Hasil Pembelajaran
Menerangkan konsep modenisasi. Menghuraikan konsep dan proses pembangunan di Malaysia. Menjelaskan hubung kait antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.
BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.1 4.2 4.3 PENGENALAN KONSEP MODENISASI MODENISASI MALAYSIA
Liputan Kuliah
4.4
4.5
Pengenalan
Hubungan timbal balik antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia. Alat analisis :
modenisasi pembangunan ekonomi pembangunan politik
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara berencana atau tidak berencana.
KONSEP MODENISASI
Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan) adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan.
Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
5
Proses pembangunan ekonomi akan membawa kepada perubahan sosial yang menyeluruh kepada masyarakat, iaitu, daripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada kehidupan maju dan moden.
7
Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.
8
10
Sudut falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat. Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga dapat diramalkan. Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :
Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu. Bersifat banyak hala (multilinear).
11
Sudut praktikal
Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.
12
13
14
Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah
Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat. Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan. Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia. Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan.
15
16
18
19
Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai struktur baru namun masih mengekalkan model Eropah Barat atau model Barat.
20
Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
23
24
Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa.
26
29
AKTIVITI 4.1 Pada pendapat anda, bagaimanakah pemodenan dikaitkan dengan revolusi perindustrian di Eropah? Adakah anda bersetuju bahawa setiap ekonomi mempunyai unsur-unsur ekonomi campuran? Bincangkan.
30
MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.
31
Komponen Ekonomi:
Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan
Dan Peningkatan Kualiti Hidup
Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.
32
Komponen Politik:
Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian
Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9 % terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah negara-bangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada gabungan daerah yang berbeza, gabungan bangsa yang berbeza, gabungan kerajaan yang berbeza, isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi impian atau sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur.
33
Hubungan Etnik
dalam konteks Modenisasi Malaysia
Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal). Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk membangunkan ekonomi negara mereka. Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara-bangsa. Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.
34
Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport.
Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kumpulan etnik. Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal kaum Cina dan sebagainya.
35
Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara yang saling mempengaruhi dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam kehidupan di Malaysia.
36
37
38
39
Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.
Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.
40
AKTIVITI 4.2
Pada pendapat anda, apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam ekonomi Malaysia? Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan sistem ekonomi berjalan dengan cekap dan adil demi keteguhan dalam hubungan etnik di Malaysia ?.
41
43
44
45
Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA. Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi. Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam Rancangan Malaysia.
46
47
Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru.
48
49
Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan: kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan.
50
51
Kaum Melayu
Cina
India
26.0
39.2
392.00
304.00
Lain-lain
44.8
813.00
Pemilikan Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah a. Bumiputera Perseorangan b. Agensi Amanah Bukan Bumiputera Warganegara Asing Jumlah
54
56
57
Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.
Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.
59
60
61
62
64
66
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi. Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.
Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.
Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.
67
68
Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa mengambil kira faktor etnik. Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal. Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka merupakan golongan yang masih baru dalam dunia perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup mapan.
69
Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut, masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan menubuhkan bank Islam sebagai alternatif kepada bank konvensional.
70
71
Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah syarikat takaful yang kedua di Malaysia.
Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat, iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% daripada tahun 1986 hingga 2000.
73
74
Sistem perbankan Islam ialah sistem perekonomian yang diidam-idamkan oleh umat Islam di Malaysia setelah aspek perekonomian Islam dipisahkan daripada kehidupan mereka oleh pihak Inggeris pada zaman penjajahan.
75
76
77
78
Pada masa yang sama, industri automobil nasional merupakan sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara.
Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan dapat menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobil khususnya.
79
80
81
Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komersial model kereta nasional yang pertama, iaitu, Proton Saga dilancarkan.
82
RUMUSAN
Ciri-ciri ekonomi Malaysia yang merupakan sebuah ekonomi campuran di mana kerajaan dan mekanisme harga bersama-sama menyelesaikan masalah asas ekonomi. Sebahagian besar aktiviti ekonomi Malaysia ditentukan oleh pengguna dan pengeluar, manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi ditentukan oleh kerajaan. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara terbahagi kepada tiga yang , iaitu memastikan sistem ekonomi berjalan dengan cekap, mengagihkan semula pendapatan dengan lebih adil dan memastikan kestabilan ekonomi negara. Sebab-sebab campur tangan kerajaan dalam dasar ekonomi negara seperti peraturan dan undang-undang secara langsung dalam menjalankan kegiatan ekonomi mempengaruhi tingkat harga, tahap pengeluaran dan aktiviti ekonomi melalui alat-alat polisi. .
84
Contoh-contoh dasar kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara melalui perancangan dan bentuk-bentuk pemilikan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pertanian Negara, Dasar Perindustrian Berat dan lain-lain Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua hal yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama lain. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi. penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung.
85