Anda di halaman 1dari 45

PENDEKATAN DAN STRATEGI

pengajaran dan
pembelajaran
PENDEKATAN STRATEGI
• Cara mengajar berdasarkan objektif • Kebijaksanaan memilih pendekatan,
pelajaran yang telah ditentukan. kaedah dan teknik pengajaran.
• Harus berlandaskan teori, prinsip atau berdasarkan objektif pengajaran.
model tertentu. • Lebih mengambil kira objektif jangka
• Beraksiomatik iaitu kenyataannya panjang.
dianggap benar tanpa memerlukan • Mengambil kira segala aspek
bukti atau alasan. pembelajaran termasuk pemilihan
• Mendukung sesuatu teori. bahan, masa dan sebagainya.

KAEDAH TEKNIK
• Siri tindakan guru yang sistematik • Merujuk kemahiran guru mengelola
bertujuan mencapai objektif dan melaksanakan kaedah mengajar
pengajaran yang telah ditetapkan. yang telah dilaksanakan.
• Lebih bercorak jangka pendek. • Pengendalian yang benar-benar
• Merupakan usaha keseluruhan terdiri berlaku di dalam bilik darjah.
daripada prosedur tersusun • Digunakan dalam langkah pengajaran.
berdasarkan pendekatan yang dipilih. • Perlu mengambil kira faktor latar
• Mendukung pendekatan dipilih. belakang pelajar dalam menentukan
teknik yang dipilih.

Sumber: Hashim, Yaakob & Ahmad, 2007


KAITAN ANTARA PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Pendekatan

Strategi
Teori pembelajaran Kaedah
pengajaran

Teknik
Sumber: Hashim, Yaakob & Ahmad, 2007

Pendekatan
Teori Strategi
pembelajaran pengajaran

Kaedah

Teknik

Aktiviti
Sumber: Mok Soon Sang, 1996
PENDEKATAN INDUKTIF

• Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-


maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.
• Pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar mengalami
satu proses mental iaitu mereka akan memerhati sesuatu
peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi.
• Guru memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak
mungkin contoh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang
sama sehingga pelajar dapat membuat kesimpulan.
• Murid dibimbing untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti dan
mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau
kesimpulan.
• Mata pelajaran matematik, bahasa dan sains banyak
menggunakan pengajaran induktif.
Memerhati, mengkaji,
Contoh-contoh mengenal pasti Membuat
khusus mentafsir generalisasi

Ikan emas, Haiwan hidup dalam air


Bernafas melalui mempunyai insang
udang, kerang,
insang untuk bernafas
sotong, berudu

PROSES
• Kaedah inkuiri merupakan penemuan diamalkan
PENDEKATAN apabila mengajar subjek Sains.
INDUKTIF
PENDEKATAN INDUKTIF

CONTOH PENGAJARAN

Contoh 1
2x3=6
3x2=6

2x3=3x2
Contoh 2 3x4=4x3 axb=bxa
3 x 4 = 12 4x5=5x4
4 x 3 = 12

Contoh 3
4 x 5 = 20
5 x 4 = 20
7
Jenis Pendekatan Induktif

1. Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu.


 Mencari ciri segi tiga yang sama daripada pelbagai jenis segi tiga.

2. Membentuk satu prinsip daripada uji kaji tertentu.


 Mendapat prinsip graviti daripada uji kaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

3. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu.


 Mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayat-ayat
bahasa.

4. Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif.


 Mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segi tiga untuk
mendapat teorem hasil tambah sudut segi tiga.

5. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran.


 Memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
Prinsip Pendekatan Induktif

1. Guru harus menyediakan contoh-contoh yang bersesuaian sebelum memulakan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran (PdP).
2. Guru tidak harus memberi keterangan/menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan. Pelajar harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk
mendapatkan kesimpulan diri sendiri.
3. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri-ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan pelajar mengenal pastinya.
4. Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
5. Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, pelajar juga digalakkan
memberi contoh-contoh yang serupa.
6. Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekali gus, tetapi seelok-eloknya
disampaikan satu demi satu (menarik perhatian serta membolehkan pelajar mengenal
pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah lagi).
7. ABBM harus disediakan untuk membantu pelajar mendapatkan kesimpulan yang
berkenaan.
8. Aktiviti pembelajaran harus melibatkan penggunaan deria-deria pelajar, khasnya
penglihatan, pendengaran, hidu & sentuh.
9. Proses PdP harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik
kepada umum.
Langkah Strategi Pengajaran dengan
Penggunaan Pendekatan Induktif
Menentukan objektif pelajaran.
Peringkat I Menyediakan contoh-contoh.
Perancangan Menyediakan soalan-soalan.
Menyediakan alat bahan bantu mengajar.
Set induksi.
Peringkat II
Mengemukakan contoh-contoh khusus.
Pendedahan
Memerhati contoh-contoh khusus.

