Anda di halaman 1dari 28

usm 2112 sains bahan

Diploma Vokasional Malaysia


standard pembelajaran
▰ 2.1 Menghuraikan jenis ikatan primer antara atom
▰ 2.1.1 Ikatan Ion
▰ 2.1.2 Ikatan Kovalen
▰ 2.1.3 Ikatan logam

▰ 2.2 Menghuraikan jenis Ikatan Sekunder ( Ikatan Van der Waals)


▰ 2.2.1 Ikatan Hidrogen
▰ 2.2.2 Ikatan dwikutub teraruh( Induced dipole bonding)
▰ 2.2.3 Ikatan Dwikutub Kekal ( Permanent dipole bonding)
▰ 2.2.4 Ikatan Molekul berkutub- Teraruh ( Pole molecule - Induced)

2
• STRUKTURATOM




“ ukleus atom terletak di tengah atom.
Elektron bercas negatif, proton bercas positif
Neutron adalah neutral atau tidak bercas.
• Bilangan elektron sama dengan bilangan proton
• Proton dan neutron mempunyai jisim yang sama ia tu
1.67 x 10 –27 kg Atom = Nukleus (proton and neutron) + elektron

• Jisim elektron adalah jauh lebih kecil (9.11 x 10 –31 kg


Jisim atom (A) = jisim proton + jisim neutron

Nombor atom (Z) = bilangan proton

3
“ •


Unit jisim atom (amu) sering
digunakan untuk menyatakan
berat atom.
Bilangan atom dalam mol Contoh:
dinamakan nombor Berat atom besi = 55.85 amu/atom
Avogadro, (Nav)
= 55.85 g/mol
• Nav = 6.023 x 10 23 Nav = 1
gram/amu

4

elektron valens
▰ Elektron valens:

• elektron yang terletak di petala terluar


sesuatu atom.

• menentukan semua sifat berikut: Kimia,


Elektrik, Termal, Optik

• Elektron valens paling banyak


digunakan untuk membentuk ikatan dan
cenderung mengawal sifat-sifat kimia
sesuatu bahan.

• Petala yang terisi penuh dengan


menghasilkan atom yang stabil.

5
struktur kristal
susunan unik atom-atom atau molekul-molekul
dalam satu cecair atau pepejal kristal.

terdiri daripada satu corak, satu set atom-atom yang


disusun dalam cara yang tertentu, dan satu kekisi
yang memiliki susunan dan simetri jarak jauh.

struktur kristal corak-corak ini terletak dalam titik-titik satu kekisi, iaitu
susunan titik-titik yang berulang secara berkala dalam
tiga dimensi. Titik-titik ini boleh dianggap seolah-olah
membentuk kotak-kotak kecil yang sama, dipanggil
sel unit, yang mengisi ruang-ruang di antara kekisi.

panjang sisi-sisi satu sel unit dan sudut-sudut di


antara mereka dipanggil parameter kekisi. Ciri simetri
kristal terdapat di dalam kumpulan ruangnya.
2.1MENGHURAIKANJENISIKATANPRIMERANTARAATOM

Ikatan primer

Ikatan kovalen ikatan logam

8
ikatan ion
terbentuk antara atom logam dan bukan logam.

disebabkan oleh tarikan antara ion positif ( kation) dan ion negatif
(anion) .

Melibatkan pemindahan elektron apabila atom logam melepaskan elektron


dan atom bukan logam menerima elektron untuk mencapai konfigurasi
elektron yang stabil.

Elektron dipindahkan daripada atom elektropositif ke atom elektronegatif.

Terdapat perbezaan keelektronegatifan yang besar (kerana kedudukan


logam dan bukan logam dalam Jadual Berkala jauh).

Apabila logam melepaskan elektron untuk membentuk kation, jejarinya akan


mengurang ( bilangan petala berkurang) manakala apabila atom bukan
logam menerima elektron dan membentuk anion, jejarinya akan bertambah
(bilangan petala bertambah)

9
penerangan ikatan ion natrium klorida
Atom natrium mempunyai 1 elektron valens manakala atom
klorin mempunyai 7 elektron valens.

Atom natrium akan melepaskan elektronnya dan diterima oleh atom klorin.
Atom natrium akan menjadi ion positif (Na +1) manakala atom klorin akan
menjadi ion negatif (Cl-1) dan mencapai konfigurasi elektron yang stabil.

Atom Natrium adalah logam; oleh itu, ia mempunyai elektronegativiti (0.9)


yang sangat rendah berbanding dengan Klorin (3.0).

Perbezaan elektronegativiti ini menyebabkan klorin dapat menarik elektron


dari natrium dan membentuk ion Cl– dan ion Na+. Oleh kerana itu, kedua-dua
atom memperoleh konfigurasi elektron yang stabil.
Cl– dan Na+ dipegang bersama oleh daya elektrostatik .

