Anda di halaman 1dari 4

25 Julai 2012 / 5 Ramadhan 1433H

Saudara/i, KURSUS ORIENTASI PROGRAM BINA SYAKHSIYYAH, PELAJAR PROGRAM BERSEPADU IJAZAH SARJANA MUDA DI MESIR SESI PENGAMBILAN SEPTEMBER 2012 Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang berdaftar di bawah Akademi AlQuran Medic Malaysia diWAJIBkan untuk mengikuti Kursus Orientasi Pelajar Program Bersepadu Ijazah Sarjana Muda di Mesir sebagai persediaan awal sebelum berangkat untuk melanjutkan pengajian di Mesir. 2. Maklumat am tentang kursus tersebut adalah seperti berikut:Program: Tarikh: Kursus Orientasi - Program Bina Syakhsiyyah 2 hingga 7 September 2012 (6 hari 5 malam, Ahad ke Jumaat) Kem El-Azzhar, Jalan Morib, Banting, Selangor 2 September 2012 (Ahad) Jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat: Pendaftaran:

Anjuran Bersama: Akademi Al-Quran Medic Malaysia (AQM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia Mesir (ABIM-Mesir) 3. Program ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan asas mengenai bidang pengajian yang bakal dipelajari, mendedahkan realiti kehidupan dan cabaran sebagai mahasiswa / mahasiswi di Mesir, serta menekankan konsep akidah dan kefahaman tuntutan Islam dalam mempelajari bidang sains perubatan dan ilmuilmu Islam. Sejajar dengan motto kami, untuk mempersiapkan profesional bertunjangkan iman, berteraskan ilmu, bersifat taqwa, dan beramal soleh. 4. Para pelajar tidak akan dikenakan sebarang yuran untuk mengikuti program ini. Segala kos pengisian, makanan, dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Akademi Al-Quran Medic Malaysia (AQM). Anda diWAJIBkan menginap di Kem ElAzzhar sepanjang kursus ini berjalan. 5. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Lampiran yang disediakan. Sebarang pertanyaan atau makluman, sila berhubung dengan pihak kami di talian 038926 7045 atau SMS ke 019-660 8338.

6. Diharapkan agar Kursus Orientasi yang dirangkakan ini dapat memantapkan syakhsiyyah diri pelajar kerana ia merupakan salah satu aspek penting dalam memulakan langkah kembara pencarian ilmu dan redha Allah SWT di bumi anbiyaa Mesir. 7. Bersama-sama ini (di bawah) disertakan Jadual Pembayaran terkini yang telah dikemaskinikan pada 31 Mei 2012. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama Akademi Al-Quran Medic Malaysia Sdn Bhd (CIMB: 1215 0000 206 104). 8. Semoga Allah s.w.t. memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakan misi yang murni ini dengan sebaik mungkin. Sekian, Wassalam. Profesional yang Bertunjangkan Iman, Berteraskan Ilmu, Bersifat Taqwa dan Beramal Soleh Yang benar,

Profesor Dr. Razali Nawawi Pengerusi


*********************************************************

JADUAL PEMBAYARAN
KURSUS PERUBATAN, PERGIGIAN & FARMASI RM2,000.00 RM8,000.00 RM8,000.00 Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh surat tawaran. Selewat-lewatnya pada 30 Jun 2012. Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2012.

KURSUS ULUM ISLAMIAH RM2,000.00 Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh surat tawaran. RM5,000.00 Selewat-lewatnya pada 30 Jun 2012. RM3,400.00 Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2012.
Kemaskini 31 Mei 2012

Lampiran 1
Pemakaian sepanjang 6 hari 5 malam: No. 1 Perkara Pakaian Formal (lelaki: kemeja berkolar dan seluar panjang) (perempuan: baju kurung) Pakaian Sukan (lelaki: kemeja T @ jersi & seluar sukan panjang) (perempuan: kemeja T lengan panjang & seluar sukan panjang) Pakaian Solat (lelaki: baju melayu, jubah, kemeja & kain sarung @ seluar panjang) (perempuan: telekung) Pakaian Santai (lelaki: bebas & menutup aurat) (perempuan: bebas & menutup aurat) Pakaian Tidur Pakaian Mandi Kasut & Sandal Kuantiti sekurang-kurangnya 5 pasang

sekurang-kurangnya 4 pasang

lelaki: sekurang-kurangnya 3 pasang perempuan: sekurang-kurangnya sepasang sekurang-kurangnya 2 pasang

5 6 7

Sekurang-kurangnya sepasang Sekurang-kurangnya sepasang Sekurang-kurangnya sepasang

Nota: *Semua pakaian hendaklah kemas, bersesuaian dengan aktiviti dan menutup aurat; *Semua barangan berharga seperti telefon bimbit, pemain MP3, barang kemas, dll keselamatan adalah di bawah tanggungjawab sendiri; *Komputer riba tidak digalakkan dibawa ke Kursus Orientasi. Catatan: 1) Keperluan Kendiri: a) Tuala, b) Sabun, c) Shampu rambut, d) Berus gigi, e) Ubat gigi, f) Pencuci muka, g) Pisau cukur (lelaki), dll. 2) Jadual Makan (3 kali sehari): a) Makan Sarapan, b) Makan Tengahari, c) Makan Malam. 3) Fail dan alatulis disediakan. Digalakkan membawa pen & buku catatan sendiri. 4) Pelajar yang bakal hadir melalui penerbangan domestik, sila maklumkan maklumat penerbangan anda kepada pihak AQM untuk penyelarasan. Sila SMS nama, no. kad pengenalan, jurusan, no. penerbangan, & masa ketibaan ke talian 019-660 8338. 5) Juga maklumkan kepada pihak AQM sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pengangkutan pada tarikh 2 September 2012: a) daripada Lapangan Terbang (KLIA @ LCCT) menuju ke Kem El-Azzhar, Banting; b) daripada Pusat Hentian Kajang menuju ke Kem El-Azzhar, Banting; c) daripada Stesen KTM UKM menuju ke Kem El-Azzhar, Banting.
*Hanya pelajar dari luar kawasan negeri Selangor & W.P. Kuala Lumpur

Lampiran 2
Peta Kem El-Azzhar

A: Bandar Banting (GPS: 2.811971,101.497879) B: Kem El-Azzhar (GPS: 2.731728,101.452174)

Anda mungkin juga menyukai