Anda di halaman 1dari 76

KPD 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN


PENTAKSIRAN 1
KULIAH 10:
PENDEKATAN PENGAJARAN
(TEACHING APPROACH)

DR. ABU BAKAR BIN MAMAT


PENGENALAN

 Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata


pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya.
 Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau
pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran .
 Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
 Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas
yang akan dijadikan prinsip.
 Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan
kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau
sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya
sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran.
…….Pengenalan

 Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus


dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih
dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

 Menurut pendapat Edward M. Anthony (1963),


pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik.
…….Pengenalan
Pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori
pembelajaran .
• Contohnya;
i. Konkrit kepada abstrak
ii. Mudah kepada kompleks
iii. Keseluruhan kepada bahagian
iv. Umum kepada spesifik (deduktif)
v. Spesifik kepada umum (induktif)
vi. Dekat kepada jauh
vii.Diketahui kepada belum diketahui

• Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar


tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.
• Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang
beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan objektifnya.
…….Pengenalan

• Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau


langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan
sesuatu tugas (cara sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektif jangka panjang).
• Terdapat beberapa pendekatan seperti:
i. Pendekatan induktif,
ii. Pendekatan deduktif,
iii. Pendekatan integratif,
iv. Pendekatan eklektik
v. Pendekatan tematik.
…….Pengenalan
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam
kelas.
i. Pendekatan induktif,
ii. Pendekatan deduktif,
iii.Pendekatan integratif,
a. Pendekatan Koperatif
b. Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu
c. Pendekatan Bermain Sambil Belajar
i. PENDEKATAN INDUKTIF

• Pendekatan Induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir


maklumat-maklumat serta membuat generalisasi dan kesimpulan.
• Mengikut B.Seaton. murid mengalami satu proses mental iaitu
mereka akan memerhati sesuatu peristiwa tertentu untuk
memperolehi satu generalisasi.
• Guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan beberapa
contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
• Murid dibimbing untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti dan
mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau kesimpulan.
• Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran
induktif.
……Pendekatan Induktif

• Kaedah inkuiri merupakan penemuan diamalkan apabila


mengajar subjek Sains.
• Hal ini dapat dilihat seperti berikut:
– Contoh khusus;
• ikan emas, udang, sotong berudu.
– Memerhati dan mengkaji:
• bernafas melalui insang
– Mentafsir dan membuat generalisasi:
• haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insang
untuk bernafas.
……Pendekatan Induktif

• Dalam pendekatan ini, pada akhirnya murid dikehendaki untuk


membuat rumusan dalam satu ayat tentang pemerhatian mereka.
• Dengan bimbingan guru, murid akan membuat rumusan bahawa
haiwan yang hidup di dalam air mempunyai insang untuk bernafas.
• Guru dapat mengakhiri pengajaran dengan mengambarkan
generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik atau gambar visual.
• Sekiranya murid belum menguasai apa-apa yang diajar, guru
seharusnya meminta murid menyatakan peraturan konsep dan
perkaitan -perkaitan yang diperolehi sepanjang tempuh
pembelajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.
……Pendekatan Induktif

Peringkat Pelaksanaan Cara Pelaksanaan

Peringkat 1: Menentukan objektif pelajaran


Perancangan Menyediakan contoh-contoh
Menyediakan soalan
Menyediakan alat bantu mengajar

Peringkat 2: Set induksi


Pendedahan Mengemukakan contoh-contoh
Memerhati contoh-contoh
Peringkat 3
Pembentukan konsep Mengenal pasti ciri-ciri
mentafsir diri-ciri Menganalisis ciri-ciri

Peringkat 4: Merumus ciri-ciri


Pembentukan kesimpulan Membuat generalisasi
Menerang fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teori

Peringkat 5: Membuat kesimpulan kognitif


Penutup Membuat kesimpulan sosial
Memberi aktiviti susulan
……Kebaikan pendekatan induktif

i. Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana


disertai dengan contoh-contoh yang munasabah.
ii. Murid-murid mempelajari melalui lisan, bacaan, dan
karangan yang tidak disampaikan sebagai tajuk
pelajaran yang berasingan.
iii. Bahan diterima secara tidak langsung dan dapat
digunakan secara praktik.
iv. Murid-murid mempelajari benda-benda yang berguna
dan biasa ditemui dalam bacaan dan karangan.
….Kebaikan pendekatan induktif

