Anda di halaman 1dari 2

RANGKA KERJA AWAL

Topik

EDUWEBTV 2.0 : Kebolehgunaan dan tahap penerimaan dalam kalangan guru di Negeri Selangor

Latar belakang atau justifikasi ringkas kajian

EDUWEBTV 1.0 yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu laman web khas yang bercirikan pembelajaran berbentuk Portal Pendidikan Interaktif dan Intruksi berasaskan video. Tujuan EDUWEBTV 1.0 adalah sebagai wadah Pendidikan Digital untuk semua dan bagi menggantikan TV Pendidikan yang sedia ada sebelum ini. Manakala misi utama EDUWEBTV 1.0 adalah untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar dan juga pedalaman. Di dalamnya terkandung pelbagai video intruksi yang mengandungi maklumat berguna untuk guru dan pelajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaraan. Kini EDUWEBTV 1.0 mengalami penggunaan yang tidak sekata dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan proses penambahbaikan pada tahun 2011 dimana perubahan dari EDUWEBTV 1.0 di tambah baik kepada versi 2.0. Kajian kebolehgunaan dan tahap penerimaan guru-guru terhadap portal EDUWEBTV 2.0 masih belum dilaksanakan secara saintifik mahupun akademik.

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji dan mengesan kebolehgunaan portal EDUWEBTV 2.0 setelah menerima penambahbaikan daripada versi sebelumnya dan juga tahap penerimaan guru guru terhadap versi terbaru ini.

Kajian Literatur

Web 2.0 menggambarkan sesuatu perubahan baru ke atas web yang membolehkan pengguna bekerjasama dan berkongsi maklumat. Web 2.0 juga merupakan sebuah paradigma baru dalam penambahbaikan proses web yang merangkumi wiki, blog, rangkaian sosial dan laman perkongsian video. Dalam sesebuah laman Web 2.0 ia menyediakan pilihan bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti maya. Maka, konsep ini juga yang cuba diketengahkan dalam EDUWEBTV 2.0, di mana guru boleh mengakses dan membuat kolaborasi bersama dengan pelajar.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang akan menggunakan rekabentuk kajian keratan rentas (Cross Sectional) ; iaitu pengkaji akan mengumpulkan data sekali sahaja sepanjang penyelidikan dijalankan. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrument soal selidik.

Kaedah yang akan digunakan untuk mendapatkan hasil

Hasil yang dijangkakan

Dari kajian ini, kebolehgunaan portal ini dapat dinilai dan tahap penerimaan guru dapat diukur untuk menentukan keberkesanan portal ini dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan.

Anda mungkin juga menyukai