Anda di halaman 1dari 19

Struktur Jantung Manusia

Jantung manusia (human heart) terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity), di belakang tulang dada, dan di antara paru-paru (lung) kiri dan kanan. Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon (cone-shaped) dan hujungnya adalah condong sedikit ke arah sebelah kiri badan kita. Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina daripada otot-otot jantung (cardiac muscles) yang tebal dan kuat. Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran yang tahan lama. Ruang diantara jantung dan membran adalah berisi cecair (fluid) bagi tujuan untuk mengurangkan geseran antara jantung dan organ-organ lain di sebelahnya.

Struktur terperinci jantung manusia.

Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot (muscular chambers).


Dua ruang di sebelah kiri: atrium kiri dan ventrikel kiri. Dua ruang disebelah kanan: atrium kanan dan ventrikel kanan.

Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya darah beroksigen (oxygenated blood) tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen (deoxygenated blood). Ciri-ciri atrium dan ventrikel:

Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume of space) yang lebih besar daripada atrium. Ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding atrium.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana ruang (chamber) ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh badan.

Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.

Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari (pulmonary vein). Atrium kanan dihubungkan ke vena kava (vena cava). Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta. Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri pulmonari (pulmonary artery).

Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap (valve):

Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri. Injap trikuspid (tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan. Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.

Perkumuhan Manusia
Apabila tindak balas kimia berlaku didalam sel-sel, bahan buangan (waste material) dihasilkan. Bahan buangan ini adalah tidak berguna serta boleh bertukar menjadi toksik (toxic) jika terkumpul di dalam sel-sel badan. Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti dikeluarkan daripada badan untuk memastikan kesihatan yang baik bagi organisma. Proses menghapuskan bahan buangan daripada badan dikenali sebagai perkumuhan. Dengan kata lain, perkumuhan (excretion) adalah proses di mana organisma menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badannya. Sistem perkumuhan manusia (human excretion system) terdiri daripada: 1. Sistem penghadaman (digestive system) untuk menyingkirkan air dan makanan yang terhadam melalui usus besar (intestine).

2. Sistem pernafasan (respiratory system) untuk menyingkirkan karbon dioksida dan air dengan gabungan sistem peredaran darah (circulatory system).

3. Sistem urinari / kencing (urinary system) untuk menyingkirkan air yang berlebihan, bahan buangan metabolik dan garam.

Organ perkumuhan manusia


Organ perkumuhan melaksanakan perkumuhan di dalam badan kita. Manusia mempunyai tiga jenis organ perkumuhan, iaitu kulit (skin), paru-paru (lung) dan buah pinggang (kidney). Bahan buangan dikeluarkan melalui organ perkumuhan dikenali sebagai bahan perkumuhan / kumuh (excretory materials).

Organ perkumuhan manusia.

Bahan perkumuhan manusia


1. Air, yang merupakan produk respirasi sel dan lebihan air yang diserap daripada makanan di dalam usus besar (large intestine).

2. Karbon dioksida, yang merupakan bahan buangan daripada proses respirasi sel.

3. Garam mineral seperti garam/natrium klorida (sodium chloride) yang berlebihan dalam makanan.

4. Urea, yang merupakan bahan bernitrogen yang dihasilkan daripada penguraian lebihan protein di dalam hati (liver). Jadual di bawah menunjukkan tentang bahan perkumuhan yang dikeluarkan oleh organ perkumuhan manusia.
Organ perkumuhan Kulit Paru-paru Buah pinggang Bahan perkumuhan Garam Karbon Urea mineral dioksida / / X X X / / / X Kaedah perkumuhan Menghasilkan peluh Melepaskan wap air Menghasilkan urin

Air / / /

Kepentingan perkumuhan
1. Untuk mengekalkan kesihatan. Hasil perkumuhan seperti urea boleh meracuni sel hidup jika dibiarkan terkumpul di dalam badan.

2. Untuk mengawal kepekatan darah. Kepekatan garam yang tinggi di dalam badan, boleh meningkatkan kepekatan darah.

3. Untuk mengawal suhu badan. Penyejatan peluh pada kulit boleh menyejukkan badan

Corak Pertumbuhan Manusia


Pertumbuhan (growth) adalah satu proses yang dialami di dalam semua organisma hidup. Proses pertumbuhan adalah melibatkan: 1. 2. 3. 4. Peningkatan saiz (pembesaran) organisma. Perubahan penampilan / rupa organisma. Peningkatan dalam bilangan sel-sel. Pembangunan fungsi organ organisma.

Pertumbuhan Manusia
Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua cara, iaitu melalui: 1. Ketinggian badan (body height) 2. Berat badan (body weight)

Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada setiap peringkat, akan terdapat perubahan dari segi bentuk, saiz dan rupa. Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada manusia: 1. 2. 3. 4. 5. Peringkat awal (infancy) Zaman kanak-kanak (childhood) Remaja (adolescence) Dewasa (adulthood) Usia tua (old age)

Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh dipaparkan melalui lengkung pertumbuhan (growth curve). Lengkung pertumbuhan ini adalah berbentuk S (S-shaped) atau sigmoid.

Lengkung pertumbuhan manusia.

Berdasarkan rajah di atas, tumbesaran manusia terbahagi kepada peringkat berikut: 1. Peringkat awal (peringkat I).

Peringkat awal adalah dari umur 0 - 1 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah cepat.

2. Zaman kanak-kanak (peringkat II). Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari umur 1 - 12 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah perlahan sehinggalah remaja.

3. Remaja (peringkat III). Peringkat remaja adalah dari umur 12 - 20 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini terdapat sedikit peningkatan.

4. Dewasa (peringkat IV). Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah malar (constant) atau sifar. Ini bermakna bahawa pertumbuhan/tumbesaran manusia telah berhenti. Walau bagaimanapun, terdapat bahagian yang tumbuh sepanjang hayat, iaitu kulit, kuku dan rambut.

5. Usia tua (peringkat V). Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan adalah negatif dan saiz tubuh manusia juga mula mengurang. Peringkat ini berakhir dengan kematian.

Walaupun lengkung pertumbuhan (growth curve) manusia secara umumnya adalah sigmoid, tetapi terdapat perbezaan dalam pertumbuhan pada lelaki dan wanita.

Lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan.

Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan/wanita di atas;

Kadar pertumbuhan budak lelaki adalah sama seperti budak perempuan semasa peringkat awal (bayi). Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan budak lelaki adalah melebihi budak perempuan semasa zaman kanak-kanak. Antara umur 12-14 tahun, kadar pertumbuhan adalah dilebihi oleh budak perempuan. Ini adalah kerana seorang budak perempuan mencapai akil baligh (puberty) pada usia yang lebih awal (kira-kira 12 tahun) dan zaman remajanya juga berakhir awal (kira-kira 16 tahun). Seorang budak lelaki mencapai akil baligh pada usia lewat sedikit (kira-kira 14 tahun) dan zaman remajanya pula berakhir pada umur kira-kira 18 tahun. Jadi, ketinggian perempuan adalah melebihi lelaki pada peringkat remaja. Disebabkan tempoh pertumbuhan seorang lelaki adalah lebih panjang, jadi ketinggian seorang lelaki melebihi seorang perempuan, adalah pada umur 18 tahun dan ke atas.

Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah peringkat yang paling penting dalam pertumbuhan manusia. Jadi, kanak-kanak mestilah diberi: 1. Diet yang seimbang kerana nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral boleh memastikan pertumbuhan yang sihat dan mencegah pelbagai penyakit kekurangan seperti marasmus (lemah seluruh badan), riket, kwashiorkor dan beri-beri. 2. Bimbingan, perlindungan, kasih sayang dan pendidikan bagi memastikan pertumbuhan rohani yang sempurna.

Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi


Mineral adalah unsur semulajadi (natural element) atau sebatian (compound) yang terdapat di dalam kerak Bumi (Earth's crust). Mineral mempunyai komposisi dan struktur kristal tertentu. Contoh-contoh mineral adalah calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica), marmar (marble) dan silikat (silicate). Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh wujud secara bebas dalam kerak Bumi. Sementara itu, unsur-unsur aktif akan bertindak balas dengan unsur-unsur lain bagi membentuk sebatian tertentu. Unsur-unsur semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas (gold), perak (silver), platinum, raksa (mercury) dan arsenik (arsenic). Jadual di bawah menunjukkan peratusan unsur-unsur mineral yang terdapat dalam kerak Bumi.
Unsur % mengikut berat Oksigen 46.6 Silikon 27.7 Aluminium 8.1 Besi / Ferum 5.0 Kalsium 3.6 Sodium 2.8 Potassium 2.6 Magnesium 2.1 Titanium 0.4 Hidrogen / Karbon 0.14 Peratusan unsur di dalam kerak bumi.

Hampir 75% daripada berat mineral di dalam kerak Bumi adalah terdiri daripada unsur-unsur oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat (silicate minerals) yang mengandungi oksigen dan unsur-unsur silikon membentuk jumlah yang terbesar. Contoh mineral silikat adalah termasuk kuarza, feldspar, mika dan tanah liat. Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon dikenali sebagai mineral bukan silikat (nonsilicate minerals). Contoh mineral bukan silikat adalah calcite, dolomit (dolomite), magnetit (magnetite) dan bijih besi (hematite). Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud dalam bentuk sebatian seperti oksida (oxides), sulfida (sulphides) dan karbonat (carbonates). Unsur-unsur yang kurang aktif bergabung dengan oksigen dan sulfur untuk membentuk oksida dan sulfida seperti oksida besi, aluminium oksida, plumbum sulfida dan besi sulfida. Sulfida bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sulfat. Sebaliknya, oksida akan bertukar ke karbonat apabila bertindak balas dengan air dan karbon dioksida. Oksida logam (metal oxide) adalah sebatian yang mengandungi logam dan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.
Jenis mineral Contoh Nama kimia Unsur Bauksit Aluminium oksida Aluminium dan oksigen (bauxite) Hematit Besi oksida Besi dan oksigen (hematite) Magnetit Magnesium oksida Magnesium dan oksigen (magnetite) Cassiterite Timah oksida Timah dan oksigen Galena Plumbum sulfida Plumbum dan sulfur Pirit Besi sulfida Besi dan sulfur (pyrite) Chalcocite Kuprum sulfida Kuprum dan sulfur Blende Zink sulfida Zink dan sulfur Marmar Kalsium karbonat Kalsium, karbon dan oksigen (calcite) Magnesit Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen (magnesite) Dolomit Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen (dolomite) Malachite Kuprum karbonat Kuprum, karbon dan oksigen Contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Oksida (oxide)

Sulfida (sulphide)

Karbonat (carbonate)

Mineral yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mineral memiliki ciri-ciri yang berbeza dari segi: 1. Kekerasan (hardness). 2. Keterlarutan dalam air (solubility in water). 3. Reaksi kepada haba dan kesannya (reaction to heat and its effect).

Kuarza dan calcite adalah mineral Bumi yang biasa ditemui di dalam batu-batan di seluruh dunia.

as Elektrik Statik
Semua jirim (matter) adalah darpada zarah halus/seni yang dipanggil atom.

Struktur atom

Struktur atom.

Atom mengandungi zarah proton, neutron dan elektron. Proton dan neutron membentuk nukleus atom, manakala elektron pula bergerak mengelilingi nukleus (nucleus). Proton dan elektron mempunyai cas elektrik, manakala neutron tidak mempunyai cas elektrik. Proton bercas positif (+) dan elektron bercas negatif (-). Atom mengandungi jumlah proton dan elektron yang sama, menjadikan ianya seimbang. Oleh itu, suatu atom itu tidak mempunyai cas elektrik.

Suatu atom itu akan mempunyai cas apabila terdapat pemindahan elektron.

Suatu objek itu adalah neutral jika atomnya mempunyai jumlah proton yang sama dengan elektron. Suatu objek itu bercas positif jika atomnya mempunyai jumlah proton yang melebihi jumlah elektron. Suatu objek itu bercas negatif jika atomnya mempunyai jumlah elektron yang melebihi jumlah proton.

Pemindahan elektron menyebabkan dua jenis fenomena elektrik: 1. Elektrik statik (static electricity), fenomena dimana cas adalah statik/tidak bergerak. 2. Arus elektrik (current electricity), fenomena dimana cas adalah bergerak.

Elektrostatik (electrostatics) adalah kajian mengenai cas elektrik statik atau cas elektrik pada keadaan rehat (tidak bergerak).

Mekanisme Pernafasan Manusia


Sistem pernafasan manusia.

Sistem pernafasan manusia.

Bahagian Rongga nasal

Trakea

Bronkus Paru-paru

Tulang rusuk Diafragma

Struktur Fungsi Rongga yang terdiri Melembapkan udara dari tisu lembap dan yang melaluinya serta rerambut halus. memerangkap habuk pada udara. Dinding luaran terdiri Gelang tulang rawan dari gegelang tulang menghalang trakea rawan, manakala daripada binasa. Silia dinding dalamannya dan mukus membantu terdiri dari dari sel-sel untuk memerangkap epithelium dengan habuk dan mikro silia dan sel-sel yang organisma yang ada merembeskan mucus. dalam udara. Dua cabang dari Udara terus ke parutrakea yang menuju paru kiri dan kanan. ke paru-paru. Lembut, seperti span, Tempat berlakunya serta kaya dengan pertukaran gas. saluran darah dan alveoli. Tulang-tulang yang Melindungi paru-paru. berbentuk sangkar di dalam rongga toraks. Otot berbentuk kubah Memisahkan rongga ketika dalam keadaan torak daripada rongga

Otot intercostal

rehat. abdomen. Tisu otot di antara Menggerakan dua tulang rusuk. Ia rusuk. juga dikenali sebagai otot rangka.

tulang

Struktur

paru-paru

manusia.

Paru-paru manusia.

Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia. Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan. Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs). Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction) semasa proses pengembangan dan pengecutan. Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol. Bronkiol dicabang keluar dari bronkus. Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini. Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga mekanisme: 1. bernafas untuk mendapatkan oksigen. 2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan. 3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-sel badan.

Bernafas Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru. Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal. Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke atmosfera. Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal.

Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas. Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks. Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam. Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.

Otot-otot intercostal.

Mekanisme pernafasan
Menarik nafas (inhalation) Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel badan. Semasa menarik nafas,

diafragma mengecut dan mendatar. otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke hadapan.

Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu rongga toraks. Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan atmosfera luar. Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara yang disedut semasa menarik nafas.

Menghembus nafas (exhalation) Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel badan. Semasa menghembus nafas,

diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti kubah. otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan kedudukan tulang rusuk ke kedudukan asal.

Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu rongga toraks. Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera luar. Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa menghembus nafas.

Pengangkutan Oksigen Dalam Badan


Semasa bernafas, kepekatan oksigen didalam udara yang disedut adalah lebih tinggi berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah. Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea, bronkus, bronkiol, dan akhirnya alveoli. Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku.

Struktur alveoli.

Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel badan, manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk dikeluarkan melalui paruparu. Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah:

Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi oleh banyak kapilari darah.

Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveoli. Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat. Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah dengan cara resapan mudah (simple diffusion). Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu, lebih banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah. Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.

Penyebaran oksigen daripada alveoli ke kapilari darah.

Pengangkutan oksigen oleh darah:


Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah. Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan bantuan dari hemoglobin (haemoglobin). Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah (eritrosit). Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih mudah mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah. Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana lebih stabil. Dengan kata lain; Hemoglobin + Oksigen Oksihemoglobin. Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan yang kekurangan oksigen.

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan:

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan.

Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin. Dengan kata lain; Oksihemoglobin + Oksigen Hemoglobin. Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin akan kembali ke paru-paru untuk mengikat oksigen baru.

Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli. Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses menghembus nafas.

Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat


Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus hidup. Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap. Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita mestilah:

Menjauhkan diri daripada merokok. Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel pernafasan serta membawa kepada ketagihan. Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup. Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di dalam bilik. Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-paru. Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang melepaskan gas toksik. Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan juga membantu mengelakkan sesak nafas.

Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas bebas daripada habuk dan kotoran. Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan cara:

Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka. Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor. Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.

Anda mungkin juga menyukai