v. Guru mudah menyusun pelajaran mengikut prinsip-


prinsip kaedah kanak-kanak belajar, iaitu daripada yang
senang kepada susah.
vi. Murid-murid tidak perlu menghafal kerana contoh-
contoh yang diberi adalah jelas.
vii. Sesuai dengan kehendak ilmu pengajaran dan
pendidikan iaitu beberapa amatan menjadi satu
tanggapan.
2. PENDEKATAN DEDUKTIF
– Pendekatan deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid-murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam
dan mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, dan
peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi kepada
contoh-contoh khusus.
– Pendekatan ini selaras dengan teori Pembelajaran Gestalt.
– Pengajaran dijalankan dengan guru mengemukakan generalisasi
diikuti dengan contoh-contoh.
– Jenis-jenis pendekatan deduktif bertujuan seperti berikut:
i. Menyelesaikan masalah
ii. Membuat generalisasi baru
iii. Membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah
dipelajari
……Pendekatan Deduktif
• Di sekolah guru mengajar murid menaakul secara deduktif dan
induktif.
• Dari segi penaakulan deduktif , guru sering mengajukan kepada
murid dengan peraturan am dan membantu mereka mengenal pasti
contoh dan mengaplikasikan peraturan tadi. Dalam hal ini, dalam
mata pelajaran Sains Pertanian pun boleh dilaksanakan penaakulan
seperti guru ingin murid menyatakan apakah yang perlu kamu
pakai untuk berkebun.
• Pelajar akan menyatakannya serta memberi contoh dan berupaya
pula mengaplikasikannya apabila hendak berkebun. Ringkasnya
prestasi murid selepas memberi contoh itu membawa kepada
inferens bahawa murid telah menemui peraturan yang perlu untuk
menyelesaikan dan peraturan ini boleh digeneralisasikan kepada
situasi baru yang mempunyai kaitan yang sama.
Jenis-jenis pendekatan deduktif :
i. Menyelesaikan masalah:
• Contoh setelah murid mempelajari imbuhan BER- mereka
disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan
BER-
ii. Membuat generalisasi baru:
– Contohnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat
tapat, mereka dibimbing menggunakan rumus tersebut untuk
mendapatkan rumus luas segi tiga bersudut tegak.
iii. Membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah
dipelajari:
– Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut
bersebelahan atas garis lurus, mereka dibimbing menggunakan
teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam
sebuah segi tiga.
2. PENDEKATAN DEDUKTIF
Peringkat Pelaksanaan Cara Pelaksanaan
Peringkat 1:
Guru memulakan pelajaran dengan menyediakan murid
Pendedahan terlebih dahulu, kemudian memperkenalkan tajuk, tujuan
pengajaran dan isi pelajaran.

Peringkat 2: Guru menerangkan peraturan, rumus tata bahasa,


Mengemukakan menerangkan pengertian dan hukum yang tertentu.
generalisasi
Peringkat 3:  Pengajaran guru tertumpu kepada usaha menjelaskan
Menganalisis konsep generalisasi kepada murid.
 Guru mewujudkan pelbagai aktiviti.
Peringkat 4:
 Dijalankan dalam bentuk kumpulan.
Mencuba generalisasi
 Melihat kembali kebolehan murid menguasai kemahiran
tertentu.
 Guru membuat kesimpulan berdasarkan perkara-perkara
Peringkat 5: yang telah dipelajari.
Penutup  Guru memberikan aktiviti tambahan untuk
meningkatkan kefahaman.
…..Kelebihan Pendekatan Deduktif
• Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.

• Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat


banyak persediaan
• Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya,
guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran.
3. PENDEKATAN INTEGRATIF
• Pendekatan integratif bertujuan mewujudkan persekitaran
pengajaran yang merangsang murid-murid untuk menggunakan
kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik
yang berbeza-besa, menghargai unsur kepelbagaian, dan berusaha
secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama.

• Pendekatan ini membolehkan guru memberi fokus kepada


kandungan dan kemahiran berfikir.

• Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif berdasarkan


langkah Hilda Taba (1962).
……Pendekatan Integratif
• Jika guru menggunakan pendekatan integrative yang
mengabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan
teknik, murid-murid akan l;ebih mudah memahami perkara yang
disampaikan.
• Guru juga akan sentiasa berusaha mengintegrasi idea-idea baharu
dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid-
murid bertambah menjadi lebih berkesan dan berupaya
mengaplikasikan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
• Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah iaitu
murid dikehendaki untuk duduk dan dengar, pendekatan integratif
memerlukan murid untuk berfikir, mensintesis, dan memberi gerak
balas terhadap perkara yang diajar.
….Prinsip-prinsip pendekatan integratif
i. Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan murid.
ii. Penggunaan pembelajaran aktif.
iii. Peranan guru sebagai fasilitator.
iv. Keutamaan diberi kepada kemahiran asas.
v. Peluang untuk kerja berpasukan.
vi. Penggunaan teknologi dalam menyiapkan
tugasan/projek.
Fasa Cara Pelaksanaan
 Murid digalakkan untuk menghurai tentang ciri sesuatu
aspek yang dikaji. Contohnya guru meminta murid
Fasa 1: Menghurai menghuraikan ciri-ciri katak dan diikuti dengan kodok.

 Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan,


murid diminta untuk membuat perbandingan antara
Fasa 2: Membandingkan kedua-dua haiwan, iaitu katak dan kodok.

 Setelah mengenal pasti persamaan dan perbezaan katak


dengan kodok, murid diminta menerangkan dengan
Fasa 3: Menerangkan lebih terperinci tentang ciri-ciri katan dan kodok.

 Selepas menerangkan persamaan dan perbezaan, murid


Fasa 4: Hipotesis diminta membuat hipotesis.

 Murid diminta membuat rumusan tentang maklumat


Fasa 5 : Membuat yang dikumpulkan dan membantuk satu atau lebih
generalisasi generalisasi.
Pendekatan integratif,

a. Pendekatan Koperatif

b. Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

c. Pendekatan Bermain Sambil Belajar


a. Pendekatan Koperatif

• Pendekatan koperatif merupakan program yang


berstruktur yang menekankan penguasaan kemahiran,
konsep dan maklumat.

• Pendekatan pembelajaran koperatif memerlukan murid


bekerjasama ke atas setiap satu ahli dalam kumpulannya.

• Kaedah ini mensasarkan matlamat dan pencapaian


kumpulan yang hanya dapat dicapai jikalau semua ahli
dalam kumpulan itu belajar semua objektif yang diajar.
……Pendekatan Koperatif

• Ada tiga konsep yang berkait dengan pendekatan ini iaitu,


ganjaran kumpulan, kebertanggungjawaban individu, dan
peluang yang sama untuk berjaya.
• Melalui ini, kumpulan akan mendapat pengiktirafan jika
menunjukkan prestasi yang membanggakan. Oleh itu , ahli dalam
kumpulan bertanggungjawab membantu sesama mereka dalam
kumpulan demi untuk mengekalkan prestasi kumpulan mereka.
• Kaedah ini menunjukkan bahawa ganjaran kumpulan dan
kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk
menghasilkan pencapaian kemahiran asas (Slavin, 1983). Dalam
beberapa kajian, kesan atas pencapaian murid adalah meningkat
hasil daripada tanggungjawab individu dan matlamat kumpulan.
3. PENDEKATAN BERMAIN SAMBIL BELAJAR

• Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan


diri pelajar kepada pengalaman sebenar secara langsung,
terutamanya apabila mengajar konsep atau kemahiran.

• Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid


dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan
dapat memahami atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari
dengan berkesan dan bermakna kecuali diberi peluang
menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi
mereka dalam situasi bermasalah.

• Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan empati,


menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan
menganalisis situasi secara objektif.
….. Pendekatan Bermain Sambil Belajar
• Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang
dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya
diambil daripada kisah benar.
• Untuk kaedah ini digunakan dengan berkesan, 5 proses
asas harus diikuti iaitu:
i. Pengenalan dan kesediaan murid
ii. Mendefinisikan situasi dan peranan
iii. Menyediakan kelas untuk pemerhatian dan analisis
iv. Bimbingan
v. Analisis dan perbincangan
….. Pendekatan Bermain Sambil Belajar

i. Pengenalan dan Kesediaan Murid


– Murid berada dalam keadaan baik untuk belajar apabila
mendapati reaksinya terhadap situasi sebelum ini tidak
memuaskan.
– Maka dengan ini murid akan bermotivasi untuk mencuba cara
yang baru.
– Contohnya membentangkan situasi bermasalah dengan
beberapa cara bereaksi terhadapnya dan murid memilih cara
bereaksi jika dia terlibat dalam situasi itu. Lepas itu murid
dikehendaki menunjukkan empati atau yang boleh membina
perasaan empati. Misalnya, jika rakan kamu cedera selepas
menggunakan alatan tajam, apakah yang perlu kamu lakukan
dan bagaimana kamu menunjukkan tanda simpati dan cara
membantunya.
….. Pendekatan Bermain Sambil Belajar

2. Mendefinisikan Situasi dan Peranan


– Situasi dibentuk oleh murid dengan bimbingan guru.
– Namun dalam pendidikan khas, guru haruslah
membentuk situasi dan memberi arahan yang lebih jelas
supaya murid lebih memahami situasi serta dengan
bimbingan berterusan.
– Selepas pemilihan murid-murid yang terlibat, maka
mereka akan melakukan lakonan itu.
– Guru haruslah membantu murid mendapatkan
pengertian tentang masalah dan berasa selesa dalam
peranannya.
….. Pendekatan Bermain Sambil Belajar

