Anda di halaman 1dari 13

PERALATAN MEMBURU Pensyarah:

(CANDAK & JEBAK) Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob


MEMBURU
 Aktiviti memburu merupakan salah satu kegiatan yang menjejak binatang di dalam
hutan atau di lautan. Aktiviti memburu memerlukan peralatan yang sesuai untuk
digunakan bagi memastikan tahap kecederaan terhadap binatang adalah secara
minimal.
Aktiviti memburu ini dilakukan oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi bagi
memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia. Hal ini kerana masyarakat setempat
memerlukan bekalan protein sebagai sumber tenaga manusia.
Aktiviti memburu kali ini lebih kepada kaedah mengumpan, meniru bunyi,
menjaring serta memerangkap sebagai aspek dalam pemburuan binatang. Kesannya
dapat dilihat gaya kebijaksanaan masyarakat dahulu bagi memperoleh sumber
makanan seperti rusa, pelanduk, arnab serta burung.
CANDAT
 Candat atau squid jig merupakan alat yang direka khusus untuk memancing sotong.
Justeru apabila menyebut candat maka secara tidak langsung ia akan dikaitkan dengan
penangkapan sotong.
 Terdapat pelbagai jenis candat yang terdapat di pasaran dan masing-masing mempunyai
satu persamaan iaitu bagi tujuan menjerat sotong menggunakan dawai yang tajam.
Antara jenis candat sotong yang digunakan oleh para nelayan adalah seperti candat
twist, candat mayat, candat umpan, candat udang dan candat ikan.
 Hasil penangkapan melalui aktiviti mencandak ini dipengaruhi oleh keberadaan bulan.
Keberadaan bulan ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa bulan mengambang dan fasa
bulan gelap.
 Hasil penangkapan sotong pada fasa bulan mengambang adalah lebih banyak berbanding
fasa bulan gelap. Hal kerana keadaan cahaya yang ada pada bulan mengambang sangat
ketara berbanding fasa bulan gelap mampu menarik perhatian sotong disebabkan
pantulan pada permukaan air.
CANDAT
 Candat memiliki beberapa jenis bentuknya antaranya Candat Twist yang
lazimnya berfungsi sebagai pemberat. Ia diperbuat daripada timah namun ada juga
yang mengubahsuai kepada jenis batu ladung, dan badannya dibalut dengan kain atau
tali sulam yang berkilat terang atau mampu memantulkan cahaya.
 Candak Twist ini turut dilengkapkan dengan mata kail candat yang berfungsi sebagai
penyangkut sotong. Selain berfungsi sebagai pemberat, ia turut sama berupaya untuk
memerangkap sotong dan tersangkut pada mata kailnya.
 Seterusnya Candat Mayat pula merujuk kepada bentuk seumpama bentuk mayat yang
dikafankan. Candat ini lazimnya diperbuat daripada plastik atau getah yang mampu
menyerap dan memantulkan cahaya. Badannya dibalut dengan fabrik nipis berkilau
dengan pelbagai warna.
 Candat jenis ini turut dilengkapi satu atau dua sisir mata kail. Candat ini tidak dapat
digunakan tanpa kehadiran pemberat. Kadang-kala digunakan bersama-sama Candat
twist yang lazimnya digunakan sebagai pengganti pemberat
CANDAT
 Selain itu, jenis Candat Umpan merupakan alat yang diperbuat daripada besi
atau dawai keras sebesar lidi kira-kira sejengkal dan bersisir dengan mata kail
berada dibawahnya. Sepadan dengan nama candat umpan kerana perlu dicucuk
dengan ikan sebagai umpan untuk menarik perhatian sotong. Penggunaan
pemberat diperlukan bagi mempercepatkan proses candat tersebut tenggelam
ke dasar laut.
 Manakala jenis Candat Udang pula sebenarnya adalah gewang tiruan berbentuk
udang yang dilengkapi mata kail bersisir, yang lazimnya digunakan untuk
mencandat sotong mengabang. Dalam masa yang sama candat ini turut
berkesan untuk mencandat sotong torak atau sotong jarum.
 Namun candat jenis ini tidak sesuai digunakan secara berangkai iaitu
penggunaan teknik apollo dua atau tiga candat seperti candat mayat berikutan
kehadiran pemberat akan menyebabkan ia mudah berpintal dengan perambut.
Jenis-jenis Candat

Candat Candat Candat Ikan


Mayat Twist

Candat Candat
Umpan Udang
JEBAK
 Jebak ialah sejenis alat perangkap untuk memerangkap binatang. Lazimnya binatang yang diperangkap adalah seperti burung,
biawak, musang, landak dan lain-lain. Jebak diperbuat daripada rotan yang diambil kulit atau isinya atau buluh yang diraut
menjadi bilah kecil dan dianyam mengikut bentuk yang digemari pembuatnya.

