Anda di halaman 1dari 2

APAKAH ITU SUNAT AB'AD..

Sunat ab'ad merupakan sesuatu perkara yang dilakukan di dalam solat. Tidak kira perkara itu dari segi fi'liah atau qauliah. Jika kita meninggalkan sunat ab'ad, maka disunatkan untuk kita tampalkan dengan sujud sahwi. Berkata guru penulis ketika mensyarahkan kata2 tuan musonnif ini; "Kita lakukan sujud sahwi itu bukan kerana nak gantikan perkara sunat ab'ad yang kita terlupa lakukan itu, tetapi sujud sahwi itu dilakukan kerana untuk mendapatkan pahala sunat ab'ad yang kita lupakan itu.." Dan tidak membatalkan solat jika kita masih terlupa lagi untuk melakukan sujud sahwi. "Syaitan akan berduka jika kita lakukan sujud sahwi. Ini kerana dia tak berjaya meragu2kan kita dalam solat secara keseluruhannya.." Sunat ab'ad ada 8 perkara. 1. Membaca 2. Duduk 3. Membaca 4. Berdiri baginya(qunut) 5. Selawat atas Nabi kemudian daripada tasyahud awal. Adapun pada tasyahud akhir maka ia(selawat Nabi) adalah rukun solat.

6. Selawat ke atas Nabi iaitu

kemudian daripada qunut

7. Membaca selawat ke atas kemudian daripada tasyahud akhir iaitu 8. Membaca selawat ke atas kemudian daripada qunut iaitu Maka inilah kelapan-lapan perkara dari perkara2 sunat ab'ad.. Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari lapan perkara ini maka disunatkan melakukan sujud sahwi. Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat. Cumanya solat kita itu seperti tiada kaki atau tangan ditubuh kita. Walaupun tak menghilangkan nyawa, tapi tubuh kita sudah tidak sempurna. Seperti itu juga solat kita. Walaupun tak batalkan solat, tapi tidak menyempurnakan solat kita. Oleh itu, janganlah ambil mudah dengan perkara sunat ab'ad ini... Wallahu a'lam..

.
Soalan:

Terlupa

Membaca

Doa

Iftitah

Bolehkah bacaan doa iftitah (selepas takbir ratul ihram) dibaca selepas daripada bacaan surah Al-Fatihah dalam solat yang dikerjakan dan selepas itu barulah dibaca surah-surah yang lain (untuk rakaat pertama)? Emran, Kuala Terengganu Jawapan: Membaca doa iftitah hanya sunat, jika kita terlupa membacanya sedangkan kita telah membaca surah Al Fatihah maka teruskanlah membaca surah ataupun terus rukuk. Tidak perlulah mengulangi untuk membacanya.
Kembali ke atas

3.
Soalan:

Hukum

Tahhiyyat

Awal

Hukum Tahhiyyat Awal, adakah ianya salah satu perkara yang wajib ketika menunaikan solat? Izwan, Baling Jawapan: Tasyahud pertama dalam solat bukanlah rukun solat itu sendiri sebaliknya ia termasuk ke dalam sunat Ab'ad yang mana jika seseorang tertinggal melakukannya akan menyebabkan orang yang, meninggalkannya dikehendaki menampung kekurangan ini dengan sujud sahwi di akhir solatnya. Bagaimanapun ini tidaklah bermakna ia boleh ditinggalkan sewenangwenangnya kemudian di tampung dengan sujud sahwi. Kalau begitulah tujuan, sudah pasti akan merosakkan solatnya.

Anda mungkin juga menyukai