Anda di halaman 1dari 26

CEDERA DAN CEDERA Seksyen 319-320

PARAH Kanun Keseksaan


PENGENALAN
Seksyen 319 Kanun Keseksaan

Seksyen 320 Kanun Keseksaan


APAKAH CEDERA?
Seksyen 319 memberikan takrif cedera seperti berikut:
“Barang siapa menyebabkan
i. kesakitan;
ii. penyakit, atau;
iii. kelemahan tubuh
kepada seseorang adalah dikata menyebabkan cedera”
CONTD…
 Keadaan mana-mana orang yang dikatakan sebagai cedera disebutkan
dengan jelas dalam s 319.

 Walau bagaimanapun seksyen ini tidak memperincikan maksud bagi


setiap hal keadaan itu. Ia tidak menceritakan jenis kesakitan,
penyakit atau kelemahan yang dideritai atau dihidapi oleh seseorang
itu.

 Seksyen ini memberikan suatu gambaran keadaan yang dikata


sebagai cedera terhadap tubuh badan.
CONTD…
Seterusnya s 321 hal keadaan seseorang itu yang dikatakan sengaja menyebabkan
cedera kepada seseorang yang lain. Seksyen 321ini memperuntukan:

“Barang siapa melakukan apa-apa perbuatan dengan niat dengan jalan demikian itu
hendak menyebabkan cedera kepada seseorang, atau dengan mengetahui bahawa ia
mungkin dengan jalan demikian itu menyebabkan cedera kepada seseorang adalah
dikatakan “dengan sengaja menyebabkan cedera”

Perbuatan seseorang yang mendatangkan cedera kepada seseorang lain adalah suatu
kesalahan jika perbuatan itu sengaja dilakukan.

Ini telah diperuntukkan di bawah s 323 dan jika sabit boleh diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua
ribu ringgit atau dengan kedua-duanya.
UNSUR-UNSUR JENAYAH BAGI
KESALAHAN ‘CEDERA’
a. Perbuatan (Actus Reus).
Melakukan apa-apa perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada seseorang.
b. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘sengaja menyebabkan cedera’?;
 Perkataan “dengan sengaja” ditakrifkan di bawah s 39 seperti berikut:
‘menyebabkan sesuatu kejadian itu dengan jalan yang ia telah bermaksud hendak menyebabkannya; tahu apa
yang akan terjadi; sila lihat Misalan s 39.
(unsur mens rea – i. dengan niat
ii. dengan pengetahuan (ia ketahui)
iii. ada sebab mempercayai
Kes: Jashanmal Jhamatmal v. Brahamanand [1945] CrLJ 247.
Dalam kes ini, jika tidak nampak niatnya (mens rea) yang jelas, sekurang-kurangnya “the accused must be
deemed to have intended to cause hurt to the woman”.
CONTD…
c. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kelemahan tubuh kepada seseorang’?
Kes: Jashanmal Jhamatmal v. Brahamanand [1945] CrLJ 247.
Tertuduh bergaduh dengan tuan rumah. Tertuduh berniat untuk menyebabkan kerugian kepada tuan
rumah itu dengan mendesak dan menakutkan-nakutkan penyewa lain supaya keluar. Suami mangsa
enggan keluar dari rumah tersebut. Pada suatu malam ketika mangsa keluar dari rumahnya tertuduh
telah menjerit sekuat-kuat hatinya menyebabkan mangsa terkejut dan jatuh sakit.
Isu sama ada tertuduh telah menyebabkan cedera dengan sengaja.
Hujah OKT.
 Dia tidak menyebabkan cedera, cuma kesihatannya saja terjejas.
 Dia tidak sentuh langsung perempuan itu, dia hanya menjerit sahaja.
 Dia tidak mempunyai niat jahat.
CONTD…
Mahkamah: s 321 menyebutkan kesakitan, penyakit atau
kelemahan tubuh. Dalam hal ini, kelemahan tubuh itu boleh
dianggap sebagai cedera yang menjadikan tubuh atau akal
seseorang tidak sihat.
Seksyen 321 tidak menyebutkan perlu adanya sentuhan fizikal
terhadap mangsa. Ketakutan yang dialami oleh mangsa boleh
dianggap sebagai suatu kelemahan tubuh kepada seseorang.
CONTD…
d. Kecederaan kepada siapa?
Menurut s 321 – ‘cedera kepada seseorang’ – any person
Sesiapa sahaja yang cedera akibat daripada perbuatan tertuduh termasuk dalam s
321.
Sama ada tertuduh mempunyai niat terhadap orang tertentu adalah tidak penting.
Walau bagaimanapun unsur niat untuk menyebabkan cedera adalah penting.
Ini kerana unsur mens rea dalam s 321 memang perlu:
 Niat hendak menyebabkan cedera;
 Mengetahui dengan jalan demikian itu boleh menyebabkan cedera.
CONTD…
e. Cara mencederakan mangsa
 Mangsa telah mengalami kecederaan.
 Persoalannya bagaimanakah kecederaan itu boleh terjadi?
Pastikan ia adalah akibat daripada perbuatan tertuduh dan
perbuatan tertuduh adalah suatu perbuatan yang sengaja.
 Tertuduh telah menggunakan cara-cara tertentu untuk
mencederakan mangsa.
i. menjerit atau melolong seperti “Haooo”.
(Jashamal)
Ii. menggunakan senjata/alat atau benda-benda yang berbahaya.
CONTD...
Ini jelas diperuntukkan dalam s 324 – menyebabkan cedera dengan menggunakan:

