Anda di halaman 1dari 4

Artikel ini akan membincangkan Hadis Pertama dalam buku Hadis 40 (hadis arbain)

karangan Imam Nawawi iaitu berkaitan dengan niat.

Niat adalah satu perkara yang mudah tetapi memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seorang mukmin bagi menentukan samada ibadat diterima oleh Allah.

“Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab RA, ia berkata : “Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang
hanya mendapatkan apa yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah
dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang
hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya,
maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ditujunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Niat menurut bahasa tujuan hati atau kehendak hati. Niat mengikut istilah syarak ialah gerak
hati ke arah sesuatu pekerjaan untuk mencari keredaan Allah dan menyatakan tunduk dan
patuh kepada perintah Allah. Oleh itu, setiap amal mesti disertai dengan niat hanya untuk
Allah.

Sebahagian dari ulama ada mengatakan bahawa hadis tentang niat ini merangkumi satu
pertiga daripada islam. Ini menunjukkan betapa pentingnya niat dalam kehidupan seharian
terutamanya ketika beribadah kepada Allah. Bahkan pentingnya hadis ini menyebabkan
kebanyakan para ahli hadis yang mengarang buku-buku hadis akan memulakan buku mereka
dengan hadis ini.

Kisah muhajir Ummi Qais


Diceritakan bahawa seorang lelaki badawi daripada satu kabilah telah meminang seorang
perempuan bernama Ummi Qais. Ummi Qais enggan menerima lamarannya kecuali lelaki itu
berhijrah. Oleh kerana lelaki itu ingin mengahwini Ummi Qais, maka dia pun turut berhijrah.
Lalu, dia mengahwini perempuan tersebut. Jadi sesiapa yang berhijrah kerana menuntut
sesuatu perkara, maka dia akan mendapat perkara itu sahaja. 

Lantaran itu, telah terkenal kisah bahawa kisah muhajir Ummu Qais ini merupakan sebab
kepada sabda Rasullullah SAW. Semua amalan yang disyariatkan sama dengan konteks
hijrah ini, seperti berjihad, menuntut ilmu dan berniaga. Keelokan dan kerosakannya adalah
berdasarkan niat yang mendorongkan kepadanya.

Walaupun dia telah melakukan sesuatu yang besar iaitu berhijrah dari Mekah ke kota
Madinah sama seperti orang lain, akan tetapi pahala yang dilakukan mungkin sedikit atau
tiada langsung. Maka, sia-sialah perbuatan tersebut.

Kepentingan niat
Niat adalah sebab untuk mewujudkan atau melahirkan amal. Jika amalan yang dilakukan
adalah niat kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala. Namun, jika niat selain daripada
itu, maka amalan kita adalah sia-sia.

Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan yang disyariatkan oleh
agama. Dalam agama Islam, terdapat amal-amal yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf,
yang disunatkan dan yang diharuskan. Jadi dengan niat, dapat membezakan antara amal-amal
tersebut.  Dalam kehidupan harian seorang mukmin, amal-amal yang dilakukan dalam
mencari redha Allah berkisar sekitar ibadat khusus dan ibadat umum. Dalam amal ibadah
terdapat ibadat fardhu atau wajib dan ibadat sunat. Sebagai contoh mandi kerana mengangkat
hadas dan mandi kerana kebiasaan adalah sama. Namun, apa yang membezakan keduanya
adalah niat.

Ibadat sunat dan adat


Ziarah keluarga kerana menghubungkan silaturrahim dan ziarah keluarga kerana lama tidak
jumpa adalah sama. Duduk dalam masjid kerana iktikaf dan duduk dalam masjid kerana
berehat adalah sama. Oleh itu, ibadat sunat dan adat ini sama disudut perbuatan tetapi berbeza
pada niat.

Perbuatan yang menjadi tabiat hidup manusia seperti makan, minum, tidur, beriadah, dan
seumpamanya boleh jadi ibadat.Tetapi mesti diniatkan untuk memelihara keselamatan tubuh
badan supaya dapat meneruskan amal soleh dalam mengabdikan diri kepada Allah taala. Dan
mereka yang melakukan perbuatan ini dengan niat akan mendapat ganjaran pahala.