Peringkat III Mengenal pasti ciri-ciri.


Pembentukan konsep
(mentafsir ciri-ciri) Menganalisis ciri-ciri.

Merumuskan ciri-ciri.
Peringkat IV
Membuat generalisasi.
Pembentukan kesimpulan
Menerangkan fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teori/teorem.

Membuat kesimpulan kognitif.


Peringkat V
Membuat kesimpulan sosial.
Penutup
Memberi aktiviti susulan.
Contoh pengajaran menggunakan pendekatan induktif sebagai
strategi pengajaran dan pembelajaran
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Tajuk: Imbuhan “ter”
ABBM: Kad-kad ayat yang memakai imbuhan “ter”.
Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
1. Menyatakan fungsi imbuhan “ter” yang membawa maksud tidak sengaja secara lisan.
2. Memberi sekurang-kurangnya satu contoh ayat dengan menggunakan imbuhan “ter” dengan betul.
Langkah Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
I Guru meletakkan kad-kad ayat satu demi satu pada carta poket Pelajar membaca ayat-ayat daripada kad-
Set Induksi • Amin termakan racun. kad ayat yang ditunjukkan.
(Pendedahan) • Abu terpijak sekeping kaca.
• Ali terambil buku Mat.
• Kereta terlanggar seekor kerbau.
II Guru mengemukakan soalan-soalan berikut: Pelajar menjawab soalan guru
(Pembentukan • Adakah Amin hendak makan racun? • Tidak
Konsep) • Adakah Abu sengaja pijak kaca? • Tidak sengaja
• Adakah Ali sedar ambil buku Mat? • Tidak sedar
• Adakah kereta itu sengaja melanggar seekor kerbau? • Tidak sengaja
III • Pelajar telah faham maksud termakan, terpijak, terambil dan • “Cikgu, “ter” membawa maksud tidak
(Pembentukan terlanggar. Apakah maksud “ter” dalam perkataan makan, pijak, sengaja atau tidak sedar”.
Kesimpulan) ambil dan langgar. • “Imbuhan “ter” di sini membawa
• “Bolehkah pelajar menerangkan maksud imbuhan “ter” dalam maksud tidak sengaja”.
perkataan-perkataan perbuatan itu?”
IV • Guru mempamerkan kad kenyataan yang menerangkan maksud • Pelajar membaca kesimpulan dalam
Penutup imbuhan “ter”. kad kenyataan.
(Pembentukan • Kemudian, guru menyuruh pelajar membacanya dan memberi • Pelajar memberi contoh ayat yang
Pengukuhan) beberapa contoh ayat yang mengandungi imbuhan “ter”. mengandungi imbuhan “ter”.
Kebaikan Pendekatan Induktif

1. Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana disertai dengan contoh-
contoh yang munasabah.
2. Murid-murid mempelajari melalui lisan, bacaan, dan karangan yang tidak
disampaikan sebagai tajuk pelajaran yang berasingan.
3. Bahan diterima secara tidak langsung dan dapat digunakan secara praktik.
4. Murid-murid mempelajari benda-benda yang berguna dan biasa ditemui dalam
bacaan dan karangan.
5. Guru mudah menyusun pelajaran mengikut prinsip-prinsip kaedah kanak-kanak
belajar, iaitu daripada yang senang kepada lebih susah.
6. Murid-murid tidak perlu menghafal kerana contoh-contoh yang diberi adalah
jelas.
7. Sesuai dengan kehendak ilmu pengajaran dan pendidikan iaitu beberapa amatan
menjadi satu tanggapan.
PENDEKATAN DEDUKTIF

• Merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana pelajar perlu memperoleh


kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum,
teorem dan peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan
kepada contoh-contoh khusus.
• Selaras dengan teori Pembelajaran Gestalt.
• Pengajaran dijalankan dengan guru mengemukakan generalisasi diikuti dengan
contoh-contoh.
• Cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus/teori yang sudah
diketahui umum.
• Seterusnya pelajar akan menganalisis rumus yang didedahkan melalui contoh.
• Guru memberitahu objektif/hasil pembelajaran kepada pelajar pada awal
pengajaran.
• Selepas itu, pelajar dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri tertentu yang
berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah/membuat kesimpulan
baharu.
PROSES PENDEKATAN DEDUKTIF

Aplikasi rumus,
prinsip, teorem
Rumus, prinsip atau hukum.
atau hukum yang Kaedah Deduktif
telah diketahui
Mendapatkan rumus,
prinsip teorem atau
hukum yang baharu.
Jenis Pendekatan Deduktif
1. Penyelesaian masalah.
 Setelah pelajar mempelajari fungsi imbuhan ‘ber’, mereka disuruh membuat
beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ber’.

2. Membentuk generalisasi baharu.


 Setelah pelajar mempelajari rumus segi empat tepat, mereka dibimbing
menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segi tiga bersudut tegak.

Bahagi luas (L)


Rumus luas (L)
Rumus luas (L) segiempat tepat
segitiga
segiempat tepat kepada dua
bersudut tegak.
yang diketahui. bahagian yang
L=pxl
sama
L=pxl l 2
l L=pxl

P l 2 P
P
3. Membuktikan hipotesis.
 Selepas pelajar mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis
lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil
tambah tiga sudut dalam sebuah segi tiga ialah 180o

a a

b c b c

Hipotesis Gunting mengikut


garis putus
a + b + c = 180o

b
c a
Membuktikan hipotesis
hasil tambah tiga
sudut dalaman
segi tiga ialah 180o Menggunakan teorem yang
diketahui: a + b + c = 180o
(bersebelahan pada
garis lurus)
Prinsip Pendekatan Deduktif
1. Pada peringkat permulaan, masalah/ hipotesis baru didedahkan terlebih dahulu.
2. Pelajar harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem/
teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah/ hipotesis yang telah
didedahkan.
3. Generalisasi, prinsip/teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah/
membuktikan hipotesis diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.
4. Haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.

Pendedahan Pemilihan generalisasi, prinsip,


Menyelesaikan masalah/
masalah/ hukum/ teorem yang telah
membuktikan hipotesis
hipotesis diketahui

5. Proses menyelesaikan masalah/ membuktikan hipotesis tidak terhad kepada


menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus, hukum atau teori yang telah
dipelajari.
6. Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau
menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing pelajar melalui
aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah
sendiri.
Langkah Strategi Pengajaran dengan
Pendekatan Deduktif
Menentukan objektif pelajaran.
Peringkat I Menyediakan masalah/hipotesis.
Perancangan Menyediakan generalisasi/prinsip/teori.
Menyediakan alat bahan bantu mengajar.
Mengemukakan masalah/hipotesis.
Peringkat II
Mengingat kembali generalisasi/prinsip/teori yang berkaitan.
Pendedahan
Menghuraikan konsep generalisasi/prinsip/teori yang diketahui.
Mengaitkan masalah/hipotesis dengan
Peringkat III generalisasi/prinsip/teori yang diketahui.
Aplikasi
Mengaplikasikan generalisasi/prinsip/teori pada masalah
yang dikemukakan.
Membuktikan hipotesis.
Peringkat IV
Membentuk kesimpulan baru.
Pembentukan kesimpulan
Menerangkan kesimpulan baru.

Membuat kesimpulan kognitif.


