Anda di halaman 1dari 18

Pembuktian Langsung

Pembuktian Pernyataan
• Soalan - Buktikan: Jika n nombor ganjil maka nombor 3n+5 adalah genap.

• Pembuktian – rantaian hujah-hujah logikal dan am yang menjamin kebenaran


pernyataan tersebut.

• Pada amnya, pembuktian boleh dianggap mencabar kerana ia melibatkan


fikiran yang kritis, terfokus dan lebih-lebih lagi logikal.

• Selain daripada berfikir untuk mendapat idea bagi membuktikan sesuatu,


penulisan akhir pembuktian itu juga penting.

• Latihan akan membantu anda suaikan diri dengan hal-hal di atas serta bina
keyakinan diri.
Bukan Pembuktian
• Buktikan: Jika n nombor ganjil maka nombor 3n+5 adalah genap.

Jawapan
Bukti: Ambil n = 3, maka dapat 3(3) + 5 = 14, iaitu suatu nombor genap.

Maka terbuktilah pernyataan ini. 


Salah!! Ini bukan
• Apa pandangan anda ttg pembuktian ini? bukti tetapi hanya
• Masalah pokok – tidak cukup am!! mengesahkan utk
kes tertentu (n = 3)
sahaja
Contoh Pembuktian

https://www.youtube.com/watch?v=IsaCk4SARPk&t=77s
Bukan Pembuktian
• Semak langkah pembuktian berikut:
x2 - x2 = x2 - x2
x(x – x) = (x + x)(x – x)
x(x – x) = (x + x)(x – x)
x = 2x
1x = 2x
1=2 
• Apa yang dibuktikan?
Salah!! Ada langkah yg
• Betulkah langkah pembuktian ini? tidak logik. Di mana?
Kaedah Pembuktian

• Kaedah langsung

• Kaedah kontrapositif

• Kaedah percanggahan

• Kaedah aruhan
Kaedah Langsung
• Ingin buktikan kebenaran pernyataan ‘Jika S maka T’.
• Contoh: Jika n nombor ganjil (S) maka nombor 3n+5 adalah genap (T)
Andaian/hipotesis  kesimpulan

• Bukti ialah suatu rantaian hujah bermula dari S dan tamat di T .


S  T: S  S1  S2  …  Sn  T

• Kaedah langsung merujuk kepada pembuktian S mengimplikasikan S1 dan


selepas itu buktikan S1 mengimplikasikan S2 dan selepas itu pula buktikan
S2 mengimplikasikan S3 dan seterusnya hinggalah diperoleh Sn
mengimplikasikan T ; barulah tercapai pembuktian ‘Jika S maka T’
Strategi Pembuktian Langsung: Bermula dengan
contengan iaitu fikir-fikir dahulu untuk cari idea
• Buktikan: Jika n nombor ganjil maka nombor 3n+5 adalah genap.

• Matlamat – ingin tunjuk ‘3n+5 genap’ itu benar apabila n sebarangan


nombor ganjil

• Mulakan dengan soalan: Adakah saya faham semua istilah dalam ayat ini?

• Kalau ya, maka boleh teruskan. Jika tidak, cari maksud istilah-istilah
dahulu.
• Tanya diri sendiri macam mana nak tunjuk ‘3n+5 genap’ atau pada amnya ‘suatu
nombor itu genap’

• Cara paling asas ialah rujuk takrif genap iaitu tunjuk yang 3n+5 memenuhi takrif
genap

• Ada 2 cara untuk capai ini: i)Tunjuk bahawa nombor 2 membahagi 3n+5, atau
ii) Guna pakai bahawa 3n+5 = 2s bagi suatu nombor integer s

• Perlu pilih nak guna cara yang mana: ‘2 membahagi 3n+5’ atau `3n+5 = 2s bagi
suatu nombor integer s’

• Nampaknya guna cara ‘3n+5 = 2s bagi suatu nombor s’ kerana lebih praktikal
• Sekarang tetapkan fikiran bahawa ingin tunjuk 3n+5 = 2s bagi suatu s
yang tertentu.

• Macam mana nak bergerak selanjutnya?

