Anda di halaman 1dari 5

(1) Selamat Hari Bapa Kepada Abah

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu hinggalah sekarang baru aku tersedar ia sudah melimpah ruah. kerana abah aku disini kerana abah aku gembira kerana abah kuterasa bahagia abah oh abah abah semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja abah ketika aku mengalah engkau semangatku ketika aku sakit engkau penawarku ketika aku bersedih kau air mataku ketika aku ketawa engkau riangku dan ketika engkau berduka? aku harap akulah penawar duka laramu selamat hari bapa kepada abah wan

(2) Sebuah Sajak Untukmu , AyahKu..Selamat Hari Bapa

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir Diasak embun desa termanggu di halaman Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang Rumah papan atap rumbia menyentak perantau Sepi di beranda... Kuatur langkahku sebak Syahdu dan gementar Ada tangisan di wajah Menyentuh kenangan di gerbang pintu Ayah selalu berkisah Kuakan pintu itu ada nasihat Masih basah keringat Memantul warna senja kepulanganmu Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu Waktu ayah menyambutku pulang Usiamu diterjah putih kelabu Ada perit getir di wajahmu Kedut yang membungkus wajahmu Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah Menghantar seribu luka di tumitmu Dulunya menguak rahsia jalan Aku menyambut memapah tubuh gementarmu

Kulihat dengan genang air mata Sejuk dahiku kau kucup penuh restu Sepohon pokok rendang tua Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah Tentang kasihan ibu kepada kami Kata ayah ibumu selalu sabar Memahat senyuman pada dedaun padi Yang menjadi alas kehidupan Ayah, Seperti ibu yang selalu menangis gementar Memanjat harapan ke hadirat-Nya Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan Di antara turun hujan dan air matamu Waktu ayah menghambakan hayat Menyuah seluruh nafasmu ke bendang Antara tergesa-gesa dan mengah Dalam cahaya senja Ayah, Anak-anakmu yang sudah dewasa ini Sesal dan terharu Bagai kehilangan kuasa lidah Sekalipun untuk mahu memohon maaf Atau.... Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu Yang waktu kecil kami dahulu Selalu juga gagal ... .....Gagal kami temui dalam setiap dakapan .....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu .....Gagal kami dengar dalam setiap doamu Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan Mengharapkan naluri ayah bertemu bisik hati kami Betapa kami.... tidak mampu pun suarakan saat kami menyusun jari di pangkuan mu dalam tangisan Ayah,

Terima kasih kerana airmata mu Tidak pernah gagal prihatin untuk kami Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan Tidak pernah gagal mengasihani kami Terima kasih kasih sayangmu yang takjub Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu Terima kasih atas segala susah payah Tidak pernah gagal memanjatkan doa Doa ibu membawa ke syurga Doa ayah jalan ke syurga

(3) Sajak Bapa - Selamat Hari Bapa Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu hinggalah sekarang baru aku tersedar ia sudah melimpah ruah. kerana abah aku disini kerana abah aku gembira kerana abah kuterasa bahagia abah oh abah abah semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja abah ketika aku mengalah engkau semangatku ketika aku sakit engkau penawarku ketika aku bersedih kau air mataku ketika aku ketawa engkau riangku dan ketika engkau berduka? aku harap akulah penawar duka laramu selamat hari bapa kepada abah wan

Anda mungkin juga menyukai