Anda di halaman 1dari 3

Alkohol Sebagai Bahan Api Alkohol juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan bahan api

untuk pembakaran dalam enjin. Contohnya adalah gasohol. Alkohol digunakan sebagai bahan api di beberapa buah negara terutamanya negara yang tidak mempunyai sumber petroleum ataupun kekurangan sumber petroleum. Contohnya, Amerika Syarikat dan Brazil. Negara-negara tersebut menggunakan alkohol sebagai sumber alternatif untuk menggantikan sumber petroleum. Alkohol sesuai dijadikan sebagai bahan api kerana alkohol mempunyai tenaga pembakaran yang terendah berbanding bahan api yang lain. Ia juga mempunyai nisbah stoikiometrik yang terendah. Sebab itulah sebuah enjin yang menggunakan alkohol dapat menghasilkan kuasa yang tinggi. Pada masa yang sama, alkohol dapat menghasilkan oktana yang tinggi dan ini akan meningkatkan nisbah mampatan enjin. Ini dapat meningkatkan kecekapan penukaran tenaga keupayaan kepada kuasa. Akhirnya, alkohol akan mengalami pembakaran lengkap lalu meningkatkan kecekapan pembakaran. Gasohol merupakan salah satu bahan api yang dihasilkan melalui alkohol. Ia dihasilkan melalui campuran etanol dan gasolin. Gasohol mengandungi 10% etanol dan 90% gasolin. Gasolin merupakan cecair yang digunakan sebagai bahan api untuk pembakaran dalaman enjin. Ia merupakan bahan organic yang boeleh didapati melalui pennyulingan pecahan. Campuran tersebut telah diluluskan oleh beberapa buah negara yang menggunakannya. Ia boleh digunakan tanpa memerlukan pengubahsuaian enjin kenderaan.

Rajah 1 : Tangki yang mengandungi gasohol Joseph.R ( 2008)

Pengguna boleh mengenalpasti amoun etanol yang terdapat dalam gasolin dengan menggunakan nombor E dalam pam gas. Contohnya E5 merupakan gasohol, ia mengandungi 5% etanol dan 95% gasolin. E5 dan E25 dikenali sebagai campuran yang mengandungi kepekatan etanol yang. Manakala, E30 dan E85 dikenali sebagai campuran etanol yang. Gasohol yang amat luas digunakan ialah gasohol yang bercampuran 10% etanol dan 90% gasolin kerana campuran ini tidak memerlukan pengubahsuaian enjin kenderaan.

Rajah 2 : Nombor E dalam pemegang gas yang menunjukkan kepekatan etanol Murray. K (2008) Bagi enjin yang tidak diubahsuai, etanol boleh menggantikan 20% gasolin. Campuran tersebut menambahkan pembekalan gasolin. Selain itu, etanol dalam campuran tersebut akan bertindak sebagai penambah oktana maka ia meningkatkan lagi kualiti gasolin. Sebagai penambah oktana, etanol boleh menggantikan komponen plumbum dalam gasolin. Dengan ini, etanol berfungsi sama seperti gasolin. Bagi enjin yang direka khas ataupun enjin yang diubahsuai untuk berfungsi menggunakan bahan api etanol, enjin akan menjadi lebih cekap daripada enjin petrol yang diubahsuai. Kepekatan etanol sehingga 80% dan 95% boleh digunakan sebagai bahan api. Ini boleh menggantikan bahan keperluan lain seperti plumbum untuk sistem dehidrasi yang canggih dan memudahkan penyulingan.

Rajah 2 : Kereta enjin yang diubahsuai Murray. K (2008) Terdapat beberapa kebaikan jika menggunakan gasohol. Antaranya ialah pembebasan gas karbon dioksida menggunakan gasohol kurang daripada pembebasan yang dikeluarkan oleh gasolin. Hal ini dapat menggelakan pencemaran alam sekitar. Selain itu, penghasilan alkohol dapat meningkatkan harga hasil pertanian. Etanol dihasilkan melalui tanaman seperti tebu, jagung dan bijirin. Maka, ini dapat meningkatkan permintaan hasil pertanian bagi penghasilan gasohol. Walaupun kegunaan gasohol memberikan banyak kebaikan, tetapi ia juga boleh membawa keburukan. Antaranya ialah etanol yang berkuantiti besar diperlukan bagi menghasilkan kuasa output. Contohnya, bahan api yang lebih diperlukan untuk pemanduan setiap kilometer. Keburukan seterusnya ialah gasohol memerlukan etanol tak terhidrat sahaja. Jika menggunakan etanol yang

mengandungi air, ini akan menyebabkan pemisahan fasa pada suhu panas dan sejuk. Maka, tangki minyak akan mengandungi air dan ini akan menyebabkan enjin untuk berhenti berfungsi. Pengubahsuaian enjin untuk berfungsi dengan etanol mungkin sesuatu perkara yang mudah tetapi ia memerlukan kos yang tinggi. Kelemahan pengubahsuaian enjin adalah jarak perjalanan kenderaan dihadkan oleh bekalan dan pengedaran etanol.

Anda mungkin juga menyukai