Niat di hati
Allah tidak menilai sekadar yang zahir tetapi allah menilai apa yang tersirat di dalam hatinya.
Niat di hati kerana Allah, amalan yang dilakukan mesti menepati syariat yang dibawa oleh
Rasulullah SAW.   

Sebagaimana Sabda Rasulullah

‫ َولَ ِكنْ يَ ْنظُ ُر ِإلَى‬، ‫ص َو ِر ُك ْم َوَأ ْم َوالِ ُك ْم‬ ُ ‫ِإنَّ هَّللا َ اَل يَ ْنظُ ُر ِإلَى‬
‫م‬1ْ ‫م َوَأ ْع َمالِ ُك‬1ْ ‫قُلُوبِ ُك‬
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu dan harta kamu, tetapi Allah
melihat kepada hati-hati kamu dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Hati merupakan semulia-mulia anggota. Niat adalah neraca bagi mensahihkan setiap amalan.
Lantaran itu apabila niatnya baik, maka baiklah amalannya. Jika rosak niatnya, maka
rosaklah amalan tersebut. Sabda Rasulullah SAW

‫ سمعت‬:‫عن النعمان بن بشير رضي هللا عنهما قال‬


‫ ((أال وإن في‬:‫رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول‬
‫ وإذا‬،‫الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله‬
‫ أال وهي القلب))؛ متفق عليه‬،‫فسدت فسد الجسد كله‬
“Ketahuilah dalam diri manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah
jasadnya.Dan apabila rosak, maka rosaklah jasadnya keseluruhannya itu, ketahuilah iaitu
hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Contoh, memberi makan kepada anak yatim kerana tunduk dan taat kepada Allah dan Rasul
akan diberi ganjaran pahala. Tetapi, jika kita memberi makan kepada anak yatim kerana
simpati kepada mereka, maka anak yatim tersebut mendapat pembelaan, namun di sisi Allah
tiada ganjaran dan tiada nilai. Niat ini sangat penting dalam kehidupan seorang mukmin.
Setiap permulaan kepada amalan yang berfaedah akan menjadi ibadah apabila disertai dengan
niat. Dan niat itu mestilah hanya untuk mendapat redha Allah.

Orang mukmin sentiasa sabar dan mujahadah dalam melaksanakan amal-amal soleh, mereka
tidak terpedaya dengan pujian-pujian yang diterima. Begitu juga mereka tidak lemah dengan
cacian dari orang-orang fasik. Agama Islam adalah agama yang menggabungkan amalan
zahir dan amalan batin. Amalan zahir adalah gerakan anggota badan amalan batin adalah niat.

Maka betulkanlah niat.

Setiap amalan yang disyariatkan seperti solat, puasa, zakat dan haji dilakukan oleh mukmin
yang mukallaf, maka wajib disertai dengan niat. Jika tidak amalan tersebut tidak sah. Waktu
niat adalah permulaan ibadah. Dan tidak perlu dilafazkan tetapi sunat dilakarkan jika untuk
membantu hati menentukan amalan yang ingin dibuat. Sebagai contoh niat solat, ketika
takbiratul ihram, niat keluar zakat ketika sedang memberi, niat puasa sebelum terbit fajar.

Kesimpulan
Kesimpulannya, hadis berkaitan niat ini memandu kita agar ikhlas dalam melakukan amal
ibadah supaya mendapat taufik dan hidayah dari Allah. Mohonlah dengan Allah agar
dikurniakan sifat ikhlas dalam melaksanakan amal soleh.

Fudhail bin Iyadh berkata “Meninggalkan amal kerana manusia adalah


riak, beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah
menyelamatkan kamu dari keduanya”.

Hanya dengan niat yang ikhlas akan mendapat ketenangan dan kejayaan dalam hidup .
Berilah perhatian untuk memperelokkan niat dan keikhlasan hanya kepada Allah.

Diharapkan penerangan berkenaan hadis tentang niat ini dapat memberikan sedikit sebanyak
kepentingan berkenaan perkara ini

Hadis Arbain yang lain:

1. Hadis Niat 5. Hadis Berkenaan Bidaah dalam Agama

2. Hadis Islam, Iman, Ihsan dan Tanda Kiamat 6. Hadis Berkenaan Halal, Haram dan Syubhah

3. Hadis Asas Islam 7. Hadis Agama adalah Nasihat

4. Hadis Kejadian Manusia

Anda mungkin juga menyukai