Anda di halaman 1dari 18

ASAS PENULISAN ESEI

910/1 BAHASA MELAYU


TINGKATAN ENAM (SEMESTER
1)
BAHAGIAN C: ESEI TIDAK BERFORMAT

DISEDIAKAN OLEH: EN. MOHD NAZRUL NAIM BIN ALI


PEMARKAHAN PENANDAAN ESEI
BAHAGIAN MARKAH

Pendahuluan (P) 3M

Isi (I) 3M X 5 perenggan = 15M

Kesimpulan (K) 3M

Relevan ( P+I+K = R) 21M

Pengolahan (P) 14M

Bahasa (B) 15M

MARKAH PENUH 50M


TEMA-TEMA ESEI TIDAK
BERFORMAT STPM

Sukan/
Ekonomi Pendidikan
Rekreasi

Bahasa/Seni/ Sains & Kemanusiaan/


Budaya/ Sastera Teknologi Kemasyarakatan
PANDUAN MENULIS
PENDAHULUAN
Pendahuluan esei yang baik:
1) Menyatakan gambaran umum tentang isu atau fokus soalan.

2) Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan.

3) Pendahuluan tidak harus terlalu panjang atau terlalu pendek.

4) Panjang pendahuluan disarankan antara 80-90 patah perkataan.


PANDUAN MENULIS
TEKNIKPENDAHULUAN
MSCKT: “MAK SAYA CAKAP KENA TABAH”
Ayat Kaedah mengingat Contoh permulaan ayat
A1 MAK • Pada realitinya,…
Mukadimah (nyatakan isu/tema esei) • Umum mengetahui bahawa….
• Memang tidak dapat dinafikan bahawa….
A2 SAYA • Hal ini dikatakan demikian kerana,…
Sebab (mengapa) • Hal ini menyebabkan…
A3 CAKAP • Terdapat beberapa kes, seperti…
Contoh • Sebagai contoh,….
• Misalnya,….
A4 KENA • Hal ini telah menyebabkan…..
Kesan • Hal ini sudah tentu akan….
• Hal ini akan menimbulkan….
A5 TABAH • Oelh sebab itu,..
Tugasan • Oleh hal yang demikian,…
• Sehubungan dengan itu,….
• Persoalannya,…
CONTOH PENDAHULUAN
Tugasan: Langkah-langkah mengatasi masalah vandalisme
Ayat Kaedah mengingat Binaan Ayat

A1 MAK Memang tidak dapat dinafikan bahawa gejala vandalisme yang berlaku di negara kita kian
Mukadimah berleluasa dan semakin sukar untuk dibanteras.

A2 SAYA Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat pada hari ini semakin bersikap kasar lantaran
Sebab (mengapa) hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

A3 CAKAP Terdapat beberapa kes, seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, dan
Contoh memecahkan tong sampah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

A4 KENA Hal ini sudah tentu akan menyukarkan orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan
Kesan tersebut terutama pada waktu kecemasan.

A5 TABAH Oleh hal yang demikian, pelbagai tindakan yang drastik dan berkesan perlu diambil bagi
Tugasan mengelakkan masalah vandalisme ini terus berlaku.
PANDUAN MENGHURAIKAN
PERENGGAN ISI
4 Unsur penting yang perlu ada dalam setiap perenggan isi:
UNSUR HURAIAN
AYAT TOPIK • Merupakan isi utama
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan
AYAT HURAIAN • Boleh merangkumi aspek persoalan 5W 1 H
• Menggunakan penanda wacana yang sesuai.
AYAT CONTOH Bukti untuk menyokong isi utama dalam bentuk:
• Data statistik
• Pendapat tokoh
• Penemuan atau kajian sains
• Contoh-contoh yang berkaitan tajuk tugasan.

AYAT PENEGAS • Ayat penegas (Kesimpulan kecil)


• Penutup kepada perenggan
• Menegaskan semula isi utama dan kehendak soalan
PANDUAN MENGHURAIKAN PERENGGAN ISI
TEKNIK ISCKKLP:“IKAN SIAKAP CICAH KICAP KUALA LINGGI PEDAS”
Ayat Kaedah mengingat Contoh permulaan ayat
A1 IKAN • Memang tidak dapat dinafikan bahawa…
Isi • Ternyata….
• Memang tidak dapat disangkal lagi…
• Selain itu,
• Punca/kesan/langkah yang lain ialah…
• Di samping itu,….
A2 SIAKAP • Hal ini dikatakan demikian kerana,…
Sebab • Hal ini disebabkan oleh…
• Oleh sebab itu…
• Hal ini menyebabkan….
A3 CICAH • Sebagai contoh,…
Contoh • Misalnya,…
• Buktinya,…
• Sebagai tamsilan,…
• Umpamanya,…
Ayat Kaedah mengingat Contoh permulaan ayat
A4 KICAP • Kesannya,…
Kesan • Impaknya,…
• Implikasinya,…

A5 KUALA LINGGI • Ekoran daripada itu,…


Kesan lanjutan • Selaras dengan itu,…
• Sehubungan dengan itu,…
• Sejajar dengan itu,…

A6 PEDAS • Oleh sebab itu jelaslah bahawa…


Penegas • Huraian di atas jelas menunjukkan bahawa….
• Sekali lagi ditegaskan bahawa….
• Huraian di atas jelas membuktikan bahawa…
• Memang tidak dapat dinafikan bahawa….
CONTOH PERENGGAN ISI
Tugasan: Langkah meningkatkan pencapaian negara kita dalam bidang sukan.
Ayat Kaedah mengingat Binaan Ayat