3. Menyediakan Kelas untuk Pemerhatian dan Analisis


– Fasa ini melibatkan mengorientasikan murid yang
memerhati supaya mereka tahu tanggungjawab mereka
dan akan melibatkan diri secara aktif dalam
pengalaman pembelajaran.
– Kemudian murid diminta memberi pendapat tentang
isu yang dilakonkan.
….. Pendekatan Bermain Sambil Belajar

4. Bimbingan
– Guru membimbing murid khas dalam lakonan yang
ditentukan.
– Murid melakonkan watak contohnya pekebun sayur di
kebun sayurnya yang menghadapi masalah
dimusnahkan oleh haiwan ternakan.
– Pelajar dibimbing melakonkan setiap watak, pekebun,
tuan punya kebun, tuan punya haiwan dan watak lain.
….. Pendekatan Bermain Sambil Belajar

5. Analisis dan perbincangan


– Pada peringkat ini, guru dan murid membuat analisis
dan perbincangan tentang keseluruhan tema yang
dilakonkan dan mengeluarkan daya kreativiti
penyelesaian masalah secara spontan.
– Guru dan murid akan bersoal jawab tentangnya.
4. Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

 Pendekatan kumpulan bermaksud murid bekerja dalam kumpulan.


 Walaupun berkumpulan setiap murid mengekalkan individualitinya
dan dibantu untuk menyumbang idea kepada kumpulan.
 Setiap murid dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea
dan memberi sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja.
 Guru memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi murid
pendidikan khas.
 Guru haruslah memastikan murid boleh mengalami pembelajaran
bertujuan dan matlamat serta objektif kumpulan secara beransur dan
penilaian diadakan berterusan.
…….Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

 Guru mestilah berulang-ulang kali menyatakan objektif


kerja secara kumpulan, kelas dan individu. Ini supaya
murid memahami peranan dan akan meningkatkan
kerjasama untuk kejayaan kerja kumpulan.
 Pendekatan kumpulan sebagai satu kaedah pengajaran
membantu murid menjadi bebas serta yakin dan pada masa
yang sama belajar bahawa seseorang itu bergantung antara
satu sama lain. Ia sesuai sebagai satu cara untuk
mempertingkatkan penyesuaian sosial.
…….Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

 Pendekatan pengajaran kelas pula, guru akan berada di hadapan


kelas dan mengajar.
 Murid akan memberi perhatian, membuat tugasan atau menulis dan
lain-lain.
 Selepas itu, pelajaran baru bermula, guru akan bertanyakan
pelajaran lepas dan meneruskan dengan maklumat baru, memberi
sedikit kerja kelas, menekankan fakta penting, menyoal, memberi
tugasan untuk hari berikutnya, menjawab soalan murid dan
pelajaran berakhir.
 Apabila murid faham akan pelajarannya, maka penguasaan ilmu
mereka akan diuji melalui kerja-kerja latihan.
…….Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

 Pendekatan individu pula menekankan rancangan untuk


sesuatu pelajaran itu mengambil kira perbezaan murid.
 Setiap murid bekerja dengan bebas dan menerima bantuan
apabila mereka memerlukannya.
 Murid akan melalui pembelajaran mengikut kadar
kebolehannya.
 Jadual juga dirancang untuk mereka, tugasan akan disusun
supaya murid ini akan bekerja berterusan.
…….Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu
- Ada beberapa kaedah untuk pengajaran individu seperti:
i. Menggunakan panduan yang rancangannya ditulis
mengarah murid dalam pembelajarannya. Dalam
panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti yang
disusun mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu,
objektif pembelajaran tercapai. Dengan cara ini, murid
boleh membuat tugasan mengikut kadar kebolehannya.
Melalui kaedah ini, segala arahan dan tugasan sentiasa
ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu
dilakukan.
…….Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

ii. Bahan dan program juga merupakan kaedah yang


digunakan dalam pendekatan individu. Setiap langkah
mempunyai sedikit matlamat, disusuli dengan soalan
dan meminta respon daripada murid. Apabila murid
memberi respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan
yang betul yang memberi peneguhan kepada tindakan
murid tersebut. Maklumat baru, kemahiran, saranan
dan cadangan dimasukkan dalam program itu.
…….Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu

iii.Memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap


murid. Tugasan individu ini berbeza dari segi kuantiti
dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan murid.

