Anda di halaman 1dari 31

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini.

Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En . Rousliluddin Bin Ambia di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan HBAE1403 ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua rakanrakan seperjuangan yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.Terima Kasih. Disediakan Oleh, Rahimah Bt Robi Sem.Sept 2012

PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002).Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah mensasarkan kepada seni tampak.Subjek ini menitikberatkan proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Proses ini turut menyentuh perasaan estetik dan daya
2

kreativiti individu menerusi penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang yang disusun sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat bidang tersebut bagi mencapai objektif pengajaran. Empat bidang berkenaan ialah : 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini. Selain dari itu bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni. Aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
3

Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Kandungan sesuatu objek : Di sesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak untuk merangsang & meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak guna pelbagai alat & bahan untuk hasilkan gambar mngikut ekspresi sendiri~bantu perkembangan JERI kanak-kanak. Kanak-kanak mengalami pengalaman langsung dengan deria ketika menggambar membantu memahami idea & mengkonstruk idea baru~menghubungkait dengan subjek-subjek lain Mengembangkan imiginasi, fantasi, kreativiti & ekspresi kanak-kanak ( JERI ) Berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR bidang menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran secara berperingkat. Hasil pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap umur murid iaitu dari tahun satu hingga ke tahun enam. Berikut ialah hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar: i. ii. iii. iv. v. Asas menggambar; Menggambar; Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar; Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid; Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer; dan
4

vi.

Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

BIDANG BIDANG MENGGAMBAR. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,lakonan, nyanyian dan cerita. LUKISAN (a) Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

(b) Alat, Media dan Bahan Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut

Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik i. Coreng / conteng ii. Garisan kontur iii. Titik iv. Pangkah silang v. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek (i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: (i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) (ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

PERSEMBAHAN HASIL KARYA a. Ekspresi Diri atau Kefahaman i. Terdapat tiga jenis cara mengekspresi sesuatu karya seni iaitu secara natural, kreatif dan artistik. ii. Ekspresi diri secara natural bermaksud murid menggunakan kepekaan personal dan hubungan visual semasa mereka melukis. iii. Ekspresi diri secara kreatif pula bermaksud murid lebih memfokus kepada penyelesaian masalah secara kreatif. Murid dapat mengaplikasi kemahiran dan teknik melukis dalam kerja seni mereka. Murid mula membuat refleksi terhadap ekspresi diri dan kerja seni orang lain. Disamping itu dapat mengaplikasi unsurunsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dengan lebih jelas dalam kerja seni. iv. Ekspresi diri secara artistik pula membuat murid peka terhadap konteks sejarah dan budaya dan belajar membuat penilaian estetik. Murid dapat melahirkan naluri tentang apa penonton lihat dalam kerja seni mereka. Kerja seni menjadi lebih ke arah secara individu dan imaginasi. Dengan cara ini wujud kepakaran dalam kemahiran dan pendekatan yang digunakan. v. Hasil lukisan dapat sedikit sebanyak menyerlahkan pemikiran dan pandangan seseorang.
7

vi.

Dapat menyatakan persepsi mereka terhadap sesuatu yang dihasilkan melalui lakaran dan lisan. yang dibuat tanpa penerangan secara penulisan

vii. viii.

Merakamkan pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual. Menjadi asas pembelajaran terhadap perkara lain yang selalunya lebih besar atau kompleks.

ix.

Dihasilkan untuk meluahkan perasaan, berkomunikasi idea dengan orang lain atau keseronokan sahaja.

CONTOH LUKISAN

Teknik Catan PENGENALAN AKTIVITI CATAN a. Definisi Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.

Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata
8

atau abstrak.

Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.

Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan.

Satu ciptaan gambar yang berwarna. Catan ialah latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding.

Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.

Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.

PERSEMBAHAN HASIL KARYA a. Ekspresi Diri Setelah mengenali serba sedikit tentang jenis-jenis warna, kita sudah boleh menganggarkan warna-warna apakah yang sesuai digunakan dalam sesuatu tema atau tajuk catan yang hendak diwarnakan. Seringkali warna dikaitkan dengan apa saja imej atau objek yang berada di sekeliling kita. Cuba anda bayangkan jika warna tidak wujud dalam hidup kita. Sudah tentu kehidupan kita tidak akan ceria dan menjemukan. Manusia menggunakan pelbagai warna bagi sesuatu tujuan sama ada sebagai unsur simbol, untuk menarik perhatian, bagi tujuan keagamaan, untuk menggambarkan perasaan dan menunjukkan budaya masyarakat tertentu. Pernyataan berikut adalah contoh bagaimana warna-warna boleh diterjemahkan dalam sesuatu persembahan hasil karya seni: i. Pengertian warna dalam budaya setempat Warna bendera Malaysia