A1 IKAN Memang tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian negara kita dalam bidang sukan dapat
Isi
ditingkatkan dengan melantik jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman.
A2 SIAKAP Hal ini dikatakan demikian kerana jurulatih yang professional merupakan mereka yang pernah
Sebab
menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang sukan yang diceburi dan berkemahiran
tinggi.
A3 CICAH Sebagai contoh, Morten Frost, Park Joo Hong, dan Karl Weigang telah memberikan
Contoh
sumbangan yang besar dalam meningkatkan pencapaian atlet negara kita di peringkat
antarabangsa.
Ayat Kaedah mengingat Binaan Ayat
A4 KICAP
Kesannya, mereka dapat berkongsi pelbagai teknik dan
Kesan
kemahiran bertaraf dunia dengan atlet negara.
A5 KUALA LINGGI
Sejajar dengan itu, teknik dan kemahiran yang
Kesan lanjutan
didedahkan itu sekiranya disusuli dengan latihan intensif
sudah pasti akan menyemarakkan semangat atlet kita
untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
A6 PEDAS
Oleh itu jelaslah bahawa peranan jurulatih profesional
Penegas
memang membantu negara dalam meningkatkan
pencapaian mutu sukan negara.
PANDUAN MENULIS KESIMPULAN

Kesimpulan esei yang baik:


1) Menggambarkan idea yang ditulis dalamkeseluruhan perenggan.

2) Merumuskan secara umum tentang tugasan soalan.

3) Menyatakan harapan dan cadangan tentang tugasan soalan.

4) Tidak memasukkan isi baharu.


PANDUAN MENULIS KESIMPULAN
TEKNIK RCHP: “RAHSIA CINTA HATI PEREMPUAN”

Ayat Kaedah mengingat Contoh permulaan ayat


A1 RAHSIA • Kesimpulannya,….
Rumusan

A2 CINTA • Oleh itu,…


Cadangan • Sewajarnya….
• Sehubungan dengan itu….
• Menyedari kepentingan ini…
A3 HATI • Diharapkan…
Harapan • Semoga….
• Sesungguhnya….
A4 PEREMPUAN • Kita percaya….
Pendirian
CONTOH PERENGGAN PENUTUP
Tugasan: Langkah-langkah mengatasi vandalisme

Ayat Kaedah mengingat Contoh permulaan ayat


A1 RAHSIA Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai langkah
Rumusan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah vandalisme
yang berlaku daripada terus terbiar tanpa penyelesaiannya.
A2 CINTA Oleh itu, semua anggota masyarakat perlu berganding bahu
Cadangan mengambil pendekatan berkesan bagi membanteras gejala
tersebut.
A3 HATI Semoga komitmen yang bersepadu dan berterusan ini mampu
Harapan meningkatkan kesedaran masyarakat agar tidak sewenang-
wenangnya merosakkan harta benda awam.
A4 PEREMPUAN Kita percaya sekiranya segala usaha telah dilaksanakan tanpa
Pendirian jemu sudah pasti masalah ini dapat diatasi dengan jayanya.
SENARAI KESALAHAN YANG SERING
DILAKUKAN OLEH PELAJAR
BIL JENIS HURAIAN KESALAHAN
. KESALAHAN
1. Kata hubung Kata hubung tidak boleh digunakan dalam permulaan ayat:
Namun,…
Tetapi,…
Manakala,…
Lalu,….

2. Kata kerja transitif KK transitif perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata
nama:
1) Kita perlu membantu untuk meningkatkan prestasi sekolah.
(SALAH)
2) Kita perlu membantu guru untuk meningkatkan prestasi
sekolah. (BETUL)
BIL. JENIS KESALAHAN HURAIAN KESALAHAN
3. Kata pemeri Pelajar selalu menggunakan kata pemeri secara serentak: …adalah
merupakan…
Ialah = diikuti oleh KATA NAMA sahaja
Adalah= diikuti oleh KATA ADJEKTIF & KATA SENDI NAMA.

Penggunaan KATA KERJA selepas KATA PEMERI adalah


SALAH..!!!
Contoh: Langkah untuk meningkatkan disiplin diri adalah menjaga
kepentingan diri dengan baik.

Sepatutnya: Langkah untuk meningkatkan disiplin diri adalah


dengan menjaga kepentingan diri dengan baik.
PENULISAN CONTOH DALAM ESEI
NO. AYAT SALAH AYAT BETUL
1. Hidupan eksotik di negara ini. Contohnya orang Hidupan eksotik di negara ini, contohnya orang utan
utan perlu dilindungi. perlu dilindungi.
2. Banyak syarikat Jepun melabur di negara ini. Banyak syarikat Jepun melabur saham di negara ini.
Contohnya dalam bidang elektrik dan elektronik. Antaranya, Mitsumi dan Toshiba yang melabur saham
dalam bidang elektrik dan elektronik.

3. Pelbagai kenderaan telah dikeluarkan oleh syarikat Pelbagai kenderaan telah dikeluarkan oleh syarikat
automobil tempatan. Contohnya, Proton, Perodua automobil tempatan. Contohnya, Syarikat Proton telah
dan Honda. mengeluarkan kereta pacuan empat roda dan van.

4. Pihak berkuasa perlu mengenakan denda kepada Pihak berkuasa perlu mengenakan denda kepada
pesalah. Contohnya, mengenakan bayaran saman pesalah. Contohnya, pihak berkuasa mengenakan
yang tinggi dan tempoh penjara yang lama. bayaran saman yang tinggi dan tempoh penjara yang
lama.
Anda memiliki dua pilihan sepanjang hayat.
Sakit kerana ingin berubah
atau
sakit kerana tidak berubah.
Sekian, terima kasih.
Salam kejayaan,

Cikgu Nazrul

Anda mungkin juga menyukai