Ikatan yang terbentuk daripada daya tarikan ini dinamakan Ikatan ion.

10
sifat -sifat ikatan ion
ikatan ion adalah tidak berarah (non-
directional).
kebanyakannya adalah kristal.

bersifat tegar ( rigid), keras, kuat, tetapi rapuh. ( sesuai dengan sifat
seramik) .

susunan geometrinya wujud dalam keadaan pepejal untuk mengekalkan


sifat neutral.

mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi disebabkan daya tarikan
elektrostatik yang kuat.

tidak mengkonduksi elektrik dalam keadaan pepejal tetapi mengkonduksi


elektrik dalam keadaan lebur atau larutan.

Larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik.

11
ikatan kovalen
terbentuk daripada perkongsian elektron valens antara
atom bukan logam dengan atom bukan logam untuk
mencapai konfigurasi elektron yang stabil.

perkongsian elektron ini membentuk molekul dwiatom.

terdapat perbezaan elektronegativiti yang kecil ( kerana


kedudukan atom bukan logam dalam Jadual Berkala yang dekat).

Penerangan

Atom hidrogen mempunyai satu elektron valens. Dua atom


hidrogen akan berkongsi dua elektron untuk mencapai
konfigurasi elektron yang stabil iaitu susunan elektron
duplet.

12
sifat-sifatikatan kovalen
sifat-sifat Ikatan Kovalen

secara semula jadi sebatian kovalen adalah sebatian terarah


(directional).

boleh wujud sebagai pepejal, cecair dan gas.

bersifat lembut dan mempunyai takat lebur dan takat didih yang
rendah.

penebat elektrik.

larut dalam pelarut tak berkutub seperti benzena dan karbon


tetraklorida tetapi tidak larut dalam air.

13
ikatanlogam
atom-atom dalam logam tersusun secara padat dan membentuk
kristal.

ikatan logam terbentuk apabila atom daripada unsur yang sama


atau berbeza melepaskan elektron valensnya dan elektron ini
tersebar di antara ruang yang ditempati oleh atom-atom logam
mengakibatkan pembentukan awan elektron.

elektron yang terikat longgar ini akan tertarik ke arah nukleus


(bercas positif) atom lain.

interaksi elektrostatik antara elektron dan kation logam ini


disebut ikatan logam.

14
ikatanlogam
oleh kerana elektron ini bebas tertarik kepada atom-atom yang n,
lai ini menyebabkan logam mempunyai sifat kekonduksian elektrik
dan kemuluran yang tinggi.

dalam ikatan logam, elektron dikongsi dengan lebih daripada satu


atom. Disebabkan ini, awan elektron tersebar di seluruh struktur kristal.
Ini menyebabkan ikatan logam tidak berarah (non-directional).

bilangan elektron yang dilepaskan atom logam untuk membentuk


awan dan ukuran kation menentukan kekuatan ikatan logam.

semakin banyak bilangan elektron valens yang dilepaskan, semakin


kuat ikatan logam dan semakin tinggi tenaga ikatannya. Semakin
tinggi takat lebur.

semakin kecil saiz kation, semakin tinggi tenaga ikatan logam.


Tenaga ikatan logam dan takat lebur bergantung kepada bilangan
elektron valens dan peratus ikatan logam.

15
sifat-sifatsebatianlogam
secara semula jadi adalah kristal.

konduktor elektrik yang baik.

mempunyai takat lebur dari tahap sederhana ke tinggi ( kerana


ikatan logam tidak terlalu kuat)

bersifat legap terhadap cahaya.

konduktor haba yang baik.

mempunyai daya pantulan dan kilauan yang tinggi.

mudah ditempa atau dibentuk.

16
2.1MENGHURAIKANJENISIKATAN
sekundER

Ikatan Sekunder

Ikatan Molekul berkutub-


Teraruh
(Pole
molecul
e-
Induced
Ikatan dwikutub teraruh Ikatan Dwikutub Tetap
bonding
(Induced dipole bonding) ( Permanent dipole bonding)
)
17
disebabkan oleh tarikan dwikutub elektrik
dalam atom atau molekul.

dwikutub bermaksud suatu molekul


mempunyai dua kutub iaitu kutub positif pada
satu hujung dan kutub negatif pada hujung

ikatan sekunder yang satu lagi.

ini bermakna atom atau molekul dwikutub


v Ikatan sekunder kekal (permanent mempunyai cas yang berbeza iaitu
mempunyai sedikit cas positif pada satu
v Ikatan sekunder turun naik hujung dan sedikit cas negatif pada hujung
(fluctuating) yang satu lagi.

ikatan sekunder tidak melibatkan sebarang


elektron valens.
ikatan hidrogen

merupakan ikatan dwikutub yang kuat dan ikatan


sekunder kekal.

ikatan hidrogen melibatkan suatu tarikan elektrostatik


separa antara suatu atom hidrogen (H) yang terikat
pada
atom yang lebih elektronegatif seperti nitrogen (N), oksigen
(O) atau fluorin (F), dengan satu atom berkutub yang
bersebelahan dengan sepasang elektron yang tunggal.

19
ikatan hidrogen
dalam molekul air, dua atom hidrogen yang mengelilingi
atom oksigen tidak diagih secara sekata . Perkongsian
elektron yang tidak sama di antara atom-atom ini dan
bentuk molekul yang tidak simetri mengakibatkan molekul
air mempunyai dua kutub iaitu kutub positif pada bahagian
hidrogen manakala kutub negatif pada bahagian oksigen.

Oleh itu molekul air merupakan sebatian polar berkutub


elektrik

20
ikatan hidrogen
atom hidrogen dan oksigen dalam molekul air terikat dengan
ikatan kovalen. Atom oksigen adalah lebih elektronegatif
daripada atom hidrogen.

oleh itu atom oksigen lebih cenderung menarik elektron


daripada molekul air bersebelahan berbanding dengan atom
hidrogen.

akibatnya, elektron-elektron ditarik lebih rapat ke arah atom


oksigen dalam molekul air.

21
ikatan dwikutub teraruh ( Induced dipole bonding)

dikenali sebagai dwikutub naik turun atau daya serakan London.

ikatan ini berlaku apabila agihan cas elektron dalam atom adalah
tidak sekata (asymmetrical distribution).

cas awan elektron berubah dengan masa.

22
ikatan dwikutub teraruh ( Induced dipole bonding)
Pada rajah 1 (b) dan Rajah 2 ditunjukkan agihan cas elektron
lebih kepada kutub negatif berbanding kutub positif.

Rajah 1(a) menunjukkan agihan cas elektron dalam atom


berkutub adalah sekata. Rajah 1 (a) Rajah 1 (b)

manakala pada Rajah 1(b) iaitu atom tak berkutub, agihan


cas elektron tertumpu pada satu bahagian kutub dan
tidak sekata.

disebabkan agihan yang tidak sekata ini, wujud tarikan di


antara kutub positif dan negatif antara dua atom Rajah 2
bersebelahan.

daya tarikan ini menghasilkan ikatan dwikutub teraruh.

23
Ikatan Dwikutub Kekal ( Permanent dipole bonding)

l daya tarikan yang lemah di antara molekul berkutub kekal.

ikatan dwikutub ini kekal dan tidak turun naik.

ini berlaku apabila dua atom dalam molekul mempunyai


keelektronegatifan yang berbeza misalnya molekul air
dan hidrogen klorida.

satu atom menarik elektron lebih daripada yang lain, menjadi lebih
negatif, manakala atom lain menjadi lebih positif.

ikatan kovalen yang membawa kepada pembentukan dwikutub kekal


dipanggil ikatan kovalen berkutub.

24
Ikatan Dwikutub Kekal ( Permanent dipole bonding)

Contoh: Molekul air

tarikan dwikutub kekal molekul air disebabkan oleh kecenderungan


oksigen untuk menarik elektron ke arahnya kerana oksigen lebih
elektronegatif daripada hidrogen.

elektron yang terdapat dalam molekul air tertarik ke bahagian


oksigen yang menyebabkan oksigen lebih bercas negatif
dan hidrogen bercas positif.

berlaku tarikan di antara oksigen molekul air yang bercas separa


negatif dengan hidrogen yang bercas separa positif daripada
molekul air yang bersebelahan.

25
Ikatan Dwikutub Kekal ( Permanent dipole bonding)

Contoh: Molekul hidrogen klorida

tarikan dwikutub kekal molekul hidrogen klorida disebabkan oleh


kecenderungan klorin untuk menarik elektron ke arahnya
kerana klorin lebih elektronegatif daripada hidrogen.

hujung kutub separa negatif pada atom klorin molekul hidrogen


klorida tertarik dengan hujung kutub separa positif pada
molekul hidrogen klorida yang satu lagi untuk menghasilkan
Ikatan dwikutub kekal.

26
Ikatan Molekul berkutub- Teraruh ( Pole molecule - Induced)

molekul berkutub boleh mengaruh dwikutub molekul tidak


berkutub yang bersebelahan dengan mengganggu konfigurasi
elektronnya.

ikatan akan terbentuk akibat daripada tarikan antara dua molekul


ini.

ikatan yang terbentuk adalah ikatan molekul Berkutub-Teraruh.

kekuatan daya tarikan bergantung kepada jarak molekul dan


kekutuban molekul tak berkutub.

27
Terima
kasih!
28

Anda mungkin juga menyukai