terdiri dari warna biru, kuning, merah dan putih. Warna biru dikaitkan dengan perpaduan, warna kuning dikaitkan dengan raja dan pemerintahan, warna merah lambang keberanian, warna putih menunjukkan bersih dan suci. ii. Pengertian warna dari segi psikologi Warna merah dianggap lambang keberanian dan membawa keuntungan dan kemewahan bagi masyarakat Cina. Warna hijau pula sering dikaitkan dengan keislaman, bersih dan suci bagi masyarakat Melayu. iii. Pengertian warna dalam aspek asas seni reka Warna boleh menimbulkan bentuk sesuatu imej/objek dengan mengaplikasikan ton/kroma warna dengan nisbah tertentu pada objek tersebut. Warna juga dapat menimbulkan ruang perspektif samada kelihatan dekat atau jauh dengan menggunakan warna pekat, cerah dan terang akan kelihatan dekat manakala penggunaan warna pudar, lembut dan cair akan kelihatan ruang yang jauh. iv. Pengertian warna dalam situasi tertentu Warna panas sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti kemalangan jalanraya, kebakaran, peperangan dan kecemasan. Warna-warna sejuk pula sesuai digunakan untuk tajuk-tajuk catan seperti suasana keindahan di air terjun, di tepi tasik dan suasana di dalam hutan. v. Pengertian warna dalam simbol, lambang dan corak Warna-warna yang sesuai digunakan ialah warna kontra, warna penggenap, warna asas dan warna sekunder. Warna-warna ini juga boleh digunakan dalam menghasilkan warna corak pada baju, kain, corak anyaman, label, simbol lalu lintas jalanraya dan perhiasan dinding.

10

CONTOH CATAN Dalam aktiviti catan,kanak-kanak dapat menggunakan berbagai-bagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Teknik Kolaj 4.1 PENGENALAN AKTIVITI KOLAJ a. Definisi Kolaj Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan. Dari perkataan perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan

11

2D. Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan. Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain. Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

PERSEMBAHAN HASIL KARYA Untuk menghasilkan sebuah kolaj bukanlah semudah yang disangkakan. Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan perasaan individu yang menghasilkannya. Apabila seorang guru mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, dia seharusnya perlu mengetahui dan mengenalpasti tahap perkembangan pembelajaran murid-murid di kelas tersebut. Tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza dan banyak dipengaruhi oleh keupayaan dan sikap kanak-kanak
12

itu sendiri. Guru juga seharusnya perlu pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak diajar dengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas. Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik dan tahap realistik. Tahap manipulatif ialah tahap di mana kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaran mereka dan berusaha mendapatkan buktibukti dari penerokaan mereka. Hasil kerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkan keseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan, mata dan perkaitan dengan persekitaran mereka sangat penting.

Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan suka membuat eksperimen kerana dikatakan suka terhadap sesuatu benda itu. Imej atau objek yang dilukis bersifat tidak tepat. Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting di tahap ini. Unsur ruang masih kurang jelas. Imej-imej disusun mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan logik.

Di peringkat sekolah rendah murid-murid sudah boleh dikategorikan berada di tahap realistik. Murid-murid menjadi semakin matang dan boleh meluahkan perasaan secara factually oriented. Peka terhadap keadaan dunia yang begitu kompleks dan cuba menyesuaikannya dengan pengalaman yang mereka ada. Pada tahap ini seorang guru itu haruslah memperkenalkan berbagai jenis alat, bahan, media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalani. Murid menjalani kegiatan seni dengan bimbingan dan panduan guru dan akhirnya menjalani sessi penilaian dan penghargaan seni dalam pembelajaran mereka. Sebelum murid dan guru menjalani sesi apresiasi seni dari hasil kolaj

13

yang dibuat, guru boleh mencadangkan beberapa aktiviti kolaj yang menarik. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati, membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan hasil kerja tersebut. Berikut ialah beberapa contoh aktiviti kolaj yang boleh dicadangkan:

CONTOH KOLAJ Teknik Cetakan


. DEFINISI

CETAKAN

i.

Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.

ii.

Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

iii. iv. v. vi.

Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat. Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau
14

beberapa siri cetakan. vii. Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. viii. Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. ix. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. x. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu.

CONTOH CETAKAN

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan kreatif dan pemikiran abstrak.