• Kena tanya soalan lagi: Macam mana nak tulis 3n+5 dalam bentuk itu?
Apakah s? …

• Idea - Guna pakai maklumat yang n itu ganjil.


• Dari takrif ganjil, boleh tulis n = 2t + 1 bagi suatu nombor integer t yang
secara dasarnya diketahui nilainya

• Jadi 3n+5 = 3(2t+1) + 5 = 6t + 3 + 5 = 6t + 8

• Atau 3n+5 = 2(3t+4) iaitu 3n+5 dalam bentuk 2s dengan s = 3t+4 dan nilai s
diketahui sebab nilai t diketahui. Juga s integer sebab t integer.

• Matlamat tercapai dan idea utama pembuktian adalah seperti di atas

• Akhir sekali, tulis semula idea di atas dalam bentuk yang orang lain juga
boleh faham – ini juga suatu cabaran!
Bentuk Bersih
• Buktikan: Jika n nombor ganjil maka nombor 3n+5 adalah genap.
Bukti:
Memandangkan n ganjil maka n = 2t + 1 bagi suatu nombor integer t.

Perhatikan bahawa 3n + 5 = 3(2t +1) +5 = 6t + 8 = 2(3t+4)


dengan 3t+4 juga nombor integer.

Iaitu 3n + 5 adalah gandaan nombor 2 dengan suatu nombor integer.

Oleh itu, menerusi takrif, 3n + 5 adalah genap.

Maka lengkaplah pembuktian ini. 


Nota: Bahan yg ditulis berlawanan arus dengan aspek fikir-fikir
Langkah-langkah Penting Dlm Pembuktian
• Fahami dan selesakan diri dengan pernyataan termasuk semua istilah

• Kenal pasti apa yang boleh diguna pakai dan apa pula perlu disimpulkan

• Dapatkan idea untuk membukti dengan bertanyakan banyak soalan


atau juga melakarkan gambar yang bersesuaian

• Akhir sekali, tulis pembuktian secara padat serta tersusun rapi dan
lebih-lebih lagi mudah difahami oleh pembaca.
• Soalan Ujian:
Pembuktian Berkaitan Set
• Buktikan: Jika A B dan B C maka A C.

• Tahap fikir-fikir: Selesakan diri dahulu – umpamanya, lukis rajah Venn


• Apa yang boleh diguna pakai: A B dan B C
• Apa perlu disimpulkan: A C
• Strategi: Untuk simpulkan A C, perlu rujuk takrif subset. Iaitu, perlu tunjuk
bahawa setiap ahli A mesti juga jadi ahli C.
• Dari takrif subset dan maklumat yang boleh diguna pakai, A B bermaksud
ahli A adalah ahli B.
• Manakala B C bermaksud ahli B adalah ahli C.
• Gabungkan dua maklumat ini: ahli A yang juga ahli B secara otomatik
menjadi ahli C.
Bentuk Bersih
• Buktikan: Jika A B dan B C maka A C.
Bukti:
Andaikan x A. Ingin tunjuk yang x C.

Daripada maklumat A B dan takrif subset, diperoleh yang x B.

Manakala maklumat B C memberikan x juga ahli C, iaitu x C.

Dengan demikian, sebarang x A juga memenuhi x C dan


lengkaplah pembuktian ini. 
Beberapa Hasil Am
• Usulan: Misalkan A dan B dua set. Maka A = B jika dan hanya jika
A B dan B A.

• Digunakan dalam usulan berikut:

• Usulan: Misalkan A dan B dua set. Maka (A  B)c = Ac  Bc .

• Usulan: Misalkan A dan B dua set. Maka (A  B)c = Ac  Bc .

Latihan: Berikan pembuktian setiap pernyataan di atas


Langkah-langkah Utk Baca dan Fahami
Pembuktian
• Dapatkan gambaran keseluruhan • Ulang bukti itu tanpa melihat
• Kenal pasti langkah penting teks
• Pecahkan pembuktian kepada • Ingat langkah dan idea penting
bahagian-bahagian kecil dan bukannya hafal keseluruhan
pembuktian
• Kenal pasti kaedah yang diguna
• Camkan bila hipotesis digunakan
• Sentiasa tanya soalan
Tamat

Anda mungkin juga menyukai