Anda di halaman 1dari 3

CONTOH TEKS JURUHEBAH UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA / SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

1. MENGUMUMKAN ACARA Tuan-tuan, puan-puan para hadirin peminat sukan sekalian, / Hadirin yang dihormati sekalian, / Peminat sukan yang dihormati sekalian,/ Sedang bersedia di garisan permulaan ialah peserta-peserta bagi acara.. Sebentar lagi akan berlangsung acara.. Sebentar lagi kita akan menyaksikan acara. Acara yang sedang berlangsung sekarang ini ialah acara.. Acara yang sedang kita saksikan sekarang ialah acara Peserta-peserta yang baru sahaja dilepaskan adalah bagi acara...

Berikut diumumkan kedudukan lorong bagi setiap peserta .. Lorong pertama( nama perserta ). dari rumah. Lorong kedua( nama perserta ). dari rumah. Lorong ketiga ( nama perserta ). dari rumah.

Dan seterusnya

2. PENYAMPAIAN HADIAH Tuan-tuan, puan-puan peminat sukan yang dihormati, kita tumpukan perhatian ke pentas juara untuk menyaksikan upacara penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan (nama) (jawatan) untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Hadiah-hadiah adalah bagi acara .. - Tempat Pertama.. - Tempat Kedua. - Tempat Ketiga. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tahniah dan syabas kepada para pemenang.

Umumkan catatan masa / jarak bagi tempat pertama sahaja bagi acara padang : Umumkan catatan jarak seperti berikut i. Lompat Tinggi : ..dengan lompatan setinggi ii. Lompat Jauh : ..dengan jarak lompatan sejauh . iii. Merejam Lembing :. dengan jarak rejaman sejauh.. iv. Lontar Peluru :. dengan jarak lontaran sejauh..

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN OLEH JURUHEBAH SUKAN


1. MEMBUAT ULASAN SELARI. 2. BERCAKAP TANPA PANDUAN TEKS. 3. TERAGAK-AGAK SEMASA MENGUMUMKAN ACARA. 4. KESILAPAN MENYEBUT NAMA PESERTA / NAMA PENYAMPAI HADIAH. 5. MENGUMUMKAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN ACARA SUKAN TAHUNAN. ( DAPATKAN NASIHAT / KEBENARAN DARIPADA PENGURUS KEJOHANAN TERLEBIH DAHULU- JIKA ADA PERKARA YANG PERLU DIUMUMKAN ) 6. HANYA TUNDUK MEMBACA TEKS TANPA MELIHAT UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH. 7. MENINGGALKAN MEJA JURUHEBAH TANPA MEMAKLUMKAN KEPADA PENGURUS KEJOHANAN. 8. MENYOKONG PASUKAN RUMAH YANG BERTANDING ( - AMBIL SIKAP BERKECUALI SEMASA ACARA BERLANGSUNG ). 9. CEPAT PANIK APABILA BERLAKU KESILAPAN. ( - SENTIASA BERTENANG )

Anda mungkin juga menyukai