Anda di halaman 1dari 2

Tips Menulis Resume L.

I (Latihan Industri)

Tips resume l.i? Pada akhir semeter, semua pelajar akan mencari tempat untuk latihan industri. Tanpa mengira apa bidang yang anda ambil, tips resume L.I (Latihan Industri) amat membantu kita dalam mendapat tempat pilihan L.I. Pertama di dalam tips menulis resume L.I (Latihan Industri), masukkan heading. Heading ini bolehlah kita tuliskan nama, alamat, no.telefon dan emel. Sebagai contoh; AHMAD BIN ALI Jalan ABC 30 72000 alor gajah 012 3456789 Aa85@ymail.com Untuk tips resume L.I (Latihan Industri), seeloknya masukkan gambar sebelum heading untuk majikan lebih mengenali anda dan mencerahkan peluang kita untuk diambil. Gambar yang dihantar mestilah sopan di mana itu adalah point pertama majikan akan melihat dalam resume kita. Memasukkan objektif didalam resume adalah tidak wajib dan hanya tambahan tips resume L.I (Latihan Industri) tetapi dengan objektif, majikan akan lebih jelas tentang apa yang kita mahukan daripada syarikatnya. Misalnya; Objective To find internship that related to environmental Kemudian, nyatakan pelajaran kita di dalam resume, ini adalah penting di dalam tips resume L.I (Latihan Industri) kerana menunjukkan dari mana kita datang. Sebagai tips resume L.I (Latihan Industri), sesetengah syarikat atau kerajaan mempunyai tempat kesukaan untuk mengambil pelajar latihan industri. Misalnya; Education Universiti ABC, Alor Gajah (Graduation Date: May 2012) Degree, Environment GPA: 3.0 Pengalaman kita ketika kita belajar di universiti atau tempat lain bolehlah ditambah di dalam Relevant Experience. Untuk tips resume L.I (Latihan Industri), pastikan pengalaman anda mempunyai kaitan dengan tempat anda minta. Contoh; apabila kita ingin memohon di syarikat yang berkaitan dengan alam sekitar, kita boleh memasukkan pengalaman kita yang pernah mengikuti latihan industri di tempat lain

yang berkaitan dengan alam sekitar. Kursus yang kita pelajari mengenai alam sekitar seperti Environmental Management System dan lain-lain juga boleh dimasukkan sebagai sokongan kepada relevant experience kita. Sekiranya ada pengalaman di luar skop bidang kita bolehlah dimasukkan di bawah relevant experience iaitu Additional Experience. Sebarang aktiviti ko-kurikulum yang kita sertai ketika berada di universiti boleh dimasukkan ke dalam bahagian Co-curricular Activity. Ini sebagai sokongan tips resume l.i kita untuk menunjukkan bahawa kita aktif di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. Akhir sekali dalam tips resume l.i, sebarang kemahiran tambahan seperti kemahiran menggunakan Word, Excel, Powerpoint, Photoshop dan Autocad boleh dicatatkan ke dalam Skills. Kemungkinan syarikat yang kita pohon itu memerlukan kemahiran yang anda ada dan mencerahkan peluang anda untuk diambil terus kerja. Resume anda sepatutnya mempunyai point-point ini; Heading Objective Education Relevant Experience Additional Experience Co-curricular Activities Skills

(Tips resume l.i ini hanyalah sebagai panduan menulis resume untuk latihan industri, dan ianya boleh ditambah mengikut kreativiti anda sendiri) Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai