Anda di halaman 1dari 13

HADITH 1

MAKSUD HADITH 1

• Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda : - "Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya
bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang
berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia
dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

(Riwayat al-Bukhari no.1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953, Muslim no. 1907, Abu Daud no.
2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nasai`i no.1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 4227 dan Ahmad no. 1/25,
43)
1. SEGALA AMAL ADALAH DENGAN NIAT

• Niat dari segi Bahasa - qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati)
• Maka dengan tujuan hati dan kehendaknya sendiri, terjadilah sesuatu amal dan pekerjaan.
• Istilah syara’- niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan
Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNYA.
• Inilah yang dipanggil ikhlas atau jujur dalam melaksanakan sesuatu amal.
• Niat juga membezakan suatu amal itu ibadat atau adat.

REDHA
NIAT ALLAH
2. HANYA TIAP-TIAP ORANG ITU APA YANG
DINIATKAN
• Seseorang akan mendapat balasan sebanding dengan apa yang diniatkan menurut ikhtiar
dan pilihan hatinya sendiri
• Contoh : solat yang wajib atau sunat dianggap sah dan diterima dan diberi balasan
sekiranya asal mendirikan kerana Allah bukan lainnya.
• Surah Al-Bayyinah : 5
• Baik amal itu sekiranya niatnya baik, jahat amal itu sekiranya niatnya jahat
CONTOH SITUASI

• Orang yang makan dengan niat terpelihara hidupnya serta menguatkan badannya untuk
meneruskan amal baktinya kepada Allah, menunaikan kewajipan terhadap agama,
keluarga dan bangsa. Maka ia mendapat ganjaran kerana makan dan minumnya dianggap
sebagai ibadat atau taat bukannya memuaskan nafsunya semata-mata.
• Orang yang mengumpulkan wang haram dengan niat yang baik, seperti pembinaan
masjid, tidaklah dianggap baik walaupun maksudnya baik.
3.MAKSUD NIAT ORANG YANG BERHIJRAH
BERSAMA RASUL
• Pada zaman Rasulullah ada orang yang berhijrah ke Madinah tetapi hijrahnya bukanlah
kerana maksud menunaikan tuntutan agama, malah sebaliknya untuk menunaikan
hajatnya.
• Ibn Mas’ud menerangkan bahawa di antara para sahabah ada seorang lelaki yang ingin
berkahwin dengan seorang perempuan yang bergelar Ummu Qais. Tetapi Ummu Qais
sendiri tak suka menjadi isterinya kalau dia tidak mahu berhijrah ke Madinah.
• Kerana itu, berhijrahlah lelaki itu dan berkahwinlah mereka.
• Kata Ibnu Mas’ud : Kami menamakan orang itu dengan muhajir Ummu Qais, iaitu
seorang yang berhijrah kerana Ummi Qais dan bukan kerana Allah dan RasulNya.
PENGERTIAN HIJRAH

• Hijrah dari segi bahasa ialah semata-mata meninggalkan.


• Dari segi istilah meninggalkan negeri Makkah lalu berpindah ke Madinah untuk
kepentingan agama Islam.
• Konteks sekarang ni, hijrah ialah tidak melakukan sesuatu yang dilarang sama ada
dengan perkataan mahupun lainnya.
PENGERTIAN DUNIA

• Dunia adalah alat bukan tujuan.


• Alat untuk menyampaikan kepada tujuan akhir di akhirat.
• Dunia ertinya dekat atau kehinaan.
• Ini bermaksud, setiap orang yang beramal kerana dunia adalah beramal untuk
mendapatkan suatu faedah yang dekat dan yang hina di dunia ini.
PERKARA AMAL DAN YANG BERKAITAN
DENGANNYA • Amal yang dikerjakan Kerana Allah (ibadat
hamba)
• Amal yang dikerjakan untuk Mendapatkan
Amal yang syurga dan pahala (ibadat saudagar)
• Amal yang dikerjakan Kerana malu kepada
ikhlas Allah, membuktikan kesyukuran, merasa
bimbang amalnya diterima atau tidak oleh
Allah (ibadat yang merdeka)

Peristiwa Aisyah yang melihat Rasulullah solat waktu malam hingga bengkak-bengkak kedua belah kakinya, padahal
Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang. Rasulullah berkata :
Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?
SEBAB-SEBAB YANG MEROSAKKAN AMAL

• Perasaan kagum dengan amal yang dilakukannya.


• Rasulullah menamakan riya’ sejenis syirik yang paling halus.
• Hadith : Sedikit sahaja riya’ itu adalah syirik.
• Amal yang dicampuri riya’ bukanlah amal yang bersih, malah mengotorkan jiwa dan
menghampakan harapan.
• Kata-kata daripada Fadil Ibn ‘Iyad(ulama’ tasawuf):
Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riya’, Beramal kerana manusia itu syirik.
Iklhas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari keduanya.
PENGAJARAN HADITH

1. Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan
mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah ta’ala).

2. Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.

3. Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata kerana Allah ta’ala dituntut pada semua amal soleh dan
ibadah.

4. Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.

5. Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat kerana mencari keredhaan Allah
maka dia akan bernilai ibadah.

6. Yang membezakan antara ibadah dan adat (kebiasaan/rutin) adalah niat.


Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat
yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan
hijrah dengan meninggalkan sebarang keburukan
dan dosa kepada sesuatu yang lebih baik dan
diredhai.

Anda mungkin juga menyukai