Anda di halaman 1dari 17

Islam Dan Isu-isu Semasa ULT2132 Ustaz Abdullah Bin Sulong

Tajuk :
MASALAH ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Ahli Kumpulan : Fairusasikin b Fatholmuner Mohd Harid b Sharon Kamairuzaman b Razak

Perkara
1.Pengenalan 2.Definisi 3.Konsep dan pandangan Islam 4.Kepentingan penjagaan 5.Masalah ( isu alam sekitar ) 6.Kesimpulan

Pengenalan
Masalah alam sekitar Berlaku secara global

Setiap penghuni alam terlibat


Kerosakan / bencana / keburukan

Merujuk folio m/s 1

Pendedahan Awal
Masalah alam sekitar adalah satu masalah yang secara globalnya berlaku di seluruh dunia pada hari ini. Apa jua keadaan yang terjadi, kesan dan akibatnya akan memberi impak samada positif ataupun negatif. Apabila ada suatu pihak mengatakan masalah ini, sesungguhnya ianya berlaku dengan kesan tindakbalas manusia. Disetiap pelosok dunia pada hari ini, tidak kira muda ataupun tua akan terlibat secara langsung dalam perbincangan masalah alam sekitar ini. Contohnya di Malaysia, pendidikan kesedaran alam sekitar telah berlaku diperingkat sekolah lagi.

Definisi
Pendapat Umum Menurut laman sesawang Wikipedia, alam sekitar merupakan segala benda hidup dan benda bukan hidup yang wujud secara semulajadi dipermukaan bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar mempunyai beberapa komponen utama : Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Dari sudut istilah Menurut kamus dewan edisi ketiga :ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.

Maksud dari sudut Islam :

Pertama kaku ( ciptaan Allah secara semulajadi ) - Daratan , Lautan , bintang dan Langit.

Kedua - hidup (buatan manusia) seperti lubang yang digali


sebagai sungai, pokok-pokok yang ditanam, bangunan-bangunan yang dibina dan sebagainya.

Pandangan Islam
KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM Menurut Islam, invironmentalisme berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.

Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu.

Jika diteliti, Islam menerangkan alam sekitar di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sejak awal ciptaan manusia, Allah telah memberikan amanah untuk kita menjadi khalifah atau wakil pengurus alam ini. Dengan sebab itulah Allah mengajar nabi Adam nama setiap ciptaannya satu persatu supaya dihargai dan dijaga semua itu. Firman Allah dalam surat al-Baqarah ayat 30-31: . Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.

Hubungan manusia dan alam

Jasad dan zahir

Manusia
Memberi faedah

Alam sekitar

Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

(Mohd Nur Hakim Razana, 2004)

KONSEP PANDANGAN ISLAM


KONSEP TAUHID ( patuh ) KONSEP KHALIFAH ( amanah )

KONSEP SYARIAH (perundangan) KONSEP ILMU ( amalan )

KONSEP AKHLAK (tingkahlaku)

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Alam ini adalah tempat tinggal manusia
Memelihara flora dan fauna Mengekalkan kesimbangan ekosistem Untuk generasi akan datang

Masalah pada hari ini?


Pencemaran Alam

Kerosakan bumi dan semesta Keburukan kepada manusia

Contoh kejadian alam sekitar


Pulau haba Bandar

Isu Tanah Runtuh


Ozon semakin menipis Banjir kilat Pencemaran air

Mengapa masalah ini terjadi?


Kepentingan diri Dan kuasa Tiada kesedaran Kerakusan kemodenan Eksplotasi flora dan fauna

Kesimpulan
Semua ini seharusnya mengingatkan kita mengenai tiga perkara iaitu hukum alam mengenai keseimbangan ekosistem, peranan manusia sebagai khalifah dan kebesaran Yang Maha Pencipta. Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan Hadis.Dalam surah Ali-Imran,ayat 191 misalnya, Allah berfirman bermaksud: (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa api neraka.

Anda mungkin juga menyukai