iv. Menggunakan tahap kesukaran dalam program


pengajaran dan juga menggunakan tahap jangkaan
dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti murid.
Apabila murid diberikan tugasan mengikut tahap
kesukaran tertentu, maka setiap tahap itu menjadi tahap
jangkaannya. Murid itu diharap akan mencapai kualiti
dan kuantiti kerja yang dibentuk untuk tahap itu dan
kemajuannya dilapor secara berterusan.
PENDEKATAN EKLEKTIK
• Eklektik bermaksud bercampur.
• Pendekatan hasil gabungan kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif digunakan dalam proses pengajaran
Sains dan Matematik.
• Pendekatan ini menggunakan stratgei berpusatkan guru,
berpusatkan murid, berpusatkan bahan atau berpusatkan
tugasan.
• Lazimnya digunakan dalam aktiviti pemulihan dan
pengayaan.
• Tujuan pendekatan Eklektik adalah untuk menghasilkan
satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
seimbang.
……Pendekatan Eklektik
• Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1999), ciri-ciri
pendekatan eklektik adalah seperti berikut:
i. Menggunakan pelbagai kaedah.
ii. Menggalakkan daya usaha dan kretaviti guru.
iii.Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran.
iv. Menekankan penglibatan murid secara aktif.
v. Menekankan kemahiran kognitif.
iv. Pendekatan eklektik
a. Pendekatan Berasaskan Penyelidikan
(Research-Based Approaches)
b. Pendekatan Analisis Tugasan
(Task Analysis)
c. Pendekatan Kolaborasi
…..Kelebihan pendekatan eklektik
i. Memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberi
banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan
pemahaman murid.
ii. Murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka
dengan lebih mudah dan meyakinkan.
iii. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-
kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tersebut.
iv. Sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada
murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.
v. Pengajaran disampaiakn dengan menggabungkan
semua /sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke
dalam kaedah yang baharu.
5. PENDEKATAN BERASASKAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH-BASED APPROACHES)

• Meese (2001) dalam bukunya “Teaching Learners With


Mild Disabilities Intergrating Research and Practice”
2nd Edition, menyenaraikan 4 pendekatan berasaskan
penyelidikan, iaitu:
i. Pengajaran Secara Terus
ii. Pengajaran Strategi Kognitif
iii.Bimbingan Rakan Sebaya
iv.Pembelajaran Berasaskan Keadaan Sebenar
….. Pendekatan berasaskan penyelidikan
i. Pengajaran Secara Terus
– Pengajaran ini berprinsipkan penilaian secara berterusan dan
dibuat secara langsung dan menekankan kepada komponen-
komponen kemahiran tertentu dalam memberi tugasan kepada
murid.
– Ia juga berfokuskan kepada kecekapan guru pendidikan khas
dalam merealisasikan teknik pengajaran untuk membantu
meningkatkan pencapaian murid.
– Pendekatan ini telah diperkenalkan oleh Bereither dan
Engelmann (1996). Pengkaji ini telah menggunakan pengajaran
secara berstruktur dan pendekatan secara berulang-ulang dalam
mengajar kemahiran asas kepada pelajar.
– Antara kebaikan pendekatan ini ialah, ia jelas, pengajaran
dapat dijalankan dengan teratur, berfokuskan kepada
kemahiran tertentu sahaja, cepat dan sistematik serta dapat
memberi maklum balas yang baik kepada murid.
….. Pendekatan berasaskan penyelidikan

ii. Pengajaran Strategi Kognitif


– Murid khas dengan ketidakupayaan ringan merupakan murid
yang agak sukar untuk mengaplikasikan apa sahaja kemahiran
dan tingkah laku yang dipelajari di dalam kelas ke dalam situasi
baru atau aktiviti di luar kelas.

– Oleh itu, dengan adanya gabungan strategi pengajaran seperti


modifikasi tingkah laku kognitif, strategi pengajaran dan
pembelajaran dan strategi pengajaran metakognitif dapatlah
membantu murid memberi tumpuan, tujuan, memilih strategi
yang sesuai dan efektif dalam menjalankan tugas dan dapat
mengawal perkembangan individu.
….. Pendekatan berasaskan penyelidikan

iii. Bimbingan Rakan Sebaya


– Penglibatan rakan sebaya adalah amat penting dalam
mempengaruhi pembelajaran murid khas di dalam kelas.
– Ia juga dapat meningkatkan pencapaian murid dengan
memaksimumkan masa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akademik.
– Apa yang penting adalah interaksi antara mereka dalam
menjalankan tugas seperti mewujudkan kerjasama antara
mereka.
– Guru akan memainkan peranan sebagai perancang, melatih
murid untuk berkongsi dengan rakan-rakan sebaya agar dapat
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
….. Pendekatan berasaskan penyelidikan

iv. Pembelajaran Berasaskan Keadaan Sebenar


– Pendekatan ini akan dapat membantu murid dengan
ketidakupayaan ringan mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari dalam masalah yang dihadapi dalam keadaan
sebenar atau aktiviti luar kelas seperti perkebunan.
– Murid akan lebih bersedia untuk menghadapi keadaan
sebenar apabila murid tersebut telah didedahkan
dengan pembelajaran yang berbentuk pengalaman
sebenar yang akan berlaku di luar kelas apabila proses
pengajaran pembelajaran dijalankan di dalam kelas.
6. PENDEKATAN ANALISIS TUGASAN
(TASK ANALYSIS)

• Analisis tugasan sering digunakan dalam pendidikan


khas.
• Ia boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang
melibatkan satu kemahiran tertentu atau objektif am
dipecahkan pada langkah-langlah urutan yang kecil.
• Analisis tugasan dapat membantu pemahaman dan
meningkatkan penguasaan kemahiran murid khas secara
beransur-ansur.
……Pendekatan Analisis Tugasan (Task Analysis)
• Dalam pelaksanaan pengajaran analisis tugasan boleh
diamalkan pada setiap kemahiran mata pelajaran lain.
Analisis tugasan adalah perincian tentang sesuatu tugasan
atau aktiviti.
• Tujuannya untuk menstruktur sesuatu aktiviti perlakuan
itu dari mula hingga akhir, dan akhirnya murid dapat
melakukannya satu persatu hinggalah menguasainya.

• Contoh, dalam kemahiran mengenal fungsi alatan


perkebunan seperti cara menggunakan cangkul, analisis
tugasan dibuat supaya murid tahu cara-cara menggunakan
cangkul dan alatan lain.
……Pendekatan Analisis Tugasan (Task Analysis)

• Secara keseluruhan, pendekatan yang efektif untuk proses


pengajaran dan pembelajaran murid khas adalah seperti berikut:
i. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan secara terus
dan berterusan dari hari ke hari.
ii. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah jelas dan
terancang serta diajar dengan teratur.
iii.Proses pengajaran hendaklah disertakan dengan contoh yang
bersesuaian dan jelas serta mudah pula difahami murid.
• Maklum balas mengenai pengajaran dan pembelajaran baik daripada
murid kepada guru ataupun guru kepada murid hendaklah jelas
untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik
lagi.
……Pendekatan Analisis Tugasan (Task Analysis)
• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengulangan
konsep-konsep penting hendaklah dijalankan agar murid
lebih memahami apa yang telah dipelajari.
• Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna
kepada murid serta dapat diaplikasikan di dalam
kehidupan seharian.
• Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi
penekanan kepada strategi mengingati fakta-fakta.
• Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah juga
berfokuskan kepada memodifikasikannya kepada
pekerjaan.
……Pendekatan Analisis Tugasan (Task Analysis)
• Bagi pendekatan yang melibatkan perancangan
berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
yang paling berkesan adalah melibatkan pendekatan
seperti berikut:
i. Bimbingan Rakan Sebaya
ii. Pembelajaran Koperatif
iii.Pembelajaran Kolaboratif
iv. Kumpulan Berdasarkan Kemahiran dan Keperluan
……Pendekatan Analisis Tugasan (Task Analysis)
i. Bimbingan Rakan Sebaya
Rakan sebaya akan sama-sama membantu guru
dalam membantu rakan lain. Ini akan dapat
memberi pendedahan kepada murid-murid dalam
bersosialisasi antara mereka.

ii. Pembelajaran Koperatif


Pembelajaran koperatif yang berprinsipkan
pengajaran secara berkumpulan dapat membantu

murid bekerjasama dalam kumpulan masing-


masing. Ia lebih berfungsi kepada kumpulan yang
kecil jumlah ahlinya.
……Pendekatan Analisis Tugasan (Task Analysis)

iii. Pembelajaran Kolaboratif


Pembelajaran ini melibatkan guru pendidikan khas dan guru
kelas biasa bekerjasama secara berpasangan untuk
merancang dan seterusnya melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

iv. Kumpulan Berdasarkan Kemahiran dan Keperluan


Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang pakar dalam
bidang masing-masing dan mengikut keperluan murid.
Mereka ini juga akan memberi khidmat yang diperlukan
kepada murid-murid.
v. Pendekatan tematik.
a. Pendekatan Pengajaran Bertema
b. Pendekatan Visualisasi
PENDEKATAN TEMATIK
• Pendekatan tematik lazimnya digunakan dlm kebanyakan program
pendidikan awal kanak-kanak.

• Pendekatan ini digunakan dgn merujuk kpd tema yg terkandung


dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan.Tema akan disusun
mengikut perkara @ isu yg biasa.

• Pendekatan bertema merujuk kpd tema @ topik yg dipilih


bersesuaian dgn masa, tempat, minat, latar belakang & tahap
perkembangan murid.

• Ini meliputi penggunaan satu tema umum merentasi bidang


pembelajaran. Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid,
situasi tertentu @ peristiwa semasa.

• Saling berkaitan dgn pengalaman sedia ada & pengalaman baru yg


diperolehi secara tersusun & sistematik.
……Pendekatan Tematik
• Contoh dlm pengajaran prasekolah, tema akan disusun mengikut
perkara @ isu biasa spt keluarga saya kpd yg kurang biasa seperti
adat resam kaum di Malaysia.

• Pengajaran menggunakan tema disampaikan melalui konsep yg lbh


besar. Satu-satu tema dipecahkan kepada beberapa komponen kecil.
Tema dipecahkan kpd sub topik utk perbincangan sama ada dlm
kumpulan pelbagai kebolehan @ kumpulan sama kebolehan.

• Pendekatan secara bertema ini membolehkan murid menganalisis,


membuat generalisasi & mengaplikasikan pengetahuan.

• Penggabungan pelbagai idea yg berkaitan dgn satu konsep yg lebih


meluas @ tema membolehkan murid menyatukan pelbagai fakta.
Prinsip pengajaran secara tematik
i. Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta
pengalaman murid.
ii. Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.
iii. Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
iv. Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti
perkembangan topik dengan lancar.
v. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus
merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Pengabungan jalinan
bertujuan menyumbang kepada aspek JERIS.
vi. Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan
idea yang banyak dan pelbagai.
……Pendekatan Tematik

Peringkat Pelaksanaan Cara Pelaksanaan

 Tema perlu cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada


Pilih satu tema banyak bidang bagi sesuatu mata pelajaran

 Membuat sumbang saran untuk membina carta atau peta


sistematik yang meneroka pelbagai contoh timbulnya tema.
Bina jaringan perancangan  Membuat jaringan bersama rakan untuk menghasilkan
pemikiran divergen.

Pilih bahan  Perancangan bertuuan menyediakan bahan yang banyak.


Contoh bahan seni, sastera, masyarakat, dan teknologi.

 Memilih dan mereka bentuk aktiviti yang sesuai dengan


tema.
 Menggunakan bahan-bahan yang anyak dan menggalakkan
Rancang aktiviti peningkatan prestasi murid ke arah pencapaian matlamat
pembelajaran.
…..Kebaikan pendekatan tematik
i. Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran murid.
ii. Motivasi murid dapat ditingkatkan dan diperbaiki.
iii. Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga
hasil pembelajaran dapat bertahan lebih lama.
7. PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA
• Pendekatan pengajaran bertema (Jabatan Pendidikan Khas 2005)
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid
pendidikan khas.
• Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran
murid.
• Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut:
i. penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran
ii. pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi
tertentu atau peristiwa semasa
iii.saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman
baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik
iv. peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
v. pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan
umum kepada yang lebih spesifik
….. Pendekatan Pengajaran Bertema

Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:


i. kesesuaian dengan kehidupan murid
ii. peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti
kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira,
penggunaan komputer dan lain-lain.
iii.kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat
membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah
iv. sumber yang mudah didapati
v. mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan
pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid
….. Pendekatan Pengajaran Bertema

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam pendekatan


pengajaran dan pembelajaran bertema:
i. sumbang saran berdasarkan topik oleh murid
ii. kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk
membantu murid mempercayai isi kandungan dan
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks
yang bermakna
iii.mencipta peta minda untuk tema
iv.merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
v. iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana
yang kondusif dan berkaitan dengan tema
8. PENDEKATAN VISUALAIS

 Pendekatan visualais (Jabatan Pendidikan Khas 2005)


merupakan pendekatan yang lebih bermakna dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran.
 Murid akan dapat melihat dengan jelas dan lebih
memahami tatacara gerak kerja sesuatu kemahiran itu
diajar atau ditunjukkan .
 Pendekatan ini merangsang murid ingin mencuba dan
melaksanakannya kepada semua aspek pengajaran dan
pembelajaran yang terdapat dalam semua bidang
khususnya bidang pravokasional.
8. PENDEKATAN VISUALISASI

 Keperluan pelaksanaan pendekatan visualis ini ialah guru perlu


menyedari bahawa murid mempunyai penglihatan yang baik dan
kebolehan tahap pengamatan mereka berbeza; murid lebih
memahami dengan cara menunjukkan cara sesuatu kemahiran itu
diajar; dan murid lebih terangsang dan faham dengan
menampakkan sesuatu langkah kerja itu dilakukan.

 Prinsip pendekatan visualisasi ini ialah sebarang bentuk paparan


yang hendak ditunjukkan hendaklah jelas dan tidak mengelirukan,
jaraknya yang hampir dengan murid, diterangkan dengan jelas dan
jika perlu dilakukan berulang-ulang dan cahaya yang cukup terang
serta bentuk paparan itu dengan memilih warna yang sesuai.
…..Pendekatan Visualisasi

Ciri-ciri pendekatan visualisasi ini ialah:


i. hasil pembelajaran perlu ditentukan
ii. aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus
iii.aktiviti pembelajaran disusun mengikut urutan dari yang mudah
kepada yang lebih kompleks
iv. bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap
penguasaan murid dan berkaitan dengan kemahiran yang
dipelajari
v. sesuatu kemahiran itu diajar dengan kaedah tunjuk cara yang
boleh dilihat oleh mereka
vi.murid lebih faham dan mudah mengikut apa yang dipaparkan
kepada mereka
9. PENDEKATAN KOLABORASI

 Pendekatan kolaborasi dalam pengajaran dan


pembelajaran pendidikan khas boleh dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu:
i. Latihan kemahiran kerja,
ii. Bengkel terlindung,
iii.Pelbagai kaedah terapi dan
iv. Aktiviti luar bilik darjah.
…….Pendekatan Kolaborasi

i. Latihan Kemahiran Kerja


– Latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
– Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi kemahiran
kendiri, komunikasi, sosialisasi, dan kemahiran asas berkaitan
pekerjaan dalam kehidupan.
…….Pendekatan Kolaborasi

i. Latihan Kemahiran Kerja


Latihan kemahiran kerja boleh dibahagikan kepada tiga
bentuk iaitu:
a.Latihan Dalaman (Berbentuk Projek)
b.Latihan Kerja yang Melibatkan Pihak Luar atau
Kerja Luar
c.Latihan Kerja Sebenar
…….Pendekatan Kolaborasi
a.Latihan Dalaman (Berbentuk Projek)
– Guru melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang
telah dirancang dengan baik .
– Contohnya;
• perkebunan dan penjualan hasil tanaman
• aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat
aiskrim, biskut, kek, dan lain –lain
• memelihara ikan , burung dan lain-lain
…….Pendekatan Kolaborasi
b. Latihan Kerja yang Melibatkat Pihak Luar atau
Kerja Luar
- Guru mendapatkan barangan dari luar (kilang) untuk
pembungkusan (assemble) dalam waktu
persekolahan atau membuat barangan yang tertentu,
contohnya hasil kraftangan murid seperti batik, bunga telur
dan lain-lain untuk dijual
c. Latihan Kerja Sebenar
– Latihan kerja sebenar ialah usaha mewujudkan situasi
sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci
kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah.
Pelajar-pelajar dihantar bekerja di tempat sebenar dan
pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.
…….Pendekatan Kolaborasi

ii. Bengkel Terlindung


 Fungsi bengkel terlindung adalah untuk memberi pengalaman,
latihan, penilaian, dan pekerjaan kepada individu yang
berkeperluan khas.
 Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di bawah
pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan
agensi yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya.
 Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil pengeluaran
tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu,
menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi
kemahiran interpersonal.
…….Pendekatan Kolaborasi
ii. Bengkel Terlindung

Di bengkel terlindung perlu ada:


– penilaian kemahiran vokasional
– latihan kerja secara umum atau khusus
– memberi peluang latihan kepada individu yang
berkeperluan khas
– peluang untuk berekreasi
– perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa
hadapan
– bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat
pekerjaan lain
…….Pendekatan Kolaborasi

iii. Aktiviti Luar Bilik Darjah


• Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk
memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar;
a. Rekreasi
b. Bersosialisasi dan berkomunikasi
c. Aktiviti yang menggembirakan
d. Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
e. Aktiviti bebas dan terancang
f. Meningkatkan aktiviti kemahiran vokasional
…….Pendekatan Kolaborasi

iii. Aktiviti Luar Bilik Darjah


• Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti
rekreasi yang melibatkan:
a. lawatan
b. motivasi
c. perkhemahan
d. perkelahan
e. berkuda
f. berenang
g. aktiviti jual beli
h. lawatan sosial
i. kraftangan
j. latihan industri
TERIMA KASIH!!!

Anda mungkin juga menyukai