Peringkat V
Membuat kesimpulan sosial.
Penutup (Pengukuhan)
Memberi aktiviti susulan.
Contoh pengajaran menggunakan pendekatan deduktif sebagai
strategi pengajaran dan pembelajaran
Mata pelajaran: Sains
Tajuk: Ciri-ciri Haiwan
ABBM: Kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang mempunyai sayap.
Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat membentuk generalisasi baru berdasarkan
generalisasi yang diketahui secara lisan.
Langkah Strategi Pengajaran-Pembelajaran
Peringkat Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
I • Guru meletakkan kad-kad gambar (kelawar, burung merpati dan • Pelajar disuruh mengenal pasti dan
Set Induksi kupu-kupu) satu demi satu pada carta poket menyebut nama-nama haiwan-haiwan itu.
(Pendedahan) • Guru membimbing pelajar dengan soalan: • Pelajar menjawab:
― “Mengapakah haiwan-haiwan ini boleh terbang?” ― “Ia ada sayap”
― “Apakah kesimpulan terhadap haiwan yang ada sayap?” ― “Haiwan yang ada sayap boleh
― “Apakah semua haiwan yang ada sayap boleh terbang?” terbang”
― “Ya/tidak”.
II • Guru menunjukkan kad-kad gambar angsa, itik dan burung unta. • Pelajar disuruh mengenal pasti dan
Aplikasi • Guru kemudian membimbing pelajar dengan aktiviti soal jawab menyebut nama-nama haiwan itu.
hingga mereka membentuk generalisasi baru. • Pelajar menjawab soalan guru sehingga
mereka boleh merumuskan bahawa
“Bukan semua haiwan yang ada sayap
boleh terbang”
III Guru membimbing pelajar membuat generalisasi baru melalui aktiviti Pelajar akhirnya boleh menyebut dan
Pembentukan soal jawab menerangkan bahawa “Haiwan yang ada
Kesimpulan sayap dan badannya ringan boleh terbang”.

IV • Guru menyuruh pelajar sebut 4 haiwan yang boleh terbang dan 4 • Pelajar memberi contoh-contoh haiwan
Penutup haiwan yang ada sayap tetapi tidak boleh terbang. bersayap yang boleh terbang dan yang
(Pengukuhan) • Guru membimbing pelajar menjalankan aktiviti pengukuhan. tidak boleh terbang.
• Pelajar merekod dan melukis haiwan-
haiwan itu dalam buku nota.
• Cara yang mudah untuk
menyampaikan isi pelajaran.
• Menjimatkan masa dan tenaga
Kelebihan serta tidak perlu membuat
banyak persediaan.
Pendekatan • Pendekatan ini sesuai digunakan
kerana secara tradisinya , guru
Deduktif patut memberikan penerangan
sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran.
PENDEKATAN EKLEKTIK
• Bermaksud bercampur – penggunaan/ pemilihan yang tidak terbatas
kepada satu sumber.
• Gabungan pendekatan (induktif dan deduktif) yang digunakan sebagai
strategi pengajaran untuk melaksanakan aktiviti PdP dalam kelas.
• Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik untuk mengajar
rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem sains/ matematik.
• Contoh Sains: Mengajar konsep vertebrata

Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif

Ikan
Aplikasi
Kucing Itik
Bertulang
vertebrata Ayam
Katak Belakang
Kambing
Cicak Burung
• Pendekatan eklektik juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran
untuk aktiviti kumpulan terutamanya semasa melaksanakan aktiviti
pemulihan dan pengayaan secara serentak.
• Guru menggunakan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang
menjalankan aktiviti pengayaan dan strategi pemusatan guru untuk
kumpulan yang menjalankan aktiviti pemulihan.

Strategi
Pengajaran
Kumpulan

Pendekatan
Pendekatan
Pemusatan
Pemusatan Guru
Bahan

Aktiviti Aktiviti
Pemulihan Pengayaan
Menggunakan strategi berpusatkan
guru , berpusatkan murid, berpusatkan
bahan atau berpusatkan tugasan.

Tujuan pendekatan Eklektik adalah


untuk menghasilkan satu

PENDEKATAN
strategi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih seimbang.

EKLEKTIK Menurut Kamarudin dan Siti Hajar


(1999), ciri-ciri pendekatan eklektik
adalah seperti berikut:

• Menggunakan pelbagai kaedah.


• Menggalakkan daya usaha dan kreativiti guru.
• Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran.
• Menekankan penglibatan murid secara aktif.
• Menekankan kemahiran kognitif.
Kelebihan Pendekatan Eklektik

Memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberi banyak contoh dan


penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid.

Murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih


mudah dan meyakinkan.

Secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang


terdapat dalam pendekatan tersebut.

Sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada murid-murid yang


mempunyai pelbagai kebolehan.

Pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua /sebahagian


daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu.;
PENDEKATAN TEMATIK
• Tema boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang
dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian.
• Di peringkat sekolah, sering digunakan dalam pelajaran Bahasa, Pendidikan
Seni, Sejarah dan Pendidikan Moral.
• Berkaitan rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, terutamanya
kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
• Amat sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti
kumpulan (Lawrence Manian, 1983).
• Dilaksanakan dengan 3 cara:
Tema dipecahkan kepada beberapa Tema yang sama diberikan dan Tema yang berbeza tetapi saling
sub topik dan dibincangkan oleh dibincangkan oleh murid-murid lengkap-melengkapi diberikan dan
murid dalam kumpulan cerdas, dalam kumpulan pelbagai dibincangkan dalam kumpulan
sederhana dan lambat masing- kebolehan. pelbagai kebolehan.
masing.
• Pendidikan secara bertema ini membolehkan pelajar menganalisis,
membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan dengan satu konsep yang
lebih meluas atau tema membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta.
• Prinsip pengajaran secara tematik:
1. Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta
pengalaman murid.
2. Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.
3. Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
4. Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti
perkembangan topik dengan lancar.
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus
merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Penggabungan jalinan
bertujuan menyumbang kepada aspek JERIS.
6. Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan
idea yang banyak dan pelbagai.
Peringkat Pelaksanaan Cara Pelaksanaan
Pilih satu tema • Tema perlu cukup luas untuk memuatkan maklumat
daripada banyak bidang bagi sesuatu mata
pelajaran
Bina jaringan perancangan • Membuat sumbang saran untuk membina carta
atau peta sistematik yang meneroka pelbagai
contoh timbulnya tema.
• Membuat jaringan bersama rakan untuk
menghasilkan pemikiran divergen.
Pilih bahan • Perancangan bertujuan menyediakan bahan yang
banyak. Contoh bahan seni, sastera, masyarakat,
dan teknologi.
Rancang aktiviti • Memilih dan mereka bentuk aktiviti yang sesuai
dengan tema.
• Menggunakan bahan-bahan yang banyak dan
menggalakkan peningkatan prestasi murid ke arah
pencapaian matlamat pembelajaran.
1. Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran
murid.
Kebaikan
2. Motivasi murid dapat ditingkatkan dan
Pendekatan diperbaiki.
Tematik 3. Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi
murid sehingga hasil pembelajaran dapat
bertahan lebih lama.
PENDEKATAN
INTEGRATIF
• Bertujuan mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsang murid-murid untuk
menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-
beza, menghargai unsur kepelbagaian, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu
matlamat yang sama.
• Pendekatan ini membolehkan guru memberi fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir.
• Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif berdasarkan langkah Hilda Taba (1962).
• Jika guru menggunakan pendekatan integratif yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan,
kaedah, strategi dan teknik, murid-murid akan lebih mudah memahami perkara yang
disampaikan.
• Guru juga akan sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea baharu dalam unit-unit
pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid-murid bertambah menjadi lebih berkesan
dan berupaya mengaplikasikan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
• Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah iaitu murid dikehendaki untuk
duduk dan dengar, pendekatan integratif memerlukan murid untuk berfikir, mensintesis, dan
memberi gerak balas terhadap perkara yang diajar.
Prinsip-prinsip Pendekatan Integratif

1. Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan murid.


