1. manusia dengan Allah SWT (Hablumminallah) 2. manusia dengan manusia (Hablumminannas) 3. manusia dengan alam sekitar

1. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH Peringkat hubungan yang tertinggi bagi seseorang individu Muslim ialah perhubungan dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Perhubungan ini diikat berasaskan keyakinan dan keimanan kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.

Menurut Syed Naquib Al-Attas (1973), masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang mencapai kemajuan infrastruktur dan pada masa yang sama memiliki kepercayaan dan keimanan yang teguh kepada nilai-nilai agama (rohani).
Hal ini kerana, kesungguhan seseorang individu dalam menjaga dan memelihara perhubungan dengan Allah SWT akan melahirkan individu yang mematuhi perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT akan melahirkan masyarakat yang bertakwa dan berakhlak mulia seiring ajaran Islam.

Hal ini sangat penting bagi melahirkan masyarakat bertamadun yang seimbang dari segenap aspek kehidupan.

2. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA


Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam a.s. Hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu. Perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T agar tidak timbul kezaliman. Hubungan yang wujud dalam setiap lapangan kehidupan samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan hendaklah berasaskan tolong menolong dan hormat menghormati.

Masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang: a) berbentuk sejagat b) tidak bersifat perkauman c) tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.

Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud : Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya

3. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR


Tamadun Islam menitikberatkan serta mengatur dan menyempurnakan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya. Sebagai contoh, terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula dicipta oleh Allah S.W.T untuk membolehkan manusia mendapat kenyamanan berteduh di bawahnya,dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula boleh dijadikan makanan yang lazat.

Pelbagai galian yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam industri berat yang menghasilkan pelbagai kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan dan lain-lain lagi.
Dan ialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan,maka Kami keluarkan daripada tumbuhtumbuhan itu tanaman-tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang menjurai. ( Dan daripada air itu Kami keluarkan pula ) kebun-kebun anggur dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan ( perhatikan pulalah ) kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tandatanda ( kekuasaan Allah ) bagi orang yang beriman. ( Surah al-Anaam 6:99 )

Tamadun Islam juga mewajibkan agar manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kepada kesejahteraan kehidupan mereka di atas muka bumi ini melalui sumber alam yang sedia ada. Namun begitu, manusia hendaklah tidak merosakkan dan memusnahkan alam sekitarnya serta membunuh kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jika matlamat ini tercapai, maka terbinalah tamadun yang aman, sejahtera, makmur, dan bahagia yang digambarkan oleh al-Quran.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai