Anda di halaman 1dari 5

TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

Menggunakan muzik utk pemulihan,pemeliharaan, dan peningkatan teraf kesihatan mental dan fizikal Perubahan dr segi kognitif,sosial dan emosi dpt dicapai dengan teknik tertentu o o o o o o o o o o o o Objektif terapi Pengurusan T/L Tingkatkn penglahiran perasaan Tingkatkan harga diri Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik Kembangkan emosi Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal Latih pertuturan Aktiviti terapi muzik Membuat pergerakan mengikut lagu Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan ) Bermain berlatar belakangkan muzik Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik Latihan praktikal guna alat bunyian
KEKURANGAN TERAPI MUZIK Terapi muzik yang berkesan membolehkan seseorang yang mempunyai masalah atau tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi kaunseling memainkan peranan yang penting dalam membantu seseorang klien meredakan keadaan yang mereka alami. Namun terapi muzik dalam sesi kaunseling juga mempunyai kekurangan dari pelbagai segi antaranya ialah terapi muzik memerlukan masa yang lama dalam proses rawatannya di mana proses terapi muzik memerlukan klien mendapat rawatan dalam masa yang telah ditetapkan oleh kaunselor.

Selain itu kekurangan terapi muzik ialah kaedah dan langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling berbeza dari seseorang ke seseorang di mana sesetengah klien memerlukan muzik yang berbeza contohnya ada muzik yang memerlukan irama dan melodi yang lembut dan ada yang lantang. Selain itu, ada juga klien memerlukan masa yang pendek dan panjang dalam melakukan proses terapi muzik. Hal ini bergantung kepada diri individu dan berapa besar masalah yang dihadapi oleh klien. Jadi, terapi ini terlalu sukar untuk diamalkan di mana kaunselor perlu menyelidik dan mengkaji kesesuaian muzik yang akan di perdengarkan untuk klien. Di samping itu juga, terapi muzik tidak dapat menolong klien dengan sepenuhnya menghilangkan tekanan yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh klien. Sebagai tambahan, kekurangan terapi muzik ialah ada sesetengah orang tidak boleh terima terapi muzik sebagai medium untuk meredakan dan menghilangkan tekanan yang mereka hadapi contohnya mereka tidak berminat untuk mendengar muzik yang telah dipilih untuk mereka. Hal ini mungkin berpunca dari lagu yang tidak sesuai dan tidak dapat menenangkan jiwa mereka yang berada dalam kerisauan, dilema dan sebagainya. Muzik yang tidak sesuai tidak akan memberi apa-apa perubahan dalam diri klien jika sesi terapi dijalankan. Tambahan lagi, kekurangan terapi muzik ialah terlalu bergantung kepada muzik setiap kali sesi kaunseling dijalankan. Penggunaan terapi muzik yang berterusan membuatkan klien akan terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, pekerja pejabat yang mempunyai tekanan kerja akan mendengar muzik sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan mungkin akan lalai dengan tugasnya apabila terlalu bergantung kepada muzik. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERAPI MUZIK

Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi kaunseling, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang digunakan dalam proses pemulihan dengan menggunakan terapi muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh klien. Keberkesanan terapi muzik dalam sesebuah sesi kaunseling memberi impak yang besar kepada klien dalam proses pemulihan dan pengurusan tekanan yang mereka hadapi. Cadangan yang paling utama dalam mengurangkan tekanan dan masalah yang telah dihadapi oleh klien ialah membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran di mana ia adalah terapi muzik yang paling berkesan mengurangkan tekanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Terapi yang paling sempurna ini memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan perasaan marah, sedih dan sebagainya yang dialami oleh klien. Di samping mendengar ayat suci Al-Quran klien juga didedahkan dengan proses mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selalunya kaunselor Islam mempraktikkan terapi ini dalam sesi kaunselingnya. Selain itu cadangan bagi menambah baik terapi muzik ialah kita perlu menyediakan tempat atau ruang yang sesuai bagi menyempurnakan terapi muzik dalam sesi kaunseling di antara kaunselor dan klien. Tempat bagi melakukan terapi muzik ini mestilah selesa dan tenang di mana ia dapat membantu klien untuk menghilangkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Tempat yang selesa ini membantu klien menghilangkan kecelaruan, konflik dan masalah diri yang melanda mereka. Semasa sesi terapi muzik dijalankan, amatlah penting dalam menyediakan segala kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan terapi muzik dilaksanakan. Bagi menjayakan lagi sesi kaunseling, dicadangkan supaya mengintegrasikan muzik dengan terapi yang lain contohnya integrasikan terapi muzik dan terapi seni. Melalui proses integrasi terapi ini di dalam sesi kaunseling, proses penyembuhan tekanan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Integrasi terapi ini sangat penting dilakukan di mana proses pengintegrasian boleh dilakukan dengan teratur dimana terapi ini boleh dilakukan pada hari yang sama atau sebaliknya. Semasa terapi muzik dijalankan, klien akan didedahkan supaya menggunakan terapi seni dalam menyalurkan masalah dan tekanan yang mereka ada melalui lukisan, kraf tangan dan sebagainya.

Di samping itu juga, antara cadangannya ialah perbanyakan bengkel-bengkel terapi muzik untuk kesedaran umum dalam pentingnya terapi muzik dalam kehidupan seharian mereka jika mereka mempunyai masalah dan tekanan yang tidak dapat disalurkan melalui alternatif lain selain dari terapi muzik. Melalui bengkel terapi muzik ini, ia akan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa terapi muzik bukan sahaja untuk orang yang bermasalah tapi untuk mereka yang mementingkan kesihatan melalui proses terapi muzik. Di samping itu juga antara cadangannya ialah melalui terapi muzik ini, kaunselor hendaklah memberi rangsangan sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi terapi muzik dijalankan. Melalui kaedah ini, ia mampu membuat minda klien berfikir dan menilai sendiri baik buruk masalah yang melanda melalui muzik yang bersesuaian. Selepas sesi terapi muzik selesai, kaunselor perlulah memainkan peranan yang penting dalam memberi bimbingan kepada klien untuk membuat dan memilih jalan yang sesuai sebagai pilihan mereka justeru itu klien dapat menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, antara cadangannya ialah menggalakkan klien mengarang dan mengubah lagu dimana melalui aktiviti ini klien dapat meluahkan perasaan mereka justeru itu ia dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh klien. Apabila klien melakukan aktiviti ini mereka dapat menyalurkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi melalui lagu dan sebagainya. Gubahan lagu oleh klien akan menggambarkan masalah dan tekanan yang mereka hadapi dan melaluinya juga klien akan mendapat ketenangan jiwa dan perasaan yang baik. Cadangan yang terakhir ialah melakukan terapi muzik secara kumpulan dimanja mereka boleh melakukan aktiviti bersama dan berbincang sambil meluahkan perasaan mereka. Melalui terapi muzik secara berkumpulan klien dapat berkongsi masalah dan pandangan dengan mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ini akan mempercepatkan lagi klien dalam mempelajari cara pengurusan tekanan yang baik dari ahli kumpulan mereka justeru ia dapat menghilangkan tekanan dan masalah. Kesimpulan

Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang

tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut.

Kesimpulan
Melalui aktiviti terapi nyanyian dan muzik dapat membantu murid dalam mengembangkan fungsi mereka di dalam masyarakat. Selain itu juga, aktiviti terapi sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan dapat membantu murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Melalui aktiviti sebegini juga, murid juga akan dapat mewujudkan pergaulan dan interaksi yang sihat sesama sendiri dan di dalam masyarakat .

Anda mungkin juga menyukai