 Guru dikehendaki memberi kuasa kepada murid-murid mengendalikan tugas atau projek serta
menggalakkan pembinaan hubungan. Guru hendaklah mudah didampingi agar dapat memberi
bimbingan, jika perlu:
2. Penggunaan pembelajaran aktif.
 Teknik-teknik yang digunakan seperti pembelajaran koperatif memberi murid-murid peluang
untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan seharian.
3. Peranan guru sebagai fasilitator.
 Guru perlu mereka bentuk aktiviti-aktiviti di mana murid dapat belajar sesama mereka serta
memperoleh pengalaman pembelajaran berbentuk arah kendiri dan inisiatif kendiri.
4. Keutamaan diberi kepada kemahiran asas.
 Kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira diperkukuhkan dalam kalangan murid.
5. Peluang untuk kerja berpasukan.
 Melalui kerja berpasukan, murid-murid belajar untuk menghargai unsur kepelbagaian dan
perbezaan individu.
6. Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan/projek.
 Amat penting agar murid-murid didedahkan dan diajar pelbagai kemajuan teknologi dan strategi
internet yang sedia ada.
Fasa Cara Pelaksanaan
Fasa 1: Menghurai Murid digalakkan untuk menghurai tentang ciri sesuatu
aspek yang dikaji. Contohnya guru meminta murid
menghuraikan ciri-ciri katak dan diikuti dengan kodok.
Fasa 2: Membandingkan Apabila kedua-dua aspek diperhatikan dan dihuraikan,
murid diminta untuk membuat perbandingan antara
kedua-dua haiwan, iaitu katak dan kodok.
Fasa 3: Menerangkan Setelah mengenal pasti persamaan dan perbezaan
katak dengan kodok, murid diminta menerangkan
dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri katan dan
kodok.
Fasa 4: Hipotesis Selepas menerangkan persamaan dan perbezaan, murid
diminta membuat hipotesis.
Fasa 5 : Membuat Murid diminta membuat rumusan tentang maklumat
generalisasi yang dikumpulkan dan membantuk satu atau lebih
generalisasi.
STRATEGI
PENGAJARAN
Kebijaksanaan memilih, merancang dan menguruskan kaedah serta
teknik pengajaran untuk menghasilkan pencapaian yang optimum.

Pemusatan
Pemusatan Pemusatan Pemusatan
Tugasan/
Guru Murid Bahan
Aktiviti

KONSEP STRATEGI PENGAJARAN


Suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik
pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.
Guru yang
Guru memainkan
menguasai dan
peranan yang
mengawal segala
utama.
aktviti pelajaran.

PEMUSATAN
GURU
Kaedah dan teknik
Guru banyak yang digunakan
memberikan seperti
penerangan dan penerangan,
murid mendiamkan deminstrasi,syarah
diri. an, bercerita dan
pengajaran mikro.
Ciri-ciri Strategi Pemusatan Guru

• Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala.


• Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik, murid tidak berpeluang
menyumbangkan pendapat mereka.
• Strategi PdP lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni atau perkembangan emosi.
• Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara
menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal
dan kurang berupaya membuat interpretasi.
• Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid
dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.
• Murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
Strategi Pemusatan Guru

Kelebihan Kelemahan
1. Menyampaikan maklumat dan ilmu 1. Penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru
pengetahuan yang kompleks mengikut gagal untuk menyedari sepenuhnya
tahap keupayaan murid, tentang batasan guru.
2. Menyampaikan maklumat yang tidak 2. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan
dapat dicapai oleh murid. Contohnya pengajaran secara terus sebenarnya
pengalaman guru. terbatas dalam membolehkan murid
3. Meningkatkan kemahiran dan minat mengembangkan sepenuhnya keupayaan
murid untuk mengetahui dengan lebih mereka untuk berfikir secara kritikal sekali
lanjut mengenai sesuatu topik. Strategi gus membataskan keupayaan murid untuk
ini digunakan secara langsung untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan.
membolehkan murid menumpukan 3. Pengajaran kaedah ini hanya dapat dilihat
perhatian kepada kandungan pelajaran dan diterima sebagai salah satu
yang relevan agar murid dapat strategi yang digunakan oleh guru ketika
mengaitkan pengetahuan baru dengan mengajar.
maklumat sedia ada dan pengalaman
lalu.
Guru merupakan seorang
Murid digalak pemimpin yang
melibatkan diri secara membimbing murid
aktif menjalankan aktiviti
pembelajaran.

Kaedah dan teknik yang


digunakan seperti inkuiri
Murid memainkan
penemuan, perbincangan,
peranan yang penting.
main peranan dan
sumbang saran.
PEMUSATAN
MURID
Ciri Strategi Pemusatan Murid
Komunikasi berlaku secara dua hala iaitu
antara guru dan murid.

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik.

Strategi PdP lebih mengutamakan


pencapaian objektif pembelajaran murid.

Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan


ujian kerap kali digunakan untuk menguji
kelemahan murid.

Murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan


berinisiatif.
Strategi Pemusatan Murid

Kelebihan Kelemahan
1. Murid terlibat secara aktif dalam 1. Lebih bersifat tumpuan pembelajaran.
pelajaran. 2. Tempuh pembelajaran mengambil masa
2. Proses dan aktiviti pembelajaran yang lama.
dilaksanakan oleh murid dan bukan 3. Sebagai fasilitator, guru berupaya untuk
dipaksa oleh guru. mengawal pembelajaran murid-muridnya
3. Guru berperanan sebagai pemudah dan kemungkinan menimbulkan
ketidakselesaan dalam kalangan murid-
cara.
murid.
4. Menggalakkan daya kreativiti murid dan
4. Lebih banyak cabaran akan
seterusnya membantu murid membina dihadapi semasa pelaksanaan untuk
kemahiran menyelesaikan masalah. membolehkan murid mencapai
5. Pembelajaran berpusatkan murid objektif pembelajaran yang telah
membolehkan berlakunya pengalaman ditetapkan.
pembelajaran secara lebih
mendalam dan luas.
Kaedah yang berkaitan
ialah audio- visual
dengan penggunaan
projektor, televisyen,
komputer dan
sebagainya.

Murid boleh
memahami PEMUSATAN Guru menyampaikan
pengajaran dengannya
pembelajaran dengan
lebih bermakna secara BAHAN dengan lebih mudah,
sendiri atau lebih menarik serta
berkumpulan tanpa lebih berkesan.
kehadiran guru.
• Bahan pelajaran memainkan
peranan yang peting.
• Komunikasi dan interaksi
berlaku antara guru dengan
bahan pengajaran atau murid
dengan bahan pengajaran.
Ciri-ciri • Menekankan perkembangan
kognitif, jasmani dan rohani
Pemusatan • Mementingkan aktiviti PdP yang
Bahan bermakna melalui pengalaman
yang sebenar.
• Dengan adanya bahan-bahan
pelajaran, ilmu pengetahuan
yang abstrak dapat dikaitkan
dengan situasi yang konkrit.
PEMUSATAN TUGASAN/AKTIVITI

• Guru melibatkan pelajar dalam tugasan/aktiviti yang memberikan


peluang kepada pelajar untuk melatih/mengaplikasikan apa-apa yang
dipelajari.
• Apabila pelajar mula melaksanakan tugasan/aktiviti, guru boleh
memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu.
• Kesemua tugasan/aktiviti perlu disusuli dengan refleksi dan
perbincangan pada akhir tugasan /aktiviti.
• Tugasan/Aktiviti yang dipilih harus berfokus
kepada matlamat utama topik yang ingin
diajar.
• Guru perlu memberikan perhatian kepada
jenis tugasan/aktiviti yang boleh menuju
pencapaian matlamat tersebut.
• Matlamat utama harus berfokus kepada
pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan
untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.
Kriteria • Berdasarkan matlamat pengajaran adan
Pemilihan mempelbagaikan tugasan/aktiviti, pelajar akan
mendapati bahawa tugasan/aktiviti yang
Tugasan/Aktiviti dilaksanakan menarik dan menyeronokkan.
• Aktiviti akan menyediakan peluang untuk
berinteraksi dan membuat refleksi , bukan
aktiviti yang dilaksanakan secara individu.
• Aktiviti juga harus berkait dengan peristiwa
atau isu semasa.
• Aktiviti perlu dipersembahkan dan
dipantau serta disusuli jika
menginginkan impak yang berkesan.
• Dalam usaha meningkatkan keberkesanan tugasan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan tugasan aktiviti yang berikut:

1. Proses penggunaan bahan pengajaran di dalam bilik darjah hendaklah dirancang


mengikut langkah-langkah yang akan disampaikan.
2. Proses tersebut termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan
penggunaan bahan pengajaran. Aktiviti menilai keberkesanan penggunaan
bahan-bahan pengajaran hendaklah diadakan.
3. Aktiviti mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian.
4. Aktiviti juga bertujuan mengukuhkan pelajaran yang baharu disampaikan dan
membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan
pengajaran. Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan objektif yang ditentukan
terlebih dahulu.
5. Kandungan hendaklah mengandungi fakta yang tepat dan sesuai digunakan
mengikut kebolehan pelajar.
6. Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah
dibaca oleh guru terlebih dahulu supaya kelemahan dalam kandungannya dapat
dikenal pasti, kemudian mengubahsuai mengikut objektif dan topik pelajaran
yang diajar.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai