Anda di halaman 1dari 27

Pembuatan

Kelengkapan
Memburu Tradisional
z

TEKNOLOGI TRADISIONAL DALAM WARISAN- CWT4232

Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob


Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Warisan, UMK
z

memburu
 Perlakuan manusia yang menjalankan aktiviti penangkapan binatang liar di
dalam hutan.
 Aktiviti memburu ini bertujuan untuk mendapatkan bekalan daging mentah
serta menjalankan perdagangan.
 Aktiviti memburu ini mempunyai pelbagai kaedah penangkapan seperti
mengumpan, menghalau, memburu dari pondok, meniru bunyi, penyamaran,
menjaring, meninjau, menghendap, menjejak serta memerangkap.
 Penggunaan teknik yang sesuai bergantung kepada peraturan kerajaan,
etika peribadi pemburu, adat resam setempat, kelengkapan memburu dan
haiwan buruan. Kebiasaanya, seorang akan pemburu menggunakan lebih
daripada satu teknik sekali.
z
AKTIVITI MEMBURU
TRADISIONAL
z
TEKNOLOGI DALAM AKTIVITI
PEMBURUAN
 Teknologi dalam aktiviti pemburuan ialah pengetahuan
seseorang atau kelompok tentang penghasilan idea yang
dirancang secara sistematik bagi mengeluarkan sebuah
peralatan yang memberi kesan maksimum kepada masyarakat.
 Teknologi dalam aktiviti pemburuan ini dilakukan berdasarkan
intipati penambahbaikan atau reka bentuk baharu agar lebih
baik, cekap serta efisien.
 Hal ini bertujuan untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak
berbanding memburu secara tradisional.
z
PEMBURUAN BERSIFAT
TEKNOLOGI
z
PERALATAN MEMBURU TRADISIONAL
LEMBING

 Lembing merupakan sejenis senjata yang digunakan untuk memburu


dan berperang sejak zaman prasejarah lagi.
 Kemudian, lembing dikesan digunakan di zaman Rasulullah dan para
sahabat sebagai senjata tentera di barisan hadapan terutama untuk
menjatuhkan tentera berkuda pihak lawan.
 Lembing berfungsi sebagai senjata bagi memburu serta menangkap
ikan.
 Lembing terdiri daripada bahagian hulu atau pemegang.
Kebiasaannya, lembing diperbuat daripada kayu dan mempunyai
hujung yang tajam dipanggil sebagai kepala.
z
PERALATAN MEMBURU TRADISIONAL
LEMBING
 Kepala lembing diperbuat daripada besi atau batu yang menyerupai seperti
pisau pendek dan digunakan untuk tikam binatang.
 Lembing digunakan dalam keadaan melontar ke arah sasaran yang ingin dituju
oleh pemburu. Oleh itu, lembing ini memerlukan perspektif pandangan
pemburu yang jelas serta tepat agar tidak tersalah ke arah Kawasan lain. Hal
ini amat membahayakan nyawa pemburu lain.
 Lembing merupakan peralatan persendirian yang digunakan secara meluas
kerana mampu untuk untuk melindungi hasil tanaman mahupun ternakan
daripada binatang liar.
 Hal ini kerana jarak lontaran lembing ini mampu melewati hingga 11.5 meter.
Walau bagaimanapun, jarak lontaran ini adalah mengikut kemampuan pelontar
lembing tersebut.
z
LEMBING
z
JENIS-JENIS LEMBING

Lembing kait Lembing Selingi

Lembing kait dua mata


z
RACIK

 Racik merupakan sejenis alat yang memerangkap burung.

 Kaedah pembuatan racik adalah dengan menggunakan tali


tangsi, benang serta getah.
 Racik menggunakan tembaga halus sepanjang 3 inci untuk
dijadikan sebagai tiang racik. Manakala, racik juga
menggunakan tali tangsi sepanjang 6 inci bagi satu mata racik.
 Hujung tali tangsi tersebut akan disambung dengan benang
nilon halus yang dipintal dengan tembaga halus hingga
menyerupai seperti nombor 8 atau pin pancing ikan.
z
RACIK

 Bagi racik yang memiliki mata sedikit akan menggunakan


pemberat seperti bijih timah landing yang kecil.
 Antara satu mata ke satu mata racik yang lain akan
disambungkan tali kejar yang diperbuat daripada tali precut agar
tidak tercabut dibawa oleh burung.
 Racik yang berada di atas tanah akan menggunakan mata
37,32,27 atau 24. Namun, racik yang berada di atas tunggul
kayu akan menggunakan mata 17 dan 15. Manakala, racik yang
berada di atas dahan pula akan menggunakan mata 15 atau 11.
z
RACIK

 Racik ini perlu digunakan bersama-sama dengan denak atau


pemikat. Namun, denak yang digunakan adalah berbeza
mengikut tempat yang dipasangkan racik tersebut.
 Jika racik di pacak di atas tanah, denak yang digunakan adalah
untuk menangkap burung jantan. Manakala, racik yang
dipasang di atas dahan adalah untuk denak yang menangkap
burung betina.
z
RACIK

Gambaran pemasangan racik

Burung jantan yang disasarkan


dalam penggunaan racik
z
RACIK

Racik Lekar Racik Ayam Lekar


z
SUMPIT

 Sumpit adalah salah satu senjata yang digunakan untuk berburu atau
pertempuran dalam menghadapi musuh.
 Kebanyakkan sumpit digunakan dalam kalangan masyarakat
Sarawak, Sabah mahupun orang asli yang tinggal di pendalaman.
 Sumpit merupakan senjata pembunuh binatang dalam keadaan
tersembunyi oleh pengamalnya.
 Senjata ini mampu untuk memburu binatangdalam jarak yang jauh
tanpa mendekati sasarannya.
 Jarak sumpit ini mampu untuk mencecah 200 meter menggunakan
daya tiupan sahaja.
z
SUMPIT

 Kebiasaannya sumpit ini berbentuk tabung panjang serta


memiliki anak panah kecil di dalamnya yang dikenali sebagai
damek.
 Kadang-kala damek tersebut akan diletakkan racun daripada ikan
buntal untuk mematikan musuh.
 Sumpit ini dibuat menggunakan satu buluh Panjang antara satu
hingga 3 meter. Manakala, anak sumpitnya diperbuat daripada
buluh yang hujungnya berbentuk kerucuk.
 Kerucuk tersebut menngunakan kayu yang dikenali sebagai kayu
pelawi.
z
SUMPIT

 Kayu pelawi digunakan bagi tujuan menjadikan anak panah


mampu untuk melesat secara lurus sewaktu dilepaskan
daripada sumpit.
 Pada bahagian hujung lainnya yang runcing akan diletakkan
racun diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan liar di hutan.
 Namun, terdapat juga racun sumpit menggunakan kalajengking
sebagai alat mematikan binatang. Racun ini paling kuat untuk
segera mematikan binatang buruan.
z
SUMPIT
z
SUMPIT
Anak panah yang dikenali sebagai damek

Kayu Pelawi yang digunakan untuk dijadikan


sebagai anak panah
z
PERANGKAP

 Perangkap adalah sejenis alatan yang digunakan untuk menyerkap


binatang daripada keluar. Perangkap ini kebiasaannya memiliki pintu yang
menyerupai kandang bagi membolehkan binatang mampu untuk keluar
masuk dalam perangkap tersebut.
 Perangkap ini bertujuan untuk menangkap binatang seperti pelanduk,
arnab, ayam hutan, rusa dan sebagainya.
 Peralatan perangkap ini biasanya akan diletakkan dalam semak, belukar
atau hutan.
 Perangkap ini berbentuk seperti perumah dan dihasilkan daripada kayu
atau buluh. Batang kayu panjang akan disusun secara berselang-seli serta
diikat antara satu sama lain yang bertujuan untuk menyerkap binatang.
z
PERANGKAP

 Perangkap menggunakan buah-buahan atau bangkai binatang


sebagai umpan untuk tujuan menangkap binatang-binatang.
Umpan digunakan bagi menarik perhatian binatang agar
mendekati Kawasan yang memiliki perangkap tersebut. Hal ini
membolehkan binatang tersebut mudah ditangkap oleh pemburu.
 Apabila binatang yang menjadi sasaran mendekati perangkap
tersebut untuk tujuan memakan umpan tersebut, kaki binatang
akan melanggar tali yang memegang perangkap lantas terputus
lalu menutup perangkap itu. Hal ini membuatkan binatang itu tidak
mampu untuk keluar daripada perangkap tersebut.
z
PERANGKAP

Perangkap Rintang Ulak

Perangkap Ular Tuo Unak


z
PEMBAHARUAN DALAM
AKTIVITI PEMBURUAN
 Pembaharuan yang dilakukan dalam aktiviti memburu membolehkan
pemburu mendapatkan hasil yang memuaskan. Namun begitu,
aktiviti pemburuan secara global tidak digalakkan bagi mengelak
kepupusan habitat binatang tersebut.
 Pembaharuan yang dilakukan dalam pemburuan binatang adalah
untuk mempercepatkan proses mendapatkan binatang agar
meningkatkan tahap ekonomi negara pada masa kini.
 Hal ini kerana hasil buruan mendapat pemintaan yang tinggi daripada
masyarakat sekeliling atau negara luar. Namun begitu, aktiviti
eksploitasi dikawal oleh Malaysia bagi mengurangkan aktiviti eksport
ke luar negara.
z
PEMBAHARUAN TEKNOLOGI
DALAM AKTIVITI
PEMBURUAN
- Penggunaan senapang patah dalam
aktiviti memburu binatang
- Memiliki fungsi yang sama dengan sumpit iaitu
mematikan binatang

Perangkap diubah
pembuatannya
kepada penggunaan besi.
z
PEMBAHARUAN TEKNOLOGI
DALAM AKTIVITI PEMBURUAN

Perangkap bergerigi bagi tujuan menangkap


binatang yang lebih kecil seperti kancil atau
pelanduk.

Pisau belati digunakan untuk memasang jerat atau


menyembelih binatang yang menggantikan kapak
genggam.
z
PEMBAHARUAN TEKNOLOGI
DALAM AKTIVITI PEMBURUAN
Teropong bagi tujuan meneliti atau mengesan
kedudukan binatang dengan lebih jelas.

Alat Memanah menggantikan racun anak sumpit


yang dianggap berbahaya untuk dimakan hasil
Buruan.
z
RUMUSAN

 Secara tuntasnya, aktiviti memburu menggunakan alatan secara tradisional


ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan serta kehendak masyarakat
sekeliling.
 Selain mampu mencari keperluan hidup, peralatan ini juga mampu untuk
melindungi nyawa pemburu Ketika menghadapi binatang buas.
 Dengan memiliki pembaharuan dalam aktiviti pemburuan ini mampu untuk
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.
 Hal ini menjadikan kehidupan seorang pemburu mampu untuk
dikomersialkan pada peringkat yang lebih baik mengikut peredaran masa.
 Kesannya, masyarakat setempat mampu untuk mengolah pendapatan
melalui aktiviti pemburuan selain memenuhi tuntutan kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai