Anda di halaman 1dari 18

Oleh : Abu Imtiyaz al Kelantani

KONSEP
Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah Ia merentasi sempadan tanah, bangsa dan darah kerana ia disatukan oleh aqidah..

DALIL
Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (Al Anfaal ayat 63)

DALIL
SABDA RASULULLAH : Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasihsayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah. (Hadis riwayat Imam Ahmad).
SIRAH NABAWIYAH : Rasulullah menyatukan Aus dan Khazraj dan mempersaudarakan muhajirin dan ansor

Smbgn
Sabda Rasulullah :

Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya.

Samb..
Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan: Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan.

MUSTAWA UKHUWWAH
BERBAIK SANGKA TERHADAP SAHABAT
SAMA RATA ANTARA SAHABAT MELEBIHKAN SAHABAT MELEBIHI DIRI SENDIRI

SYARAT-SYARAT UKHWAH
a.

Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong. Malaikat itu bertanya, Ke mana kamu hendak pergi? Jawab lelaki itu, Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini. Malaikat itu bertanya lagi, Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana? Lelaki itu menjawab, Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah. Kemudian malaikat itupun berkata, Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya.

b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

SABDA RASULULLAH : Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut). (Muttafaq Alaih)

c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam. Sabda Nabi saw yang bermaksud: Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya. Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati. Firmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr: Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)

e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya (Muttafaq Alaih)

UKHUWWAH DAN JAMAAH


Ukhuwwah inilah menjalin tenaga dan menguatkan

saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah .
Keceriaan dan kehancuran jamaah bergantung kepada

penghayatan ukhuwwah ahli

Perjuangan tanpa Ukhuwwah


Keputusan yang kedua akan dibuat atas keputusan

pertama Wujudnya sub meeting Saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti Hilang wala' atau pudar ketaatan kepada pucuk pimpinan

Samb..
Tikam belakang ! Cantas karier ! Bocor rahsia dan

menjatuhkan imej Multi jamaah dengan maksud boleh sahaja menyertai mana - mana jamaah Pergeseran yang mudah mencederakan perasaan terhasil dari persaingan yang tidak sihat sesama sendiri

Wujud team yang saling bertembung antara satu

sama lain Berlepas harap dan tidak memberi komitmen yang baik terhadap aktiviti yang diamanahkan malah mudah merajuk serta kecewa kerana tidak berpuas hati dalam pembahagian tanggungjawab kepada Mementingkan diri sendiri

Bagaimana Mengukuhkan Ukhuwwah


Tamrin , mukhayyam , usrah, liqa' fikri dll.

Program tradisi dengan mempelbagaikan kaedah yang sesuai dengan masa. Ukhuwwah + kesatuan fikrah + kesatuan amal = kesatuan jamaah

Penutup..
Ukhuwah fillah tidak kan musnah,

walaupun badai walau ombak mendesah, tautan erat tak mungkit patah, dengan ismullah kita berbaiah.. Wallahu Taala Alam..

Anda mungkin juga menyukai