a. apa-apa alat untuk:


• menembak,
• menikam,
• memotong,
• menyerang atau
b) menggunakan api atau benda hangat,
c) racun atau benda melecur,
d) benda letupan,
e) benda berbahaya kepada tubuh bila dihisap, telan, masuk dalam darah,
f) menggunakan haiwan.

(Umumnya racun; dadah; yang memabukkan; yang menghilangkan akal; yang


merosakkan kesihatan; yang membawa kepada kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh)
CONTD…
f. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘senjata yang berbahaya’?
 Penggunaan senjata berbahaya yang menyebabkan cedera diperuntukkan dalam s 324.
Masalah timbul dalam kes Sultan Mohd v. R [1952] MLJ 186 berhubung dengan
pertuduhan sama ada ia sesuai atau tidak dibuat di bawah s 324. Menurut fakta, tertuduh
menggunakan sebatang kayu untuk menyerang mangsa. Isu yang dibangkitkan sama ada
senjata yang digunakan “[i]s intrinsically likely to cause death not whether the
instrument, if used in a certain way might cause death”
 Senjata yang digunakan ialah sebatang kayu berukuran 36” panjang dan 1 ½” lebar (berat
tidak dinyatakan). Tidak dinafikan kayu ini jika digunakan dengan cara tertentu boleh
menyebabkan kematian. Tetepi apa yang dimaksudkan oleh s 324 pada prinsipnya “alat
itu dengan sendirinya adalah sesuatu yang merbahaya.
 Apa yang penting ialah keadaan senjata itu dan bukannya cara alat itu digunakan
sebagai suatu yang merbahaya. Dengan itu kayu yang digunakan dalam kes ini tidak
boleh digunakan bagi sabitan di bawah s 324.
CONTD…
PP v. Haled [1981]2 MLJ 211

 Dituduh di bawah s 324 pertuduhan pindaan daripada s 394 (percubaan


merompak)
 Senjata yang digunakan oleh tertuduh dalam kejadian ini ialah sebatang tukul.

 Mahkamah mengatakan “[t]he manner in which he committed the offence was


very serious. It involved violence directed at an innocent man. He had used a
fairly heavy hammer to strike at the complainant’s head. It was miraculous
that the blow did not crack the complainant’s skull or the injuries to his head
did not affect his brain”.
CEDERA PARAH
Apakah ‘cedera parah’?

Cedera parah adalah sebagaimana yang diperuntukkan


oleh s 320.

Disenaraikan lapan (8) keadaan yang termasuk di


bawah pengertian kecederaan yang teruk kepada
mangsa.
DIMANAKAH KESALAHAN MENYEBABKAN
CEDERA PARAH?

Kesalahan menyebabkan cedera parah disebutkan dalam s 322

“Barang siapa dengan sengaja menyebabkan, cedera, jika cedera yang ia bermaksud hendak
menyebabkan atau ketahui mungkin menyebabkan itu ialah cedera parah, dan jika cedera yang ia
sebabkan itu ialah cedera parah, adalah dikatakan “dengan sengaja menyebabkan cedera parah”.

Ringkasnya
 sengaja menyebabkan cedera
 Tahu cedera akan menyebabkan cedera parah
 Cedera sebetulnya adalah cedera parah

(lihat Huraian s 322)


APAKAH YANG PERLU
DIBUKTIKAN?
 actus reus –
- tertuduh menyebabkan cedera parah
- cedera mestilah termasuk dalam kategori ‘cedera parah’
- buktikan ‘cedera parah’ seperti dalam s 320

 mens rea –
- niat untuk mencedera;
- pengetahuan tentang kecederaan
AR A) - HILANG TENAGA
KELELAKIAN
(UNSEXING THE MAN)
Hanya terpakai bagi mangsa lelaki sahaja. Mana-mana
kecederaan yang melibatkan anggota yang berkenaan
sekiranya boleh menyebabkan kemandulan atau hilang
keupayaan yang kekal adalah termasuk di bawah perkara
ini.

Kecederaan yang dialami mestilah bersifat kekal, bukan


sementara dan tidak mungkin dipulihkan kembali.
AR B) HILANG SELAMA-LAMANYA
PENGLIHATAN SALAH SATU MATA

Menyebabkan seseorang menjadi buta.

Sebelah mata sudah memadai kerana ia meletakkan


mangsa berada dalam kecacatan seumur hidup
AR C) HILANG SELAMA-LAMANYA
PENDENGARAN SALAH SATU
TELINGA
Menjadi pekak atau tidak dapat mendengar
dengan sempurna.

Bagaimana kalau boleh dengar sedikit?


AR D) HILANG SESUATU
ANGGOTA ATAU SENDI
 “Anggota” - Mana bahagian badan yang dimaksudkan sebagai ‘anggota’.
Semua bahagian tubuh badan manusia yang dijadikan dengan tujuan
untuk melakukan sesuatu peranan (fungsi) atau tugasan. (“All distinct
part of the human body designed to perform a distinct office”)

 “Sendi”- mana-mana bahagian yang menghubungkan antara dua atau


lebih tulang atau otot. Kehilangan ini dikatakan boleh menyebabkan
kecacatan dan juga hilang keupayaan untuk melakukan sesuatu pekerjaan
biasa.
AR E) BINASA ATAU LEMAH
SELAMA-LAMANYA DAYA
SESUATU ANGGOTA ATAU SENDI
Anggota atau sendi yang dimaksudkan itu masih
lagi ada, dan ia tidak hilang, tetapi ia tidak boleh
berfungsi lagi.

Termasuklah rosak, hilang keupayaannya dll.


AR F) CACAT SELAMA-LAMANYA
KEPALA ATAU MUKA
 Sesuatu kecederaan yang nampak pada
zahirnya.
 Melibatkan kecacatan dibahagian muka dan
kepala;
 Kecacatannya kekal;
 Cacat sedikit atau cacat teruk tidak penting;
AR G) PATAH ATAU RETAK TULANG
ATAU SELISIH SENDI
Patah – Patah macam mana?
Retak – Retak yang macam nana?

Kes Hori Lal (1970) AIR SC 1969


Cukup dengan apa yang dikatakan sebagai:
“if there is a break by cutting or splintering of the bone or there is a rupture or fissure of
it, it would amount to a fracture within the meaning of clause s 320.

Bagaimana dengan selisih sendi (dislocation)?

Kesemua kecederaan ini boleh sembuh dengan cepat tetapi apa yang ditekankan ialah
kesakitan yang amat sangat yang dialami oleh mangsa.
CONTD…

Apa-apa cedera yang merbahayakan nyawa atau yang menyebabkan orang yang tercedera itu
menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang
biasa selama sepuluh hari (Akta A1471 -31.12.2014)
Bahagian kelapan ini terbahagi kepada tiga (3)
1. cedera yang merbahayakan nyawa;
Menurut kes Ramla v. State of Rajasthan (1963) 1 Cr.LJ 387 (H.Ct of Rajashtra India)
kecederaan tubuh yang merbahayakan nyawa dan kecederaan dibahagian itulah yang
merbahayakan nyawa. Dalam ertikata lain, cedera yang merbahayakan bahagian badan sahaja
tidak mencukupi. Cedera yang dimaksudkan mestilah cedera yang merbahaya terhadap nyawa.
Walau bagaimanapun, bahaya terhadap nyawa itu tidak sampai kepada “likelihood of death”
dalam s 299
CONTD…
2. menderita kesakitan tubuh

3. tidak boleh kerja selama 10 hari

 Sila lihat kes Sahat v. Hajee Brahim (1888) 4 Ky.337


MENS REA
• Masalah Dalam Kesalahan Menyebabkan Cedera Parah
• Apabila merujuk kepada cedera parah, kita mesti kaitkan pada asas cedera itu terlebih dahulu.
Ini kerana cedera parah adalah keadaan khas kepada cedera. Oleh yang demikian, cedera
mestilah ditafsirkan terlebih dahulu dan kemudian baru diikuti dengan ‘cedera parah’.
• Sabitan di bawah s322 hanya boleh dilakukan jika pendakwa dapat membuktikan kecederaan
dan mempunyai niat atau mengetahui tentang cedera parah. Sebagai contohnya, cedera parah
yang diniatkan ialah di bahagian 6 dan cedera parah yang berlaku ialah dibahagian 8.
• Kes:
Muniandi v. PP (1963) MLJ 153
Lai Kim Hon & Ors v. PP [1981]1 MLJ 84
PP v. Haled [1981]2 MLJ 211

Anda mungkin juga menyukai