Teknik Resis PENGENALAN AKTIVITI RESIS

15

a. Definisi Resis i. Resis atau dalam perkataan inggeris resist boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. ii. iii. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Mengikut apa yang dinyatakan dalam buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. iv. Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. v. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. vi. Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. vii. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. viii. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

CONTOH RESIS

Terdapat beberapa kepentingan yang bakal diperolehi sekiranya mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Di antaranya adalah murid dapat mengembangkan aspek kognitifnya dengan lebih jauh lagi tentang alatan serta bahan dalam kegiatan menggambar. Melalui teknik resis dalam proses menggambar ini adalah merupakan satu kegiatan yang sangat menarik untuk
16

dijalankan terutama sekali bagi murid-murid pada peringkat sekolah rendah. Oleh kerana penghasilan resis ini menggunakan media yang berlainan, ianya dapat menarik minat murid untuk melakukannya. Kebiasaannya murid hanya didedahkan dengan penggunaan pensil atau pensil warna sahaja, tetapi melalui teknik resis ia menggunakan alat utamanya iaitu lilin atau warna krayon. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebosanan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Murid dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini sekaligus dapat membantu proses perkembangan murid dari aspek psikomotor dan juga emosi serta amat penting dari aspek keperluan fisiologi dan psikologi murid. Melalui teknik resis ini juga, murid-murid dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini dapat membantu murid dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran. Murid-murid dapat membina idea baru dari benda konkrit. Teknik menggambar tidak hanya sekadar sebuah lukisan, malah ianya boleh diterjemahkan dalam pelbagai medium dan kaedah. Penterjemahan idea secara teknik resis dapat member sedikit kelainan. Disamping itu juga, murid dapat meningkatkan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni dalam menghasilkannya. Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam proses menghasilkan resis ini. Selain kesedaran dan pengetahuan seni yang mendalam ia juga dapat member impak kepada penghasilan karya yang dihasilkan. Resis yang dihasilkan dapat mencerminkan tahap pengetahuan seni seseorang murid tersebut. Selain itu juga, ia dapat melatih murid untuk berfikir berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Melalui penghasilan menggambar dengan teknik resis, ia merangsang murid untuk berfikir serta menghubungkan idea sedia ada mereka dengan asas-asas seni reka serta prinsip rekaan yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan kesedaran persepsi murid-murid dan kuasa ekspresif ini dapat dicungkil supaya mereka boleh menyatakan perasaan mereka melalui resis. Ini menunjukkan murid telah melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran. Melalui resis ini juga, ia dapat memberi satu pengalaman baru kepada kanak-kanak untuk berkarya. Jika sebelum ini murid hanya didedahkan dengan teknik lukisan sahaja, kini murid dapat meneroka dengan cara yang lebih mencabar lagi seperti teknik resis ini. Melalui

17

resis ia mampu melatih murid untuk terus bersabar dan berkeyakinan dalam menghasilkannya. Ini kerana ia amat sukar untuk dilakukan dan memerlukan kepakaran dalam melaksanakannya. Kesimpulannya ialah melalui teknik resis ini ia secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni terhadap sahsiah murid, selain memberi satu kemahiran kepada murid. Sebagai contoh, dalam menghasilkan resis, ia menuntut banyak kesabaran dalam menyiapkannya. Lukisan yang dihasilkan lebih menarik serta pengaplikasian media dan medium yang pelbagai serta mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Teknik Gosokan PENGENALAN AKTIVITI GOSOKAN a. Definisi Gosokan i. Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan ii. Ia adalah satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. iii. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. iv. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. v. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
18

vi.

Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.

vii.

Gosokan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

CONTOH GOSOKAN

Teknik gosokan membantu kanak-kanak mengembangkan aspek fizikal seperti penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.Aspek fizikal ditekankan untuk menghasilkan gosokan yang menarik.

Teknik Montaj

PENGENALAN AKTIVITI MONTAJ a. Definisi Montaj Montaj boleh dijelaskan seperti berikut: i. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.

19

ii.

Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.

iii.

Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.

iv.

Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.

v. vi.

Satu imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. Satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.

vii.

Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.

viii.

Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.

ix.

Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumbersumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.

x.

Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni.

xi.

Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen.

20

CONTOH MONTAJ Untuk teknik montaj ,dari aspek kognitif akan berkembang dengan adanya aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan dalam menyusun objek-objek untuk menghasilkan montaj yang terbaik.

Teknik Percikan PENGENALAN AKTIVITI PERCIKAN a. Definisi Percikan i. Percikan adalah salah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Ia adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite style finishyang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. ii. Percik-percik halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. iii. Satu teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. iv. v. Satu kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan. Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. vi. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke
21

suatu permukaan. vii. viii. ix. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble. Perlu diingatkan bahawa tidak perlu menggunakan warna yang banyak pada berus. Jika terlalu banyak akan menjadikan percikan tidak cantik atau kemas. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain. Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan. Kerja-kerja sebegini dikatakan adalah berlawanan dari kaedah stippling iaitu proses membuat titik-titik, menambah titik atau percikan pada sesuatu permukaan. Percikan boleh menggunakan berbagai jenis warna dan kesan percikan dari berbagai warna akan kelihatan lebih menarik. x. Mari lihat contoh satu persembahan iklan yang dipetik dari surat khabar The Star hari Selasa 10 April 2007. Iklan Sime Darby Property ini menggunakan teknik percikan pada bahagian latar ilustrasi iklan mereka untuk menarik minat pemerhati atau pembaca apabila terbaca iklan tersebut:

CONTOH PERCIKAN

22

Teknik Mozek PENGENALAN AKTIVITI MOZEK a. Definisi Mozek

Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Dapatan seterusnya dari internet (http://www.google.com.my define:Mosaic) pula menjelaskan seperti yang dinyatakan di bawah:

Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan/kilauan.

Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.

Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain
23

disusun menjadi satu tema/tajuk.

Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster.

Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.

Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.

Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

CONTOH MOZEK Melalui kerja-kerja seni ini juga dapat mengembangkan aspek sosial kanakkanak disamping melahirkan rasa seronok dan gembira di kalangan murid kerana memperolehi pengalaman baru menghasilkan mozek secara berkumpulan atau individu. Murid juga perlu diberi peluang membanding hasil kerja mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, murid dapat meluahkan pandangan mengenai hasil mozek sendiri dan rakanrakan. Bagi mewujudkan daya saing antara murid adalah disarankan agar diadakan pertandingan membuat mozek supaya dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid.

24

BIDANG MENGGAMBAR MENGIKUT TOKOH Mengikut Viktor Lowenfeld

Peringkat Skematik (7-9 tahun) Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkatan skema yang bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Pengunaan simbol didalam lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka. Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Dimana lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration). Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Dan lukisan mereka juga banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif). Seperti gambar ini.

25

PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Dan kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya dan sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Cara melebih-lebihkan (exegeration) tidak lagi dilakukan Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Kefahaman ruang digambarkan melalui kesan tindan-tindih objek. Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah). Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik. Mengunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk langit,kuning untuk tanah dan sebagainya. Dan memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.

26

Yang seterusnya ialah adik Chong Wan Xin berumur 11 tahun bidang mengambar dan teknik lukisan. Garisan yang digunakan oleh adik Chong bagi menhasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut. . Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana warna cerah seperti merah diletak di hadapan latar berwarna gelap. Warna latar yang gelap juga menghasilkan ilusi ruang. Apabila warna yang kontra diletakkan bersama, tindakan positif warna terhasil. Ini dapat menghasilkan kesan atau impak kepada orang yang melihatnya. Ruang yang digunakan juga merupakan ruang mendatar kerana lukisan adik Chong lebih kepada bersifat dekoratif. Warna gelap yang dijadikan sebagai latar menonjolkan warna yang lebih cerah. Adik Chong menggambarkan dia ingin mencontohi abangnya yang telah berjaya dengan belajar bersungguh-sungguh dan menginginkan penghargaan dari ibunya. Adik Chong juga mengunakan simbol hati yang menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya. Adik Chong mengunakan warna air dan lilin bagi mengunakan teknik resis dalam karyanya.

Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan ransangan dari segi pemikiran mereka dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan, manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu memainkan peranan penting
27

diperingkat usia ini Mereka juga perlu diberikan perhatian terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan dirinya dihargai.dan Mereka juga perlu bimbingan supaya mereka ini dapat berfikir hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari. Serta jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu juga merupakan proses pembelajaran. Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran

28

mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: a. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. b. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

c. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. d. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.
29

Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.

Kesimpulan.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Dengan empat bidang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

30

RUJUKAN

1.Haslinda Madon,(2007), HBAE1403 Menggambar, Selangor:Open University Malaysia

2. hassan.ghazali2. (2009, julai 24). scribd:kepentingan pendidikan seni visual. Retrieved februari 26, 2012, 3.http://www.scribd.com/doc/17640899/Kepentingan-Pendidikan-Seni-Visual. 4. http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html 5.http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html 6. http://imann9969.blogspot.com/2009/10/menggambar.html

31

Anda mungkin juga menyukai