 Kebiasaanya jebak ini berbentuk separuh bulatan dengan tapak yang rata, dilengkapi dengan pintu kecil dan tempat untuk
menggantung jebak. Di dalam jebak ini terdapat tali jerat yang diselaraskan dengan pintu jebak.

 Pemburu atau pemikat burung akan meletakkan seekor burung yang mempunyai suara merdu dalam jebak digunakan sebagai
tujuan memikat atau menggoda serta menipu burung yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa dibawa ke
kawasan tersebut jebak akan ditutup dengan kain.

 Apabila tiba di kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan di atas tanah di mana penutup dan
pintu jebak dibuka. Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak. Pemikat akan memerhatikan dari
jarak yang jauh. Suara bunyi burung dalam jebak dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke dalam
jebak atau terkena jerat yang dipasang. Apabila burung masuk dan terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup.

Burung ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga yang menjualnya kepada kawan-
kawan dan peminat burung. Terdapat juga jerat bagi memerangkap binatang liar yang merosakkan tanaman seperti musang dan
tenggiling. Bagi tujuan ini ia dikenali sebagai perangkap dimana ianya lebih besar dan diperbuat daripada bilah besi.
JEBAK
 Burung yang ditangkap ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan,
pertandingan dan ada juga menjualnya kepada kawan-kawan serta peminat
burung.

 Terdapat juga jebak bagi memerangkap binatang liar yang merosakkan tanaman
seperti musang dan tenggiling. Bagi tujuan ini jebak yang digunakan ini adalah
lebih besar serta diperbuat daripada bilah besi.

 Kebiasaannya jebak yang digunakan untuk memerangkap binatang liar ini akan
diletakkan di Kawasan semak, belukar atau perpohonan rimbun seperti buluh.
Jebak ini akan menggunakan umpan seperti bangkai binatang atau buah-buahan
yang sesuai dengan jenis binatang yang ingin ditangkap.
Pembuatan Jebak

Membina struktur
belakang jebak yang
memiliki dua pintu

Membuat kerangka jebak

Membuat struktur bahagian hadapan jebak

Jebak yang diletakkan


rimbunan dedaun bagi
Meletakkan burung menyembunyikannya
lain sebagai umpan
memerangkap burung
PEMBAHARUAN DALAM
AKTIVITI MEMBURU
Flashlight yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai rakaman visual serta sebagai
pemancar cahaya.

Stainless slingshot menggunakan kuasa lazer untuk


tujuan menembak binatang.
PEMBAHARUAN DALAM
AKTIVITI MEMBURU

Radar pengesan menggunakan kaedah bunyi


Radar pengesan menggunakan haba daripada
tubuh binatang
PEMBAHARUAN DALAM
AKTIVITI MEMBURU
Jaring apollo yang bertujuan meraih kuantiti tangkapan laut. Namun ianya
masih risiko terhadap hidupan laut.

Alat peniru suara binatang seperti rusa yang


bertujuan untuk memperbolehkan bintang tersebut
mendekatinya.
RUMUSAN
 Secara tuntasnya, pembaharuan dalam aktiviti memburu masih memiliki ancaman
terhadap binatang. Hal ini kerana aktiviti penangkapan berlaku secara global dan
menghasilkan pendapatan yang lumayan terhadap pihak pemburu.
Oleh itu sebagai masyarakat yang memiliki integriti terhadap alam sekeliling,
aktiviti pemuliharaan hidupan liar seharusnya dikawal ketat serta mematuhi akta 714
Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Hal ini bagi memastikan rantaian haiwan masih dijaga serta dipulihara biarpun
negara kita telah mengalami perubahan daripada segi teknologi dalam aktiviti
pemburuan.

Anda mungkin juga menyukai